Sabtu, 24 Jun 2017

Karangan Kerja Rumah Kelas 5 Sains- Aktiviti Kokurikulum amat penting dalam kalangan pelajar.

Terdapat sebilangan murid, ibu bapa dan masyarakat hanya mementingkan pencapaian akademik dengan meminggirkan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Sebagai seorang murid, huraikan pendapat anda untuk menyakinkan semua pihak bahawa kegiatan kokurikulum banyak faedahnya kepada murid-murid dan tidak wajar diketepikan di sekolah.

Apakah yang dimaksudkan kokurikulum? Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kokurikulum adalah sebahagian kurikulum asas selain mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah meliputi kegiatan kelab dan persatuan, unit beruniform, dan kelab sukan dan permainan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada semua pelajar di seluruh negara kerana aktiviti kokurikulum bukan sahaja memberi banyak faedah kepada pelajar tetapi pada masa yang sama mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada negara. Seyogia, akan pentingya kegiatan kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan sistem meritokrasi dalam penentuan kemasukan pelajar ke Universiti dengan menggunapakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Keputusan ini amat wajar kerana aktiviti kokurikulum mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar sejajar dengan hasrat falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan kemejandian manusia perlu dilakukan  mengikut acuan dan kehendak negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Mengapakan kokurikulum penting kepada pelajar itulah fokus penulisan yang akan saya paparkan di bawah.


Saya akan membicarakan penulisan tajuk karangan ini dengan kata kunci pertama iaitu kokurikulum penting untuk mengembangkan potensi seseorang pelajar. Peribahasa Melayu ada menyebut tuah ayam terdapat di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Seseorang pelajar tidak akan mengetahui potensinya dalam kepimpinan, dan kesukanan jika tidak menceburi aktiviti kokurikulum kerana di dalam bilik darjah, potensinya lebih banyak bertumpu kepada soal intelek. Jika adapun, potensi dalam bidang sukan dan permainan dapat dikesan melalui aktiviti mata pelajaran jasmani itupun tidak menyeluruh, justeru melalui aktiviti kelab dan pesatuan serta kelab sukan dan permainan potensi pelajar akan lebih banyak menyerlah kepada pengkususan sukan dan permainan yang disertanya. Sebagai contoh, aktiviti bola sepak, permainan badminton, bola baling dan sebagainya, apabila pelajar menyertai kelab dan permainan berkenaan pelajar dapat menumpu perhatian sepenuhnya kepada kemahiran permainan berkenaan. Begitu juga dengan soal kepimpinan seperti kelab dan persatuan, potensi kepimpinan pelajar dapat dikesan apabila pelajar dilantik menjadi pengerusi atau ahli jawatankuasa dalam persatuan berkenaan. Seyogia, melalui jawatan yang dipegang pelajar akan dapat mengembang kemahiran untuk mentadbir persatuan, seperti seorang pengerusi persatuan mampu menentukan keaktifan persatuan yang ditadbirnya. Malahan, dengan aktiviti kelab dan pesatuan serta kelab dan permainan mereka boleh mengembangkan potensi mereka apabila terpih menjadi wakil daerah dalam kejohanan seperti pertandingan bola sepak daerah. Konklusinya, memang sudah terang lagi bersuluh, aktiviti kokurikulum penting untuk mengembangkan potensi seseorang pelajar.


Seterusnya, saya akan menyelongkar faedah kokurikulum dalam kalangan pelajar dengan kata kunci kedua iaitu aktiviti kokurikulum mampu menambah kenalan terutama untuk bertukar-tukar fikiran dalam dunia pendidikan serta soal kepimpinan kerana berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali. Aktiviti kokurikulum bukan sahaya bertumpu kepada aktiviti kokurikulum di sekolah sahaja tetapi bergantung kepada keaktifan seseorang pelajar. Pelajar yang aktif akan sentiasa melanjutkan penglibatan mereka dalam aktiviti ini ke peringkat, daerah, negeri, kebangsaan dan tidak mustahil ke peringkat antarabangsa. Banyak maslahat yang akan mereka nikmati daripada penglibatan mereka dalam aktiviti kukurikulum ini, izharnya  mereka akan bertemu rakan-rakan daripada variasi bangsa, budaya, agama, dan tahap pendidikannya seperti jika di peringkat negeri, mereka akan bertemu pelajar berbangsa Cina, India, serta pelbagai etnik lain. Sudah pasti, dengan dengan hubungan persahabatan dengan variasi bangsa, pelajar akan mengetahui budaya, cara pemakanan, agama dan ini akan mengukuhkan lagi perpaduan bangsa antara kaum di negara Malaysia dihuni oleh masyarakat pelbagai bangsa dan ini akan meningkatkan perpaduan bangsa. Begitu juga dengan tahap pendidikan, sudah pasti kebanyakan mereka terpilih mempunyai latar iq dan tahap pencapaian terbaik dalam pejaran, begitu tahap kepimpinan, sudah pasti mereka memegang jawatan tertinggi dalam kelab dan persatuan di peringkat negeri. Oleh sebab itu, mereka boleh bertukar-tukar fikiran, pengalaman, dan menerima input pelbagai urusan kelab dan persatuan dan tidak ketinggalan soal pelajaran. Tambahan pula dengan kemudahan komunikasi moden, pelajar boleh meneruskan hubungan, tamsilya bertukar-tukar soalan atau karangan terbaik di peringkat sekolah, daerah ataupun negeri kerana dengan komunikasi moden kini berada pada tahap terbaik, kecangihan komunikasi ini mengujudkan dunia tanpa sempadan, dan maklumat sentiasa berada di hujung jari. Sudah terang lagi bersuluh, iaitu aktiviti kokurikulum mampu menambah kenalan terutama untuk bertukar-tukar fikiran dalam dunia pendidikan dan dunia kepimpinan.

Pada bahagian perenggan isi ini, saya akan berbicara berkaitan faedah kokurikulum dari sudut disiplin dengan kata kunci, aktiviti kokurikulum dalam membina disiplin dan jati diri seorang pelajar. Sebagai seorang pemimpin dalam unit pakaian beruiniform, persatuan dan kelab sukan dan permainan soal disiplin perlu dititikberatkan tanpa kompromi kerana sebagai seorang pepimpin mereka merupakan idola atau contoh kepada pelajar-pelajar lain. Tamsilnya, seorang pengerusi apa sahaja unit aktiviti kokurikulum, mereka perlu mempunyai disiplin dan jati diri terpuji. Hal ini kerana sebagai seorang ketua mereka perlu mempunyai disiplin daripada pelbagai sudut, sama ada cara mereka bertutur, berpakaian, patuh kepada jadual serta masa, patuh peraturan dan juga semasa membuat keputusan. Apabila seseorang pemimpin mempunyai sifat-sifat terpuji sedemikian rupa, jati diri mereka ini akan menjadi ikutan, dan sudah pasti organisasi mereka akan beroleh kejayaan. Bahkan juga dengan sifat terpuji yang ada pada seseorang pepimpin arahan mereka sentiasa diikuti dan ini amat penting untuk menjayakan sebarang usaha atau aktiviti yang dijalankan setiap unit atau badan  kokurikulum. Jika tidak, sudah pasti organisasi yang mereka pimpin akan gagal mencapai objektifnya, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus sudah pasti kepimpinan yang diharapkan untuk menjadi ikutan anak-anaknya tidak akan kesampaian. Intihanya, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum dalam membina disiplin dan jati diri kepada seorang pelajar.

Seterusnya, penulisan karangan saya ini akan menjurus kepada bicara berkaitan faedah kokurikulum kepada pelajar dengan kata kunci aktiviti kokurikulum mampu memenuhi masa senggang pelajar dengan aktiviti yang bermanfaat dan mengasah bakat mereka dengan permainan profesional. Sebagai mana kita sedia maklum bahawa masa itu amat berharga kerana masa itu emas. Apabila masa itu gagal dimanfaat oleh pelajar dengan sebaik-baiknya masa itu akan berlalu begitu sahaja dan masa tidak boleh diundur. Bahkan juga, pelajar yang terpengaruh dengan rakan-rakan yang buruk akhlaknya, mereka akan mudah terjebak dengan aktiviti yang memudaratkan diri mereka seperti merokok, menggunakan dadah untuk keseronokan, terlibat dengan aktiviti jenayah seperti merempit, mencuri dan sebagainya Oleh sebab itu, dengan adanya aktiviti kokurikulum pelajar dapat memenuhi masa dengan cara terbaik. Contohnya, dengan aktiviti kokurikulum mereka boleh menggunakan masa lapang mereka dengan aktiviti untuk mengasah kebolehan atau bakat mereka dalam aktiviti sukan, seperti permainan bola sepak, badminton dan sebagainya. Jelasnya lagi, kalangan pelajar yang tergolong dalam kalangan pelajar yang tidak cemerlang dalam pelajaran boleh mendapat bimbingan guru-guru yang mahir dalam permainan mengikut kelab sukan dan permainan yang mereka pilih berdasarkan minat mereka. Dengan bakat yang mereka ada dan diasah dengan baik oleh guru-guru berpengalaman, mereka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah sukan yang mengutamakan pelajar yang berkemahiran dalam bidang sukan dan disamping meneruskan pelajaran mereka seperti biasa seperti pelajar-pelajar lain. Terbukti, ada kalangan pelajar seperti ini terpilih untuk bermain dengan pasukan profesional atas kemahiran mereka dalam bidang permainan yang mereka ceburi seperti pasukan bolasepak negeri atau kebangsaan. Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti kokurikulum mampu memenuhi masa senggang pelajar dengan aktiviti yang bermanfaat an mengasah bakat mereka dengan permainan profesional.

Penulisan saya ini saya juruskan kepada perbicaraan berkaitan aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan kesihatan pelajar sama ada kesihatan rohani mahupun jasmani. Sebagai mana kita sedia maklum dengan aktiviti kokurikulum terutama melibatkan aktiviti kelab dan permainan pelajar mampu meningkatkan mutu kesihatan pelajar. Pada zaman milineum ini, penyakit seperti diabetes mellitus atau kencing manis dan obesiti sering diperkatakan dalam kalangan masyarakat mahupun para pengamal perubatan. Kenapa isu ini sering berlaku dalam kalangan pelajar? Jawapannya sudah pasti kerana mereka tidak bersukan. Oleh sebab itu mereka perlu bertindak dengan proaktif dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan terutama melibatkan aktiviti kokurikulum berkaitan dengan aktiviti sukan dan permainan. Jangan sampai sudah terhantuk baru tergadah dan mencengah lebih baik dari mengubati. Sekiranya mereka liat untuk bersukan, gunakanlah kesempatan yang ada untuk melibatkan aktiviti kokurilukum yang diadakan di sekolah. Kenapa bersukan mampu mengatasi masalah diabetes dan obesiti? Sekiranya pelajar menjalani aktiviti bersukan semasa aktiviti kokurikulum mereka akan meningkatkan metabolisme dalam badan dan gula dan lemak dapat diuraikan dan dinyahkan daripada badan melalui proses perkumuhan. Selain itu, dengan bersukan perpeluhan yang berlaku akibat aktiviti berkenaan mampu mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan kerana badan cergas otak cerdas. Izharnya, jelaslah aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan kesihatan pelajar sama ada kesihatan rohani mahupun jasmani.

Konklusinya, aktiviti kokurikulum wajar diberikan perhatian yang bersungguh-sungguh oleh semua pihak terutama oleh pentadbir dan guru-guru sekolah yang terlibat memandangkan sumbangan dan peranan yang dimainkannya begitu besar dan berpengaruh kepada perkembangan jasmani, rohani, disipilin, dan jati diri pelajar. Walaupun aktiviti kokurikulum masih mempunyai kekurangan tersendiri, namun aktiviti ini seharusnya dikemaskinikan sentiasa agar yang kurang dapat ditambah, yang bocor dapat ditampung dan yang lemah dapat diperkasakan agar tujuan murni untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, dan intelek sebagaimana yang digariskan dan diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara akan tercapai dan kewujudannya tidak hanya dipaparkan di di dinding bangunan sekolah atau di bingkai dan digantung di pejabat sekolah


Alhamdulillah, saya telah mengotakan kata-kata saya untuk menghasilkan karangan di atas, bagaimana pula anda. Anda boleh menjadikan bahan penulisan sebagai panduan bukan menyalinnya bulat-bulat. Begitu juga, bahagian perenggan pengenalan anda boleh menggunakan pelbagai bentuk dan jenis pengenalan. Selamat bercuti di samping menyelesaikan kerja-kerja yang ditugaskan.


Jumaat, 23 Jun 2017

PANDUAN MENJAWAB TEKS RUMUSAN (KERJA TAMBAHAN CUTI HARI RAYA)

BERSAMA-SAMA INI SAYA SERTAKAN BAHAN UNTUK PANDUAN DAN BANTUAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN RUMUSAN TEKS SEMASA CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI.

SOALAN RUMUSAN:-



           Cadangan jawapan:-

           Bahagian pengenalan ( Sila pilih jenis pengenalan yang anda fikirkan sesuai )
           Pastikan anda tidak melakukan kesalahan- rujuk panduan nota menghasilkan rumusan
           edaran semasa teknik menjawab di PULARES.

           Bahagian isi tersurat cari sendiri di dalam teks di atas.

           Isi tersurat:-
           Berfokus kepada peranan ibu bapa untuk mengurangkan stres anak-anak dengan:-
           i)    menghantar anak-anak mengikuti kem motivasi.
          ii)    menyediakan persekitaran pembelajaran anak-anak yang kondusif.
         iii)    memberi dorongan / rangsangan /motivasi ke arah mengurangkan stres anak-anak.
         iv)    memberi ganjaran atau hadiah atas kejayaan anak-anak.
          v)    memahami situasi anak-anak yang akan berhadapan dengan peperiksaan.
         vi)    memberi didikan agama yang sempurna.
        vii)    membawa anak-anak melancong/ riadah / bersenam / berekreasi.

           Penutup ( Rujuk nota panduan PULARES)
           Kesimpulan, ( Siapa terlibat atau bertanggungjawab mengurangkan masalah stres pelajar ) + (agar / supaya ) + impak tindakan diambil kepada pelajar .

Soalan  2 (a) Pemahaman Teks :-

Jawapan untuk soalan bahagian 2 (a) akan menyusul pada 29/6/2017. Saya tidak akan memaparkan jawapannya sekarang supaya anda mencuba dan menjawab latihan berkenaan terlebih dahulu. Beraya-beraya juga...kerja tetap kerja dan selesaikan kerja anda segera.

Jawapan Soalan Bahagian 2 ( a ).
i)   Kerisauan kronik yang kronik bermaksud.........................
     - kebimbangan yang serius / melampau.                         ( 2 markah )
     - keresahan yang serius / melampau.                              ( 2 markah )
     - keresahan/kebimbangan yang kronik                            ( 2 markah )
     - kerisauan yang serius / melampau.                               ( 2 markah )

 *** Sekiranya anda tidak faham kenapa ada jawapan markahnya dua dan ada satu....rujuk dan
       tanya guru mata pelajaran anda dengan segera.

ii)   Terdapat beberapa perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi emosi pelajar
      adalah kerana.....................................
   i) hubungan peribadi dengan rakan-rakan.
  ii) masalah dengan keluarga.
 iii) masalah dengan guru.
 iv) masalah kewangan.
  *** Jawapan soalan ini ada di dalam teks rumusan.
  *** Pastikan anda merujuk markah dan nota PULARES untuk menentukan bilangan isi 
        yang perlu diselitkan dalam jawapan anda.

iii)  Antara tidakan Kementerian Pelajaran Malaysia membendung masalah tekanan kronik yang
      dihadapi oleh pelajar adalah dengan.......................................
   i) melaksanakan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggabubgkan pelbagai elemen dalam
      penilaian agar dapatkan mengurangkan stres atau tekanan kepada pelajar berbanding penilaian
      berfokus kepada peperiksaan.
  ii) melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan agar pelajar dapat merehatkan minda dengan terlibat
      aktiviti sukan.
 iii) melaksanakan program Bina Insan seperti Program Latihan Khidmat Negara untuk mengukuhkan
      jati diri para pelajar.
 iv) mewajibkan sekolah melaksanakan aktiviti kokurikulum secara terancang dan sistematik agar
      memberi kesan kepada pertumbuhan rohani dan jasmani mereka.
  *** Jawapan soalan ini tidak ada di dalam teks rumusan. ( Soalan KBAT)
  *** Pastikan anda merujuk markah dan nota PULARES untuk menentukan bilangan isi 
        yang perlu diselitkan dalam jawapan anda.

       PASTIKAN JAWAPAN ANDA DALAM BINAAN AYAT YANG GRAMATIS

PERINGATAN KEPADA PELAJAR 5 SAINS :-

Saya amat mengharapkan anda menghasilkan jawapan rumusan terbaik bukan sekadar melaksanakan tugasan seperti melepaskan batuk ditangga kerana setiap hasilan kerja anda mengambarkan sikap dan keperibadian anda yang sebenar. Saya tahu, ada segelintir pelajar tidak mementingkan kualiti semasa menghasilkan sebarang kerja dan suka melaksanakan kerja di akhir masa. Sekiranya anda ingin berjaya, ubah sikap buruk berkenaan kerana jika saya seorang beriya-iya untuk mecemerlangkan anda, sedangkan anda tidak bersungguh-sungguh ke arah tujuan tersebut, saya ulang kata-kata saya dahulu, sudah pasti saya hanya bertepuk sebelah tangan......sampai kiamat tidak akan berbunyi. Ingat, peperiksaan percubaan SPM mangkin hampir dan dengan peperiksaan itulah akan mengambarkan keputusan peperiksaan sebenar anda. Ingat.....sekiranya nasi telah menjadi bubur....menyesal tiada berguna.

         


Rabu, 21 Jun 2017

KEMAHIRAN PELAJAR 5 SAINS MENGHASILKAN RUMUSAN TEKS KERTAS 2

Hari ini saya amat sedih dan terkilan kerana masih ada pelajar 5 Sains masih belum menguasai kemahiran merumus teks. Setelah saya menyemak kertas rumusan teks dari semalam hingga ke hari ini,  saya bergegas ke kelas 5 Sains dan terus menegur pelajar-pelajar berkenaan. Bukan semua pelajar, tetapi segelintir pelajar yang tidak peka dengan situasi berkenaan. Antara masalah di kesan adalah penguasaan pelajar menghasilkan :-

        i)  Pengenalan rumusan.
       ii)  Menulis dan mengesan isi tersurat yang terdapat di dalam teks.
      iii)  Menyenarai isi tersurat dengan menggunakan kemahiran KBAT.
      iv)  Menulis penutup rumusan teks.

Langkah mengatasinya:-
        Setelah mengesan kelemahan pelajar saya terus ke kelas 5 Sains dan membuat teguran kerana saya dah menjelaskan berulang-ulang kali berkenaan kaedah penulisan rumusan, antaranya semasa program kecemerlangan pelajar semasa di PULARES Batu Gajah. Saya telah mengedarkan nota lengkap berkenaan cara menghasilkan rumusan yang berkesan. Begitu juga saya sering menjelaskan kaedah menulis rumusan, perenggan demi perenggan setiap kali semasa meberi latihan rumusan. Pelajar masih gagal menghasilkan rumusan yang baik. Kenapa masalah berkenaan terus berlaku.....?????

Antara unsur atau masalah penyebab kesalahan berkenaan berlaku, kerana :-
        i)   Pelajar masih belum membuat keputusan jenis pengenalan mana yang perlu digunakan 
             semasa merumus bahagian pengenalan rumusan. Saya sarankan pelajar untuk menetapkan 
             jenis mana format pengenalan  paling mudah berdasarkan empat format yang saya senaraikan              semasa menulis pengenalan. Oleh sebab itu, saya sarankan supaya pelajar  tidak memikirkan 
             jenis pengenalan mana yang hendak digunakan semasa merumus, tetapi telah membuat 
             keputusan lebih awal lagi.

      ii)   Pelajar masih belum menguasai kemahiran mengesan isi tersurat dan menulisnya ke dalam 
             perenggan isi tersirat. Antara kesalahan pelajar semasa menulis perenggan isi tersirat, adalah 
             seperti berikut:-
                 a)  ada segelintir pelajar tidak tahu isi tersurat yang terdapat di dalam teks. Akibatnya, 
                      pelajar ini menyalin membabi buta ayat dengan menyalin sekali huraian isi. Akibat
                      patah perkataan pelajar, panjang berjela.
                b)   rentetan masalah di atas, pelajar tidak faham mana isi dan mana huraian dalam teks.
                c)   Paling menyedihkan, ada alasan pelajar tidak faham format menulis rumusan, akibatnya
                      saya terus membuat kesimpulan dan teguran, bahawa masalah berkenaan tidak perlu
                      dijadikan alasan kerana pelajar tingkatan 5, telah didedahkan cara menulis rumusan 
                      semenjak tingkatan 4 lagi. Saya memberi amaran jangan ulang kesalahan berkenaan
                      pada masa akan datang. Jika tak faham tanya segera saya, supaya masalah sama tidak 
                      berulang.
     iii)    Pelajar tidak faham bagaimana cara mengesan isi tersirat untuk digunakan semasa menulis 
              perenggan isi tersirat. Antara sebabnya, ialah pelajar tidak tahu:-
                  a)  bagaimana isi tersirat terhasil terutama kerana mereka tidak faham menggunakan 
                       Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ((KBAT)
                  b)  cara mengesan kata kunci daripada soalan iaitu kata kunci kedua dalam soalan 
                       rumusan teks.
                       Contoh soalan:-
 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan generasi muda dalam mengisi kemerdekaan dan langkah-langkah meningkatkan kesedaran tentang semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 
                       Sepatutnya, pelajar akan dapat mencari isi tersirat berdasarkan kata kunci kedua, iaitu
langkah-langkah meningkatkan kesedaran tentang semangat cinta akan negara. Isi berkenaan tidak ada di dalam teks tetapi perlu dicari berdasarkan KBAT. Kemahiran ini sebenarnya boleh terhasil melalui latihan.

    iv)   Pelajar tidak faham untuk menulis penutup rumusan. Kenapa masalah ini berlaku,
            jawapannya kerana sikap pelajar berkenaan. Semenjak saya mengajar 5 Sains, bermula pada
            hujung bulan Mac. Kenapa saya berkata demikian:-
                   a)  Pelajar tidak merujuk format penulisan penutup rumusan teks, terutama nota yang                                saya edarkan semasa teknik menjawab BM Kertas 2 di PULARES.
                    b)  Jika dah tahu tak faham kenapa tidak bertanya kerana peperiksaan PPT dah berlalu
                         paling hampir, peperiksaan Percubaan SPM yang akan dijawab pada bulan Ogos.
                         Adakah pelajar mahu, masalah penulisan rumusan berkenaan akan terbawa-bawa
                         semasa peperiksaan berkenaan. Jika jawapannya ya, agak malang bagi pelajar yang
                         masih kekal dengan status menghadapi permasalahan berkenaan.

Seperkara lagi saya kerap sentuh iaitu kemahiran pelajar menulis ayat majmuk semasa merumus teks. Apakah kebaikan anda menghasilkan ayat majmuk di samping penggunaan ayat tunggal? Pelajar memang tidak perasaan kebaikan menyelitkan ayat majmuk dalam penulisan, antara kebaikannya"-

           i) Pengunaan ayat majmuk dan ayat tunggal, akan menampakkan kepelbagaia ayat dalam
               rumusan dan ini akan memantapkan markah bahasa anda.
          ii) Secara langsung dengan binaan ayat majmuk anda akan dapat mengurangkan bilangan
              patah perkataan anda kerana konsep ayat majmuk, binaannya dapat mengurangkan
              pengulangan subjek dalam ayat dan terdapat dua prediket.  Bagaimana keberkesanannya
              dalam mengurangkan subjek atau patah perkataan yang saya maksudkan. Contohnya ayat di
              bawah:-

              Contoh penulisan isi tersurat di bawah:- ( Soalan Rumusan bertarikh 13/6/2017)
              i)  Menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam.
             ii)  Mengelakkan diri daripada dadah.
            iii)  Bertanggungjawab membina kejayaan negara.
             iv) Memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan

              a) Pelajar yang membina ayat untuk binaan perenggan isi tersurat menggunakan keseluruhan
                  nya dengan binaan ayat tunggal.

       Antara tanggungjawab generasi muda  dalam mengisi kemerdekaan negara ialah mereka perlu
menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam. Di samping itu, mereka juga perlu mengelakkan diri
daripada dadah. Seterusnya, mereka juga perlu bertanggungjawab membina kejayaan negara.Tambahan pula, mereka boleh memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan.
                                                                                                              ( 42 patah perkataan)
                                                                                                                  

             b) Pelajar membina ayat isi tersurat di atas dengan menggunakan binaan kata majmuk untuk
                 menulis isi tersirat dalam perenggan isi tersurat.

       Antara tanggungjawab generasi muda dalam mengisi kemerdekaan negara adalah dengan menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam, mengelak diri daripada dadah, dan memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan.
                                                                                                              ( 26 patah perkataan)

       Cuba beza patah perkataan yang dihasil, pertama dengan binaan ayat tunggal, pelajar di atas membina tiga isi tersurat dengan 42 patah perkataan. Sedangkan,  pelajar yang membina ayat majmuk dengan menggunakan tiga isi tersurat yang sama, hanya perlu membina ayat berkenaan dengan hanya menggunakan 26 patah perkataan sahaja. Hebat tak, penggunaan ayat majmuk dalam membina perenggan isi tersurat. Begitu juga dengan isi tersirat, binaan ayat majmuk juga dapat mengurangkan bilangan patah perkataan. Apa lagi, mulai saat ini aplikasi penggunaan ayat majmuk semasa menulis rumusan.

Oleh sebab itu, untuk membantu pelajar bermasalah dalam merumus teks, saya telah melantik beberapa orang pelajar sebagai rakan membantu rakan sebaya yang masih bermasalah dalam menghasilkan rumusan teks. InsyAallah, saya akan menyenarai nama pelajar berkenaan agar masalah di atas tidak berulang lagi. Mungkin, jika saya sebut sahaja, ingatan tersebut tidak akan lekat di benak mereka, justeru, saya akan senaraikan nama mereka dalam Progran Bantuan Rakan Sebaya. Saya berharap masalah ini akan dapat diselesaikan. Cuma agak malang kerana hanya segelintir pelajar 5 Sains yang boleh membuka blog ini. Saya akan cuba memberi penekanan, bahawa jika hendak seribu daya, jika tak endah seribu dalih. Pelajar perlu maklum, pusat siber tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, justeru pelajar perlu merebut peluang ini dengan pergi ke pusat siber berhampiran tempat mereka dan cuba melayari blog ini untuk mendapat maklumat terkini sebagai usaha untuk meningkatka kemahiran mereka sebagai persiapan menghadapi peperiksaan SPM 2017.

Kesimpulannya, saya berharap masalah untuk menghasilkan rumusan terbaik boleh dilakukan kerana soalan ini menyumbangkan markah sebanyak 30% daripada soalan keseluruhan kertas 2. Fikir-fikirkanlah.......jangan saya saja yang beriya-iya untuk mencemerlangkan anda tetapi anda tidak begitu...seolah-olahnya saya bertepuk sebelah tangan...sampai kiamat tidak akan berbunyi.

*** Peringatan kepada pelajar yang melakukan kesilapan semasa latihan merumus teks pada 13/6/2017, anda perlu membuat pembetulan segera, termasuklah pembetulan pemahaman teks umum, dan juga soalan tatabahasa semasa latihan pada 14/6/2017. Kepada pelajar yang mampu membuka blog ini, tolong ingatkan rakan-rakan anda akan teguran saya ini. Mohon ambil tindakan segera serta bertanggungjawab...kerana anda juga perlu membantu mereka untuk cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu 2.
                       

Isnin, 12 Jun 2017

KERJA ATAU LATIHAN DI DALAM KELAS SEPANJANG DUA HARI SAYA DI KUALA LUMPUR (TEMU JANJI DOKTOR PAKAR -SELAYANG DAN HKL)

LATIHAN PADA HARI SELASA (13/6/2017)

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] (PNM 2016)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan generasi muda dalam mengisi kemerdekaan dan langkah-langkah meningkatkan kesedaran tentang semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 

 Tahun ini Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-58 tahun. Diam tidak diam sudah hampir separuh abad negara kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Menjadi rutin tahunan, menjelang sahaja bulan Ogos atau juga dikenali bulan kemerdekaan, agensi atau kementerian yang berkenaan akan mula menjalankan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Namun begitu, perkara yang menjadi kebimbangan  banyak pihak ialah generasi muda tidak mengambil endah tentang hari kemerdekaan. Mereka sewajarnya menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam.  Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh generasi muda melalui usaha keras mereka sendiri dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Walau bagaimanapun, generasi muda juga menghadapi pelbagai masalah. Jika hal ini tidak diatasi secara menyeluruh akan memberi kesan kepada usaha pembangunan. Pelbagai permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda kerap diperkatakan. Hal ini terbukti menerusi kes jenayah dan salah laku membabitkan mereka di negara kita kian serius dan bertambah kronik. Penyalahgunaan dadah pula masih lagi memberi petunjuk bahawa kedudukan masalah ini masih pada peringkat yang membimbangkan. Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara boleh membantutkan usaha untuk menjayakan dasar-dasar yang diwujudkan. Oleh itu, generasi muda perlu mengelakkan diri daripada dadah kerana mereka merupakan aset yang bernilai bagi negara. 

Mereka juga kurang mempunyai semangat patriotisme kerana dikatakan tidak dapat merasai detik-detik kepayahan dalam menuntut kemerdekaan di samping hidup pada zaman yang selesa. Mereka sepatutnya bertanggungjawab membina kejayaan negara iaitu sanggup bekerja keras untuk negara. Generasi muda juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju menjelang 2020. 

Generasi muda perlu membantu pihak kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan  negara. Hal ini demikian kerana keamanan dapat mengelakkan negara daripada serangan musuh sama ada  berbentuk fizikal atau psikologi. Tambahan pula, tugas generasi muda adalah untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang pada konsep keadilan dan kesaksamaan.  Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kemajuan  bersamasama. Selain itu, generasi muda yang akan mengisi perjuangan kemerdekaan hendaklah memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan di samping  dapat mengurus negara dengan bijak. Sesungguhnya kejayaan negara dalam fasa kedua 58 tahun kemerdekaan memerlukan komitmen semua pihak terutama  generasi muda.

(Dipetik dan diubah suai daripada  ‘Di manakah Semangat Patriotisme Kita,’ 
oleh Dewan Siswa, Ogos 2015) 
Soalan 2(a) – Petikan Umum 
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 
(i) Berikan maksud rangkai kata membantutkan usaha.                
[2 markah] 
 (ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda.
 Nyatakan permasalahan-permasalahan tersebut.
[3 markah] 

(iii)  Sambutan Bulan Kemerdekaan sering dilaksanakan pada peringkat sekolah.

Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang anda peroleh daripada Sambutan Bulan Kemerdekaan tersebut?                                                                                                                                                                                                                                                                                            [4 markah]

Skema Jawapan   ( LATIHAN PADA 13/6/2017 – SELASA)
SOALAN 1 (RUMUSAN) - (30 markah)
BIL
PENDAHULUAN
MARKAH
1
Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas/fungsi/kewajipan generasi muda dalam mengisi kemerdekaan di negara kita
2

2
Rumusan membincangkan tanggungjawab/tugas/fungsi/kewajipan generasi muda dalam mengisi kemerdekaan dan langkah-langkah meningkatkan kesedaran tentang semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda.

2

3
Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas/fungsi/kewajipan muda dalam mengisi kemerdekaan dan permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda. *Pendahuluan ini merujuk kepada soalan pemahaman 2(a) ii.

2
4
Rumusan membincangkan tanggungjawab/tugas generasi muda dalam mengisi kemerdekaan
1
5
Petikan membincangkan tanggungjawab generasi muda dalam mengisi kemerdekaan.
1
6
Petikan membincangkan peranan generasi muda dalam mengisi kemerdekaan.
0

BIL
ISI TERSURAT ( TERDAPAT DI DALAM TEKS)
MARKAH
1
Menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam.
2
2
Mengelakkan diri daripada dadah.
2
3
Bertanggungjawab membina kejayaan negara.
2
4
Mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan.
2
5
Mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan.
2
6
Memastikan Malaysia akan terus berpegang pada konsep keadilan dan kesaksamaan.
2
7
Memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan
2
8
Mengurus negara dengan bijak pada masa akan datang


BIL
ISI TERSIRAT ( TIDAK TERDAPAT DI DALAM TEKS / KBAT )
MARKAH
1
Mengadakan kempen kesedaran/ceramah tentang cinta akan negara.
2
2
Mengadakan pertandingan yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
2
3
Menyemai semangat cinta akan negara melalui pelbagai aktiviti di sekolah.
2
4
Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak tentang semangat cinta akan negara.
2
5
Mengadakan lawatan ke tempat bersejarah.
2
6
Mengadakan pameran yang berunsurkan patriotik.
2

BIL
PENUTUP
MARKAH
1
Kesimpulannya, generasi muda mestilah mengisi kemerdekaan  negara dengan baik demi mengekalkan keamanan
2
2
Kesimpulannya, generasi muda mestilah mengisi kemerdekaan negara  dengan baik agar negara aman
2
3
Kesimpulannya, generasi muda mestilah mengisi kemerdekaan negara dengan baik.
1


Jawapan soalan Pemahaman Teks
Soalan 2 ( a )
i
- Menghalang langkah
- Menyekat cara
- Menghentikan langkah


ii

- Terlibat dalam kes jenayah dan salah laku
- Terjebak dalam  penyalahgunaan dadah
- Kurang mempunyai semangat patriotisme 


iii

- Melahirkan rasa  cinta akan negara
- Memupuk nilai-nilai murni
- Menyedarkan saya tentang peranan saya untuk mengisi kemerdekaan dengan baik
- Mengetahui sejarah kemerdekaan negara
- Menghargai jasa tokoh kemerdekaan negara



LATIHAN HARI RABU ( 14/6/2017)

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan  dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan  dan satu kesalahan penggunaan  imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
 (i) Sifat  tamak haluba dan hasad dengki  perlulah kita jauhkan demi kehidupan yang lebih tenang dan tidak dibenci oleh masyarakat setempat.

 (ii) Pembabitan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasalepas hanya bermula pada  tahun 1980-an  sedangkan bidang tersebut dicebur lebih awal lagi oleh sesetengah negara lain.

 (iii) Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat  kesegaran tubuh badan, sekali gus meningkatkan prodaktiviti.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Hasrat Azman untuk menyertai ekspedisi memanjat Gunung Kinabalu terpaksa dibatalkan oleh sebab tidak mendapat keizinan dari ibu bapanya.

(ii) Guru perlu mendidik murid-murid mereka  agar supaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni lantaran banyak masa murid diselesaikan di sekolah.

(iii) Ibu mengambil cuti rehat khas daripada ketua jabatannya kerana ibu ada temu janji dengan doktor pakar di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh pada hari Khamis ini.
  [6 markah]

(e) Nyatakan maksud peribahasa di bawah.

(i)            Seperti api dalam sekam
(ii)          Enggang lalu ranting patah
(iii)         Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
   [6 markah] 


Jawapan soalan latihan ( 14/6/2017 – Rabu )
3 (c) 
(i) haluba -  haloba     /  jauhkan  - jauhi
(ii) angkasalepas  - angkasa lepas      /    dicebur - diceburi
(iii) kesegaran - menyegarkan  /   prodaktiviti – produktiviti

3(d) 
(i) memanjat - mendaki      /   dari - daripada
(ii) agar supaya  - agar / supaya     /   diselesaikan - dihabiskan
(iii) mengambil - memohon/ meminta  /   temu janji  - janji temu

3 (e) 
   i)    Kejahatan yang tersembunyi.
 (ii)   Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah/kejahatan
(iii)   Amalan menabung/sesuatu yang disimpan/dibuat berdikit-dikit lama-lama banyak atau siap

*2 markah diberikan bagi setiap maksud peribahasa yang betul atau tepat.
*Peribahasa yang tidak lengkap tidak diterima (0 markah).
*Salah ejaan tidak diambil kira selagi tidak mengubah maksud.  

Semoga latihan anda telah siap disempurnakan.