Sabtu, 22 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(E) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SELANGOR


(e) Baca dialog di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
Dato’ Reezal: Wah, cantik sungguh set sofa berasaskan kayu di kedai kamu ini, Yusof! Rekaan kamu yang menggabungkan ukiran kayu yang bermotifkan awan larat ini menjadikan sofa ini kelihatan unik dan klasik. Peribahasa ________________membuktikan bahawa kamu memang seorang yang cinta akan budaya Melayu.
Yusuf: Betul tu, Dato’ Reezal dalam dunia pemiagaan ini, kita tidak boleh membuang adat dan budaya yang menjadi jati diri sesuatu bangsa. Janganlah kita terlalu mengagung-agungkan budaya luar hingga budaya sendiri terabai, ibarat ______________________. Mana-mana yang mendatangkan faedah, harus kita pelihara dengan sebaik-baiknya.
Dato’ Reezal: Saya berasa bangga dengan semangat anak muda seperti kamu ini. Dalam dunia peniagaan, memang banyak cabarannya._______________________________________ , hadapilah cabaran tersebut dan sentiasa bersikap berani untuk berhadapan dengan sebarang kegagalan.
[6 markah]
Cadangan jawapan:-
1
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
2
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
3
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

2 ulasan:

Unknown berkata...

aina berasa _____ semasa hendak mengambil keputusan sijil pelajaran malaysia yang telah didudukinya tahun lepas

Unknown berkata...

aina berasa _____ semasa hendak mengambil keputusan sijil pelajaran malaysia yang telah didudukinya tahun lepas