SOALAN SIMULASI PEPERIKSAAN KERTAS BAHASA MELAYU I
PROGRAM PECUTAN AKHIR SPM 2017
SEPANJANG SIMULASI PEPERIKSAAN DIJALANKAN SAYA DAPATI MASIH ADA PELAJAR TIDAK DAPAT MEMPERUNTUKKAN MASA UNTUK MENJAWAB SOALAN KERTAS BAHASA BAHAGIAN A DAN B. OLEH SEBAB ITU SAYA MENASIHATKAN PELAJAR BERUSAHA UNTUK MEMPERUNTUKKAN MASA YANG TELAH DIPERUNTUKKAN IAITU BAHAGIAN A 45 MINIT DAN BAHAGIAN B 1 JAM 30 MINIT SEMASA MENJAWAB SOALAN.
SAYA MENGULAS DAN MENOLAK PENDAPAT BEBERAPA ORANG PELAJAR MENGATAKAN BAHAWA SEMASA PEPERIKSAAN SEBENAR MEREKA MAMPU MENJAWAB SOALAN BERKENAAN BERDASARKAN MASA YANG DITETAPKAN. OLEH SEBAB ITU, SAYA TIDAK MENERIMA ALASAN TERSEBUT KERANA SEMASA SIMULASI PEPERIKSAANLAH MEREKA PERLU MENGAPLIKASI PENGGUNAAN MASA YANG DITETAPKAN UNTUK MENJAWAB SOALAN BERKENAAN, JUSTERU SAYA MENEGASKAN PABILA CUKUP MASA 2 JAM 15 MINIT SAYA AKAN KUTIP SKRIP JAWAPAN PELAJAR.
Bahkan juga, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
Intihanya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar dan persekitaran sekolah bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran biasa dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
SOALAN KARANGAN BAHAGIAN A ( CADANGAN )
Berderap seiring berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Pantun di atas
menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kebaikan
kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan
aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara.
Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi
pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria
yang positif perlu ada dalam kehidupan seharian mereka. Persoalannya, apakan
ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pelajar cemerlang?
Ciri utama yang
perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mereka mesti mendapat motivasi daripada keluarga, rakan-rakan
dan guru-guru. Tanpa motivasi daripada insan-insan berkenaan pelajar ibarat perahu
berada di lautan luas tanpa haluan. Oleh sebab itu, seorang pelajar yang cemerlang perlu sentiasa
menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga,
guru mahupun rakan-rakan kerana merekalah sumber inspirasi untuk mereka berjaya
dalam kehidupan. Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati
dan mengikuti sebarang nasihat guru dan ibu bapa mereka kerana merekalah sumber
ilmu. Mereka juga sentiasa menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan dalam
pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup
seorang pelajar yang cemerlang terutama bertukar-tukar fikiran semasa
berbincang sebarang permasalahan dalam pembelajaran. Sekiranya, amalan ini
diparktikkan dalam kehidupan pelajar mereka akan sentiasa berjaya sebagai
seorang pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, jelaslah bahawa
pelajar cemerlang perlu sentiasa mendambakan galakan daripada keluarga,
guru-guru dan rakan-rakan.
Selain itu, persekitaran sekolah yang
kondusif amat penting untuk melahirkan pelajar cemerlang. Hal ini kerana
persekitaran sekolah seperti keceriaan kelas, pusat sumber sekolah yang menarik
dan tersusun serta tempat-tempat pembelajaran di luar kelas seperti pondok-pondok
bacaan dengan persekitaran menghijau dan dipenuhi dengan pokok bunga, serta
kebersihan kawasan sekolah amat sesuai untuk proses pembelajaran berlaku dalam kalangan pelajar.
Secara langsung, pelajar akan sentiasa bermotivasi untuk mengadakan
perbincangan atau mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan di mana-mana
sahaja kerana sekolahku, syurgakaku. Sekiranya persekitaran sekolah sentiasa
ceria sudah pasti pelajar sekolah berkenaan akan sentiasa cemerlang terutama untuk menjadi tonggak sebagai pengganti
kepimpinan negara yang ada sekarang untuk merealisasikan Wawasan 2020 untuk
Malaysia menjadi negara maju, supaya boleh duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi negara maju yang lain. Tegasnya, persekitaran sekolah yang kondusif amat
penting untuk melahirkan pelajar cemerlang.
Bahkan juga, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap
pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal
ini demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan
kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai
kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam
sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan
seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja
dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka
kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para pelajar juga
haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama
ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang
akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka
seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian,
setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi
seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, dan rohani sebagaimana kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Sudah terang lagi bersuluh, seorang
pelajar yang cemerlang, sentiasa aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum.
Intihanya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar dan persekitaran sekolah bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran biasa dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Contoh karangan Bahagian B.
Soalan Nombor
2.
Pada suatu masa dahulu, telefon
bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh masyarakat
kerana harganya yang mahal selain bentuknya yang besar dan sukar dibawa. Namun,
selepas dunia memasuki alaf baru dan semakin maju pelbagai syarikat negara maju
seperti Korea, Jepun, Amerika berlumba-lumba mencipta gajet berkenaan dengan
bentuk, saiz dan perisian yang mengatasi penggunaan komputer riba. Oleh sebab
itu, kini, pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas
hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang
lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah masyarakat
waima pelajar sekolah rendah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon
bimbit untuk kegunaan mereka seharian. Malahan ada dalam kalangan pelajar
sekolah tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah ada juga memiliki
telefon pintar. Persoalannya, adakah telefon bimbit memberi implikasi ataupun
impak negatif terhadap pelajar?
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
Realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit tanpa
kawalan ibu bapa boleh memberi impak atau implikasi negatif dalam kalangan
pelajar. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit
kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan
demikian kerana golongan remaja baru berumur baru setahun jagung, darah baru
setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila
melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar
terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan
berbual-bual dengan kawan atau menghantar mesej
samada menggunakan aplikasi seperti “mesegger”, “whataaps”, “facebook”, “instagram”,
“twitter” walaupun mengetahui kadar bayarannya. Tambahan pula, pelajar akan seamasa
memuat turun aplikasi internet seperti “games”
yang tersedia menggunakan “play stor”, sudah pasti kos perkhidmatan internet
berkenaan ditanggung oleh pelajar. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju
di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata
pepatah Melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Oleh itu, pelajar
harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran.
Tegasnya, memang penggunaan telefon bimbit memberi implikasi negatif kepada
pelajar.
Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik
batu di sebalik penggunaannya kecuali pengguna tersebut seorang pengguna
yang bijak. Hal ini demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak
negatif terhadap penggunanya. Pertama, kebanyakan pelajar yang menggunakan
telefon bimbit tidak menggunakannya untuk kebaikan seperti untuk mendapatkan
maklumat berkaitan pelajaran. Hal ini demikian kerana ramai pelajar yang
menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk tujuan menghantar pesanan ringkas
yang tidak berguna seperti memikat seseorang, menghantar pesanan sekadar
menghilangkan kebosanan, menimbulkan gosip yang boleh memalukan pelajar lain
dan sebagainya. Perkara ini akan membawa kepada pembaziran dan seterusnya
meningkatkan kos sara hidup. Sekiranya pelajar menggunakan telefon bimbit untuk
meniru dalam peperiksaan, menganjurkan aktiviti jenayah dan juga menyebarkan
video lucah di sekolah, perbuatan pelajar berkenaan boleh dikategorikan sebagai
jenayah. Perkara sebegini jika berlaku akan menyebabkan keruntuhan moral yang
teruk kepada generasi pelajar di negara ini terutama untuk tujuan hedonisme atau
berhibur berlebih-lebihan. Sepatutnya pemudi tiang negara dan pemuda harapan
bangsa yang bertanggungjawab mencorakkan negara. Sudah terang lagi bersuluh,
telefon bimbit memang memberi kesan negatif kepada pelajar kerana kebanyakan pelajar menggunakan telefon bimbit tidak menggunakannya untuk kebaikan seperti untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran
Di samping itu, sikap pelajar sekolah pada zaman sekarang yang suka
bersaing dalam mengejar kecanggihan juga amat membimbangkan. Hal ini demikian
kerana bukan mereka yang menanggung kesusahan tetapi ibu bapa yang perlu
bermandi peluh dalam merealisasikan hasrat anak mereka memiliki telefon bimbit
canggih. Bagi golongan yang berpendapatan menengah rendah, sudah pasti perkara
ini menjadi beban kepada mereka. Bagi golongan menengah atas pula, mereka
sering memanjakan anak mereka dengan membelikan telefon pintar atau telefon
canggih lain sehingga mengabaikan tanggungjawab demi pekerjaan semata-mata.
Sudah pasti sikap ibu bapa yang memanjakan anak seperti di atas mampu
menjerumuskan anak-anak mereka kepada perkara yang negatif seperti mengamalkan
budaya hedonisme dan akhirnya akan merugikan mereka juga. Bagi ibu bapa pula,
impaknya sara hidup yang tinggi sekarang boleh menghimpit ekonomi keluarga.
Sepatutnya, ibu bapa perlu melayani anak-anak dengan baik bak kata pepatah
Melayu sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tingal-tinggalkan. Jika nasi
sudah menjadi bubur sudah tidak berguna lagi. Tegasnya, sikap pelajar sekolah
pada zaman sekarang yang suka bersaing dalam mengejar kecanggihan juga
amat membimbangkan kita.
Seterusnya, mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14
negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang
berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak kepada pengguna. Hal ini
demikian kerana gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit
apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan
mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser
otak. Perkara sebegini amat membimbangkan terutama jika berlaku dalam kalangan
pelajar yang menjadi harapan negara. Sekiranya, ibu bapa tidak peka dengan perkara
berkenaan sudah pasti anak-anak mereka akan menjadi mangsa. Bahkan juga,
sekiranya anak-anak mengidap penyakit barah, bukan sahaja anak akan menerima
impaknya, malah ibu bapa juga perlu menghabiskan wang yang banyak untuk
mengubati penyakit moden ini. Bak kata pepatah Melayu mencegah lebih baik dari mengubati, oleh sebab itu ibu bapa perlu berfikir sebelum membuat keputusan untuk menuruti segala kehendak anak-anak. Sekiranya, anak-anak sudah ada gajet pintar berkenaan ibu bapa perlu memantau dan mengehadkan penggunaan telefoh dalam kalangan anak-anak mereka. Tegasnya, penggunaan telefon bimbit yang
berlebihan boleh mendatangkan penyakit barah otak kepada pengguna.
Selain itu, pelajar juga akan
menerima kesan negatif apabila terlampau
ghairah sewaktu menggunakan telefon bimbit terutama semasa menghantar pesanan
ringkas . Hal ini berlaku demikian kerana golongan pelajar sekarang gemar meringkaskan perkataan semasa
menggunakan Sistem Khidmat Pesanan (SMS) dengan alasan menjimatkan ruang
pesanan. Lantaran itu, golongan remaja yang sudah terbiasa menggunakan
perkataan singkatan ini akan turut menggunakan perkataan singkatan tersebut
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah terutamanya dalam
subjek-subjek yang memerlukan mereka menulis atau mengarang seperti mata
pelajaran Bahasa Melayu. Tamsilnya, golongan remaja yang begitu ghairah
menggunakan telefon bimbit ini akan terbawa-bawa menggunakan perkataan
singkatan tersebut semasa mengarang sekaligus boleh menyebabkan berlakunya kesalahan
bahasa dan seterusnya boleh menyebabkan markah kertas bahasa Melayu akan
merosot . Oleh itu, keghairahan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar boleh merosakkan kegramatisan bahasa
Melayu sekiranya tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.
Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik.
Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan
telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan
sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru
itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan
oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam
sahaja untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon
bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara.
CADANGAN
KARANGAN SOALAN 1 BAHAGIAN B
Anak-anak
boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan bebanan ekonomi dalam rumah
tangga. Selaku pengerusi Kelab Pengguna di sekolah, anda diminta menyampaikan
ucapan tentang langkah-langkah hemat
berbelanja yang boleh dibantu oleh anak-anak.
Tulis
ucapan anda selengkapnya.
Pendapat
guru: Karangan ini merupakan karangan berformat ucapan tetapi isi masih sama
dengan karangan biasa, justeru tidak ada masalah kepada pelajar untuk memilih
karangan tetapi perlu faham format ucapan. Namun, rata-rata pelajar saya tidak
memilih karangan ini pertama kerana takut karangan ini berformat dan kedua isu yang diketengah berkaitan ekonomi dan ini
agak membimbangkan mereka. Bahkan juga, Oleh sebab itu, saya cuba memberi contoh
karangan berdasarkan arahan soalan di atas sebagai membuktikan karangan ini
boleh dijawab kerana karangan ini berdimensi diri.
Contoh karangan berkenaan.
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera, terima kasih saya ucapkan kepada pencacara majlis, Yang
Berusaha Tuan Pengetua SMK Seri Londang, Penolong-penolong Kanan, guru-guru, ahli jawatankuasa Kelab Pengguna SMK
Seri Londang dan rakan-rakan.
Hadirin
sekalian,
Sebagai
Pengerusi Kelab Pengguna SMK Seri Londang, saya telah diberi ruang untuk
berucap pada pagi ini bertajuk “Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha
mengurangkan bebanan ekonomi dalam rumah tangga. Bagaimanakah langkah hemat
berbelanja ibu bapa yang boleh dibantu oleh anak-anak. Berdasarkan kos sara
hidup keluarga semakin meningkat kini , ibu bapa sudah pasti merasai
kegetirannya, ibarat mereka sebagai ketua keluarga terpaksa mengharungi onak
dan duri dalam menelurusi kehidupan berkeluarga, justeru anak-anak
bertanggungjawab untuk membantu mereka mengurangkan masalah ekonomi keluarga.
Persoalannya, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membantu
keluarga untuk berhemat berbelanja.
Rakan-rakan
yang saya hormati,
Langkah
pertama, sebagai seorang anak perlu membudaya berjimat
cermat sebagai senjata yang paling ampuh digunakan apabila berada dalam situasi
begini. Langkah tersebut amatlah pragmatik dalam menghadapi suasana darurat
dalam rumah tangga. Anak-anak diharap dapat memahami keadaan berat ringan yang
ditanggung oleh ibu dan ayah. Prakarsa berjimat yang perlu dilakukan hendaklah
bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal
penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa
merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya
mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika
tidak diperlukan. Memang benar budaya berjimat cermat itu lunak dibicarakan
sebaliknya tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segala-galanya adalah berpunca
daripada sikap kita sebagai seorang anak tidak mengambil peduli kesan akibat
sikap pemborosan sehingga membebankan ibu bapa. Contoh yang paling mudah,
jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras RM20
justeru penggunaan domestik tersebut adalah percuma. Inilah sebenarnya hakikat
amalan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Sekiranya kita sebagai seorang anak dapat dapat mengelakkan budaya
boros dalam kehidupan seharian sudah pasti bebanan ibu bapa dapat dikurangkan, Tegasnya,
anak-anak mampu membantu ibu bapa dengan berjimat dalam menggunakan air dan
juga berkimat menggunakan tenaga elektrik.
.Hadirin sekalian,
Selain
itu, sebagai seorang anak yang baik, kita perlu
prihatin terhadap masalah ekonomi ibu bapa. Sebagai seorang anak kita tentulah
maklum akan kedudukan kewangan keluarga pada masa sekarang ketika kos sara
hidup meningkatkan negara mengalami inflasi. Oleh itu, sebagai seorang kita
perlulah menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa bekerja mencari
rezeki. Fahamilah akan beratnya tanggungan mereka bak kata peribahasa, seberapa
berat mata memandang beratlah lagi bahu yang memikul. Kita sebagai seorang anak
perlu mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, berpakaian dan
berbelanja sekadar yang perlu sahaja. Amatlah malang sekali apabila ada
anak-anak pada era sekarang seakan-seakan tidak mempunyai sikap belas kasihan
kepada ibu bapa. Sekarang kita sebagai seorang anak mudah terdorong untuk
menuruti gaya hidup rakan-rakan yang lebih mewah. Oleh sebab itu, ada antara kita
mendesak dan meminta-meminta sesuatu yang diluar upaya ibu bapa seperti
inginkan pakaian yang berjenama dan berselera untuk makan ditempat-tempat yang
eksklusif, serta budaya mempunyai gajet terkini telefon pintar. Sepatutnya,
anak-anak hendaklah mengelak daripada sebarang pengaruh dan budaya
bermewah-mewah kerana resam hidup, pipit sama pipit dan enggang sesama enggang
masakan dapat terbang bersama. Sekiranya, kita sebagai seorang anak kurang meminta sesuatu yang membebankan ibu
maka, sudah pasti ekonomi keluarga akan dapat dikurangkan. Tegasnya, , kita sebagai
seorang anak perlu prihatin terhadap
masalah ekonomi ibu bapa
Walaupun
bebanan kos hidup semakin meningkat, tetapi dalam sebuah negara seperti
Malaysia, peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan sentiasa terbuka.
Peluang-peluang kerja sambilan seperti pembantu kedai dan berniaga secara
kecil-kecilan mudah diperoleh di mana-mana jua. Anak-anak yang baik sudah tentu
dapat menghidu peluang tersebut dengan cara melakukan kerja sambilan sewaktu
lepas sekolah dan lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah. Perkara yang
penting ialah ketepikan perasaan malu dan malas. Sebenarnya telah banyak
teladan yang dapat dikuti daripada ikon-ikon tersohor seperti Tan Seri Syed
Mokhtar Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon Siew dan Dato Seri Tony Fernandez yang
berjaya menjadi konglomerat dengan memulakan peniagaan daripada bawah. Oleh
itu, langkah yang terpenting setiap anak perlulah mempunyai wawasan dan jiwa
yang cekal untuk berjaya ibarat kata tokoh tersohor Sukarno, “Gantunglah
cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu masih mencecahi
perlimbahan”. Jikalau kita sebagai seorang anak mampu mengambil peluang untuk
bekerja sambilan bagi mengurangkan bebanan kewangan keluarga. Sudah terang lagi
bersuluh, kita sebagai seorang anak mampu mengurangkan bebanan ekonomi
keluarga.
Akan disambung insya Allah.