Khamis, 28 Februari 2019

FORMAT SOALAN 2(C) PROSA TRADISIONAL DAN KEHENDAK SOALAN SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAL PERSEKOLAHAN (PAWAT) 2019

PADA HARI INI SAYA TERUS MENCORET PERSEDIAAN MENGHADAPI SOALAN 2(C) i, 2(C) ii, dan 2(C) iii IAITU SOALAN PROSA TRADISIONAL. SEKIRANYA PELAJAR MERUJUK KAJIAN PROSA TRADISIONAL ANTOLOGI JAKET KIJANG DARI ISTANBUL DAN SATU PROSA TRADISIONAL SEJADAH RINDU TING. 5, HANYA SATU TAJUK SAHAJA SETIAP SATU KAJIAN PROSA TRADISIONAL IAITU:-

PROSA TRADISIONAL KAJIAN TING 4
PROSA TRADISIONAL KAJIAN TING 5
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

OLEH SEBAB ITU, SALAH SATU PROSA TRADISIONAL TERSEBUT AKAN DITANYA DALAM SOALAN PAWAT 2019. SEBAGAI PERSEDIAAN, PELAJAR PERLU MENGUASAI KEDUA-DUA SOALAN KERANA SALAH SATU SOALAN MEMANG AKAN DITANYA PADA PAWAT 2019.

SEBAGAI MAKLUMAN PELAJAR, FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN 2(C) i, 2(C) ii, dan 2(C) iii, SAMA KECUALI SOALAN SPM NOV 2(C) i  SEPERTI TIDAK MEMINTA CALON MEMBERI MAKSUD FRASA. PALING PENTING CALON PERLU AKUR DENGAN KEHENDAK SOALAN.

Bil
Kriteria Soalan / Kehendak Soalan
Markah
Isi
1
Soalan SPM Nov 2018 terdapat sedikit perubahan format kerana soalan meminta pelajar mencari pernyataan yang terdapat di dalam petikan teks.

Format sebelum soalan SPM sebelum soalan Nov 2018 meminta pelajar
memberi maksud frasa .
2 Markah
Pernyataan berkenaan atau jawapannya terdapat di dalam teks.
Patikan anda menjawab maksud frasa dan elakkan menghurai frasa berkenaan.
2
Soalan berdasarkan pemahaman teks. Jawapan atau isi ada pada teks yang ditanya. Elakkan memberikan jawapan berbentuk pendapat.
3 Markah
Isi minimum 2 tetapi senaraikan 3 isi.
3
Soalan berdasarkan pendapat anda. Elakkan menulis isi yang ada dalam teks.
Sebagai peringatan: Soalan menggunakan kata kunci huraikan, jelaskan, terangkan,  ulaskan memerlukan pelajar menghuraikan jawapan anda. Selalunya, soalan menggunakan kata kunci soalan tersebut memerlukan pelajar menulis 2 isi sahaja tetapi untuk langkah lebih selamat, jawap 3 isi.
Namun soalan menggunakan kata kunci senaraikan, tuliskan tidak memerlukan pelajar menghuraikan isi tetapi pelajar perlu menyenaraikan tiga isi.
3 markah
Isi minimum 2 tetapi jawap 3 isi untuk tujuan “backup”.




SOALAN-SOALAN 2(C) PROSA TRADISIONAL DAN SKEMA JAWAPAN 
SOALAN PERCUBAAN SBP 2017 DI BAWAH SAMA SEPERTI FORMAT SOALAN SPM NOV 2018.




Cadangan jawapan soalan 2(c) - Prosa Tradisional:-

1.   Reaksi Laksamana apabila raja menitahkan dua harta untuk Laksamana satu bahagian untuk empunya harta  ialah laksamana berpendapat titah Sultan berkenaan akan merugikan.sultan serta tuan punya harta. Oleh sebab itu, Laksamana hanya setuju menerima sebagian sahaja daripada harta berkenaan walaupun Sultan mencadangkan laksamana menerima dua bahagian daripada harta berkenaan. Laksama juga  berpendapat terpulanglah selepas itu tuan punya harta untuk memberikan harta      selebihnya kepada beliau.

2.  Setelah pemilik harta menyerahkan semua harta kepada Laksmana, maka Laksamana membahagikan harta tersebut kepada tiga bahagian, diambilnya satu bahagian.  Bahagian yang diterima oleh Laksamana dibahagikan pula kepada tiga bahagian, dan sebagiannya di dermakan kepada segala fakir miskin, dan sebahagian lagi diberi kepada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagian diberi kepada segala orangnya. Akhirnya, Laksamana tidak mengambail sebarang harta berkenaan.

3.  Pada pendapat saya, Laksamana sanggup mengagihkan harta yang diperolehnya  kepada orang lain tanpa mengambil sedikitpun harta berkenaan kerana:-

i)             Laksamana sudah mempunyai jawatan besar dan pendapatan yang baik oleh sebab  itu harta berkenaan perlu dibahagikan kepada orang yang memerlukan seperti fakir miskin dan pegawai bahawahannya yang memerlukan harta untuk meneruskan kehidupan.

ii)            Selain itu, harta berkenaan merupakan harta rampasan yang dirampas daripada Kertala Sari yang diperoleh daripada aktiviti mencuri dan bagi Laksama harta berkenaan bukan hasil daripada titik peluhnya dan semestinya harta berkenaan diberikan kepada orang yang sepatutnya menerima harta berkenaan sama ada  mereka yang telah kehilangan harta ataupun mereka yang memerlukannya seperti  fakir miskin dan pegawai-pegawainya yang tidak berharta atau pegawainya yang  terlibat untuk merampas semula harta rampasan Kertala Sari.


( Soalan ini merupakan soalan KBAT, dan pelajar boleh memberi apa sahaja

jawapan yang sesuai)


Rabu, 27 Februari 2019

FORMAT SOALAN PROSA MODEN SOALAN 2(B) DAN FOKUS PERSEDIAAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN AWAL TAHUN (PAWAT) 2019

CORETAN SAYA PADA MALAM INI BERKISAR FORMAT SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2, SOALAN 2(B) IAITU PEMAHAMAN PROSA MODEN. SEBAGAI MAKLUMAN SEMUA SOALAN BAHAGIAN 2(B) MEMPUNYAI KAEDAH MENJAWAB YANG SAMA, WALAUPUN SOALANNYA BERBEZA.

SEBELUM SAYA MELANJUTKAN CORETAN INI, PELAJAR TING 5 PERLU FAHAM SKOP SOALAN ANTOLOGI PROSA MODEN TINGKATAN 4 DAN 5 ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

SENARAI ANTOLOGI KOMSAS TING 4
  1. CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA
  2. CERPEN MUNSYI
  3. CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
  4. DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ( SPM JUN 2017)

SENARAI ANTOLOGI KOMSAS TING 5
  1. CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL
  2. CERPEN GERHANA MANUSIA
  3. CERPEN HIPERTENSI
  4. DRAMA BUKAN GILA

OLEH SEBAB PELAJAR TING 5 2019 BARU MASUK MINGGU KELAPAN PERSEKOLAHAN SUDAH PASTI SKOP SOALAN YANG KELUAR UNTUK PAWAT TIDAK AKAN MENJURUS KEPADA SOALAN KAJIAN ANTOLOGI TING 5 SEPERTI CERPEN GERHANA, HIPERTENSI, DAN DRAMA BUKAN GILA KERANA SUDAH PASTI PELAJAR MASIH BELUM MEMBUAT KAJIAN UNTUK SOALAN-SOALAN BERKENAAN. BESAR KEMUNGKINAN SOALAN YANG AKAN KELUAR MENJURUS KEPADA SOALAN TINGKATAN 4 ( RUJUK SOALAN KAJIAN TINGKATAN 4 SAMA ADA CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA, CERPEN MUNSYI, CERPEN JAKET KIJANG DARI ISTANBUL, ATAU DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
KEMUNGKINAN UNTUK SOALAN KOMSAS ANTOLOGI SEJADAH RINDU KAJIAN ANTOLOGI TINGKATAN 5 DIKELUARKAN ADALAH KECIL, JIKA KELUARPUN SOALAN YANG PALING AWAL IALAH CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKIL.

NAMUN, FOKUS CORETAN SAYA ADALAH KAEDAH MENJAWAB SOALAN 2(B) i, ii, dan iii. CUBA PELAJAR LIHAT SOALAN-SOALAN BERKENAAN DAN PELAJAR PERLU FAHAM FORMAT SOALAN SERTA KEHENDAK SOALAN SAMA  UNTUT 2(B) i, 2(b) ii, dan 2(b) iii

SOALAN
KEHENDAK SOALAN
2 (B) i
Jawapan soalan ada di dalam teks. Oleh sebab itu, pelajar tidak perlu risau kerana jawapan ada di dalam teks. Pelajar Cuma perlu mencari jawapan soalan berkenaan di dalam teks secara teliti.Kebiasaannya ada tiga jawapan disenaraikan. Isi cukup hanya dua dan sebagai cadangan pelajar perlu menjawab tiga isi kerana isi ketiga sebagai “backup” jika salah satu isi salah. ( Markah 2)
2 (B) ii
Jawapan dalam bentuk KBAT. Pelajar perlu menjawab soalan berdasarkan pendapat sendiri. Jawapan pelajar perlu logik. ( Markah 3)
 2 (B) iii
Soalan mesti berkaitan kajian teks sama ada tema, persoalan, watak perwatakan, latar masyarakat, latar masa, latar tempat,gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
Cuba rujuk kata kunci soalan contoh senaraikan, nyatakan, tuliskan jawapan tidak perlu huraian dan senaraikan sekurang-kurangnya 3 isi.
Jika soalan menggunakan kata kunci huraikan, jelaskan, terangkan, jawapan pelajar perlu dihuraikan dengan menghuraikan jawapan. Isi yang perlu 2 isi sekurang-kurangnya ( Isi 1 markah dan huraian 1 markah ) ( Markah 4)

:     
      

SKOP SOALAN KERTAS PROSA MODEN TINGKATAN 4 ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
       Aku membuat keputusan untuk berjalan bersama-sama dengan Kak Chah, Dr. Liza, Shahmeem, Hajah Zalehon dan Hajah Normah. Nampaknya, agak sukar juga menawar harga barangan yang ingin dibeli. Tiada tanda harga dipamerkan dan harga disebut hanya kepada sesiapa yang bertanya. Setelah singgah di beberapa buah kedai, kami mendapati bahawa perbezaan harga terlalu ketara. Contohnya, ada peniaga menjual rantai kunci dengan harga LT5, LT4, dan LT3 lira, sedangkan aku pemah bertanya kepada peniaga-peniaga kedai kecil di luar Istanbul dan diberitahu bahawa harga rantai kunci itu cuma satu setengah lira! Aku mula berasa menyesal kerana tidak membeli sedikit-sedikit sebelum ini.
      Seorang lelaki berbaju-T merah, berjaket kulit hitam, dan berwajah tampan keluar dari sebuah kedai menjual jaket kulit. Dia menyapa ramah.

“Hello lady! Assalamualaikum. Where are you come from? Singapore? Malaysia? We have
many leather jackets. Come in. You want to try? “
Aku cuma tersenyum. Sama ada betul atau tidak tatabahasa Inggerisnya, aku tertarik akan keramahannya. Mataku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwama hitam di rak cermin. Aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Sekiranya ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Long tidak terdedah pada terik matahari.
Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan petikan di atas, aku dan rakan-rakannya terpaksa berhadapan dengan masalah ketika  
     mereka ingin membeli barang.
     Kemukakan masalah tersebut.                                                                                          [2 markah]

     Masalah tersebut ialah:

1
agak sukar menawar harga barangan yang ingin dibeli
2
Tiada tanda harga dipamerkan
3
Harga disebut hanya kepada sesiapa yang bertanya
4
Perbezaan harga terlalu ketara

(ii) Pengguna bijak akan membeli barangan berkualiti, membuat perbandingan harga, dan
      membuat pilihan yang tepat.
     Pada pendapat anda, bagaimanakah pengguna boleh membuktikan bahawa mereka tergolong               dalam  golongan pengguna yang bijak berbelanja?                                                          [3 markah]

     Pada pendapat saya, pengguna boleh membuktikan bahawa mereka tergolong dalam  golongan
     pengguna yang bijak berbelanja dengan cara:-


1
Membuat senarai barangan yang ingin dibeli sebelum berbelanja
2
Membandingkan harga barangan yang ingin dibeli sebelum membeli
3
Membeli bahan yang tidak mudah rosak secara pukal.
4
Membeli barangan mengikut keperluan bukannya mengikut nafsu
5
Mengamalkan amalan berjimat cermat ketika berbelanja
6
Mengelakkan diri daripada membeli barangan berjenama sahaja
7
Membeli barangan yang ada promosi
8
Masak makanan dan makan di rumah
9
Mengelakkan diri berbelanja dengan menggunakan kad kredit


(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada  
       keseluruhan  cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.                                                                                                                                                                                                                    [4 markah]

Kata kunci soalan, huraiakan dengan itu anda perlu menyenarai isi dan huraikan isi berkenaan.

Pengajaran yang terdapat di dalam teks di atas ialah :-


Isi ( 1 markah)
Huraian ( 1 markah)
1
Kita hendaklah membuat perbandingan harga sesuatu barangan yang hendak dibeli sebelum membelinya
agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan oleh peniaga.
2
Kita hendaklah mengamalkan sikap ramah mesra terhadap pelanggan yang berkunjung ke kedai kita
agar pelanggan berasa diri mereka dihargai dan dihormati.

Pengajaran yang terdapat di keseluruhan teks :-




Isi ( 1 markah)
Huraian ( 1 markah)
1
Kita haruslah mengamalkan sikap berjimat cermat ketika berbelanja keperluan harian atau ketika melancong ke luar negara
agar dapat berbelanja secara berhemah.
2
Kita hendaklah prihatin terhadap isu kepupusan haiwan seperti kijang
agar spesis haiwan ini dapat terus hidup di bumi ini.
3
Kita hendaklah sentiasa bersikap ikhlas ketika membantu orang lain
tanpa mengambil kira taraf hidup seseorang itu.
4
Kita hendaklah bersikap gigih dalam melakukan pekerjaan
supaya hasil yang diinginkan tercapai.
5
Kita hendaklah sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berada di luar negara
agar keselamatan diri sentiasa terjamin

Contoh soalan kedua:

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengkata melalui pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijih timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok dan benteng perkauman yang tebal...”

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)    Mengapakah penjajah dikatakan mengagihkan sumber kekayaan negara kita dengan tidak  seimbang?                                                                                                                      [2 markah]

(ii)            Penjajahan terhadap sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat besar kepada rakyat.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
[3 markah]
(iii)       Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]



(i)        Penjajah mengaihkan sumber keayaan negara kita dengan tidak seimbang kerana
-bangsa pertama ditempatkan di bandar sebagai nelayan dan pesawah
-Bangsa kedua terbiar daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai nelayan dan pesawah.
-bangsa ketiga hidup miskin di ladang-ladang dan estet yang mundur


(ii)               Kesan penjajahan kepada rakyat
-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat terkena tembakan

(iii)            Persoalan dalam petikan dalam petikan
- Masalah perpecahan kaum
- penjajah membunuh racun perkauman melalui sistem pecah dan   perintah

-kekejaman penjajah pada zaman penjajahan
-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem pecah dan perintah

Persoalan dalam keseluruhan cerpen
-kepentingan bahasa kebangsaan
-penulis berkata bahawa bahasa kebangsaan menjadi penghubung kepada rakyat berbilang agama dan bangsa


-bangsa ketiga hidup miskin di ladang-ladang dan estet yang mundur


(ii)               Kesan penjajahan kepada rakyat
-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat terkena tembakan

(iii)            Persoalan dalam petikan dalam petikan
- Masalah perpecahan kaum

Selasa, 26 Februari 2019

KESALAHAN TATABAHASA YANG KERAP DILAKUKAN OLEH PELAJAR


30 KESALAHAN FRASA KERJA PASIF
Daripada menteri kanan sehingga wartawan, penyakit kesalahan frasa kerja pasif masih leluasa dan sukar diubati. Setiap bahasa ada peraturannya. Mengapakah tatabahasa atau peraturan bahasa yang begitu mudah pun menjadi sukar untuk diamalkan pengguna bahasa? Tepuk dada tanya selera selepas melihat senarai di bawah. wahai anak-anak murid dan rakan-rakan guru, kongsikanlah ilmu di bawah ini kepada semua agar kita dapat menulis dan menggunakan frasa kerja pasif yang betul dalam pertuturan dan penulisan.
1.
...... dihormati oleh kita 

...... kita hormati 
2.
...... mereka ganggu 

...... diganggu oleh mereka 

...... diganggu mereka 
3.
...... dipersembahkan oleh kami 

...... kami persembahkan 
4.
...... ditulis oleh saya 

...... saya tulis 
5.
...... Perdana Menteri rasmikan 

...... dirasmikan oleh Perdana Menteri 

...... dirasmikan Perdana Menteri 
6.
...... pengetua sampaikan 

...... disampaikan oleh pengetua 

...... disampaikan pengetua 
7.
...... ditunjukkan oleh kalian 

...... kalian tunjukkan 
8.
...... dihantar oleh hamba 

...... hamba hantar 
9.
...... dititahkan oleh beta 

...... beta titahkan 
10.
...... dianugerahkankan oleh tuanku 

...... tuanku anugerahkan 
11.
...... baginda tunaikan 

...... ditunaikan oleh baginda 

...... ditunaikan baginda 
12.
...... ibu gosok 

...... digosok oleh ibunya 

...... digosok ibu 
13.
...... Azhar Salleh karang 

...... dikarang oleh Azhar Salleh 

...... dikarang Azhar Salleh 
14.
...... adik tuntun 

...... dituntun oleh adik 

...... dituntun adik 
15.
...... diberikan oleh engkau 

...... engkau berikan 

...... kauberikan
16.
...... diangkat oleh kamu 

...... kamu angkat 
17.
...... Cikgu Sharifah ajarkan

...... diajarkan oleh Cikgu Sharifah 

...... diajarkan Cikgu Sharifah 
18.
...... dituturkan oleh saudara 

...... saudara tuturkan 
19.
...... Tuan Haji Khairudin ceritakan 

...... diceritakan oleh Tuan Haji Khairudin 

...... diceritakan Tuan Haji Khairudin
20.
...... dinyanyikan oleh aku 

...... aku nyanyikan 
21.
...... pihak sekolah sampaikan 

...... disampaikan oleh pihak sekolah 

...... disampaikan pihak sekolah 
22.
...... Datuk Arrifin tujukan 

...... ditujukan oleh Datuk Arrifin

...... ditujukan Datuk Arrifin 
23.
...... Azizi tandatangani

...... ditandatangani oleh Azizi 

...... ditandatangani Azizi 
24.
...... mereka buat 

...... dibuat oleh mereka 

...... dibuat mereka 
25.
...... dikongsikan oleh awak 

...... awak kongsikan 
26.
...... dimasak oleh saya 

...... saya masak 
27.
...... dipukul oleh anda 

...... anda pukul 
28.
...... Zurinah sayangi 

...... disayangi oleh Zurinah 

...... disayangi Zurinah 
29.
...... dilagukan oleh kami 

...... kami lagukan 
30.
...... ibu peluk 

...... dipeluk oleh ibu 

....... dipeluk ibu 

50 kesalahan ejaan yang popular dan selalu dibuat oleh pengguna bahasa.

Jika mahu menjadi seorang guru subjek Bahasa Melayu yang baik, perkara asas seperti ejaan perlu diberikan perhatian. Murid-murid kita ialah calon peperiksaan yang sering melakukan kesilapan. Kesilapan ejaan masih diuji dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Sementara itu, setiap kesalahan ejaan dalam peperiksaan UPSR pula ditolak markah. Andai kata guru kurang cakna akan ejaan, murid pula akan mengabaikan kesalahan ejaan. Impaknya, murid akan terus membuat kesilapan sampai bila-bila dan pengguna bahasa Melayu yang berkualiti tidak dapat dilahirkan. Lihatlah 50 kesalahan ejaan yang popular dan selalu dibuat oleh pengguna bahasa.

1.
seringkali

sering kali
2.
acapkali

acap kali
3.
barang kali

barangkali
4.
ulangkaji

ulang kaji
5.
penguatkuasa

penguat kuasa
6.
sekaligus

sekali gus
7.
kadang kala

kadangkala
8.
mustika

mestika
9.
nanas Sarawak

nanas Serawak
10.
kebanyakkan

kebanyakan
11.
kerosakkan

kerosakan
12.
kecantikkan

kecantikan
13.
dakyah

diayah
14.
Zohor

zuhur
15.
disamping

di samping
16.
menge-melkan

meng-e-melkan
17.
motorsikal

motosikal
18.
pontianak

puntianak
19.
tengahari

tengah hari
20.
aturcara

atur cara
21.
was-was

waswas
22.
sum-sum

sumsum
23.
taksub

taasub
24.
anti-dadah

antidadah
25.
Puan Hajjah Aisyah 

Puah Hajah Aisyah 
26.
pra bayar

prabayar
27.
pasca-bayar

pascabayar
28.
masaalah

masalah
29.
samada

sama ada
30.
Yang Dipertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong
31.
mengemaskini

mengemas kini
32.
pasaraya

pasar raya
33.
gambarajah

gambar rajah
34.
lagenda

legenda
35.
catit

catat
36.
losyen

losen
37.
silaturrahim

silaturahim
39.
insya Allah

insya-Allah
40.
sanak-saudara

sanak saudara
41.
karisme

karisma
42.
kolestrol

kolesterol
43.
eskalatur

eskalator
44.
dikenalpasti

dikenal pasti
45.
efisyen

efisien
46.
mahsyur

masyhur
47.
taukeh

tauke
48.
rekacipta

reka cipta
49.
rambut kerinting

rambut keriting
50.
tuhan

Tuhan

LEBIH DARIPADA 30 KESALAHAN KATA SENDI NAMA YANG PALING POPULAR

LEBIH DARIPADA 30 KESALAHAN KATA SENDI NAMA YANG PALING POPULAR

1.
...... diperbuat dari plastik

...... diperbuat daripada plastik
2.
...... diambil daripada Johor

...... diambil dari Johor
3.
...... datang daripada pintu utama

...... datang dari pintu utama
4.
...... surat dari pihak sekolah

...... surat daripada pihak sekolah
5.
......keuntungan dari jualan

...... keuntungan daripada jualan
6.
...... lebih cantik dari beg ini

...... lebih cantik daripada beg ini
7.
...... bermula daripada lapan pagi 

...... bermula dari lapan pagi
8.
...... terdiri dari dua orang

...... terdiri daripada dua orang
9.
...... hadiah dari adik

...... hadiah daripada adik
10.
...... bergantung kepada keadaan

...... bergantung pada keadaan
11.
...... dari merah ke hijau

...... daripada merah kepada hijau
12.
...... dari rugi banyak baik rugi sedikit

...... daripada rugi banyak baik rugi sedikit
13.
...... memberikan buku ke adik

...... memberikan buku kepada adik
14.
...... berkorban demi untuk negara

...... berkorban demi negara

...... berkorban untuk negara
15.
...... sejak daripada kecil

...... sejak dari kecil

...... sejak kecil

...... dari kecil
16.
...... di masa depan

...... pada masa depan
17.
...... di hari minggu

...... pada hari minggu
18.
...... di bulan yang mulia

...... pada bulan yang mulia
19.
...... balik kepada kampung

...... balik ke kampung
20.
...... cantik bak seperti bidadari

...... cantik bak bidadari

...... cantik seperti bidadari
21.
..... oleh kerana demam

...... oleh sebab demam
22.
...... duduk di antara Ali dan Abu 

...... duduk di antara Ali dengan Abu 
23.
Antara Azhar dan Salleh, Azhar lebih kacak.

Antara Azhar dengan Salleh, Azhar lebih kacak.
24.
Selain dari itu,....

Selain daripada itu,.....

Lain daripada itu,....

Selain itu,....
25.
...... rindukan ibu

...... rindu akan ibu
26.
...... menceritakan tentang buku

...... menceritakan buku

...... bercerita tentang buku
27.
...... di dalam peperiksaan

...... dalam peperiksaan
28.
...... di dalam kesedihan

...... dalam kesedihan
29.
.....di dalam pelajaran

...... dalam pelajaran
30.
...... sesuai bagi untuk kanak-kanak

...... sesuai untuk kanak-kanak
31.
...... di kalangan 

...... dalam kalangan


SUMBER DARIPADA BLOG DR. TAN CL