Jumaat, 30 Mac 2018

HASILAN KARANGAN BERPANDU PELAJAR, TUGASAN , NILAI TANGGUNGJAWAB , NILAI KEPUASAN, SERTA AMANAH

Alhamdulillah, pada hari ini saya sempat berbincang dan berkongsi  pendapat berkaitan hasilan karangan yang telah dihasilkan oleh pelajar pelajar setelah saya meminta pelajar menghasilkan karangan berpandu semalam bertajuk Sektor Pelancongan sepanjang Proses Pengajaran dan Pembelajaran pada hari ini. Walaupun sesi PdPC hari ini santai kerana pertama saya perlu menghadiri mesyuarat Ketua Panitia Daerah selepas PdPC pada hari ini, dan kedua pada masa yang sama saya perlu menyiap dan menghantar Laporan  Post Mortem Keputusan SPM 2017 kepada Penolong Kanan Pentadbiran kerana tarikh akhir penghantaran Post Mortem berkenaan pada hari ini.

          Fokus dan objektif  utama saya, untuk mendengar pembentangan hasil kerja beberapa  pelajar dan pada masa yang sama saya meminta pelajar  lain menilai kaedah pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi, dan perenggan penutup karangan berpandu yang telah diberikan kepada pelajar semalam. Saya juga mengingatkan semula kriteria penghasilan perenggan pengenalan, perenggan isi, serta perenggan penutup menggunakan Jadual Pengembangan Idea Perenggan cemerlang agar pelajar dapat membuat penilaian hasil pembentangan rakan sebaya.

      Pada masa yang sama, saya cuba menilai erti nilai tanggungjawab, nilai kreativiti, nilai amanah, nilai kepuasan, nilai KBAT  hasil kerja buat pelajar. Di samping itu, pada masa yang sama dengan pelajar lain menilai kerja buat karangan rakan mereka, saya menyelitkan sikap pelajar, sama ada mereka menghasilkan karangan berkenaan sama ada nilai positif yang telah saya gariskan di atas atau pelajar menghasilkan karangan berkenaan hanya bersifat seperti melepaskan batuk di tangga.

       Selain itu, memang saya mengharapkan pelajar mendengar kreativiti rakan-rakan mereka semasa membacakan hasilan perenggan demi perenggan untuk melihat sama ada mereka merujuk internet atau bahan bacaan tambahan semasa mereka menghasilkan karangan, dan pada masa yang sama saya bertanya sama ada pelajar membuka blog Laman Bahasa Melayu kerana saya telah berkesempatan menyelitkan contoh karangan berpandu tersebut sebagai panduan. Pada masa yang sama saya turut mengesan sama ada pelajar menyalin karangan berkenaan bulat-bulat atau atas nilai bertanggungjawap.

      Hasil perbincanga pada hari ini, seramai enam orang pelajar telah menghantar buku kerja mereka sedangkan pelajar lain, meminta untuk mereka membuat penambahbaikan hasil karangan mereka. Sepanjang pembentangan hasil kerja berkenaan, saya telah memilih beberapa orang pelajar dan mereka terdiri daripada pelajar aneka kebolehan, pelajar cemerlang, pelajar sederhana, dan pelajar yang sering memberi pelbagai alasan apabila saat penghantaran hasilan kerja mereka. Pada masa yang sama saya mencatat jadual penghantaran kerja sebagai analisa untuk mengesan pelajar yang proaktif dan pasif terhadap tanggungjawab sebagai seorang pelajar kerana pengesanan ini amat penting agar budaya pelajar cemerlang perlu ada pada kelas  5 Sains sebagai sebuah kelas elit. Pada hari ini, dua pelajar cemerlang terlibat pertandingan Pantun daerah dan mereka tidak hadir semasa sesi pembentangan.

     Hasilnya, saya paparkan hasilan kerja pelajar cemerlang pembentangan karangan berpandu dijalankan pada hari ini. Begitu juga, saya memaparkan karangan ciplak

         HASILAN PERTAMA:- (CEMERLANG ATAS)

         Sebagai makluman, pelajar dan pengunjung blog, pelajar di bawah menghasilkan karangannya berdasarkan nilai bertanggung jawab, nilai amanah, matang unsur KBAT serta kreatif dan dan mementingkan kepuasan semasa mengarang dan mereka ini saya golongkan dalam kalangan pelajar yang akan menikmati kecemerlangan. Tahniah, Nur Syuhada saya berbangga mempunyai seorang pelajar seperti anda yang amat menjaga mutu karangan. Amalan terpuji ini perlu diikuti oleh pelajar lain. Pelajar seperti ini amat berdisiplin, akur kepada masa dan tugasan mereka dan akan sentiasa menghasilkan karangan cemerlang. InsyaAllah saya yakin pelajar ini akan berjaya pada SPM 2018.




MOHON PELAJAR KELAS 5 SAINS, KELAS 4K1 DAN 4K2
MENYALIN KARANGAN CEMERLANG DI ATAS SEBAGAI
PROGRAM MENYALIN KARANGAN CEMERLANG.



HASILAN KEDUA ( CEMERLANG DAN BOLEH DIBUAT PENAMBAHBAIKAN)
Pelajar ini pula dalam proses ke arah penghasilan karangan cemerlang atas. Tahniah Irfan dalam kelakar anda tersembunyi nilai amanah, bertanggungjawab, dan mementingkan kepuasan semasa mengarang dan mereka ini saya golongkan dalam kalangan pelajar yang akan menikmati kecemerlangan. Tahniah, Nur Syuhada saya berbangga mempunyai seorang seperti anda yang amat menjaga mutu karangan. Amalan terpuji ini perlu diikuti oleh pelajar lain. Pelajar seperti ini amat berdisiplin, akur kepada masa dan tugasan mereka dan akan sentiasa berusaha menghasilkan karangan cemerlang. InsyaAllah saya yakin pelajar ini akan berjaya pada SPM 2018.



     CUBA LIHAT PENGGUNAAN LAGU SEBAGAI PERMULAAN PENGENALAN. PELAJAR INI KREATIF MENGHASILKAN PENGENALAN YANG BAIK. CUBA MANTAPKAN LAGI BAHAGIAN PERENGGAN ISI DAN PENUTUP. TAHNIAH IRFAN, DALAM LAWAK ADA KEMATANGAN.

HASILAN KARANGAN KETIGA ( MENGUBAHSUAI  KARANGAN )
Sementara pelajar seperti di bawah dalam kategori pelajar yang berusaha untuk menggapai kecemerlangan dan sentiasa berusaha mengaplikasi kreativiti ke arah menghasilkan karangan cemerlang. Cuma pelajar seperti ini, perlu memantapkan aspek kegramatisan ayat  serta sentiasa patuh aspek tatabahasa untuk menghasilkan karangan cemerlang. Sebagai ingatan kepada pelajar, karangan cemerlang dikategorikan sebagai karangan yang minimum kesalahan atau tiada kesalahan, baik ejaan, imbuhan, binaan ayat, ada kematangan seperti adanya unsur KBAT, banyak istilah menarik (IM),Frasa Menarik (IM), bijak mempertaut ayat demi ayat atau isi demi isi ( penggunaan penanda wacana yang tepat), dan umumnya mengaplikasi Jadual Pengembangan Idea Perenggan. Saya percaya sekiranya Izzah mampu meneruskan usaha ini, Izzah akan berjaya seperti pelajar di atas. Saya akan berusaha membantu anda untuk berada dalam kalangan pelajar yang bertaraf cemerlang dalam menghasilkan karangan kertas Bahasa Melayu 1. Teruskan usaha anda dan terus melakukan penambahbaikan. Saya mendoakan anda berjaya dalam SPM 2018. Aamiin.







HASILAN KEEMPAT ( MENYALIN KARANGAN DARIPADA BLOG)
Pelajar di bawah saya golongkan dalam golongan pelajar bertanggungjawab atas tugasan tetapi masih belum tergolong dalam kalangan ketiga-tiga pelajar di atas. Namun, saya berbangga dengan usaha pelajar ini untuk menghasilkan karangan walaupun berbentuk ciplak berbanding pelajar yang tidak menghantar karangan. Dalam pada itu, ada juga pelajar yang telah berusaha menghasilkan karangan dan tidak berpuas hati dengan karangan yang mereka hasilkan, dan meminta untuk memperbaiki karangan mereka tetapi sehingga ke hari ini masih tidak menghantar karangan mereka. Saya menasihatkan golongan pelajar ini menghantar hasil karangan mereka tanpa saya paksa menghantarnya. Ingat, pelajar yang bertangguh dalam menghasilkan kerja merupakan golongan pelajar yang rugi. Jika pelajar perasaan, saya telah menyemak karangan pelajar yang menghantar karangan dalam masa sehari untuk memastikan mereka dapat melihat keputusan karangan yang mereka hasilkan. Memang sukar bagi seorang guru untuk membuat semakan segera tetapi demi murid saya lakukan. Jika saya sanggup mengorbankan masa senggang, masa rehat, masa tidur kenapa anda tidak? Jika anda mempunyai masalah seperti kerja yang banyak, maklumkan, saya juga ada timbang rasa, dan prihatin masalah anda tetapi maklumkan masalah berkenaan terlebih awal. Tidak ada, masalah yang tidak boleh diselesaikan tetapi perlu bertanggungjawab dan amanah, menepati mas serta berdisiplin. Itu kunci kejayaan kepada seorang pelajar.

       Teruskan usaha Aiman ke arah menghasilkan tugasan yang cemerlang.



     Saya mengharapkan pelajar berusaha mengarang menggunakan kreativiti sendiri, kerana konsep meniru tidak akan mendatangkan manfaat serta mematangkan anda semasa mengarang. Selain itu, saya tidak boleh memberikan markah hasil karangan ciplak 100% tetapi usaha anda masih baik daripada tidak membuat apa-apa. Ubah sikap dan tidak mengamalkan amalan mengarang ibarat melepas batuk di tangga. Saya mengharapkan anda dapat mengubah budaya yang kurang bertanggung jawab ini.  Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Usaha tangga kejayaan.

      Ingatan kepada pelajar, rekod penghantaran karangan kalian sudah saya catat bermula pada bulan Januari lagi. Jangan sampai saya mengambil tindakan, kerana saya dapati ada kalangan pelajar yang tidak pernah menghantar hasilan karangan, menghantar karangan secara tidak konsisten, akhirnya akan menyesal, saya telah berusaha untuk membantu anda tetapi anda tidak mengambil kesempatan untuk mencemerlangkan diri anda dan hanya guru sahaja yang bersungguh-sungguh sudah pasti usaha untuk mencemerlangkan pelajar 5 Sains ibarat bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Ubah budaya dan sikap kamu sebagai pelajar elit SMK Seri Londang dan utamakan kecemerlangan walaupun memerlukan banyak pengorbanan tetapi akan berakhir dengan kepuasan. Saya amat teringin keberadaan saya selama setahun di SMK Seri Londang dirasai, saya amat rindu kecemerlangan pelajar yang pernah saya hasilkan di SMKA Sultan Azlan Shah selama 12 tahun berkhidmat di sana. Kemungkinan juga, setelah berkhidmat di PPD Perak Tengah PdPC saya telah luntur, tidak juga tetapi apa yang saya lihat budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar hanya milik segelintir pelajar saja. Namun, saya tidak akan berputus asa kerana alang-alang mandi biar basah, alang-alang makan biar kenyang,alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sehingga ke pangkal lengan, genggam bara api, biarlah sehingga menjadi arang peribahasa Melayu ini akan memberi semangat kepada saya untuk terus berkhidmat di SMK Seri Londang dan semoga tahun 2018 akan mengubah segala kedukaan pada SPM 2017. Aamiin.

Rabu, 28 Mac 2018

AKTIVITI MENGARANG KARANGAN BERPANDU (BERFOKUS KEPADA BIDANG EKONOMI-SEKTOR PELANCONGAN) 28MAC 2018

Pada hari ini, pelajar diminta menulis karangan berpandu bertajuk Kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita. Setelah bahan rangsangan diberikan saya memberikan ruang kepada pelajar berbincang. Di samping itu, saya telah memberi penekanan terhadap pembinaan perenggan pengenalan, perenggan isi, dan perenggan penutup secara umum serta ayat-ayat yang diberi penekanan semasa mengembangkan perenggan berkenaan mengunakan jadual pengembangan idea karangan seperti fungsi ayat rangsangan, fungsi frasa menarik, fungsi ayat KBAT, fungsi ayat arahan, ayat huraian, fungsi ayat penegas, fungsi ayat cadangan semasa mengarang. Sila rujuk semula, Jadual pengembangan Idea Perenggah untuk membantu menghasilkan karangan cemerlang.

      Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar agak sukar berbincang dan bersedia untuk menulis karangan berkenaan kerana mereka :-
  1.  Kurang fakta dan  kurang membaca berkaitan maklumat bidang ekonomi terutama maklumat     berkaitan sektor  pelancongan negara.
  2.  Tidak dapat menentukan jenis pengenalan untuk memulakan perenggan pengenalan, sama ada   berkaitan lagu, peribahasa, fakta berkaitan paratus sumbangan sektor pelancongan  kepada   ekonomi negara  atau sektor keada      sektor ekonomi negara.
  3.  Tidak kreatif untuk mengaitkan isi dan fakta oleh sebab kurang maklumat.
  4.  Tidak dapat menentukan cara untuk menulis
          Oleh sebab itu, saya meminta mereka menghasilkan karangan berkenaan sebagai kerja rumah dengan harapan mereka akan mengumpulkan fakta sebelum mengarang sama ada menggunakan internet, sumber rujukan bahan pembacaan dan sebagainya kerana maklumat dihujung jari dan dunia tanpa sempadan. Paling penting kesungguhan, di samping pelajar dapat mengelakkan sikap ambil mudah seperti peribahasa Melayu menganggap kerja berkenaan seperti melepaskan batuk di tangga. 

            Sebagai bantuan saya berikan contoh karangan, berkaitan karangan berpandu di atas.

Fokus pengenalan berfakta:- ( Merujuk sumber Internet)

         Tahun Melawat Malaysia (TMM) pertama kali dilancarkan pada tahun 1990 dengan tema "Mengagumkan Malaysia. Tahun Perayaan". Kempen ini merupakan satu kejayaan besar kepada negara apabila kerajaan Malaysia berjaya  menarik 7.4 juta  pelancong ke Malaysia berbanding 4.8 juta pada tahun 1989. Oleh sebab itu, Tahun Melawat Malaysia berjaya menggamit kedatangan ramai pelancong luar, kempen ini terus dijalankan pada tahun 1994, 2007, dan 2014 dengan tema “Meraikan 1Malaysia Truly Asia untuk mengambarkan kepelbagaian kaum dan perpaduan rakyat Malaysia. Paling menarik, berdasarkan laporan ekonomi negara 2010/2011, menunjukkan jumlah pendapatan negara melalui sektor pelancongan terus meningkat kepada RM59.2 bilion pada tahun 2010. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara?


Fokus pengenalan karangan biasa:-

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong, sama ada dari luar ataupun dalam negara memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan mereka. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?

Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia. Hal ini demikan kerana, Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri Melaka.  Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang. Sealain itu, pelancong juga boleh bermain sambil melawat tempat – tempat  bersejarah ini kerana kita mengetahui bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah pelancong. Oleh sebab itu, untuk memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah persembahan turut diadakan, seperti di Kota A – Famosa. Bahkan juga, di Kota A – Famosa pelancong bukan sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama kerana tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan. Tempat – tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat sama ada kanak – kanak ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di negara kita.

            Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Oleh sebab , negara kita unik dengan kepelbagaian kaum, sudah pasti masyarakatnya mempunyai varieti  masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara – negara Barat seperti England cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata dunia seperti yu sang, bau dan char kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu, capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong ini memberikan mereka rasa baharu maka menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia. Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan.

            Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenal dan mengembangkan industri kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli – belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan lain – lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Sekiranya, sektor industri kraf tangan berkenaan tidak dipromosikan, sudah pasti indutri ini ibarat hidup segan mati tak mahu. Jelasnya, industri kraf tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.

            Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.

            Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Berdasarkan karangan di atas, pelajar perlu sedar betapa pentingnya membaca dan merujuk maklumat untuk memantapkan kerangan pelajar. Selain itu, saya ingin memberi penekanan bahawa soalan karangan berpandu di atas merupakan karangan yang berkait dengan dimensi negara. Tanpa membaca, pelajar tidak akan dapat menghasilkan karangan yang menarik dan matang.
Saya akui, ada masa format jadual pengembangan idea sukar untuk diaplikasi 100% semasa mengarang, terutama bahagian ayat KBAT tetapi tidak semestinya dengan ketiadaan unsur berkenaan, pelajar tdak boleh mengarang.
kesimpulannya, pelajar masih belum dapat mengarang dengan mantap. Esok, saya akan lihat hasilan karangan yang diarahkan. Berusaha menghasilkan karangan yang berkualiti.

Selasa, 20 Mac 2018

SPM 2017 TELAH BERLALU DAN SPM 2018 AKAN MENJELMA- PERINGATAN MESRA UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5 2018

Keputusan SPM 2017 telah diumumkan dan pelajar telah mendapat skrip keputusan peperiksaan masing-masing. Sekiranya, keputusan berkenaan kurang memberangsangkan pasti ada berlaku kekurangan sama ada masalah kemahiran berbahasa atau kesilapan pelajar semasa menjawab soalan sama ada kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) atau kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2). Pabila keputusan SPM telah diumumkan pelajar tidak boleh mengubah keputusan kerana semua telah tinggal sejarah dan sekiranya masih ada yang tidak berpuas hati, cuma semakan semula yang boleh dilakukan. Namun, pelajar perlu perlu faham sekiranya pelajar sendiri pasti mereka telah menjawab kertas bahasa Melayu sehabis baik, dan tidak puas hati sahaja boleh menggunakan jalan kedua untuk memastikan kertas mereka disemak semula tetapi jika mereka ragu-ragu dengan prestasi mereka semasa menjawab soalan kertas Bahasa Melayu 1 dan bahasa Melayu 2, tindakan itu mungkin akan sia-sia kerana pemeriksaan kertas bahasa Melayu memang sistematik dan dikendalikan oleh mereka yang pakar dengan kemahirannya.

     Sebagai penegasan, pelajar tingkatan 5 2018, perlu memberikan perhatian terhadap erti kecemerlangan dan personaliti seorang pelajar cemerlang. Sebagai seorang pelajar cemerlang mereka sentiasa:-

  1. memberi perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas kerana pelajar akan faham penerangan guru dan seterusnya mengaplikasikan setiap pengajaran guru semasa melaksanakan latihan.Pelajar yang proaktif dan cemerlang tidak akan menunggu guru mengarahkan mereka untuk melakukannya. Masa itu emas dengan itu mulailah gerak kerja menuju kecemerlangan dari sekarang dan sekiranya kamu melihat pelajar menerima keputusan SPM 2017 dengan seribu penyesalan, jangan diikuti kekesalan mereka tetapi ikutilah pelajar yang menangisi keputusan SPM 2017 mereka dengan kegembiraan, dan ikutilah saat-saat kegembiraan mereka.
  2. mencatat sebarang info semasa guru mengajar terutama penerangan yang diberikan oleh seseorang guru terutama berkaitan dengan penjelasan berkaitan kemahiran tatabahasa dan kemahiran mengarang atau apa sahaja berkaitan kemahiran berbahasa. Hal ini kerana, guru yang mahir selalunya akan memberi penjelasan sampingan yang terfikir di dalam pemikirannya semasa proses PdPC berlaku dan pelajar perlu mencatat setiap penerangan tambahan berkenaan.
  3. mengaplikasi kaedah yang didedahkan oleh guru, kerana kaedah berkenaan merupakan ciri-ciri untuk melahirkan kecemerlangan pelajar. Memang untuk menggapai kecemerlangan amat sukar tetapi tidak mustahil untuk dicapai dengan sentiasa berusaha dan disusuli dengan ketabahan.
  4. menghantar setiap latihan pada masa yang ditetapkan. Pelajar perlu faham, kemahiran kemahiran mengarang bukan mudah dan pelajar akan memperoleh kemahiran berkenaan dengan menghantar hasilan karangan mereka untuk disemak. Dalam proses menyemak guru boleh mengesan kelemahan pelajar, sama ada kelemahan pelajar dalam binaan ayat, kelemahan menggunakan penanda wacana terutama untuk menhasilkan pertautan isi dengan isi, atau ayat dengan ayat, begitu juga dengan kesalahan tatabahasa dan kemiskinan istilah atau kurang perbendaharaan kata, dan lemah kemahiran menyelit frasa menarik atau seperti peribahasa dan sebagainya.
  5. fokus kepada latihan terutama menghasilkan karangan pada masa yang ditetapkan oleh guru. Kemahiran mengarang terutama kepatuhan terhadap masa amat penting, contohnya karangan berpandu perlu disiapkan dalam masa 45 minit dan karangan umum 1 jam 30 minit. Ada sebilangan pelajar tidak fokus dengan masa yang diperuntukkan oleh guru semasa mengarang dan apabila mereka tdak dapat menyiapkan latihan berkenaan impaknya semasa peperiksaan mereka tidak akan dapat mengarang dengan baik dan menulis karangan dengan cemerlang.
  6. mengaplikasi setiap kemahiran bahasa sama ada kajian morfologi ( istilah/kata- kata-kata menarik-memperluas kosa kata), kajian ayat (sintesis) binaan ayat gramatis, pola ayat, jenis-jenis ayat sama ada semasa menjawab kertas Bahasa Melayu 1 atau kertas Bahasa Melayu kerana pelajar tidak mengambil berat kemahiran berbahasa ini semasa menjawab soalan kertas Bahasa Melayu 1 atau kertas karangan berbanding kertas Bahasa Melayu 2, terutama semasa menjawab pecahan soalan 3 (Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa), contohnya kerap melakukan kesalahan ejaan, binaan ayat tergantung, kesalahan jamak-melibatkan kata ganda, dan kata yang telah mempunyai maksud jamak, kesalahan ayat aktif dan pasif terutama melibatkan penggunaan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga, tidak mengaplikasikan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai semasa memulakan isi, atau mengaitkan ayat dengan ayat, dan isi dengan isi sehingga merosakkan bahasa.
  7. membaca daripada pelbagai sumber  maklumat  untuk menambahkan pengetahuan. Kurang membaca merupakan faktor utama karangan pelajar hambar kerana kurangnya imformasi berkaitan tajuk karangan. Selain itu, kurang membaca juga menyebabkan pelajar tidak dapat menghuraikan karangan dengan baik dan melambatkan proses mengarang sehingga menjadi punca pelajar tidak mematuhi masa semasa mengarang. Sebagai contoh, karangan berpandu SPM 2017. Karangan meminta pelajar menulis karangan berkaitan Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling. 
  8. pelajar tidak dapat mengunakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)semasa menulis karangan.  Hal ini demikian kerana unit ini amat dekat dengan pelajar dan amat berfungsi di sekolah. Bahkan juga, pelajar sentiasa menerima khidmat daripada seorang kaunselor yang sentiasa menjadi tempat pelajar mengadu hal, memberikan teknik menjawab peperiksaan, menyelesaikan masalah pelajar sama ada melibatkan salah laku, melanggar peraturan sekolah, melakukan kes jenayah, begitu unit kaunseling juga menjalankan ujian psikometrik sekarang wajib dijawab pelajar untuk mengesan personaliti, dan kebolehan pelajar.
  9. mencari informasi tambahan di dalam laman web mata pelajaran Bahasa Melayu yang boleh diperoleh di alam maya contohnya untuk memperoleh karangan menarik dan mungkin juga untuk kemahiran tatabahasa.
  10. meningkatkan kemahiran menjawab item atau soalan SPM, sebagai contoh, meningkatkan kemahiran menjawab soalan tatabahasa bahagian 3 (a), 3 (b), 3 (c), 3 (d) dan 3 (e). Selain membuat latihan tambahan, pelajar juga perlu patuh kepada arahan guru, contohnya mencari 5 perbahasa seminggu, dan peribahasa yang perlu dicari ialah peribahasa yang masih belum dikuasai maksudnya. Selain itu, menyalin karangan terbaik, mungkin pelajar beranggapan menyalin karangan terbaik ini sia-sia tetapi pelajar tidak sedar dengan menyalin karangan terbaik pelajar akan dapat melihat kemahiran pelajar lain mengarang karangan cemerlang.
  11. menghasilkan hasil kerja cemerlang bukan sekadar melepaskan batuk ditangga kerana akibatnya pelajar juga yang rugi.
  12. membuat latihan tambahan dan menghantar kepada guru untuk semakan dan ini memerlukan budaya dan jika tidak, pelajar tidak akan dapat menghasilkan kecemerlangan kerana pelajar perlu sedar, hasilan kerja yang cemerlang memang mempunyai nilai dan ciri-ciri kecemerlangan seperti pelajar tidak boleh melakukan kesalahan, dan ada sifat kematangan, dan menguasai tatabahasa, serta menguasai kaedah mengarang.
  13. membuat pembetulan setiap kesalahan yang dilakukan tanpa bertangguh kerana dengan melakukan pembetulan dengan kadar segera akan memberikan impak kepada pelajar untuk mengelakkan melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.
  14. bertanya kepada guru sekiranya tidak faham penerangan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau tidak faham kesalahan yang dilakukan selepas menerima buku latihan setelah buku latihan disemak oleh guru. Tidak ramai pelajar yang bertindak sedemikian rupa, dan mulai hari ini gunakanlah kesempatan yang ada kerana impaknya amat besar untuk membantu pelajar menghasilkan laihan yang bermutu pada masa akan datang.
  15. mengelakkan tanggapan bahawa saya orang Melayu, sudah semestinya saya boleh menjawab soalan mata pelajaran bahasa Melayu dengan baik. Paling mudah pelajar beranggapan mata pelajaran bahasa Melayu mudah dan tidak perlu diberi tumpuan. Ingat.......menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
Sebagai makluman, seorang guru amat sensitif dan elakkan
seorang guru menangisi kesilapan yang dilakukannya dan mereka tidak akan menyalahi pelajarnya kerana sumber ilmu bermula daripada seorang guru.

Khamis, 15 Mac 2018

KEPUTUSAN SPM 2017 AKAN DIUMUMKAN PADA 15 MAC 2017

SEMOGA KEPUTUSAN SPM 2017 MENGEMBIRAKAN PELAJAR SMK SERI LONDANG
DAN PELAJAR YANG MENGAMBIL SPM 2017 SE MALAYSIA


SEBAGAIMANA KEMERIAHAN PELAJAR KELAS 5 SAINS, SMK SERI LONDANG
SEMASA BERAKHIRNYA PEPERIKSAAN SPM 2017
BEGITULAH DIHARAPKAN KEMERIAHAN BERKENAAN AKAN SEBEGITU JUGA ESOK.
YA ALLAH YA TUHANKU KAU GEMBIRALAH HATI PELAJAR-PELAJARKU DENGAN KEPUTUSAN YANG MEREKA TERIMA ESOK HARI,
KAU LIMPAHI MEREKA DENGAN KEPUTUSAN YANG MEREKA HARAPKAN SEBAGAIMANA USAHA MEREKA SEBELUM, DAN SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN YANG LALU. AAMIIN.


SELAMAT DATANG KE SMK SERI LONDANG UNTUK MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 2017. SAYA MENDOAKAN  DARIPADA JAUH ANDA AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG. KETIKA ITU SAYA TIADA KERANA MENGHANTAR PESERTA PIDATO
KE PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH DI SMK SERI ISKANDAR. SAYA DAN PESERTA PIDATO AKAN BERTOLAK KE SERI ISKANDAR PADA PUKUL 10.00 PAGI.
MAAF, KERANA TIDAK DAPAT BERSAMA SEMASA KEPUTUSAN DIUMUMKAN.

Sabtu, 10 Mac 2018

SUASANA KARNIVAL SMK SERI LONDANG 2018

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG KARNIVAL SMK SERI LONDANG 2018


GAMBAR PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
DAERAH PERAK TENGAH 2018

 PERTANDINGAN SYAIR SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ,
DAERAH PERAK TENGAH 2018



 GAMBAR PELAJAR BERTUGAS DI PAMERAN BIDANG BAHASA,
 KARNIVAL SMK SERI LONDANG 2018
 GAMBAR GURU BERTUGAS DI BAHAGIAN PAMERAN BIDANG BAHASA,
KARNIVAL SMK SERI LONDANG 2018


Demontrasi Pemadaman Api - Bomba



SEDUTAN VIDEO KARNIVAL SMK SERI LONDANG 2018



CORETAN KHAS SEMPENA KARNIVAL SMK SERI LONDANG 2018

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PELAJAR KELAS 5 SAINS
SEMASA MENJAWAB KERTAS SOALAN BAHASA MELAYU  UJIAN AWAL TAHUN PADA 6/3/2018


      Rujukan:-
      S1 ( Soalan Karangan Berpandu)           S2 ( Soalan Rumusan )    S3 ( Soalan Pemahaman Umum)
      S4 ( Soalan Prosa Moden )                     S5 ( Soalan Mengesan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan)
      S6 ( Mengesan Kesalahan Kata/Istilah dan Kesalahan Tatabahasa)  S7 ( Peribahasa)
      S8A ( Komsas - Kajian Satu Novel )     S8 ( Komsas - Kajian Dua Novel)

      Kekuatan Pelajar:-
      Analisa di atas secara umumnya, menunjukkan pelajar menguasai kemahiran menjawab soalan:-
  1.       Karangan berpandu ( 74.93% - A-).
  2.       Merumus Teks ( 86.81% - A)
  3.       Prosa Moden (77.29% - A-)
  4.       Mengesan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan ( 71.74% - A-)
  5.       Komsas Novel - Kajian Satu Novel ( 77.64%- A-)
      Kelemahan Pelajar:-
  1.      Pemahaman Umum ( 66.67% - B+)
  2.      Mengesan Kata/Istilah dan Kesalahan Tatabahasa ( 39.86%- G)
  3.      Peribahasa ( 31.16% - G)
  4.      Komsas -Kajian Dua Novel ( 58.15%- C+)
      Punca-punca kelemahan karangan berpandu pelajar:-
  1. Pelajar masih tidak menguasai dan  mengaplikasi jadual pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi, dan perenggan penutup. Umumnya, pelajar tidak dapat menghasilkan karangan cemerlang kerana tiada sebarang panduan atau acuan untuk menghasilkan karangan yang baik berdasarkan kehendak skema pemarkahan.
  2. Masalah kemahiran pelajar untuk mempertaut atau mengaitkan huraian isi atau huraian ayat sama ada ayat sebelum dengan ayat selepas, dan cara untuk memulakan isi baru, dan pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana. Aspek ini berkaitan dengan kohensif dan koheren.
  3. Masih ada kalangan pelajar tidak faham atau sengaja tidak mengambil berat binaan ayat gramatis. ( Ayat gramatis perlu ada frasa subjek dan frasa prediket, sekiranya tiada dua unsur frasa berkenaan, ayat berkenaan dianggap sebagai ayat tergantung.)
  4. Masih ada pelajar menulis kata pada permulaan dengan menulis huruf kecil dan masalah ini bukan disebabkan tidak tahu tetapi sudah menjadi kebiasaan.
  5. Pelajar tidak mahir untuk menyelit frasa menarik seperti peribahasa, hadis, petikan atau terjemahan Al Quran, kata-kata pemimpin, ayat yang sepatutnya ditulis berdasarkan Jadual Pengembangan Idea Karangan.
  6. Perbendaharaan kata pelajar kurang, dan pelajar hanya menyelitkan kosa kata biasa atau tidak menyelitkan istilah menarik seperti cakna, aspresiasi, kondusif, impirealisme, dan sebagainya.
  7. Pelajar masih tidak dapat menulis isi secukupnya untuk karangan berpandu dan karangan umum.
  8. Pelajar tidak mengambil berat ruang masa untuk menyemak semula karangan setelah selesai mengarang.
      Punca-punca lemah menjawab soalan berbentuk pemahaman prosa moden:-
  1. Pelajar tidak faham format soalan kerana ada soalan yang meminta pelajar mencari maksud rangkai kata.
  2. Terdapat soalan yang terdapat di dalam teks dan soalan yang meminta pelajar memberi pendapat ( Soalan KBAT).
  3. Pelajar tidak faham bilangan isi yang perlu disenaraikan mengikut soalan, walaupun guru telah memberi penerangan berkaitannya.
  4. Soalan Prosa Moden dan Prosa Tradisional perlu pelajar membaca bahan kerana ada soalan berkaitan kemahiran kajian komsas, selain perlu faham setiap tajuk prosa berkenaan.
      Punca kelemahan pelajar menjawab soalan Mengesan Kesalahan Penggunaan Istilah dan Tatabahasa:-
  1. Pelajar tidak mahir menggunakan teknik scan iaitu mengesan kesalahan secara berperingkat, contohnya membuat scan untuk mencari kesalahan istilah atau kata terlebih dahulu, dan baru mengesan kesalahan tatabahasa.
  2. Perbendaharaan kata pelajar kurang akibat kurang membaca.
  3. Pelajar tidak mahir kemahiran tatabahasa.
      Punca kelemahan pelajar menjawab soalan berkaitan peribahasa:-
  1. Pelajar tidak banyak membaca dan menyalin peribahasa yang tidak diketahui dengan maknanya.
  2. Pelajar tidak dapat memahami situasi ayat atau rangkaian ayat sebelum mengesan peribahasa yang sesuai.
  3. Pelajar tidak menguasai jenis-jenis soalan peribahasa.
     Punca kelemahan pelajar menjawab soalan berkaitan komsas.
  1. Pelajar tingkatan 5 tidak membuat ulangkaji komsas novel tingkatan 4 sebelum ujian.
  2. Pelajar belajar atau menghafal soalan atau tidak memahami kajian komsas dan tidak faham kronologi cerita atau peristiwa yang berlaku dalam novel komsas yang dikaji sama ada bab demi bab.
          
   Diharapkan pelajar boleh mendapatkan maklumat berkaitan peratusan penguasaan setiap skop soalan ujian awal tahun 2018 masing-masing berdasarkan analisa di atas untuk rujukan dan tindakan pada masa hadapan. Sebagai seorang guru, saya boleh menggunakan data berkenaan untuk menjalankan intervensi ke arah penambahbaikan kemahiran pelajar menjawab soalan, terutama soalan di bawah kecemerlangan. Selain itu, data berkenaan boleh menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan pelajar selepas ujian awal tahun 2018 dijalankan. (Rujuk soalan berkenaan pada coretan lepas) Sebagai rumusan, pelajar mampu menjawab soalan berkenaan sekiranya bersedia dengan membuat ulangkaji terlebih dahulu dan menolak sangkaan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran mudah. Selain itu, soal pembahagian masa juga perlu diambil berat kerana didapati ada sebahagian kecil  pelajar tidak menjawab soalan atas alasan tidak cukup masa. Bahkan juga, ada kalangan pelajar tidak langsung berusaha menjawab soalan, terutama soalan berkaitan kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa serta soalan peribahasa.

      Pelajar yang berjaya mendapat markah cemerlang teruskan usaha untuk mendapat markah cemerlang atas dengan merujuk pada skop soalan yang masih belum dikuasai. Selain itu, pelajar yang masih belum puas hati dengan pencapaian ujian awal tahun teruskan berusaha untuk memahirkan diri menjawab soalan yang masih belum dikuasai tetapi secara keseluruhannya, 95 % atau 22 pelajar telah melepasi target atau sasaran OTI 1, dan seorang tidak menepati sasaran kerana kesilapan strategi menjawab soalan iaitu faktor masa, walaupun beliau mampu melakukannya. Tahniah kepada pelajar ting. 5 Sains atas pencapaian baik semasa Ujian Awal Tahun 2018. Semoga anda bersedia untuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018. Sebagai ingatan, soalan Ujian Awal Tahun 2018 bukan soalan berformat penuh berbanding soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Bersama-sama coretan pada malam ini, saya paparkan jawapan pelajar terbaik semasa Ujian Awal tahun 2018 sebagai rujukan pelajar.

Hasil Jawapan Nur Shuhada bt. Muhammad ( Tahniah - 86%, Gred A)








MENYALIN KARANGAN TERBAIK MINGGU INI,
SILA SALIN KARANGAN BERPANDU NUR SHUHADA BT. MOHAMMAD.
    
KARANGAN HASILAN MUHAMMAD ALIFF FAHMIN AZIZAN (TING 5 SAINS)



KARANGAN HASILAN MUHAMAD FIRDAUS AHMAD AZLAN (TING 5 SAINS)






Selasa, 6 Mac 2018

SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU UNTUK TINGKATAN 5, UJIAN AWAL TAHUN 2018, SMK SERI LONDANG DAN SKEMA PEMARKAHAN


1103
BAHASA
MELAYU
2018
2 JAM

SMK SERI LONDANG,
GELONG PEPUYU, TITI GANTONG,
32600 BOTA, PERAK DARUL RIDZUAN
 

UJIAN AWAL TAHUN 2018
BAHASA MELAYU ( TING 5)
DUA JAM

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.       Kertas soalan ini mengandungi lapan soalan.
2.       Jawab semua soalan.
3.       Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.
4.       Jawapan anda boleh ditulis dalam tulisan jawi atau rumi.
 


Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak termasuk muka surat hadapan




SOALAN 1
KARANGAN BERPANDU
(30 MARKAH)
Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan aktiviti bergotong-royong. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN BERGOTONG-ROYONG

MEMUPUK PERPADUAN                     KERJA BERAT MENJADI RINGAN    

MELAHIR SIKAP PRIHATIN

SOALAN 2
RUMUSAN
(30 MARKAH)


Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kelebihan utama Internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya memberikan maklumat tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas. Internet bukan sahaja menjelaskan konsep demokrasi maklumat, malah dapat mengubah cara manusia berkomunikasi. Perubahan cara komunikasi inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat dan aspek tanggungjawab.
Sesungguhnya, pengenalan Internet menimbulkan perdebatan dalam pelbagai isu. Penyebaran bahan imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa jelas menunjukkan bahawa Internet mudah dikaitkan dengan perkara-perkara yang mendatangkan pelbagai keburukan. Internet merupakan media yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seIuruh dunia cuba mengawal media baru ini. Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan Internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus.

                Di samping itu, Internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam Internet. SeIain itu, rangkaian ini juga digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain, kerana iklan itu melanggar kod etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan wanita dan menarik cita rasa kanak-kanak. Kebebasan penyebaran maklumat ini, menyebabkan Internet digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu. Internet turut menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi.

Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui Internet tanpa izin pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi undang-undang, tetapi perkara ini telah berlaku dalam ruang siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap Internet turut tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus. Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet sering mencabar amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil Iangkah-Iangkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan internet.

(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Penggunaan Internet: Kesan kepada Pengguna’ oleh Salmah Ali
Majalah Siswa, Jun 2012)





Soalan 3 : Pemahaman

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 2, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)    Apakah maksud rangkai kata sering dijadikan wahana?                                      [2 markah]

(ii)    Pengarang ada menyatakan beberapa kebaikan Internet.
     
         Nyatakan kebaikan tersebut.                                                                                 [3 markah]

 
Laman web mata pelajaran banyak membantu murid untuk belajar.
    Terdapat banyak laman web mata pelajaran yang boleh dilayari murid-murid.
       



(iii) Pada pendapat anda apakah ciri-ciri laman web mata pelajaran yang mampu menarik minat 
       pelajar?

       Kemukakan tiga pendapat anda.                                                                          [4 markah]


  
Soalan 4 ( Pemahaman Prosa Moden- Drama)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NEK SINAH:  Nak Aiman, mari makan. Nen dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak 
                        asam pedas.

AIMAN       : Hei, jangan panggil saya Aiman!  Saya bukan anak Nek Sinan. Nek Sinah cuma orang 
                       gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu 
                       Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.

NEK SINAH : Nek Sinah sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu 
                         yang dia tak balik tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru dia 
                         pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.

AIMAN       : Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama. Semua orang dalam rumah ini  sentiasa sibuk 
                       saja.  Macam esok dah nak kiamat.

NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan penting.

AIMAN       : Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalua saya lapar, saya pergi
                      makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang  perlu saya buat. Saya bukan budak
                      kecil lagi.

( NEK SINAH meninggalkan AIMAN dengan rasa kesal. Kesal dengan sikap AIMAN yang tidak menghormatinya dan ahli keluarga tersebut hanya mementingkan wang ringgit)

AIMAN      : Bosan betul aku dengan Nek Sinah. Semua perkara nak beritahu kepada aku. Suruh 
                      buat aku macam ini, macam itu. Hish, rimasnya aku dengan orang tua tu! Daripada aku 
                      fikir pasal Nek Sinah, baik aku tidur.

( Dipetik daripada drama ‘ Berkhidmat Untuk Negara
Oleh Affix Zulkarnaen Adam
Dalam Anlologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka)   
                                                                                                        
i)                          Berdasarkan petikan drama, mengapakah Aiman tidak mahu Nek Sinah memanggilnya dengan panggilan “nak Aiman”?
( 2 markah )

ii)                   Kebanyakan rakyat yang berkemampuan menggaji pembantu rumah untuk menguruskan hal ehwal rumah tangga mereka.

Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan memiliki orang gaji atau pembantu rumah?
( 3 markah )

iii)                 Jelaskan satu perwatakan Nek Sinah yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu perwatakan Nek Sinah yang lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat di dalam petikan.
( 4 markah )


Soalan 5
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)                  Isu rumah setinggan yang di duduki oleh pendatang asing di pinggir bandar itu telah saya lapurkan kepada pihak berkuasa.

(ii)                Timbalan Menteri Pertanian telah diberi penghormatan untuk melepasi anak-anak ikan ke dalam kolam ternakan semasa beliau merasmikan projek Desa Maju di kampung kami.

(iii)               Sawah yang kering-kuntang di daerah itu digenang air kerana hujan lebat sejak seminggu yang lalu.
[6 markah]

Soalan 6

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)                 Kerajaan akan memastikan tiada mana-mana gulungan, terutamanya rakyat yang kurang berkemampuan di luar bandar terpinggir di dalam pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

(ii)               Ladang milik Pak Deraman sungguh lapang dan ditanami dengan berbagai jenis buahan.

(iii)          Selain daripada menahan lukah, nelayan itu juga menggunakan seutas jala untuk menangkap ikan di Sungai Perak.
[6 markah ]

Soalan 7
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i)                  Sejak kematian  Allahyarham Rahmat dan Shamsiah, anak-anak mereka tetap meneruskan kehidupan mereka walaupun terpaksa meminta bantuan daripada orang ramai.

(ii)                Sikap Dr  Salahuddin langsung tidak berubah walaupun kini beliau telah berjawatan tinggi. Beliau sentiasa bersikap merendah diri ketika berinteraksi dengan orang bawahannya.

(iii)               Rakan-rakan Haikal tidak menyenanginya di dalam kelas kerana dia hanya akan melakukan tugas-tugasnya apabila disuruh.
[6 markah]



Soalan 8 ( Novel)
( 15 markah )
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:-
                           i.            Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
                         ii.            Di sebalik Dinara karya Dayang Noor
                       iii.            Jendela Menghadap Jalan karya Rohani Matdirin
                       iv.            Pantai Kasih karya Azmah Nordin
                         v.            Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
                       vi.            Tirani karya Beb Sabariah
                      vii.            Bimasakti Menari karya  Sri Rahayu Mohd Yusop
                    viii.            Silir Daksina karya Nizar Parman

a)       Huraikan tema sebuah novel yang anda pelajari.
( 7 markah )

b)      Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu peristiwa mengambarkan ketabahan watak utama yang terdapat  dalam kedua-dua novel.
( 8 markah )
  

    Soalan 1
Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
(30 markah)
    KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA

26
– 30
- menepati tugasan soalan



- bahasa gramatis dari segi kata dan ayat

(28
– 30)
- penggunaan tanda baca betul dan tepat
Cemerlang


- penggunaan kosa kata luas dan tepat

(26
– 27)
- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi



- mesti menggunakan ungkapan yang menarik



- idea relevan, huraian jelas dan matang

20
– 25
- menepati tugasan soalan



- bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
Kepujian
(23
– 25)
- penggunaan tanda baca betul dan tepat


- penggunaan kosa kata luas




(20
– 22)
- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi



- idea relevan, huraian jelas

15
– 19
- masih menepati tugasan soalan



- bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat
Memuaskan
(17
– 19)
- penggunaan tanda baca masih betul dan tepat


- penggunaan kosa kata umum




(15
– 16)
- wacana masih lengkap, unsur bahasa masih bervariasi



- idea masih relevan, huraian masih jelas

10 -14
- masih/kurang menepati tugasan soalan



- bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat
Kurang
(12
– 14)
- kesalahan tatabahasa/ejaan ketara
Memuaskan


- penggunaan kosa kata terhad

(10
– 11)
- wacana kurang lengkap, unsur bahasa kurang bervariasi



- idea kurang relevan, huraian kurang jelas
Pencapaian
01
– 09
- calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis
(06
– 09)
- banyak kesalahan bahasa (kata dan ayat)
Minimum
(01
– 05)
- idea tidak menepati tugasan soalan

Peringatan:

·         Ungkapan menarik – peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat al-Quran dan lain-lain.

·         Peringkat cemerlang – calon mesti menggunakan sekurang-kurangnya satu ungkapan menarik yang relevan.

·         Jawapan yang menyeleweng, markah maksimum ialah ‘memuaskan’.
·         Sekiranya calon menulis lebih 250 patah perkataan, periksa seperti biasa.

·         Kesalahan ejaan tidak ditolak markah.

------------------------------------------------------------------------

PANDUAN PEMERIKSAAN
SOALAN BAHAGIAN A.

1. Format penulisan ulasan pemeriksa:         T -  menepati tugasan
                                                                        I  -  idea releven, huraian jelas
                                                                        B -  gramatis dari segi kata dan ayat
2. Calon diminta menulis karangan yang panjangnya 200 patah perkataan ke atas.
3. Calon boleh menulis lebih daripada 250 patah perkataan.
4. Sekiranya calon menulis kurang daripada 200 patah perkataan –rujuk kriteria dalam         
     Peraturan Pemarkahan.
5. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan idea-idea yang diberikan dalam soalan.
6. Kalau huraian idea jelas, menarik dan matang dengan tiga idea – calon layak mendapat
     Peringkat cemerlang.
7. Sekiranya , calon menggunakan satu atau dua sahaja idea daripada soalan dan ditambah
     Idea sendiri – calon layak mendapat peringkat cemerlang.                                                           
8. Calon yang hanya menghuraikan dua idea sahaja – semak seperti biasa dan rujuk kriteria
     Dalam peraturan pemarkahan.
9. Calon yang tidak menghuraikan mana-mana idea yang diberikan dalam soalan tetapi
     Mengemukakan idea sendiri – diterima dan markah maksimun peringkat kepujian.
10. Acara sukan yang dimaksudkan oleh soalan ialah sukan individu atau berpasukan seperti    
      Berbasikal, renang, olahraga, bola sepak, hoki dan lain lain lagi.
11. Calon boleh menghuraikan karangan memberi kebaikan kepada individu, keluarga,  
       masyarakat mahupun negara.

Soalan 2 ( Rumusan)
Markah penuh 30 dibahagi kepada :
a) Isi                 - 20 markah
b) Bahasa        - 10 markah

Nota :Panduan mengira perkataan :
i.     Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :
Ø  nama khas
Ø  perkataan berulang
Ø  penggunaan kata sendi di dan ke
Ø  tarikh
Ø  angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
Ø  gelaran
ii. Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
    diperiksa.
iii. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya
     tidak perlu diperiksa.
iv. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Pembahagian markah berdasarkan setiap perenggan.


Bahagian

ISI
Markah

i)   Pendahuluan


2

ii)  Isi Tersurat

4


6


8


10


12



16

iii) Isi Tersirat

12


10


8


6


4


iv) Penutup










2


Jumlah Markah


20








Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut :

Peringkat
Markah Isi
Markah Bahasa
Huraian
Baik
 18 – 20
 15 - 17
9 – 10 
               7 – 9

Kesinambungan isi baik
Struktur ayat/tatabahasa baik
Kosa kata luas
Tanda baca/ejaan betul

Sederhana
12 - 14
8 - 11
6 – 7
4 – 6

Kesinambungan isi masih baik
Struktur ayat/tatabahasa masih
   memuaskan
Kosa kata masih memuaskan
Tanda baca/ejaan juga
   memuaskan

Lemah
1 - 7
1 - 4

Pada keseluruhannya dalam serba
   kekurangan/tidak memuaskan.


Nota:-
i.      Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
ii.  Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
iii. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan kurang  
     daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
iv. Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.
     [Markah bahasa maksimum : 10 markah]


Pendahuluan
Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Pendahuluan
P1 Rumusan ini membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk/implikasi negatif
      penggunaan internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya.       [2M]
P2 Petikan membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk/implikasi penggunaan internet
      dalam kalangan kalangan masyarakat di negara kita / Malaysia.                                             [2M]
P3 Petikan membincangkan keburukan/ akibat buruk / impak buruk penggunaan internet.   [1M]
P4 Petikan membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk penggunaan internet dan
      langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya                                                      [1M]
P5 Petikan/ Rumusan membincangkan masalah-masalah penggunaan internet.                       [0M]
P6 Petikan membincangkan masalah-masalah penggunaan internet dan langkah-langkah untuk
     membendung penyalahgunaannya.                                                                                                [0M]



Isi Tersurat (kesan negatif Internet)
S1  Internet menyebarkan imperialisme yang meruntuhkan nilai budaya / moral                     [2m]
S2  Internet dijadikan wahana menyebarkan bahan tidak bermoral dan secara talian terus   [2m]
S3  Internet menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara.        [2M]
S4  Internet menyebabkan berlakunya pelanggaran hak cipta penerbitan.                                [2M]
S5  Internet menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain.                         [2M]
S6  Internet digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angina terhadap kerajaan / organisasi
      tertentu).                                                                                                                                           [2M]
S7 Internet menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan
      kebebasan hak asasi .                                                                                                                      [2M]
S8. Jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus turut berlaku.                       [2M]
S9. Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas.                                                [2M]
S10. Internet sering mencabar amalan budaya dan moral.                                                            [2M]

Isi Tersirat (langkah membendung penyalahgunaan Internet)
T1 Ibu bapa memberi pendidikan / membimbing anak melayari Internet secara sihat.          [2M]
T2 Ibu bapa memantau laman yang dilayari oleh anak-anak / menapis laman yang dilayari oleh
     anak-anak.                                                                                                                                          [2M]
T3 Kerajaan menggubal akta / undang-undang mengharamkan penyebaran karya cetak rompak
      dalam Internet / memperketat undang-undang jenayah siber.                                             [2M]
T4 Kerajaan menyekat akses ke laman web yang negatif.                                                             [2M]
      Jika tidak dinyatakan pihak yang melaksanakan langkah                                                         [1M ]
      Contoh : Undang-undang jenayah siber diperketat.                                                                 [1M]


Kesimpulan
K1 Kesimpulannya, penggunaan internet perlu dikawal agar penyebaran bahan yang menyalahi
       norma masyarakat dapat dielakkan.                                                                                          [2M]
K2 Konklusinya, semua pihak perlu mengawal penyalhgunaan internet agar dapat melahirkan
      masyarakat minda kelas pertama.                                                                                               [2M]
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu membendung kesan negatif penggunaan internet   [1M]

Soalan 3 : Pemahaman Umum
1.       Soalan 2 markah:

DESKRIPSI
MARKAH
-Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis
2
-Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup
1
-Jawapan tidak tepat/salah
0

2.   Soalan 3 markah:
DESKRIPSI
MARKAH
-Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis
3
-Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis -Isi tidak   
 cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis
2
-Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
1
-Isi tidak betul/tidak releven dengan tugasan tetapi ayat gramatis
0
2.       Soalan 4 markah:-

DESKRIPSI
MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis
4
- Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis
3
- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis
2
-Isi kurang lengkap/kurang releven dan ayat kurang gramatis
1
- Isi tidak betul/ tidak releven dengan tugasan tetapi ayat gramatis
0


(i) Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana
     P1 selalu digunakan sebagai saluran                                                                                                   [2M]
     P2 selalu digunakan sebagai alat                                                                                                          [2M]
     P3 selalu digunakan sebagai pengantaraan                                                                                     [2M]  
     [ Markah maksimum : 2 markah ]

(ii) Kebaikan Internet   
     P1 memberikan maklumat tanpa sekatan
     P2 memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebasnya
     P3 menjelaskan konsep demokrasi maklumat
     P4 mengubah cara manusia berkomunikasi
     P5 sesiapa sahaja dapat menerbitkan bahan dengan kos yang sangat murah
     P6 berupaya menyebarkan imej digital
    ( Markah maksimum : 3 markah)  ( Isi cukup:  2 isi )


(iii) Ciri-ciri laman web mata pelajaran yang menarik. (3 isi = 4 markah)
       P1  penerangan yang mudah difahami
       P2 ilustrasi yang menarik / berwarna-warni/ cantik
       P3 ada ruangan soal jawab/kuiz
       P4 banyak bahan latihan /nota/contoh
       P5 percuma untuk dilayari /dimuat turun
       P6 ada pautan dengan laman web lain yang berkaitan
       P7 kandungan yang sentiasa dikemas kini
       ( Terima jika isi releven dan sesuai dengan kehendak soalan)
       (Markah maksimum : 4 markah)  (  Isi cukup: 3  isi )


Soalan 4 ( Pemahaman Prosa Moden)

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
i. Aiman tidak mahu Nek Sinah memanggilnya dengan panggilan ‘nak  Aiman’ kerana:
   - dia bukan anak Nek Sinah                                                                                                          [1M]
   - Nek Sinah hanya pembantu rumahnya                                                                                   [1M]
   - dia sudah dewasa                                                                                                                        [1M]
   [  Markah Maksimum: 2 markah ) ( Isi cukup:  2 isi)



ii.   Kelebihan-kelebihan memiliki orang gaji atau pembantu rumah di rumah:
    - menjaga keperluan anak-anak 1m
    - menjaga kediaman / rumah 1m
    - mengurus kerja-kerja rumah 1m
    - membantu majikan yang bekerja di luar 1m
    - majikan dapat fokus terhadap kerjaya 1m
     [Jawapan lain yang sesuai boleh diterima]
     [Maksimum: 3 markah]   [Isi cukup: 2 Isi]

iii. Perwatakan Nek Sinah:
     Satu perwatakan dalam drama:-
     - seorang yang penyayang - Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan memasak makanan    
        kegemaran Aiman                                                                   [ isi 1m +  huraian dan contoh 1m ]
     - seorang yang berbudi bahasa - Nek Sinah menasihati Aiman agar tidak membuat sangkaan buruk
        terhadap ibu dan kakaknya yang tidak pulang ke rumah [ isi 1m +  huraian dan contoh 1m ]

     Satu perwatakan dalam keseluruhan drama:-
     - seorang yang bertanggungjawab - Nek Sinah bertanggungjawab untuk memastikan semua
       keperluan Aiman dijaga dengan baik                                   [ isi 1m +  huraian dan contoh 1m]
    - seorang yang penyabar - Nek Sinah tetap bersabar dengan menyedari kedudukannya sebagai orang  
      gaji di rumah Aiman                                                                 [ isi 1m +  huraian dan contoh 1m]
                                                                                                                                                                            [ 4 markah ]

Soalan 5:- ( Mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan)

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
i
lapurkan  - dilaporkan
i
di duduki - diduduki
ii
projek Desa Maju- Projek Desa Maju
ii
melepasi - melepaskan
iii
Kering-kuntang – kering kontang
iii
digenang - digenangi

Soalan 6 :- ( Mengesan kesalahan kata/ istilah dan tatabahasa)

KESALAHAN KATA/ISTILAH
KESALAHAN TATABAHASA
i
gulungan - golongan
i
di dalam - dalam
ii
lapang - luas
ii
berbagai – berbagai-bagai / pelbagai
iii
Selain daripada menahan – selain menahan
iii
seutas - serawan

Soalan 7:- ( Peribahasa )

i.                     Bagai ayam kehilangan ibu/ layang-layang terputus tali/patah sayap bertongkat paruh.
ii.                   Bagai ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
iii.                 Bagai pahat dengan penukul.






Soalan 8:- ( KOMSAS NOVEL)

Markah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4 (a)
1. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
3. Beri 1 markah bagi setiap peristiwa yang lengkap / jelas.
4. Beri 1 markah bagi pernyataan tentang persoalan ketabahan yang berkaitan dengan peristiwa.
5. Markah isi maksimum 4 markah.
6. Markah bahasa maksimum 3 markah.
7. Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah

8. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
9. Calon tidak menjawab, beri 0 markah.

a)             Huraikan tema sebuah novel yang anda pelajari.
                                                                                                                                             [ 7 markah ]


Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, pengarang memaparkan tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 pula Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, pengarang memaparkan tema kegigihan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.

Lili :-

Lili cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.
Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu.
Lili cekal menghadapi dugaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan di Kampung Sentosa.
Lili cekal menghadapi kerenah penduduk kampung yang tidak bersepakat dalam isu pemasangan kubah pada bumbung surau lama kerana kekurangan nilai keagamaan. Akhirnya, penduduk kampung menerima cadang Lili untuk membina masjid baharu.

Dahlia:-

Dahlia gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak pernah menjalankan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya. Sebaliknya dia berusaha untuk menempuh semua ujian tersebut dengan jiwa dan semangat yang kental.
Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit kemurungan.

Kegigihan Dahlia yang seterusnya dapat dilihat apabila dia dapat menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan tohmahan Aton yang menuduhnya membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta ramai kenalan lelakinya.


[Terima isi yang mengambarkan kegigihan watak utama dalam novel sama ada novel tingkatan 4 atau tingkatan 5.]

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4 (b)
1. Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
3. Beri 1 markah bagi setiap pernyataan umum sikap masyarakat yang patut dihindari yang lengkap
    daripada sebuah novel yang telah dikaji oleh pelajar.
4. Beri 2 markah untuk setiap huraian / contoh peristiwa yang lengkap / jelas.
5. Beri 1 markah untuk huraian yang kurang lengkap.
6. Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel).
7. Markah bahasa maksimum 2 markah.
8. Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 2 markah
Sederhana : 1 markah

9.    Jika calon menjawab dan markah isi 0 beri 1 markah untuk bahasa.
10.  Jika calon tidak menjawab, beri 0 markah.




b)      Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu peristiwa mengambarkan ketabahan watak utama yang terdapat  dalam kedua-dua novel.



Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Peristiwa menyelesaikan masalah kubah surau

1. Lili , Geetha, Danel mewakili golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah  orang-orang kampung  yang kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di surau yang sudah lama usianya.

Peristiwa keluar dari asrama demi kepentingan keluarga

1. Dahlia sanggup berkorban dengan keluar dari asrama kerana ingin menguruskan adik-adiknya yang masih kecil setelah ibunya dimasukkan ke hospital akibat kemurungan. Walaupun peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, Dahlia selaku anak sulung tidak mementingkan dirinya sendiri dan sanggup berkorban demi keluarganya yang dilanda musibah.
Peristiwa mengenai semangat setiakawan yang tinggi
1. Lili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat. Namun begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu.
Peristiwa mengenai perkara mistik
1. Pada mulanya, ibu Dahlia tiba-tiba sahaja gila dan dimasukkan ke dalam hospital. Keadaan menjadi semakin pelik apabila binatang berbisa, iaitu ular mula mengganggu keluarga Dahlia. Semuanya terungkai apabila Abu Bakar, adik Dahlia telah menjumpai kain kuning yang usang ditanam di bawah rumah mereka.

Peristiwa anak yang patuh akan ibunya

1. Lili tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras mahu menghantarnya ke kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili akur kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu patuh akan kehendak ibunya..
Peristiwa sikap membantu dalam diri

1. Dahlia yang membantu anak Aton, Said yang kelemasan di dalam sungai. Pada mulanya, Dahlia ternampak Said bermandi-manda di dalam sungai di hadapan rumahnya. Namun, tiba-tiba sahaja Said lemas. Dahlia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan Said. Malangnya, derasan air sungai bermaharajalela ketika itu. Said mati lemas dan niat baik Dahlia itu disalah ertikan.
Peristiwa menghargai pemberian orang lain

1. Dahlia amat menghargai kain songket berbenang emas berwarna merah yang dihadiahkan oleh Azhari. Simbolik daripada hadiah Azhari,Dahlia  berjanji akan menjaga jati dirinya walaupun di mana-mana jua dia berada.

2. Dahlia juga menghargai gelang pusaka yang dihadiahkan oleh Nek Kiah. Pemberian itu merupakan satu anugerah kerana Nek Kiah telah menganggap Dahlia dan adik-adiknya sebagai cucu. Selama ini, Nek Kiah tidak pernah mengambil peduli tentang keluarga Dahlia.





[ Terima isi mengambarkan peristiwa melibatkan watak utama untuk kedua-dua novel]

SEMOGA SEMAKAN GURU-GURU SETARA DAN BERMUTU

DISEDIAKAN OLEH:-
MOHD. RAMSUL B. ABD. RAHIMAN,
GURU BAHASA MELAYU SMK SERI LONDANG.