Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah tatabahasa, mereka boleh merujuk Tatabahasa Dewan sebagai sumber rujukan. Buku Tatabahasa Dewan telah dihasilkan oleh Prof. Nik Safiah Karim, Farid M. On, Hashim Haji Musa dan Prof. Abdul Hamid Mahmood.
A. Kata nama terbahagi kepada
tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata
ganti nama.
ganti nama.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang
digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan,
dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan
nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia
, orang
|
ayah,
perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam,
gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
|
tumbuh-
tumbuhan
|
pokok,
betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir,
kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat,
pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf
kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia
sedang menjinakkan seekor gajah.
|
Pada
akhir ayat
|
Gajah
itu berbadan besar.
|
Pada awal
ayat
|
Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a).
konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau
dapat dilihat
(b). abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat
dibayangkan atau dikhayalkan.
Kata nama am konkrit dan
abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai -
buaian
tea - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk
menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang
tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah
ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi,
Mei Fong,
Subramaniam
|
binatang
|
Tompok
(kucing),
Jalak
(ayam)
|
tempat
|
Muar
(daerah),
Seremban
(bandar),
Jepun
(negara)
|
bangunan
|
Pudu
Raya
(perhentian
bas
dan
teksi), Menara
Tun
Razak (pejabat)
|
judul
buku
|
Keluarga
(majalah),
Rentong
(novel),
Kamus
Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton
Perdana
(kereta),
Pilot
(pen),
Seiko (jam)
|
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
2 : KATA GANTI NAMA DIRI
1. Maksud
Kata yang
digunakan untuk menggantikan nama orang.
2. Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti Nama Diri
Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua
(pendengar)
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga
(pihak / orang yang diceritakan halnya)
3. Bilangan penutur / pendengar:
a. Tunggal (seorang)
b. Jamak (lebih daripada
seorang)
4. Golongan pengguna:
a. Masyarakat Moden
b. Masyarakat Melayu Lama
(klasik)
c. Masyarakat Istana /
Bangsawan
5. Contoh Kata Ganti Nama Diri
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri
orang yang bertutur.
Kata
Ganti Diri Pertama
|
Penggunaannya
|
aku
(tunggal)
|
Digunakan
apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
|
saya
(tunggal)
|
Digunakan
apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana
rasmi.
|
hamba
(tunggal)
|
Digunakan
untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
|
patik
(tunggal)
|
Digunakan
oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
|
beta
(tunggal)
|
Digunakan
oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
|
kami
(tunggal)
|
Digunakan
pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang
kedua.
|
kita
(tunggal)
|
Digunakan
pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.
|
b.
Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata
Ganti Diri Kedua
|
Penggunaannya
|
anda
(tunggal dan jamak)
|
Digunakan
untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
|
awak
(tunggal)
|
Digunakan
untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
|
engkau
(tunggal)
|
Digunakan
untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan
juga (Engkau)
|
Tuan
hamba (tunggal)
|
Digunakan
untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama
digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri
kedua)
|
tuanku
(tunggal)
|
Digunakan
apabila bercakap dengan raja atau sultan.
|
kalian
(tunggal)
|
Digunakan
untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
|
kamu
(tunggal dan jamak)
|
Digunakan
untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
|
c.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan
halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)
Kata
Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda
(tunggal)
|
Digunakan
untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
|
beliau
(tunggal)
|
Digunakan
untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan
pemimpin.
|
Dia dan
ia (tunggal)
|
Digunakan
untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
|
mereka
(tunggal)
|
Digunakan
untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
|
6. Bentuk kesilapan:
SALAH
|
BETUL
|
“Kami
tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
|
“Kita
tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
|
Kereta
itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.
|
Kereta
itu sungguh mahal kerana diimport dari
Jepun.
|
Beliau
diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
|
Dia
diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
|
“Hamba
mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
|
“Patik
mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
|
Kakitangan
syarikat ini sedia menolong engkau.
|
Kakitangan
syarikat ini sedia menolong anda.
|
Saya
ingin berjumpa dengan ia.
|
Saya
ingin berjumpa dengannya
|
Mereka-mereka
sedang bermain bola di padang.
|
Mereka
sedang bermain bola di padang.
|
7. Ringkasan:
Kata Ganti Nama
|
Tunggal
|
Diri Bilangan Banyak / Jamak
|
Diri
Pertama (penutur)
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami
kita
|
Diri
Kedua (pendengar)
|
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
tuan hamba
|
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
|
Diri
Ketiga (orang yang
diceritakan
halnya)
|
Dia
Ia
Beliau
Baginda
|
mereka
|
3. KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1. Maksud:
Kata ganti nama diri yang
telah disingkatkan.
2. Contoh:
Kata Ganti Diri Pertama
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
kau
|
Asal
daripada kata ‘engkau’. Digunakan
pada
awal kata yang dirapatkan dengan
kata
yang menyertainya.
|
1.
“Surat ini hendaklah kaubaca,” pinta Encik Hazim.
2.
Lukisan yang kaulukis sangat cantik sekali.
|
ku
|
Asal
daripada kata ‘aku’. Digunakan
pada
awal atau akhir kata yang ditulis
rapat.
|
1.
Kata Dina, “Lagu ini kutujukan untuk Shida yang berada di Johor.”
2.
“Aduh, sakitnya kakiku!” kata Dol.
|
mu
|
Asal
daripada kata ‘kamu’. Digunakan pada akhir kata sahaja.
|
1. Hasratmu akan aku
tunaikan.
2. “Adikmu pandai
menyanyi,” kata Zuraini
kepada Syafiqah.
|
nya
|
Asal
daripada kata ganti nama diri
ketiga
(dia). Digunakan pada akhir kata
sahaja.
|
1.
Kakaknya menuntut di
luar
negara.
2.
Setiap kesalahan akan
Menerima balasan
daripada-Nya.
|
3. Bentuk kesilapan
a. Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan
dengan kata yang menyertainya.
SALAH
|
BETUL
|
“Warna
apa yang kau minati?” tanya Azim kepada
Syafiq.
|
Warna
apa yang kauminati?” tanya Azim kepada
Syafiq.
“
|
“Kawan
ku ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
|
“Kawanku
ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
|
b. Tidak boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek
ayat.
SALAH
|
BETUL
|
“Mu
berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan
|
“Kamu
berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan.
|
“Kau
belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman.
|
“Engkau
belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman.
|
c.
Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan berkaitan
dengan Tuhan.
SALAH
|
BETUL
|
Ya
Allah, aku memohon keampunanmu.
|
Ya
Allah, aku memohon keampunan-Mu.
|
Tuhan
akan sentiasa mengampunkan dosa hambanya.
|
Tuhan
akan sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.
|
4 : KATA BILANGAN
1. Maksud:
Kata bilangan ialah kata yang
digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau
perkara.
2. Contoh Kata bilangan
Jenis
Kata Bilangan
|
Contohnya
|
Kata bilangan tentu
1. Menunjukkan
bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti oleh
penjodoh bilangan
|
Satu,
dua, tiga, dan seterusnya
Contoh
ayat: Dua ekor kambing.
|
Kata
bilangan tak tentu. (Menunjukkan
bilangan
yang tidak tentu)
|
Beberapa,
segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya.
Contoh
ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.
|
Kata
bilangan pecahan.
(Menunjukkan
bilangan berbentuk pecahan)
|
Suku,
setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
Contoh
ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun enam yang hadir ke majlis itu.
|
Kata
bilangan pisahan.
(Menunjukkan
bilangan yang berpisah)
|
Setiap,
tiap-tiap.
Contoh
ayat: Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.
|
Kata
bilangan himpunan.
(Menunjukkan
sesuatu bilangan secara
himpunan)
|
Kedua-dua,
ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan
sebagainya.
Contoh
ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.
|
Kata
bilangan tingkat.
(Menunjukkan
giliran atau urutan dalam
sesuatu
jumlah)
|
Pertama,
kedua, ketiga, dan seterusnya.
Contoh
ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam
peraduan
lukisan.
|
3. Kesilapan kata bilangan:
a.
Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang
menggunakan kata bilangan tentu.
SALAH
|
BETUL
|
Tiga
motosikal itu berjenama Honda.
|
Tiga
buah motosikal itu berjenama Honda.
|
Dua
ribu telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.
|
Dua
ribu biji telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.
|
Seratus
calon telah menghadiri seminar UPSR
|
Seratus
orang calon telah menghadiri seminar UPSR.
|
b.
Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang
membawa maksud jamak (banyak).
SALAH
|
BETUL
|
Tiga
puluh meja-meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.
|
Tiga
puluh meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.
|
Empat
pekerja-pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
|
Empat
pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
|
Lapan
ratus pelancong-pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang- gemilang.
|
Lapan
ratus pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.
|
c.
Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata
bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak serupa – beberapa.
SALAH
|
BETUL
|
Amran
membeli beberapa buku cerita
|
Amran
membeli beberapa buah buku cerita.
(Tatabahasa
Dewan m.s 197)
|
Para
orang peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.
|
Para
peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.
|
Sesetengah
buah bas persiaran beroperasi secara haram.
|
Sesetengah
bas persiaran beroperasi secara haram.
|
d. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata
bilangan tak tentu.
SALAH
|
BETUL
|
Kebanyakan
guru-guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.
|
Kebanyakan
guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.
|
Semua
surat-surat telah dihantar kepada para tetamu.
|
Semua
surat telah dihantar kepada para tetamu.
|
Sebahagian
daripada pekerja-pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.
|
Sebahagian
daripada pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.
|
e. Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam
ayat.
SALAH
|
BETUL
|
Kedua
buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.
|
Kedua-dua
buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.
|
Antara
kedua tugas, yang manakah lebih mudah?
|
Antara
kedua-dua tugas, yang manakah lebih mudah?
|
Berbagai
isu-isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa
|
Berbagai-bagai
isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.
|
f.
Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan
kata bilangan himpunan.
SALAH
|
BETUL
|
Ketiga-tiga
anak Pak Halim menuntut di luar negara.
|
Ketiga-tiga
orang anak Pak Halim menuntut di luar negara.
|
Beratus-ratus
sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.
|
Beratus-ratus
cucuk sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.
|
Beribu-ribu
cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.
|
Beribu-ribu
keping cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.
|
g. Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa
maksud jamak.
SALAH
|
BETUL
|
Para-para
petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.
|
Para-para
petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung
|
*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada
golongan yang tidak dihormati seperti penjahat,pengganas, pengemis, penagih dan
penipu.
h. Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.
SALAH
|
BETUL
|
Berbagai
acara diadakan dalam karnival jualan murah
|
Berbagai-bagai
acara diadakan dalam karnival jualan murah.
|
Tiap
pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan
mesra pekerjanya.
|
Tiap-tiap
pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan
mesra pekerjanya.
|
i.
Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk menghitung sesuatu kata nama
ukuran, kata nama waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.
Peringatan: Kata nama konkrit
yang membawa maksud orang seperti mayat tidak perlu didahului oleh penjodoh
bilangan.
SALAH
|
BETUL
|
Peserta
pertandingan pidato diberi masa lima buah minit sahaja.
|
Peserta
pertandingan pidato diberi masa lima minit sahaja.
|
Beberapa
buah bahagian rumah pangsa itu telah retak.
|
Beberapa
bahagian rumah pangsa itu telah retak.
|
Tiga
orang mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.
|
Tiga
mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.
|
j. Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata
bilangan.
SALAH
|
BETUL
|
Harga
daging itu lapan setengah ringgit sahaja.
|
Harga
daging itu lapan ringgit setengah sahaja
|
Saya
menunggu awak sudah dua setengah jam.
|
Saya
menunggu awak sudah dua jam setengah.
|
5 : KATA PEMERI
Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i. adalah
ii. ialah
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.
KATA
PEMERI
|
MAKSUD
|
AYAT
CONTOH
|
ialah
|
-menunjukkan
persamaan
-hadir
di hadapan frasa nama
|
1.
Rumah yang cantik itu ialah
rumah En. Mazlan.
2. Emak ialah seorang
guru.
3.
Agama rasmi Negara ialah
agama Islam.
|
Adalah
|
-
menunjukkan huraian atau
keterangan.
- Hadir
di hadapan frasa
adjektif dan frasa sendi
|
1. Meja yang dibeli
itu adalah
daripada kayu jati.
2. Warna kasut abang
adalah
hitam.
3. Tujuan
pertandingan itu
diadakan adalah untuk
mencungkil bakat baru.
|
Nota :
1. Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama
dengan kata nafi.
SALAH
|
BETUL
|
Siswazah
yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab.
Arahan
itu adalah bukan untuk semua pegawai.
|
Siswazah
yang baru lulus itu bukan pengetua maktab.
Arahan
itu bukan untuk semua pegawai.
|
2. Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa
adjektif.
Contoh binaan kata nafi + kata
adjektif:-
i. Tidak benar
ii. Tidak cantik
iii. Tidak adil
Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak
benar.
Keputusan itu adalah tidak
adil.
3.
Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.
Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi
tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-
i.
Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan
ditutup esok.
Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup
esok.
Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup
esok.
Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan
ditutup esok.
Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah
akan ditutup esok.
ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa
jatuh pada hari Selasa.
Struktur
ayat yang betul ialah:
Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya
Puasa jatuh pada hari Selasa.
iii.
Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat
itu.
Struktur ayat yang betul ialah:-
Kegagalan projek itu disebabkan oleh
kecuaian pihak pengurusan syarikat itu..
6: KATA KERJA
Kata kerja merupakan salah
satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan
atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:
v Kata
kerja transitif
v Kata
kerja tak transitif
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja yang memerlukan objek
atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan
maksud ayat.
KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
(minum, makan) – tiada imbuhan
meN-…………... - (mencangkul,
menebang, memukul)
meN-………….....-i - (menjalani,
menghadiahi, menghadapi)
meN-………….....-kan -
(melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-……….. -
(memperbesar, mempercantik, mempersuami,
memperisteri)
memper-………....-kan -
(mempertingkatkan, mempertunjukkan)
memper-………....-i -
(memperdengari, memperingati)
KKT boleh dipasifkan. Contoh:
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
Ah
Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air.
|
Kain
sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik air.
|
Pekerja-pekerja
sedang memperlebar jalan raya.
|
Jalan
raya sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja.
|
Ibu
menidurkan adik di dalam kamar.
|
Adik
ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
|
Kami
makan kentang goreng itu.
|
Kentang
goreng itu kami makan.
|
Tuan
Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati mandatori.
|
Pengedar
dadah itu dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim.
|
KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)
Kata kerja tak transitif
(intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri
dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk
menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.
KKTT boleh dikenal pasti
melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.
v Tanpa
imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
v meN-...
(mengalir, meletup, menangis, membisu)
v ber-...
(berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
v ter-...
(terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
v ber-...-an
(berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
v ber-...-kan
(berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)
KKTT terbahagi kepada dua iaitu;
i. KKTT tanpa pelengkap
ii. KKTT berpelengkap
KKTT Tanpa Pelengkap
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.
Contoh:
Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan
batu itu terhumban.
KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan
yang berfungsi memberikan keterangan lanjut tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara itu asyik
termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan Nazimah
sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang sarat
dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang
dalam.
KKTT Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti
oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi
nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek
atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif
yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh
dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir sudah beransur
surut.
2. Pasaran saham di Malaysia
sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu tidur berbantalkan
lengan.
4. Ying Ying bercita-cita
untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu Zakiah tinggal
di Kepala Batas.
6. Hampir lima tahun Mak Limah
menetap di kampung ini.
Daripada perbincangan di atas,
dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang berbeza.
Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif
dan frasa kerja transitif.
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu
|
KKTT
|
Kata Sendi /adjektif
|
Kata Nama
|
sedang
|
bekerja
|
di
|
pejabat
|
ingin
|
berbincang
|
tentang
|
perkara
|
telah
|
terlupa
|
akan
|
nama
rakannya
|
sudah
|
bertambah
|
kukuh
|
-
|
sudah
|
beransur
|
sembuh
|
-
|
telah
|
bersuamikan
|
-
|
orang
kaya
|
telah
|
berpayungkan
|
-
|
daun
pisang
|
Struktur Frasa Kerja Transitif
Kata
Bantu
|
KKT
|
Objek
atau Penyambut
|
telah
|
membincangkan
|
perkara
|
akan
|
memperbesar
|
rumah
|
sedang
|
menggilap
|
kasut
|
hendak
|
menunggang
|
motosikal
|
Kesalahan-kesalahan Kata Kerja.
1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Haji Naseer sedang pandang
lukisan itu (X)
Haji Naseer sedang memandang
lukisan itu. (√)
2. Penggunaan kata sendi nama selepas KKT.
Contoh ayat:
Sharifah memahami akan
kehendak adiknya. (X)
Sharifah memahami kehendak
adiknya. (√)
3. Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT.
Contoh ayat:
Ahmad telah menendang
kuat-kuat bola itu. (X)
Ahmad telah menendang
bola itu kuat-kuat. (√)
4. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT
Contoh ayat:
Cik Min akan berjumpa
Cikgu Zue. (X)
Cik Min akan berjumpa
dengan Cikgu Zue. (√)
5. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan
ber-...-kan
Contoh ayat:
Penculik itu bersenjatakan
dengan sebilah pisau. (X)
Penculik itu bersenjatakan
sebilah pisau. (√)
6. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa
imbuhan.
Contoh ayat:
Ayah tidak akan pulang rumah
tengah hari ini. (X)
Ayah tidak akan pulang ke
rumah tengah hari ini. (√)
6. KATA BANTU
Kata bantu ialah
jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau
ragam dalam binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan kepada dua kumpulan
iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
(i) Kata bantu aspek menimbulkan
suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa ini (kini) atau
masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu aspek yang dominan dalam kalangan penutur
jati bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan,
mula dan belum.
Kata Bantu Aspek
|
||
Masa lampau
|
Masa ini (kini)
|
Masa hadapan
|
telah
sudah
pernah
selalu
|
sedang
tengah
masih
|
akan
belum
|
Contoh ayat:
Masa lampau
1. Pekerja industri itu telah
pulang ke rumah.
2. Murid-murid itu sudah
bersarapan.
3. Kami pernah melawat
ke Sabah.
4. Aminah selalu
teringat akan gurunya yang sudah bersara itu.
Masa ini (Kini)
5. Ah Meng sedang membaca
komik.
6. Mutusamy tengah
menyiapkan kerja khususnya.
7. Puan Siti masih
memasak di dapur.
Masa Hadapan
8. Johari akan ke Kuala
Lumpur esok.
9. Baju itu belum
berbasuh lagi.
Kata bantu aspek tertentu
boleh hadir bersama-sama tanpa menjejaskan makna dalam binaan kata
kerja. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini.
10. belum + pernah
Muhammad Hanif belum pernah
melawat ke Kuala Lumpur.
11. masih + belum
Harizah masih belum menjamah kuetiau tersebut.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah kata bantu aspek tidak
boleh hadir bersama-sama atau berderetan, malah binaan ayat yang terhasil juga
tidak gramatis. Sila lihat ayat contoh yang berikut:
12. Gadis itu akan belum
berumah tangga lagi. (X)
13. Banyak orang akan sedang
mengikuti ulasan langsung pertandingan bola
sepak itu. (X)
14. Melissa belum akan
menyiapkan tugasan sekolahnya. (X)
Ayat (12 hingga 14) di atas
menyalahi rumus tatabahasa Melayu. Oleh itu, pengguna bahasa Melayu baku perlu
berhati-hati dalam hal ini.
(ii) Kata bantu ragam
berperanan untuk menyatakan atau menerangkan ragam atau suasana perasaan yang
berhubung dengan perbuatan yang dilakukan. Bentuk kata bantu ragam yang lazim diungkapkan
dalam kalangan pengguna bahasa Melayu baku ialah hendak, mahu, harus, mesti,
boleh, dapat, perlu, wajib, enggan dan patut.
Kata Bantu Ragam
|
|||
Mesti melakukan
(sesuatu perbuatan)
|
Hendak melakukan
(sesuatu perbuatan)
|
Berkeupayaan
melakukan (sesuatu
perbuatan)
|
Pengizinan melakukan
(sesuatu perbuatan)
harus
|
hendak
dapat boleh
Mesti
perlu
mahu wajib
|
Hendak
mahu
|
dapat
|
boleh
|
Kata Bantu Ragam
|
|
Tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan)
|
Mahu atau tidak mahu melakukan
(sesuatu
perkara)
|
enggan
|
mungkin
|
Berdasarkan jadual di atas, yang berikut ini ialah ayat contoh
bagi meningkatkan kefahaman pembaca tentang kata bantu ragam:
Mesti melakukan (sesuatu perbuatan)
15. Semua murid harus cepat ke
kelas supaya tidak dikenakan tindakan disiplin.
16. Bil elektrik bulan lepas
mesti dijelaskan pada hari ini juga.
17. Kita perlu berhemah semasa
berurusan dengan sesiapa sahaja.
18. Umat Islam wajib berpuasa
pada bulan Ramadan kecuali mereka yang tidak berupaya.
Hendak melakukan (sesuatu perbuatan)
19.
Ibu hendak ke pasar Chowrasta.
20.
Banyak orang kini mahu memegang jawatan tinggi.
Berkeupayaan melakukan (sesuatu perbuatan)
21. Mereka dapat pulang ke
rumah pada cuti hujung minggu ini.
22. Siti Faezah dapat
melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana.
Pengizinan melakukan (sesuatu perbuatan)
23. Murid-murid boleh ke
tandas sekiranya mendapat pas keluar daripada guru.
24.
Mereka boleh mengikuti rombongan sekolah ke Johor Bahru kerana
mendapat keizinan daripada ibu bapa
masing-masing.
Tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan)
25. Mereka enggan memakai
kemeja putih yang jarang itu.
26. Ali enggan
menyertai pasukan Bulan Sabit Merah kerana dia tidak
berminat.
Mahu atau tidak mahu melakukan (sesuatu
perbuatan)
27. Siew Lin mungkin tidak
akan datang kerana dia kurang sihat.
28. Mariamah mungkin akan
berpindah ke sekolah baharu kerana
keluarganya akan berpindah ke daerah
lain.
*Rumus tatabahasa Melayu juga membenarkan gandingan
berturutan atau berpasangan dalam binaan ayat yang menggunakan kata bantu
ragam. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini.
29. harus + mahu
Salmiah harus mahu
menunaikan rukun Islam yang kelima pada tahun ini.
30. harus + dapat
Encik Daud harus dapat
menjawat Guru Cemerlang kerana mempunyai prestasi yang amat membanggakan
sepanjang tiga tahun lalu.
31. mesti + mahu
Encik Lim mesti mahu
menghadiri majlis perjumpaan alumni ke-40 sekolah lamanya kerana ingin menemui
rakan-rakan sekolahnya.
32. mesti + dapat
Munirah mesti dapat
mencapai 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kerana dia rajin
mengulangkaji pelajarannya.
Seperkara lagi, ada sesetengah kata bantu ragam yang
tidak boleh hadir bersama-sama. Sebagai
contoh, sila lihat ayat yang berikut:
33. Ah Chong hendak mahu makan laksa walaupun tidak
berselera. (X)
34. Mohan hendak harus membawa keluarganya ke Bukit
Fraser. (X)
35. Hashim hendak mesti menyiapkan tugasan
sekolahnya pada hari ini. (X)
Ayat contoh (33 hingga 35) di atas menyalahi rumus tatabahasa
Melayu. Oleh hal yang demikian, pengguna bahasa Melayu baku sentiasa cakna akan
hal ini agar dapat menghasilkan ayat yang gramatis.
*Selain itu, kata bantu aspek tertentu boleh hadir
bergandingan dengan kata bantu ragam, waima secara mendahuluinya atau
,mengikutinya. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini.
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam
36. Pak Husin sedang hendak
mengambil wuduk.
37. Razif belum hendak
pulang ke rumahnya kerana hendak menghabiskan kerjanya.
Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek
38. Hamdiah mesti akan
tiba sebentar lagi.
39. Nasser harus sudah
makan malam.
Di samping itu, dalam binaan ayat yang merangkumi frasa
adjektif, elemen-elemen kata bantu dapat membantu mendukung pelbagai maksud.
Sila lihat ayat contoh yang berikut ini.
Kata Bantu + Kata Adjektif
40.
Pekebun itu masih kuat mengerjakan ladangnya.
41.
Budak yang diserang leukimia itu sudah kurus kerana hilang selera makan.
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif
42. Fizikal kanak-kanak yang
berusia lima tahun itu masih agak kecil berbanding dengan kanak-kanak
seusianya.
43. Belum terlalu lewat
untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kaum Cina pada hari ketiga Tahun baru
Cina.
Kata Bantu + Kata Adjektif + Kata Penguat
44. Encik Rahmat memberitahu
kawannya bahasa masih awal sangat untuk meramalkan pasukan bola sepak yang akan
menjuarai Piala Malaysia tahun ini.
45. Pesakit barah itu sudah
baik betul setelah doktor menggunakan kaedah baharu untuk mengubatinya.
Kata bantu + Kata Adjektif + Kata Adjektif
46. Walaupun tinggal di Kenya
selama 10 tahun, Amira masih putih mulus dan ceria.
47. Pak Mat dan Mak Minah masih
riang gembira menyambut anak mereka pulang walaupun mereka dalam keadaan
uzur.
Dalam ayat songsang, unsur
kata bantu boleh dikehadapankan bagi tujuan penegasan dalam konstituen
predikat. Sila lihat contoh ayat yang berikut ini.
Pendepanan Kata Bantu dengan Kata Kerja
48. a)
Para atlet itu / masih berlatih.
b) Masih berlatih / para atlet itu.
49. a)
Pengantin perempuan belum tiba.
b) Belum tiba pengantin perempuan.
Pendepanan
Kata Bantu dengan Kata Adjektif
50. a)
Buah itu belum tentu segar.
b) Belum tentu segar buah itu.
51. a)
Masjid Negara masih utuh lagi.
b) Masih utuh lagi Masjid Negara.
*Unsur kata bantu boleh juga hadir dalam binaan frasa sendi
nama dan beberapa unsur kata yang lain. Perhatikan ayat contoh yang berikut
ini.
Kata Bantu + Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah +
Frasa Nama + Ayat Komplemen
52. Sharifah telah ke
Singapura untuk menziarahi sepupunya.
53. Pasukan MERCY akan ke
China / untuk membantu mangsa banjir di sana.
Kata Bantu + Kata Sendi Nama +
Kata Nama Arah + Frasa Nama + Keterangan
54. Orang tua itu masih di
tepi tasik setiap senja.
55. Abang Nizam akan ke bawah
rumah dengan sepupunya.
Dalam binaan frasa sendi nama
di atas, kehadiran unsur kata sendi nama dan frasa nama adalah wajib manakala
kehadiran unsur-unsur kata nama arah, ayat komplemen dan keterangan digunakan secara
pilihan (boleh digugurkan jika tidak diperlukan)
*Binaan frasa kerja yang menggunakan unsur kata bantu dapat
dilihat dalam ayat yang berikut ini.
Kata Bantu + Kata Kerja Transitif + Objek +
Keterangan
56. Encik Zul akan
mengusahakan perniagaan peralatan kesihatan di bandar Maran, Pahang.
57. Puan Asmah hendak
membincangkan permasalahan bahasa rojak dalam Seminar Bahasa Melayu
Antarabangsa.
Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif +
Pelengkap + Keterangan
58. Hasiah masih tinggal di
Muar, Johor dengan Noor Rehan.
59. Saiful sedang berwirid di
dalam kamar.
Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif + Ayat
Komplemen + Keterangan
60. Wan Lijah telah berjaya
untuk mendapat markah cemerlang dalam temu duga itu.
61. Encik Norman telah berjaya
dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan baru-baru ini.
Kesimpulannya, penggunaan kata
bantu aspek dan kata bantu ragam yang menjadi elemen penting bagi frasa kerja
dalam binaan ayat bahasa Melayu banyak membantu pengguna bahasa untuk menghasilkan
ayat yang gramatis dan bermakna serta jelas penyampaiannya. Pengguna bahasa
yang komited dan celik tatabahasa dapat memartabatkan bahasa Melayu dalam aspek
morfologi, sintaksis dan leksikon sama ada dalam pertuturan mahupun penulisan.
7. KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan
atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
Kata adjektif boleh dikenal
pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. Kata penguat
ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata
adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat
bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Kata
Penguat Hadapan
|
Kata
Penguat Belakang
|
Kata
Penguat Bebas
|
terlalu,
paling, agak, begitu
|
sekali,
benar, nian, betul
|
amat,
sangat, sungguh
|
Contoh
ayat:
Pokok
di belakang rumah
Rahman
terlalu rendang.
Masakan ibunya paling
sedap.
Lukisan itu agak cantik.
|
Contoh
ayat:
Kelakuan budak-budak itu nakal sekali.
Rumah
di atas bukit itu
cantik
betul.
Pemandangan di situ indah nian.
|
Contoh
ayat:
Pakaian pemuda itu amat kemas.
Pakaian pemuda itu kemas amat.
Sungai itu dalam sangat.
|
1. Frasa Adjektif yang diperluas.
Frasa adjektif yang diikuti oleh frasa sendi apabila
diperluas.
Contoh : Saya gemar lagu-lagu Melayu Asli. (X)
Saya
gemar akan lagu-lagu Melayu Asli. (√)
Kami
benci sikapnya itu. (X)
Kami
benci akan sikapnya itu. (√)
2. Bentuk Kata Adjektif
v Kata
adjektif tunggal – terdiri daripada satu perkataan. Contohnya :
terang, pendek, gemuk.
v Kata
adjektif terbitan - kata adjektif yang menerima imbuhan awalan,
sisipan, akhiran dan apitan.
v Kata
adjektif ganda – bermaksud makna keadaan sifat yang menyeluruh
(besar-besar, cantik-cantik.)
v Kata adjektif majmuk – rangkaian 2 kata
dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
(merah jambu, hijau daun)
3. Kata Adjektif Terbitan
i. Imbuhan Awalan teR-
Awalan ter- pada kata adjektif berfungsi sebagai penjelasan
keadaan perbandingan atau keadaan ‘paling’.
Contoh:
Ali ialah murid yang terkecil di kelas itu. (paling
kecil)
Alan ialah murid yang terkacak di kelas itu. (paling
kacak)
v Apabila
kata adjektif sudah berawalan ‘ter’ maka tidak perlu disertai
oleh kata penguat yang lain.
Contoh:
Zainal mendapat markah paling terbaik. (X)
Zainal mendapat markah terbaik. (√)
Ali mendapat markah paling baik. (√)
v Jika
kata adjektif berawalan ter- digunakan, kata penguat belakang tidak
boleh hadir.
Contoh :
Stadium inilah yang terbesar sekali. (X)
Stadium inilah yang terbesar. (√)
ii. Imbuhan Awalan se-
Awalan ‘se-‘ dapat menerbitkan kata
adjektif yang berfungsi sebagai memberikan pengertian ‘sama dengan’.
Contoh:
Warna baju itu semerah darah. (sama merah dengan)
Gadis itu secantik bidadari. (sama cantik dengan)
Kata adjektif awalan ‘se-‘ membawa makna ‘sama
dengan’ maka tidak perlu diikuti dengan kata sendi ‘dengan’
Contoh:
Kereta baharunya tidak secantik dengan kereta abang
saya. (X)
Kereta baharunya tidak secantik kereta abang saya.
(√)
iii. Apitan ke-...-an
Apitan ke-...-an dapat
menerbitkan kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat atau sama
seperti. Oleh itu, penggunaan kata ‘seperti’ sebelum kata adjektif apitan
‘ke-...- an’ adalah salah.
Contoh:
Matanya seperti kemerah-merahan akibat kurang tidur.
(X)
Matanya kemerah-merahan akibat kurang tidur. (√)
Pertuturan pemuda itu seperti kearaban selepas
pulang dari Jordan. (X)
Pertuturan pemuda itu kearaban selepas pulang dari
Jordan. (√)
Apabila kata adjektif mengalami penggandaan, maka kata nama
tidak boleh digandakan lagi untuk menunjukkan maksud jamak.
Contoh:
Barang-barang yang dijual di kedai itu murah-murah
belaka. (X)
Barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka.
(√)
Rumus Penggunaan Kata Adjektif dan Kata Penguat.
Rumus
|
Ayat Contoh
|
|
sangat
amat +
kata adjektif + sekali
sungguh
|
√
|
Rumah di atas bukit itu sungguh besar sekali.
|
ter- +
kata adjektif
|
√
|
Razman
merupakan murid yang terpandai di dalam kelasnya.
|
paling
+ kata adjektif
|
√
|
Bangunan
itu paling tinggi di Malaysia.
|
paling
+ ter- + kata adjektif
|
X
|
Dialah
paling tercantik
|
paling
+ kata adjektif + sekali
|
X
|
Nora
paling ayu sekali
|
. Ter-
+ amat/sangat + kata adjektif
|
X
|
Kereta
itu teramat/tersangat mahal
|
8 : KATA NAFI
i) Kesilapan penggunaan kata nafi tidak.
Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja
dan frasa adjektif. Contohnya:
SALAH
|
BETUL
|
bukan
berjaya
bukan
bertunang
bukan
berusaha
bukan
benar
bukan
hidup
bukan
kaya
bukan
kecil
bukan
manis
bukan
mati
bukan
melanggar
bukan
membawa
bukan
menangkap
bukan
mengantuk
bukan
miskin
bukan
muda
bukan
pandai
bukan
pergi
bukan
rendah
bukan
tinggal
bukan
tinggi
bukan
tua
|
tidak
berjaya
tidak
bertunang
tidak
berusaha
tidak
benar
tidak
hidup
tidak
kaya
tidak
kecil
tidak
manis
tidak
mati
tidak
melanggar
tidak
membawa
tidak
menangkap
tidak
mengantuk
tidak
miskin
tidak
muda
tidak
pandai
tidak
pergi
tidak
rendah
tidak
tinggal
tidak
tinggi
tidak
tua
|
ii) Kesilapan penggunaan kata nafi bukan
Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama
dan frasa sendi nama.
SALAH
|
BETUL
|
tidak
dari Kuantan
tidak
di desa
tidak
di Subang
tidak
doktor
tidak
emak mentua
tidak
gas
tidak
kakak
tidak
Kassim
tidak
ke Ipoh
tidak
kerajaan
tidak
ketua kampong
tidak
lembu
tidak
mahasiswa
tidak
oleh ibu
tidak
pelajar
tidak
tangan
tidak
tentang masakan
tidak
tentang Perdana Menteri
tidak
untuk kekasih
tidak
untuk wanita
|
bukan
dari Kuantan
bukan
di desa
bukan
di Subang
bukan
doktor
bukan
emak mentua
bukan
gas
bukan
kakak
bukan
Kassim
bukan
ke Ipoh
bukan
kerajaan
bukan
ketua kampong
bukan
lembu
bukan
mahasiswa
bukan
oleh ibu
bukan
pelajar
bukan
tangan
bukan
tentang masakan
bukan
tentang Perdana Menteri
bukan
untuk kekasih
bukan
untuk wanita
|
.
9 : KATA PERINTAH
1.
Kata perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan gerak balas
yang berupa tindakan. Ayat perintah berfungsi sebagai ayat yang bermaksud
suruhan, permintaan, silaan ataupun larangan.
2. Contoh kata perintah:
a. Suruhan – tolong
b. Permintaan – minta, harap
c. Silaan – sila, jemput
d. Larangan – jangan, usah.
3. Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat:
a. Tolong kembalikan buku cerita saya.
b. Minta semua peserta bersedia.
c. Harap saudara faham masalah saya.
d. Sila masuk.
e. Jemput makan.
f. Jangan
berdiri di situ.
g. Usah kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.
4. Kesilapan
4.1 penggabungan kata perintah.
a. Sila jangan merokok
di kawasan ini. (X)
b. Tolong jangan bising
di dalam perpustakaan. (X)
c. Harap jangan memijak
rumput ini. (X)
d. Jangan merokok di
kawasan ini. (√)
e. Jangan bising di
dalam perpustakaan. (√)
f. Jangan memijak
rumput ini. (√)
*Imbuhan meN- pada kata kerja transitif harus digugurkan
dalam ayat perintah.
*Imbuhan awalan kata kerja tak transitif harus dikekalkan
dalam ayat perintah.
10. KATA MAJMUK
Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara
terpisah dan bercantum. Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis secara
terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis terpisah.
Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata
bebas.
Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal
terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik.
Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.
Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata
pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk.
Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan
bahasa.
Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki
bangku, ringan tulang.
Namun begitu, terdapat juga
kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaannya sudah dianggap
mantap sebagai satu perkataan. Dalam tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993:75),
antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah:
antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kerjasama
olahraga
matahari
kakitangan
setiausaha
sukarela
tanggungjawab
tandatangan
warganegara
pesuruhjaya
suruhanjaya
Selain itu, kata majmuk yang ditulis akan berubah menjadi
kata majmuk yang ditulis serangkai apabila menerima apitan , misalnya pengenalpastian,
disatupadukan, menandatangani,melipatgandakan dan dikuatkuasakan.
Cara Mengenal Kata Majmuk
Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara
perkataan yang membentuk kata majmuk, contohnya:
v Tandatangan
tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang tangan.
v Urus
setia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia.
v Kakitangan
tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan
v Tanah
air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air.
Selain itu, kata majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang
berbeza daripada kata-kata asal yang membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya:
v Sapu
tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk kepada kain segi
empat dan berlainan daripada makna biasa sapu dan tangan.
v Bumiputera yang
membawa makna tertentu yang terdiri daripada dua kata dasar bumi dan putera.
Golongan Kata Majmuk
Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut
ini.
Penggolongan
Kata Majmuk
|
Contoh
Perkataan
|
Kata
Nama Majmuk
|
guru
besar, balai raya, tapian gelanggang, cakar ayam, bulan
madu,
Menteri Besar, Naib Canselor, ketua murid, warganegara, ketidakadilan,
persuratkhabaran,
kebolehpercayaan,
tandatangan, warganegara, setiausaha.
|
Kata
Kerja Majmuk
|
hapus
kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih,
gulung
tikar, bersatu padu, mereka bentuk, menandatangani,
bertanggungjawab,
berlatarbelakangkan
|
Kata
Adjektif Majmuk
|
merah
jambu. Terang hati, kuning langsat, muda remaja, panas terik, sukacita,
dukacita.
|
Kata
Tugas Majmuk
|
bagaimana,
apabila, barangkali, kadangkala, walhal, daripada, kepada, mana lagi.
|
.Kesilapan dalam ejaan kata majmuk berganda.
Penggandaan unsur pertama akan dieja terpisah dan
penggandaan hanya berlaku pada unsur pertama sahaja.
Surat khabar-surat khabar dijual di kedai itu (X)
Surat-surat khabar dijual di kedai itu. (√)
Ibu bapa-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (X)
Ibu-ibu bapa diminta hadir ke sekolah. (√)
11 AYAT TUNGGAL.
Ayat tunggal ialah ayat yang
mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai
jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan.
Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan
predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.
SUBJEK DALAM AYAT TUNGGAL.
(a) Frasa nama sebagai subjek.
i. Tan Kong Joo pelajar
sekolah.
ii. Buah itu masam.
iii. Ibunya sakit.
iv. Motosikalnya telah rosak.
v. Balai raya ini untuk orang
ramai.
(b) Kata ganti nama diri sebagai subjek.
i. Dia anak bongsu.
ii. Beliau guru saya.
iii. Dia adik Ragunathan.
iv. *Itu Bank Rakyat.
v. *Ini stesen bas.
(*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102)
Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak
digalakkan memulakan ayat dengan kata ganti nama tunjuk.
(c) Kata kerja sebagai subjek.
i. Membaca buku ialah hobinya.
ii. Bersenam dapat menyihatkan
badan.
iii. Menyanyi ialah
kerjayanya.
iv. Mencuri perbuatan yang
salah.
v. Minum air boleh
menghilangkan dahaga.
(d) Kata adjektif sebagai subjek.
i. Cergas bermakna badan
sihat.
ii. Hijau warna kesukaannya.
iii. Harum bau bunga melur
itu.
iv. Tamak ialah amalan yang
keji.
PREDIKAT DALAM AYAT TUNGGAL.
(a) Frasa nama sebagai predikat
i. Encik Zulkifli pegawai
polis.
ii. Kakaknya doktor mata.
iii. Bangunan itu kediamannya.
iv. Bilik itu stor barang.
(b) Frasa kerja sebagai predikat
i. Dia makan mi goreng.
ii. Anjing itu menyalak musuh.
iii. Mereka tidur.
.
(c) Frasa adjektif sebagai predikat
i. Keropok ini sangat rangup.
ii. Rumah itu sangat besar.
iii. Abangnya sangat bijak.
iv. Budak itu baik sungguh.
(d) Frasa sendi nama sebagai predikat.
i. Buku ini untuk adik.
ii. Ayah ke Kuala Lumpur.
iii. Beliau dari Universiti
Sains Malaysia.
iv. Wajahnya seperti bintang
terkenal itu.
. 12 : KATA PENGUAT
1. Maksud
Kata penguat ialah perkataan
yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan
maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
2. Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:
KATA PENGUAT
|
CONTOH
|
a.
penguat hadapan
|
terlalu,
paling, agak
|
b.
penguat belakang
|
sekali,
benar, nian
|
c.
penguat bebas
|
amat,
sangat, sungguh
|
3. Contoh:
a. Digunakan di hadapan kata adjektif.
KATA PENGUAT HADAPAN
|
CONTOH
|
terlalu
|
Baju di
pasar raya itu terlalu mahal.
|
paling
|
Sambal
tumis itu paling sedap.
|
agak
|
Jalan
di kawasan itu agak bahaya.
|
b. Digunakan di belakang kata adjektif
KATA PENGUAT BELAKANG
|
CONTOH
|
sekali
|
Pendapat
murid itu baik sekali.
|
nian
|
Nyaman
nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi.
|
benar
|
Cantik benar
rantai mutiara ini.
|
c. Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang
kata adjektif.
KATA
PENGUAT BEBAS
|
CONTOH
|
amat
|
1. Kraf
tangan itu amat cantik.
2. Kraf
tangan itu cantik amat
|
sangat
|
1. Beg
pakaian yang dibawa oleh Suria
sangat berat.
2. Beg
pakaian yang dibawa oleh Suria
berat sangat.
|
sungguh
|
1.
Kereta yang dipandu oleh Jazeman
sungguh laju.
2.
Kereta yang dipandu oleh Jazeman
laju sungguh.
|
d. Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan
sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan, dan
terlalu amat pedih. (Tatabahasa Dewan m.s 390)
Contoh:
a. Suaranya sungguh amat merdu.
b. Perangainya sungguh kurang sopan.
c. Kata-katanya terlalu amat pedih.
13 : DARJAH PENGHABISAN
1.1 se + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh:
a. Setinggi-tinggi gunung,
tinggi lagi hasrat kami.
b. Sebijak-bijak budak
itu, akhirnya tertipu juga.
c. Faridlah sebaik-baik
sahabat yang pernah saya kenali.
1.2 ter + kata adjektif
Contoh:
a. Aminlah murid yang terpandai
di dalam kelas ini.
b. Liza antara gadis yang tercantik
di kampong ini.
c. Jambatan Pulau Pinang ialah
jambatan yang terpanjang di Asia.
1.3 paling + kata adjektif
Contoh:
a. Antara adik-beradiknya,
Fifilah yang paling cerdik.
b. Kita mesti mencari jalan
penyelesaian yang paling baik.
c. Menara Berkembar Petronas
ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.
1.4 kata adjektif + sekali
Contoh:
a. Perniagaan Encik Sulaiman maju
sekali.
b. Sedap sekali ayam
goreng ini.
c. Suasana di dalam dewan ini meriah
sekali.
1.5 ter + amat, sangat + kata adjektif
Contoh:
a. Raja itu teramat baik
terhadap rakyat baginda.
b. P. Ramlee seorang seniman
agung yang teramat masyhur.
c. Kek yang tersangat lazat
ini pernah saya makan.
d. Shamimi tersangat baik
sehingga kami begitu sayang kepadanya.
1.6 amat, sungguh, sangat + kata adjektif +
sekali
Contoh:
a. Peserta larian itu amat cergas
sekali.
b. Kain songket di kedai itu sungguh
halus sekali.
c. Suara penyanyi itu sangat
merdu sekali.
2. Kesilapan kata penguat darjah penghabisan.
SALAH
|
BETUL
|
paling
terbaik sekali baik sekali
|
paling
terbaik paling baik
|
paling
tercantik sekali cantik sekali
|
paling
tercantik paling cantik
|
paling
termasyhur paling masyhur
|
paling
masyhur sekali masyhur sekali
|
terpandai
sekali terpandai
|
pandai
sekali
|
terindah
sekali
|
terindah
|
terpandai
sekali
|
terpandai
|
tertinggi
sekali
|
tertinggi
|
terendah
sekali
|
Terendah
|
13. IMBUHAN ‘meN-...-kan’ DAN
‘meN-...-i’
Imbuhan apitan meN-,
meN-...-kan dan meN-...-i akan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan
objek atau penyambut sebagai unsur predikatnya.
1. Kata Kerja apitan
‘meN-...-kan’ dan ‘meN-‘
meN-...-kan = 2 objek
(objek tepat dan objek sipi)
meN- = 1 objek dan
frasa keterangan
contoh: Pah Tijah
membuatkan [Pak Mansor] [secawan kopi]
objek tepat objek sipi
Pah Tijah membuat
[secawan kopi] untuk Pak Mansor.
Objek tepat frasa keterangan
Imbuhan
meN-...-kan
|
Imbuhan
meN-
|
Naseer mencarikan
Pak Zul akar Tongkat Ali.
|
Naseer mencari
akar Tongkat Ali untuk Pak Zul
|
Ibu memasakkan
bapa bubur kacang.
|
Ibu memasak
bubur kacang untuk bapa.
|
Nazimah menjahitkan
Hanif sehelai baju
|
Nazimah menjahit
sehelai baju untuk Hanif.
|
Min membelikan
Syarifah senashkah majalah.
|
Min membeli senashkah
majalah untuk Syarifah.
|
Kekecualian:
Terdapat
kekecualian bagi rumus di atas bagi kata dasar beri dan ajar yang
menerima imbuhan apitan meN-...-kan dan meN-
Contoh: Kakak memberikan
segelas air [kepada adik.]
Objek frasa keterangan
Kakak memberi adik
[segelas air.]
Objek tepat objek sipi
Kakak mengajarkan
Matematik kepada adik.
Kakak mengajar adik
Matematik.
2.
Kata kerja meN-...- kan dan meN-...-i dari segi kedudukan objek tepat dan objek
sipi.
v Kedua-dua
jenis imbuhan ini boleh digabungkan dengan kata dasar yang sama.
v meN-...-kan
akan diikuti oleh objek tidak bernyawa (benda)
v imbuhan
meN-...-i pula akan menerima 2 objek (objek tepat [objek bernyawa] dan objek sipi)
Contoh: Baginda mengurniakan
[hadiah] kepada pembesar istana itu.
KKT
Objek Frasa keterangan
Baginda mengurniai
[pembesar istana itu] [hadiah].
KKT objek
tepat objek sipi
Imbuhan meN-...-kan
|
Imbuhan meN-...-i
|
Puan Zu menghidangkan
ayam goreng kepada kami.
|
Puan Zu menghidangi
kami ayam goreng.
|
Sultan Kedah menganugerahkan
bintang kehormatan kepada Perdana Menteri.
|
Sultan Kedah menganugerahi
Perdana Menteri bintang kehormatan.
|
Ketua kampung menghadiahkan
basikal kepada murid miskin.
|
Ketua kampung menghadiahi
murid miskin sebuah basikal.
|
3. Kata kerja meN-...-kan dan
meN-...-i dari sudut makna (semantik).
Dari
segi semantik iaitu makna, perkataan dasar yang bergabung dengan imbuhan
meN-...- kan atau meN-...-i juga membawa pengertian makna yang tidak sama.
Oleh itu, rumus-rumus yang diterangkan di atas tidak boleh digunakan untuk kata
dasar yang tidak sama dari segi makna apabila bergabung dengan imbuhan
meN-...-kan dan meN-...-i. Contoh perkataan-perkataan itu adalah seperti yang
berikut ini.
Kata dasar
|
Imbuhan apitan:
meN-...-kan dan meN-...-i
|
turun
|
menurunkan – menuruni
|
masuk
|
memasukkan – memasuki
|
serta
|
menyertakan –
menyertai
|
kahwin
|
mengahwinkan –
mengahwini
|
jalan
|
menjalankan –
menjalani
|
naik
|
menaikkan - menaiki
|
Contoh
ayat:
Pemandu teksi itu menurunkan
penumpang di hadapan bangunan itu. (menyuruh penumpang turun)
Bas yang sarat dengan
penumpang itu menuruni jalan yang curam itu dengan lajunya. (turun
melalui jalan yang curam).
v Ibu memasukkan
garam secukup rasa ke dalam gulai ayam itu. (membawa masuk garam, mengisi
garam)
Siti akan memasuki acara lumba lari 100
meter. (mengambil bahagian dalam acara lumba lari)
v Bapa menyertakan
wang tunai bersama-sama dengan surat itu. (mengirimkan wang tunai bersama-sama,
mengembarkan wang tunai bersama-sama)
Murid-murid
itu akan menyertai acara larian maraton di Kuala Lumpur. (mengikut
serta, mengikuti acara larian).
v Pak
Abu hendak mengahwinkan anak perempuannya dengan anak orang kaya itu. (menjadikan
anaknya berkahwin)
Pak
Abu mengahwini janda muda itu setelah isterinya meninggal dunia.
(berkahwin dengan janda muda)
v Para
doktor bertungkus lumus menjalankan pembedahan itu. (melaksanakan
pembedahan)
Pak
Hassan telah selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung
Negara. (mengalami atau melalui pembedahan jantung).
v Ahli
Pengakap itu menaikkan bendera Malaysia semasa perhimpunan sekolah.
(menjadikan bendera naik)
Beberapa orang murid
berebut-rebut untuk menaiki bas yang penuh dengan penumpang itu. (naik
bas)
14. FUNGSI –nya DALAM AYAT
Dalam Tatabahasa Dewan (1993),
-nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang diletakkan pada akhir
kata sahaja. Ganti nama diri ketiga, -nya digunakan apabila kita tidak mahu
menyebut nama orang yang kita bercakap tentangnya sekali atau berulang-ulang
kali. Sebagai contoh:
1.
Saya amat simpati akan dirinya. (Saya sangat simpati akan Aina.)
2.
Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasunya yang
mahal itu. (Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasu dia yang mahal
itu.)
Fungsi
–nya juga dapat digantikan dengan dia atau beliau.
Sebagai contoh:
3.
Hantar beg itu kepadanya. (Hantar beg itu kepada dia/beliau.)
4.
Doktor Aliff telah menghantar surat peletakan jawatan kepada majikannya.
(Doktor Aliff telah menghantar surat peletakan jawatan kepada majikan beliau.)
Penggunaan –nya yang merujuk
kepada Tuhan, ditulis dengan huruf besar dan didahului oleh tanda sempang (-).
Penggunaannya terdapat dalam doa, seperti;
5.
“Hanya kepada-Nya tempat aku mengadu dan bermohon.”
Fungsi –nya sebagai kata tugas
dalam Tatabahasa Dewan terdiri daripada kata penekan dan kata pembenda. –nya
sebagai kata penekan memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.
–nya jenis ini juga digolongkan sebagai –nya penegas. Misalnya:
6.
Sesungguhnya, budak itu telah difitnah sebelum ini.
7.
Pokok kelapa itu nampaknya akan tumbang.
8.
Bahawasanya, tuntutan saman itu perlu diteruskan bagi
membersihkan nama baik kita.
Kata pembenda menurut
Tatabahasa Dewan ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama sebagai kata nama. Sebagai contoh –nya sebagai kata pembenda
yang hadir pada akhir kata sifat itu mengubahkan kata sifat itu menjadi kata
nama.
Contohnya:
9.
Bukan kepalang rindunya kepadaku.
10.
Dia menolak batang kelapa itu dengan kuatnya.
Fungsi
–nya pada akhir kata nama membawa makna milik. Contohnya:
11.
Kunci keretanya telah hilang.
12.
Rumah di atas puncak bukit itu rumahnya.
Penggunaan
–nya dalam ayat berfungsi sebagai objek kata kerja transitif.
13.
Lebai Musa telah menutupnya dengan papan.
14.
Moin telah mengecatnya setelah didesak oleh ibunya.
15.
Halim menumbuknya beberapa kali.
Perkataan –nya juga digunakan
untuk merujuk kepada perkataan atau perkara yang dinyatakan sebelumnya. Pada
mulanya, Ahmad hanya mengharapkan dia lulus sahaja dalam peperiksaan itu. Namun,
harapannya bertukar apabila melihat abangnya telah memperoleh ijazah kelas
pertama.
Fungsi –nya dapat pula merujuk
kepada penyertaan. –nya membawa makna ‘berserta’ atau ‘bersama-sama’.
16.
Siapakah yang belajar dengannya semalam.
17.
Ridzuan sedang bergurau dengannya di depan rumah.
-nya juga menunjukkan manfaat.
Ada pihak lain yang mendapat manfaat daripada sesuatu perbuatan.
18.
Sudin menghadiahkan jam tangan yang mahal kepadanya.
19.
Ibu memasakkan bubur untuk tetamunya.
Penanda
wacana juga menggunakan –nya.
20.
Kita mestilah berfikir semasak-masaknya apabila membuat pilihan. Seandainya,
kita salah membuat pilihan, maka
musnahlah impian kita.
21.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk menjayakan wawasan negara. Kesilapan dalam penggunaan –nya.
1.
Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak
boleh digabungkan menjadi ‘ianya’.
Contoh:
a.
Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianya
akan menular. (X)
b.
Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang
perbuatan itu akan menular. (√)
2.
Ayat yang hendak dipasifkan, bentuk –nya harus digantikan dengan kata atau
frasa nama yang utuh. Binaan ayat tidak dapat diterima, jika –nya tidak digantikan.
Rujuki ayat 22 dan 24 di bawah ini.
22.
Nya telah ditutup oleh Lebai Musa dengan papan (X)
23.
Lubang telah ditutup oleh Lebai Musa dengan papan. (√)
24.
Nya telah dicat oleh Moin setelah didesak oleh ibunya. (X)
25.
Bilik telah dicat oleh Moin setelah didesak oleh ibunya. (√)
26.
Nya ditumbuk oleh Halim beberapa kali. (X)
27.
Ahmad ditumbuk oleh Halim beberapa kali. (√)
14 : KATA PARTIKEL
Kata partikel atau kata
penegas berfungsi untuk memberikan penekanan kepada frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.
-lah, -tah, dan –kah
Penggunaan kata penegas dalam
ayat.
Dalam bahasa bertulis, unsur
yang ditegaskan atau difokuskan dalam sesuatu ayat harus dikedepankan.
SALAH
|
BETUL
|
Mereka
datang bilakah?
|
Bilakah
mereka datang?
|
Anaknya
pintarkah?
|
Pintarkah
anaknya?
|
Gerangan
gadis itu siapakah?
|
Siapakah
gerangan gadis itu?
|
Komputer
baharuku itulah.
|
Itulah
komputer baharuku.
|
Kunciku
manatah?
|
Manatah
kunciku?
|
Usaha
kita sia-sialah.
|
Sia-sialah
usaha kita.
|
Penulisan kata penegas pun
Penulisan kata penegas pun
tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
SALAH
|
BETUL
|
Kakakpun hendak pergi ke
bandar.
|
Kakak
pun
hendak pergi ke bandar.
|
Saya
tidak akan mengaku kalah biar pun keletihan.
|
Saya
tidak akan mengaku kalah biarpun keletihan.
|
Sudah ditetapkan bahawa tiga
belas (13) patah kata seperti yang berikut ini perlu ditulis serangkai (dicantumkan)
dengan kata partikel pun, iaitu:
adapun andaipun ataupun bagaimanapun
biarpun kalaupun kendatipun lagipun
mahupun meskipun sekalipun sungguhpun
walaupun
Kata penegas pun ditulis
terpisah daripada perkataan yang mendahuluinya jika pun bermaksud:
a) juga
- Adik pun ingin pergi ke pasar.
b)
bahkan - Berjalan pun dia tidak boleh, apatah lagi berlari.
c)
biar - Betapa sukar pun projek itu, dia tetap akan meneruskannya.
d)
menguatkan pokok ayat - Tidak ada seorang pun calon yang gagal
dalam peperiksaan itu.
e)
turutan - Selepas itu, pasukan polis pun bertindak.
f)
Penguat kata ganti tak tentu - Sesiapa pun boleh masuk.
Contoh kata penegas lain:
jua, juga, sahaja, lagi,
memang dan hanya.
Selain itu, terdapat kata
penegas yang bebas dari segi kehadirannya dalam ayat.
Contoh:
Adik juga ingin
pergi ke Sabah.
Adik ingin juga
pergi ke Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan