Selasa, 8 November 2022

JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 NEGERI KEDAH 2021. SOALAN 5 : PERIBAHASA

 

Jerayawara Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2021 dengan menghurai setiap jawapan soalan berkenaan. Soalan yang dibincangkan berkaitan soalan Percubaan SPM Negeri Kedah. Diharapkan pelajar akan lebih faham dan bersedia untuk menghadapi kertas Bahasa Melayu 2 SPM KSSM.

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 

Soalan 4. Peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.

Perpaduan rakyat merupakan kunci keharmonian negara. Sikap saling bertoleransi perlulah sentiasa dipupuk dalam kalangan masyarakat.( Petikan berkenaan berkaitan dengan kerjasama/ kesepakatan/ perpaduan yang menjurus kepada perpaduan masyarakat)

Selain itu, rakyat perlu sedar bahawa sikap  ekstrem dan pentingkan diri hanya akan menyukarkan usaha kerajaan  untuk melaksanakan  agenda perpaduan.( Petikan berkaitan sikap mmentingkan diri merugikan masyarakat dan negara)

Sebarang persengketaan yang timbul tidak akan  menguntungkan  mana-mana pihak.( Petikan berkaitan bersengketa merugikan masyarakat dan negara kerana kesannya boleh merugikan semua pihak)

( 6 markah )

 

Jawapan soalan:-

i      Bersatu teguh bercerai roboh /  sepakat membawa berkat / bulat air kerana pembentung bulat

       manusia kerana mufakat.

 ii    Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

iii    Menang jadi arang kalah jadi abu.

 

Isnin, 7 November 2022

JERAYAWARA SOALAN PERCUBAAN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU 2 2021. SOALAN PERTAMA, PECAHAN 5 (PERIBAHASA), SOALAN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU 2

 

Jerayawara Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2021 dengan menghurai setiap jawapan soalan berkenaan. Soalan yang dibincangkan berkaitan soalan Percubaan SPM Negeri Kedah. Diharapkan pelajar akan lebih faham dan bersedia untuk menghadapi kertas Bahasa Melayu 2 SPM KSSM.

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 

Soalan 4. Peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.

Perpaduan rakyat merupakan kunci keharmonian negara. Sikap saling bertoleransi perlulah sentiasa dipupuk dalam kalangan masyarakat. Selain itu, rakyat perlu sedar bahawa sikap  ekstrem dan pentingkan diri hanya akan menyukarkan usaha kerajaan  untuk melaksanakan  agenda perpaduan. Sebarang persengketaan yang timbul tidak akan  menguntungkan  mana-mana pihak.

( 6 markah )

 

i      ………………………………………………………………………………………………..

   

       ………………………………………………………………………………………………..

 

ii     ………………………………………………………………………………………………..

 

       ………………………………………………………………………………………………..

 

iii    ………………………………………………………………………………………………..

 

       ………………………………………………………………………………………………..

           


Isnin, 17 Oktober 2022

JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 NEGERI KEDAH 2021. SOALAN 4 BAHASA MELAYU STANDARD (JAWAPAN )

 Jerayawara Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Kedah 2021. Diharapkan pelajar akan lebih memahami dan bersedia untuk menghadapi kertas Bahasa Melayu 2 SPM KSSM. 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 

Soalan 4:  Bahasa Melayu Standard

Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah 2021 

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

    Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang mengadap raja mengadukan halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung.  “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

                Maka sembah Temenggung, “Daulat Tuanku Syah Alam patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang tak bertemu. Patik menyuruh hsmba itu pun hairan akan penjurit itu.”

Dipetik daripada,

Kempimpinan Melalui Teladan,

Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang,

Kementerian Pendidikan Malaysia

( 6 markah )

 

       Jawapan soalan:-

 1    Setelah siang, orang-orang kaya itu pun mengadap raja untuk mengadu berkaitan 

       kecurian malam tadi.                                                           ( 1 markah )

 2    Baginda berasa hairan lalu bertitah kepada Temenggung, " Wahai Temenggung 

       tidakkah hamba menyuruh orang berkawal tadi?"             ( 2 markah )

 3    Lalu Temenggung bersembah, " Daulat tuanku Syah Alam, patik telah menyuruh 

       orang semalam, namun tiada seorang pun berjumpa. Orang-orang hamba pun berasa 

       pelik / hairan akan kebolehan perajurit/ penjahat/ pencuri itu,"

                                                                                                     ( 3 markah )

       .

JERAYAWARA SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 NEGERI KEDAH 2021. SOALAN 4 BAHASA MELAYU STANDARD

 

Jerayawara Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Kedah 2021. Diharapkan pelajar akan lebih memahami dan bersedia untuk menghadapi kertas Bahasa Melayu 2 SPM KSSM. 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 

Soalan 4:  Bahasa Melayu Standard

Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah 2021 

Baca pemican bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

    Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang mengadap raja mengadukan halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung.  “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

                Maka sembah Temenggung, “Daulat Tuanku Syah Alam patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang tak bertemu. Patik menyuruh hsmba itu pun hairan akan penjurit itu.”

Dipetik daripada,

Kempimpinan Melalui Teladan,

Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang,

Kementerian Pendidikan Malaysia

( 6 markah )

 

       Jawapan soalan:-

 1    .......................................................................................................................................

       .......................................................................................................................................

 2    ......................................................................................................................................

       ......................................................................................................................................

  3   ......................................................................................................................................

       ......................................................................................................................................


                                  Jawapan akan menyusul kemudian 



  

Khamis, 25 Ogos 2022

JERAYAWARA SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 NEGERI KEDAH 2021. SOALAN 3 PENYUNTINGAN.

 

Jerayawara Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Kedah 2021. Diharapkan pelajar akan lebih memahami dan bersedia untuk menghadapi kertas Bahasa Melayu 2 SPM KSSM. 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 

Soalan 3, Penyuntingan

Petikan di bawah mengandungi  11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat dalam petikan.

 

Filem bukan sekadar alat hiburan semata-mata tetapi berperanan kuat dalam binaan bangsa yang baik dan halus budi perketinya akan mampu mengurangkan amarah dan gelojak kebencian bersarang di hati. Hal ini sepatutnya menjadi panduan pada masyarakat bagi mengelakkan situasi yang lebih buruk disebabkan oleh kominikasi yang salah serta ungkapan dan panggilan yang tidak sepatutnya diucapkan kepada seseorang sama ada dikenali atau tidak. Mutahir ini, ramai orang mengabaikan keadah berbahasa yang betul dan bersusila sama ada dalam bentuk lisan, tulisan atau pun tutur bicara.  Kewujudan media sosial secara atas talian pada masa kini telah menjadi medan berkomonikasi secara jelik apabila ungkapan dan tulisan keji semakin hari makin berleluasa tanpa batas yang boleh menjemput permusuhan.

 

Dipetik dan diubah suai daripada

Kesantunan Berbahasa dalam Filem P. Ramlee

Oleh Nazrin Hussein, Pelita Bahasa, Bil 1/2021,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

( 11 markah )

 

Jawapan:-

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

 

 

2

 

 

3

 

 

4

 

 

5

 

 

6

 

 

7

 

 

8

 

 

9

 

 

10

 

 

11

 

 

 

Selasa, 23 Ogos 2022

JAWAPAN SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI KEDAH 2021 UNTUK SOALAN 2.

 JAWAPAN SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI KEDAH 2021 UNTUK SOALAN 1 DAN 2.

 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 Soalan 1: Morfologi

 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua perkataan yang menerima imbuhan apitan dan dua perkataan yang menerima imbuhan akhiran. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

Golongan guru dan pelajar mengalami kejutan apabila tidak dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas seperti kebiasaan. Kebanyakan pelajar memang seronok kerana tidak perlu menghadiri kelas. Namun begitu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan para guru dan pelajar mengalami  tekanan. Guru terpaksa memikul bebanan untuk melengkakpkan pelaporan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di rumah secara dalam talian setiap hari.

Dipetik dan diubah suai daripada

Kebiasaan Baharu: Pembelajaran Dalam Talian

Oleh Jeniri Amir

Dewan Siswa, Bil 1/2021

 

( 8 markah )

Jawapan soalan:-

 

Bil

Kata akar

Imbuhan apitan

i

 belajar

pembelajaran

ii

 biasa

kebiasaan

 

Bil

Kata akar

Imbuhan akhiran

i

 kejut

 kejutan

ii

 kawal

 kawalan

Senarai jawapan yang boleh ditulis sebagai jawapan soalan 1.

Kata yang menerima imbuhan apitan:-

 1. pembelajaran

 2. kebiasaan

 3. kebanyakan

 4. pelaksanaan

 5. pergerakan

 6. pelaporan

 7. pengajaran

 8. mengalami

 9.  mengikuti

10. menghadiri

11. menyebabkan

12. melengkapkan

 

b) Kata yang menerima imbuhan akhiran

1. golongan

2. kejutan

3. kawalan

4. bebanan

5. talian

6. tekanan

 

 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 

Soalan 2:  Sintaksis

 

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan jenis ayat bagi ayat yang bergaris di bawah sama ada ayat seruan, ayat penyata, ayat tanya atau ayat perintah.

 

Aiman      : Ganesh, saya telah ditawarkan untuk belajar di     

                  universiti. (i)

 

Ganesh    : Tahniah, hebatnya awak! (ii)

 

Aiman      : Awak pula bagaimana? Awak  sudah dapat   

                  keputusannya?

 

Ganesh    : Saya tidak senasib dengan awak. Keputusan SPM saya

                  Kurang memberangsangkan.

 

Aiman      : Awak tidak perlu berasa sedih. (iii)

                  Tentu ada peluang lain nanti.

 

Ganesh    : Adakah awak mempunyai simpanan untuk

                  Menyambung pelajaran nanti?  (iv)

 

Aiman      : Saya akan menggunakan duit simpanan yang saya

                  simpan sejak kecil.

 

Ganesh    : Oh, awak sangat beruntung kerana mempunyai  duit

                  Simpanan sendiri. 

Dipetik dan diubahsuai daripada

Buku Teks Bahasa Melayu Ting 4,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

( 4 markah )

 

Jawapan:-

 

Bil

 Jenis ayat

i

Ayat penyata

ii

Ayat seruan

iii

Ayat perintah

iv

Ayat tanya

Sabtu, 20 Ogos 2022

JERAYAWARA SOALAN PERCUBAAN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU 2 2021. SOALAN PERTAMA, PECAHAN 2 (SINTAKSIS), SOALAN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU 2.

 

Jerayawara Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2021 dengan menghurai setiap jawapan soalan berkenaan. Soalan yang dibincangkan berkaitan soalan Percubaan SPM Negeri Kedah. Diharapkan pelajar akan lebih faham dan bersedia untuk menghadapi kertas Bahasa Melayu 2 SPM KSSM.

 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 

Soalan 2:  Sintaksis ( Ayat )

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan jenis ayat bagi ayat yang bergaris di bawah sama ada ayat seruan, ayat penyata, ayat tanya atau ayat perintah.

 Aiman      : Ganesh, saya telah ditawarkan untuk belajar di     

                 universiti. (i)

 

Ganesh    : Tahniah, hebatnya awak! (ii)

 

Aiman      : Awak pula bagaimana? Awak  sudah dapat   

                 keputusannya?

 

Ganesh    :  Saya tidak senasib dengan awak. Keputusan SPM saya

                  kurang memberangsangkan.

 

Aiman      :  Awak tidak perlu berasa sedih. (iii)

                  Tentu ada peluang lain nanti.

 

Ganesh    :  Adakah awak mempunyai simpanan untuk

                  Menyambung pelajaran nanti?  (iv)

 

Aiman      :  Saya akan menggunakan duit simpanan yang saya

                  simpan sejak kecil.

 

Ganesh    :  Oh, awak sangat beruntung kerana mempunyai  duit

                  Simpanan sendiri. 

Dipetik dan diubahsuai daripada

Buku Teks Bahasa Melayu Ting 4,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

( 4 markah )

 

Tugasan:-

Pelajar perlu menulis jenis-jenis ayat mewakili ayat-ayat  i, ii, iii, 

dan iv.

Jawapan:- 

Bil

 Jenis ayat

i

 

ii

 

iii

 

iv

 

  

Panduan menjawab soalan di atas.

JENIS-JENIS AYAT

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

Ayat Penyata
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

3. Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.

Ayat Tanya
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.

(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
3. Ayat contoh:

a) Adik masih belum makan?
b) Pemuda itu malas?
c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?
d) Erra penyanyi yang popular?
e) Bas itu sudah bertolak?

(ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.

2. Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
d) Pejabat pos di mana?
e) Keadaan nenek kamu bagaimana?

3. Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat.


4. Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?
d) Di manakah pejabat pos?
e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu?

Ayat Perintah
1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:

a) Ayat suruhan
b) Ayat larangan
c) Ayat silaan
d) Ayat permintaan

Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat Perintah
Ayat Perintah
Penggunaan Ayat Contoh
Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
1. Minumlah teh ini dahulu.
2. siapkan kerja sekolah ini.
3. Fikirkanlah sebelum bertindak.

Ayat Larangan
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
1. Jangan petik bunga itu.
2. Usah bermain di tepi jalan.
3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.

Ayat Silaan
Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
2. Silalah pakai topi keledar.
3. Jemput makan bersama-sama.
4. Jemputlah datang ke rumah saya.

Ayat Permintaan
Memohon permintaan dan pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.
2. Minta anda semua bersabar.
3. Tolong ambilkan saya secawan air.
4. Tolong uruskan perkara ini dengan segara.

Ayat Seruan
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.


4. Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!