PROSA TRADISIONAL BURUNG
TERBANG DIPIPISKAN LADA
1.0 SINOPSIS
Negara Siam mendengar
berita bahawa kerajaan Melaka merupakan sebuah negara yang kuat dan tidak
pernah dikalahkan oleh mana-mana kuasa ketika itu. Oleh itu, Raja Siam
iaitu Bubunnya menghantar
wakil untuk berjumpa dengan Sultan
Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah / mengaku
ketuanan Raja Siam (membayar ufti). Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam
marah lantas menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mengetahui berita
itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun Perak dari kelang
mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka bertujuan supaya
mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka.
Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian
sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
Namun begitu, terdapat seorang dari Kelang yang iri
hati kepada Tun Perak lalu memfitnahnya. Dia memberitahu Sultan Muzaffar
bahawa Tun Perak telah mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap
untuk mengetahui kedudukan perkara sebenar. Tun Perak memberitahu Sultan
Muzaffar bahawa beliau bertugas untuk Negara, dan meminta Sultan Muzaffar
memecatnya jika mempercayai fitnah tersebut. Sultan Muzaffar sangat gembira dengan
ketegasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan
gelaran Paduka Raja.
Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai
perjumpaan. Ekoran pelantikan tersebut. penduduk Melaka berpecah kepada dua kumpulan iaitu
mereka yang berpihak kepada Paduka Raja dan Seri Nara Diraja. Mereka berduajuga
saling berselisih faham dan tidak bermaufakat. Sultan Muzaffar sagat
sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua kerana perbalahan antara mereka
boleh memunsahkan kerajaan Melaka.
Akhirnya, Sultan Muzaffar nekad untuk menceraikan isterinya iaitu Tun Kudu ( anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja) supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan Sultan Muzaffar. Sejak dikahwinkan, hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
Pada waktu itu Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai orang yang bijaksana. Pada zaman kegemilangan itu, terdapat tiga orang pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri besar, iaituPatih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai, dan Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka.
Setelah beberapa lama
kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan
Muzaffar memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang
orang Siam. Seri Bija Diraja juga diperintahkan untuk membantu Bendahara
Paduka Raja untuk mengusir orang
Siam yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja
telah memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu
Siam. Tun Umar yang
berani itu telah melanggar
beberapa buah perahuSiam sehingga mereka kalah. Tindakan Tun Umar
itu telah membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan
Setelah hari malam, Bendahara
Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu
api-api dibakar.
Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya
berpendapat bahawa kelengkapan
Melaka sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan
tidak jadi berperang lalu kembali
ke Siam semula.
Pada waktu malam, Paduka
Raja memerintahkan tenteranya supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu
kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi
pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya tentera Melaka lalu mereka
berpatah balik ke Siam dan
tidak jadi untuk menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar merayakan
kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam,Paduka Babunnya sangat marah.
Baginda mengarahkan anaknya iaitu Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan
dan perahu yang sangat banyak bilangannya. Apabila mendengar berita itu, Sultan
Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan
kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya,
dan mengarahkan panahnya itu ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di
Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahi Tuan Sidi Arab dengan
pelbagai anugerah atas kesaktiannya itu.
Setelah 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat.
Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah
dengan gelaran Sultan Mansur Syah.
Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu ialah 27 tahun. Sultan Mansur
Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah. Baginda telah berkahwin
dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak
Seri Nara Diraja.
2.0 Tema
Keghairahan Siam menyerang Melaka tanpa menilai
kelemahan diri sendiri dan menyiasat kekuatan pihak lawan terlebih dahulu
sebelum mengatur serangan.
3.0 Persoalan
1.
Kebijaksanaan Tun Perak dalam mengatur strategi
menghalang serangan dari Siam
Contoh: Tun Perak membawa rakyat dari Kelang
bersama-sama anak isteri untuk menaikkan semangat berperang
Tun Perak mengikat puntung api pada pokok bakau, pokok
nyirih dan pokok api-api di sepanjang pantai bagi menakutkan pihak musuh.
2.
Semangat tidak mudah berputus asa.
Siam mengatur serangan ke atas Melaka sebanyak tiga
kali walaupun kesemua percubaan tersebut menemui kegagalan.
3.
Kepentingan permuafakatan antara pemimpin memperkukuh
ketahanan negara.
Konflik antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja telah
menyebabkan masyarakat berpecah yang boleh melemahkan kekuatan negara.
4. Perkahwinan dapat
mengeratkan perhubungan persaudaraan.
Contohnya, Sultan telah menjodohkan Tun Kudu anak
saudara Tun Perak dengan Sri Nara Diraja.
5.
Tanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing
tanpa
mencampuri urusan orang lain
mencampuri urusan orang lain
Tun Perak meminta Seri Amarta tidak mencampuri
urusannya dan mempersoalkan sesuatu tindakan yang diambil.
6.
Merahsiakan sesuatu perkara bagi mengelakkan konflik
dalam
keluarga.
keluarga.
Seri Nara Diraja merahsiakan anak hasil hubungannya
dengan gundik bagi mengelakkan berkonflik dengan isteri
7.
Unsur kesaktian dalam peperangan
Sidi Arab mempunyai kesaktian dalam ilmu memanah.
Beliau telah
memanah dari Melaka sehingga dapat membunuh Cau Pandan
yang berada di benua Siam.
memanah dari Melaka sehingga dapat membunuh Cau Pandan
yang berada di benua Siam.
4.0 WATAK DAN PERWATAKAN:
WATAK
|
PERWATAKAN
|
PERISTIWA
|
Tun Perak
|
bijaksana
|
mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri
ketika menentang Siam
|
baik hati
|
menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan
sebelum Tun Kudu berkahwin semula.
|
|
berani
|
memimpin askar Melaka menentang askar Siam
yang hendak menyerang Melaka.
|
|
berpengaruh
|
beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya
ketika bersengketa dengan Seri Nara diraja.
|
|
SULTAN MUZAFFAR SYAH
|
mementingkan keharmonian Melaka
|
berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri
Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.
|
prihatin
|
meraikan askarnya yang menang dengan pemberian
hadiah pakaian persalinan.
|
|
bijaksana
|
mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan
Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.
|
|
tidak terburu-buru
|
tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak
difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak untuk menceritakan keadaan yang
sebenarnya.
|
|
menghargai rakyatnya
|
memberi anugerah dan pujian kepada Tun Sidi
Arab yang telah membunuh Cau Pandan.
|
4.0 Gaya Bahasa
(a) Bahasa
Arab. Contoh: idah; ditalak; keramat.
(b) Bahasa
istana. Contoh: baginda; titah; tuanku; mangkat.
(c) Bahasa
Melayu klasik. Contoh: terpermanai lagi; kemakanan matanya.
(d) Hiperbola.
Contoh: Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; seorang pun raja-raja
di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.
(e) Penggunaan
lagu. Contoh: Cau Pandan anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka; Ada
cincin berisi bunga, Bunga berladung si air
mata.
(f) Repetisi.
Contoh: Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang
banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya
oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk
itu.
(g) Simile.
Contoh: seperti dewal
orang berzikir; dadanya seperti kena panah.
5.0 LATAR:
1.
Latar tempat:
- Melaka
- cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah.
- Muar -
askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
- Batu
Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi
Dicu.
- Kelang
- tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
- Siam -
tempat tinggal Paduka Babunnya.
2.
Latar masa:
- Zaman
Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.
- Zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42
tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
- Zaman
Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara
dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.
3. Latar
Masyarakat
-
Golongan istana yang
terdiri daripada pemerintah, menteri, dan hulubalang.
-
Masyarakat yang mengamalkan
ilmu.
-
Masyarakat yang tidak
bersatu hati.
-
Masyarakat yang takut akan
isteri.
-
Masyarakat yang bijaksana.
-
Masyarakat yang baik hati.
6.0 NILAI:
NILAI
|
PERISTIWA
|
kebijaksanaan
|
Tun Perak bijaksana apabila mengikat puntung
api pada pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api pada waktu malam hingga
cahaya api itu menggambarkan askar Melaka yang ramai sehingga menakutkan
askar Siam.
|
baik hati
|
Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang
menang peperangan dengan sepasang persalinan.
|
bersatu padu
|
Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu
untuk menentang askar Siam.
|
keikhlasan
|
Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja
dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan
kuat.
|
keberanian
|
Tun Perak berani menentang askar Siam yang
ramai jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui
kegagalan
|
pengorbanan
|
Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu
demi mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
|
berilmu pengetahuan
|
Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan yang
tinggi sehingga mampu membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dengan
hanya menghalakan panahnya ke Siam.
|
7.0 PENGAJARAN:
Pengajaran
|
Peristiwa
|
Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara.
|
Tun Perak dan tentera-tenteranya berani
menentang tentera Siam.
|
Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah.
|
Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam
menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Padka Raja. Tindakan
baginda mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Tun Perak
telah berjaya menyelesaikan perbalahan antara dua pembesar dan membawa kepada
keharmonian neger Melaka.
|
Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan.
|
Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan
Paduka Raja sebgai Bendahara Melaka.
|
Kita mestilah sanggup bekorban untuk memperoleh kebaikan.
|
Sultan Muzaffar sanggup berkorban dengan
menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja.
Tindakan tersebut dilakukan supaya Seri Nara Diraja berbaik-baik dengan Tun
Perak.
|
Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju.
|
Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja
hidup bermuafakat dengan bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi
ancaman Siam.
|
Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh
orang lain kepada kita.
|
Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang
menang peperangan dengan sepasang persalinan.
|
Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan
yang betul.
|
Tuan Sidi Arab menggunakan ilmu pengetahuannya
yang tinggi untuk membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dari jauh
demi memastikan keamanan Melaka tidak tergugat.
|
Soalan 2 (c) – Petikan
Prosa Tradisional
Baca
petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka
ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya
gila-gila bahasa. Maka disuruh oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu.
Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan
perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu
Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dlanggarnya pula yang
lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah.
Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam,
maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu
bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung
api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka
kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang
lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada
terlawan oleh kita.”
Maka kata Awi Dicu. “Benarlah seperti kata
kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”
Maka
segala orang Siam pun kembalilah.
Dipetik
daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam
antologi Sejadah Rindu,
Kementerian
Pendidikan Malaysia
(i) Apakah
peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun
Umar?
[2
markah]
(ii)
Mengapakah Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka?
[3 markah]
(iii)Pada
pendapat anda, apakah rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam
tersebut?
[3
markah]
Skema
Jawapan Soalan 2 ( c) – Petikan Prosa Tradisional
(i)
Peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun Omar:
- Tun Umar
menyerang perahu-perahu Siam secara sendirian
- Semua
perahu Siam kalah
[2 markah]
(ii) Awi
Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka kerana:
- Mendengar
pendapat hulubalang Siam bahawa terlalu banyak askar Melaka
- Sebuah
perahu yang dibawa oleh Tun Umar telah berjaya menewaskan beberapa
perahu Siam
- Perahu
Melaka yang dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan, menyukarkan mereka
menewaskannya.
[3 markah]
(iii)
Rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam:
- Untuk
menakut-nakutkan orang Siam
- Untuk
menunjukkan keberanian orang Melaka.
- Untuk
memastikan orang Siam tidak menyerang Melaka.
[3 markah]
5 ulasan:
Bagus dan mudah faham..mempunyai soalan jawapan serta skema skali..
Terbaik👌🏽
Terbaik... Lengkap
Terima kasih untuk nota
Tq semoga murah rezeki kpd yg baca
Catat Ulasan