Latihan peribahasa ini pernah saya
terbitkan pada tahun 2017, khusus sebagai latihan masteri untuk memantapkan
penguasaan pelajar terhadap pengetahuan peribahasa mereka. Pelajar yang
mempunyai pengetahuan luas berkaitan peribahasa amat bertuah kerana mereka
mempunyai senjata utama untuk menghasilkan karangan yang menarik dari segi
bunga bahasa kerana mereka mempunyai kemahiran yang luwes terutama menyesuaikan
peribahasa berkait dengan huraian isi semasa mengolah karangan . Seyogia,
pelajar berkenaan mampu memuat dan menyelitkan peribahasa ini semasa mengarang
pada mana-mana tempat atau bahagian hurain malah semasa membina ayat isi semasa
mengolah karangan.
Namun begitu, dengan adanya pengetahuan
berkaitan peribahasa tetapi tidak diikuti dengan kreativiti dan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi semasa mengarang pengetahuan peribahasa ini tidak berguna,
justeru, pelajar perlu melatih dan membudayakan kemahiran peribahasa semasa
mengarang.
Semoga dengan coretan dan latihan ulangan di
bawah diharapkan akan mampu membantu pelajar menjawab soalan bahagian 3
(d) kertas Bahasa Melayu 2 dan juga semasa membina karangan. Selamat maju jaya
daripada saya admin Laman Bahasa Melayu SPM.
Aktiviti
Masteri Peribahasa:-
Kemahiran Menjawab
soalan Peribahasa Bahagian 3 (d) dan Menggunakan Peribahasa Dalam Karangan.
Bahagian peribahasa SPM
biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah:
A. Membina ayat daripada
peribahasa:Contoh:
1. bagai menatang
minyak yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang
penuh sehinggalah mereka dewasa.
2. seperti katak di bawah tempurung
Sikap Muzammil yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung.
3. seperti paku dengan penukul
Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus
Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji
pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:
B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:
Contoh: Beri tiga
peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.
1. Pak Hassan terkejut
besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang
sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka
bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah
memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu
tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman
yang setimpal.
i.
bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak emas (anak kesayangan)
iv. air muka (diri, peribadi)
ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak emas (anak kesayangan)
iv. air muka (diri, peribadi)
2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.
i. bagai pinang dibelah
dua.
ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.
ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.
C. Mengemukakan
peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:
Contoh:
1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut
1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut
dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung
halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.
* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.
D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:Contoh:
1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.
i. rumah siap pahat berbunyi
ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
buruk padahnya.
iii. anak buah
iii. anak buah
Latihan 1:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
1. bagaikan
kera mendapat bunga
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput

Latihan 2:
Beri maksud peribahasa
yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
1. seperti
mendukung biawak hidup
2. sudah jatuh ditimpa tangga
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
9. bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
Latihan 3:

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
7. mati semut kerana gula
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Latihan 4:
Beri peribahasa yang
sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak
disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut
mempunyai maksud
yang
tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan
telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun
kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung
halamannya.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang
guru
yang baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang.
5. Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam
rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap
pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan
bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan
itu dengan
cemerlang.
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian
dalam
pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di
kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya berhenti
merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh
kekaksihnya itu.
b) Masteri Peribahasa
MASTERI PERIBAHASA:-
Latihan
Beri peribahasa yang
sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Encik Fadly meminta pelajarnya bernama Haikal membaiki komputernya tetapi akhirnya
1. Encik Fadly meminta pelajarnya bernama Haikal membaiki komputernya tetapi akhirnya
komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.
2. Perbuatan Adzahar itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Qayyum untuk memikat
hati adik perempuan Qayyum yang cantik itu.
3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan
berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.
4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut
panjang, Asraf Ketua Bola Baling, SMKASAS menyepak tiang gol itu sehingga
menyebabkan
kakinya patah.
5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Muizuudin yang terkenal
dengan pelajar pendiam di kelas 5K tidak menunjuk-nunjuk kemampuannya itu
kepada
peserta perkhemahan tersebut.
6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Akashah yang memangku jawatannya semakin sombong
dan
bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.
7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang
asing
mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.
8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji
yang
telah diucapkannya kepada mereka.
9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita
kemenangan Ikmal itu tersebar ke seluruh daerah Bota, Perak.
10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Salam yang garang dan
pandai bersilat itu.
1. Membina ayat menggunakan peribahasa
Contoh soalan:-
Tulis ayat berdasarkan
setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
(i) Alah
bisa tegal biasa
(ii) Bagai melukut
di tepi gantang
(iii) Laut mana yang
tidak
bergelora
[6 markah]
Contoh jawapan:-
(i) Sesuatu
pekerjaan yang baru diceburi agak sukar diuruskan tetapi lama-kelamaan akan
menjadi lebih mudah, seperti pepatah Melayu alah bisa tegal biasa.
(ii) Karim boleh
diibaratkan melukut di tepi gantang dalam majlis itu. Dia
tidak dihiraukan
langsung oleh tuan rumah.
(iii) Walaupun pemimpin
itu disayangi rakyat jelata, namun beliau juga tidak terlepas daripada
melakukankesilapan ibarat laut mana yang tidak bergelora.
2. Melengkapkan petikan
atau dialog dengan peribahasa yang sesuai
Contoh soalan:-
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
.................(i).................,
demikian peribahasa yang menggambarkan pelbagai golongan harus bekerjasama.
Mereka dituntut agar bersefahaman dan bersatu untuk membangunkan negara. Mereka
tidak wajar mementingkan diri, yakni bersikap .............(ii).............
Tambahan pula, perbuatan seperti itu bertentangan dengan norma hidup masyarakat
Timur yang mengambil kira kepentingan semua pihak dalam setiap urusan yang
dilakukan dan mereka mementingkan permuafakatan kerana mereka yakin bahawa
...............(iii)..........[6 markah]
Contoh jawapan:-
(i) Berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
(ii) seperti enau
di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
(iii) bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
3. Menentukan atau
menyesuaikan peribahasa dengan maksud petikan
Contoh soalan:-
Baca petikan di bawah
dengan teliti. Kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga
situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan di bawah.
Pada zaman penjajahan,
semua penduduk bersatu hati berjuang menentang penjajah sehingga negara
mencapai kemerdekaan. Sekalipun mereka menghadapi pelbagai kesusahan tetapi hal
itu tidak melunturkan semangat mereka kerana situasi itu sudah dilalui mereka
sepanjang masa dan menjadi lumrah hidup. Walaupun ada pejuang yang ditangkap
dan dituduh sebagai penderhaka, namun hal itu tidak melemahkan semangat mereka
yang berkobar-kobar itu kerana mereka tidak mahu tanah air tercinta ini terus
dijajah. Malah mereka lebih rela mati daripada hidup sebagai abdi di tanah air
sendiri.[6 markah]
Contoh jawapan:-
(i) Bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.
(ii) Alah bisa
tegal biasa / asam garam.
(iii) Biar putih tulang,
jangan putih mata.
4. Menentukan peribahasa
berdasarkan ayat yang diberikan
Contoh soalan:-
Baca ayat-ayat di bawah
dengan teliti. Kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat
tersebut.
(i) Sebelum
melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya
agar tidak menyesal kemudian hari.
(ii) Janganlah
kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan atau
bersesuaian dengan pendapatan yang kita peroleh.
(iii) Apabila kita
berada di tempat orang, janganlah kita meninggi diri dan patuhilah adat resam
tempat tersebut.[6 markah]
Contoh jawapan:-
(i) Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
(ii) Ukur baju di
badan sendiri
(iii) Di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung.
5. Menyatakan maksud
peribahasa yang diberikan
Contoh soalan:-
Berikan maksud
peribahasa-peribahasa di bawah.
(i) Ada gula
ada semut
(ii) Laksana bunga
dedap, sungguh merah berbau tidak
(iii) Alah membeli menang
memakai[6 markah]
Contoh jawapan:-
(i) Orang akan
bertumpu di tempat yang banyak atau mudah mendapatkan rezeki.
(ii) Orang yang
cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
(iii) Sanggup membeli
barangan yang mahal harganya kerana mempunyai kualiti yang lebih
baik.
Peribahasa – Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang
sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa
yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
_____________________________________________________________________
(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
____________________________________________________________________
(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
Kemukakan satu
peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
(i) Perkara yang menjadi
bahan percakapan orang.
_______________________________________________________________________
(ii) Pergaduhan yang
tidak menguntungkan sesiapa.
________________________________________________________________________
Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan di bawah
dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga
situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Peribahasa - Latihan 4
Baca petikan situasi di
bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan
setiap situasi tersebut.
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari
dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai
pelajaran
setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
_______________________________________________________________________
(ii) Perpecahan dan
pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang
mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
___________________________________________________________________________
(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
Peribahasa - Latihan 5
Lengkapkan peribahasa
yang berikut.
(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
__________________________________________________________________________
(ii) Banyak udang, banyak garam ________________________________________________
(iii) Lain hulu lain
parang ____________________________________________________
(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain
_________________________________________________________________________
(v) Tak tumbuh tak
melata ___________________________________________________
(vi) Ada ubi ada batas________________________________________________________
Peribahasa - Latihan 6
Berdasarkan pernyataan
berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.
(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di
jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu,
penunggang dan
pengguna jalan raya.
___________________________________________________________________________
(ii) Duit raya yang
diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara
menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan
satu
tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.
___________________________________________________________________________
(iii) Aktiviti
bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya
menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti
seumpama ini
merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat
mengukuhkan
hubungan semangat kejiranan sesama mereka.
Peribahasa - Latihan 7
Baca petikan di bawah
dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam petikan ini.
Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.
Peribahasa - Latihan 8
Baca petikan di bawah
dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap
situasi tersebut.
(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi
orang ramai semakin
kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari
kerja lain dan tidak
yakin boleh membuat kerja lain.
_____________________________________________________________________________
(ii) Abu sentiasa
berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan
perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku
dan alat
tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian
masyarakat di
tempatnya.
_____________________________________________________________________________
(iii) Kamal terlalu
boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis
dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.
_____________________________________________________________________________
Peribahasa - Latihan 9
Baca petikan di bawah
dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam petikan ini.
Sepuluh tahun lalu,
Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku
perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati
hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara.
Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia
meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu.
Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
Peribahasa - Latihan 10
Isi tempat kosong dalam
petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala
Lumpur,
iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih,
beliau
telah
menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
ii. Sejak tahun 1995,
sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara
kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang
sedikit," bisik Ahmad.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
iii. Pada peringkat awal
Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan
yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan
diri dalam
lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....
_________________________________________________________________________
JAWAPAN PERIBAHASA
Peribahasa 1
(i) Ukur baju di badan
sendiri.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.
Peribahasa - Latihan 2
(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Peribahasa - Latihan 3
i.Harapkan pagar, pagar
makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut
tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
(i) belakang
parang kalau diasah lagikan tajam
(ii) biduk lalu kiambang bertaut
(iii) yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di
(ii) biduk lalu kiambang bertaut
(iii) yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan
(i) bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian
(ii) banyak orang, banyak ragam
(iii) lain dahulu, lain sekarang
(iv) barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v) tak sungguh, orang tak kata
(v) ada budi boleh dibalas
(ii) banyak orang, banyak ragam
(iii) lain dahulu, lain sekarang
(iv) barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v) tak sungguh, orang tak kata
(v) ada budi boleh dibalas
(i) Biar lambat asalkan
selamat / pandu cermat jiwa selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
(i)
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat
(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat
sagunya
(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan
(i) Kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah
(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah
(i) Bumi mana yang tidak
ditimpa hujan
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Peribahasa - Latihan 10
i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya.
ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Senarai peribahasa yang membawa maksud
yang sama:
Senarai
peribahasa yang membawa maksud yang sama:
1. Sekali
melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai
(a) sambil menyelam minum air
(b) belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
(c) berkayuh sambil bertimba
(d) berkayuh sambil ke hilir
(e) sambil berdendang, biduk hilir
(f) sambil berdiang, nasi masak
(g) sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar
(h) sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau

2. Menuruti
kehendak hati sendiri
(a) nafsu-nafsu, raja di mata, sultan di hati
(b) beraja di hati, bersultan di mata
(c) bersultan di mata, beraja di hati
(a) nafsu-nafsu, raja di mata, sultan di hati
(b) beraja di hati, bersultan di mata
(c) bersultan di mata, beraja di hati
3. Melakukan
pekerjaan yang sangat menyusahkan diri
(a) tiada sakit, makan ubat
(b) memelihara gajah putih
(c) menolong orang ditangkap harimau
(d) menolong kerbau ditangkap harimau
(e) mendukung biawak hidup
(a) tiada sakit, makan ubat
(b) memelihara gajah putih
(c) menolong orang ditangkap harimau
(d) menolong kerbau ditangkap harimau
(e) mendukung biawak hidup
4.
pergaduhan antara adik-beradik yang tidak berpanjangan
(a) air yang dicencang tidak akan putus
(b) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(c) cencang air tiada putus, pancung abu tak berbekas
(d) biduk lalu kiambang bertaut
(a) air yang dicencang tidak akan putus
(b) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(c) cencang air tiada putus, pancung abu tak berbekas
(d) biduk lalu kiambang bertaut
5. penyesalan
yang terlambat
(a) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna
(b) sudah terhantuk baru tengadah
(c) sudah kalah baru berkubu
(d) sudah kecurian baru mengunci pintu
(e) sudah lulus maka hendak berlantai
(f) Teperlus maka hendak menutup lubang
(g) sudah lulus maka hendak memasang lantai
(h) berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian
(i) apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat

6. Kesalahan
orang lain nampak, kesalahan diri tak nampak
(a) kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
(b) langit dapat dilukis, sudut kabut diserayakan
(c) seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar
(d) kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiad tampak

7. berhati-hati
apabila memperkatakan hal orang lain
(a) bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
(b) bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
(c) berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar
(a) bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
(b) bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
(c) berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar
8.sangat
karib
(a) Setikar seketiduran
(b) Dua badan senyawa
(c) Satu nyawa dua badan
(d) Sejiwa dua tubuh
(e) Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran
(f) Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu
(g) Selauk senasi
(h) Seperti dua senyawa).

9. Urusan
sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain
(a) Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan
(b) Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan
(c) Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui
(d) Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
(e) Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan

10. Sesuai
benar
(a) Seperti telap dengan tudungnya
(b) Bagai cembul dapat tutupnya
(c) Bagai dulang dengan tudung saji
(d) Cembul dengan tutupnya
(e) Seperti telepa dengan tudungnya
(a) Seperti telap dengan tudungnya
(b) Bagai cembul dapat tutupnya
(c) Bagai dulang dengan tudung saji
(d) Cembul dengan tutupnya
(e) Seperti telepa dengan tudungnya
11. kembali
ke asalnya / pulang ke asal
(a) belut pulang ke lumpur
(b) misai pulang ke bibir
(c) pulang ke kandang
(d) Ikan pulang ke lubuk
(e) Sirih pulang ke gagangnya
(a) belut pulang ke lumpur
(b) misai pulang ke bibir
(c) pulang ke kandang
(d) Ikan pulang ke lubuk
(e) Sirih pulang ke gagangnya
12.
Berturut-turut mendapat kesusahan
(a) Sudah basah kehujanan
(b) Lagi jatuh ditimpa tangga
(c) Sudah hamba diperhambakan pula
(d) Sudah jatuh ditimpa tangga
(e) Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula
(f) Terjatuh dihimpit janjang

13.
Seia-sekata; sehina semalu.
(a) Sekebat bagai sirih
(b) Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
(c) Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
(d) Serangkap bak lembing, serumpun bak serai
(e) Serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
(f) Serumpun bagai serai, selubang seliang bagai tebu

14. Besar
belanja daripada penghasilan
(a) Masuk tiga, keluar empat
(b) Masuk bagai lubang penjahit, keluar bagai lubang tabuh
(c) Masuk sebesar lubang penjahit, keluar sebesar lubang tabuh
(d) Masuk lima keluar sepuluh
(e) Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh

15. Mendapat
keuntungan dengan tidak bersusah-payah
(a) Dapat durian runtuh
(b) Dapat harta karun
(c) Dapat kijang teruit
(d) Dapat tebu rebah
(e) Dapat harta timbul
(a) Dapat durian runtuh
(b) Dapat harta karun
(c) Dapat kijang teruit
(d) Dapat tebu rebah
(e) Dapat harta timbul
16. Lahirnya
baik, batinnya jahat
(a) Di luar merah di dalam pahit
(b) Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu
(c) Di luar berkilat di dalam berongga
(a) Di luar merah di dalam pahit
(b) Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu
(c) Di luar berkilat di dalam berongga
17. Kalau
segan berusaha tak akan mendapat kemajuan
(a) Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut
(b) Malu bertanya sesat di jalan, malu berkayuh perahu hanyut
(c) Segan bergalah, hanyut serantau
(d) Segan berkayuh, perahu hanyut
(e) Malu berkayuh, perahu hanyut

1 ulasan:
Dapat durian runtuh
Catat Ulasan