Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Jumaat, 31 Januari 2020
Khamis, 30 Januari 2020
SELAMAT BERSARA TUAN HAJI AHMAD TERMIZI B. ABD AZIZ PK HEM SMK SERI LONDANG PADA 31 JANUARI 2020
SUNGGUHPUN ANTARA KITA ADA PERTELINGKAHAN MINDA TETAPI
DALAM ORGANISASI PERTELINGKAHAN BERKENAAN PENTING UNTUK
MENCIPTA ORGANISASI SMK SERI LONDANG YANG MANTAP
SELAMAT BERSARA DARIPADA SAYA TN. HJ. MOHD RAMSUL B. ABD. RAHIMAN
GURU KANAN BAHASA MERANGKAP SETIAUSAHA
GURU KANAN BAHASA MERANGKAP SETIAUSAHA
KURIKULUM SMK SERI LONDANG.
SELAMAT BERSARA TUAN HAJI. MAAF JIKA ADA TERKASAR BAHASA
KERANA KITA SEBAGAI GOLONGAN PENTADBIR PERLU ADA PERCAKARAN MINDA
UNTUK MEREALISASIKAN ORGANISASI PENTADBIR SMK SERI LONDANG EXCELLENT.
DOAKAN KAMI BARISAN PENTADBIRAN SEKOLAH TERUS MEMACU KECEMERLANGAN SMK SERI LONDANG EXCELLENT
DOAKAN KAMI BARISAN PENTADBIRAN SEKOLAH TERUS MEMACU KECEMERLANGAN SMK SERI LONDANG EXCELLENT
Selasa, 28 Januari 2020
Ahad, 26 Januari 2020
Sabtu, 25 Januari 2020
KARANGAN BERTAJUK KEPENTINGAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA MONUMEN BERSEJARAH (HASIL KARANGAN PUTERI NURANISYA AQILA BT. ALAN )
KARANGAN PUTERI NURANISYA AQILA BT. ALAN
KEPENTINGAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA MONUMEN BERSEJARAH
Mengikut definasi
yang diberikan oleh Aristotle, sejarah merupakan satu sistem yang meneliti
suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang
sama, menurut beliau juga sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang
mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang konkrit. Oleh sebab itu,
sejarah sangat penting kepada negara bangsa kerana dengan mengingati dan
menghayati sejarah pemimpin negara bangsa dan masyarakat mampu menilai setiap
tindak tanduk untuk membuat keputusan agar keputusan mereka tidak merosakkan
sejarah bangsa. Tambahan pula, pelancong asing sentiasa haus dan ingin
menikmati sejarah negara kita kerana suatu masa dulu kita pernah dijajah oleh
negara mereka. Sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga kerana banyak
monumen bersejarah di negara kita masih dapat dihayati. Seyogia monumen
bersejarah yang masih kukuh berdiri megah perlu diperlihara dan dipulihara agar
generasi akan datang boleh mengingati sejarah negara mereka agar mengelak berlakunya pisang
berbuah dua kali. Persoalannya, apakah kelebihan memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah di negara kita?
Berdasarkan
minda pelajar kelas pertama, bangunan bersejarah perlu dipelihara dan
dipulihara kerana monumen ini menyimpan khazanah dan maklumat penting berkenaan negara kita.
Umum sedia maklum, setiap bangunan bersejarah di negara kita mempunyai cerita
dan sejarah yang tertentu disebalik pembinaan dan kewujudannnya, bersesuaian
dengan ungkapan peribahasa Melayu, tiada angin, masakan pohonnya bergoyang. Maka, monumen ini
haruslah dipelihara agar cerita dan kronologi yang tersirat ini sentiasa kekal dalam lipatan sejaran agar menjadi pendoman generasi
yang mendatang menatapnya. Tambahan pula sejarah yang telah diterbitkan melalui
pembukuan, perfileman dan fakta mempunyai risiko pengubah suaian ,
hiperbola dan ketulenan sejarah tersebut. Situasi ini pernah berlaku apabila penjajah Inggeris membuat tafsiran pejuang negara seperti Tok Gajah, Sipuntum, Dol Said,dan Dato Bahaman dianggap sebagai penentang kerajaan demi memenuhi niat jahat mereka menjajah negara. Oleh
itu, sebagai warganegara Malaysia kita perlu menjadi manusia yang celik akal fikiran dengan mendapatkan maklumat sebenar daripada sumber yang betul dengan cara melawat bangunan
bersejarah dan tempat monumen itu tersendiri sekali gus menghindari
keadaan indah khabar dari rupa dan berlaku fitnah merupakan racun
yang mengalir dalam masyarakat dan mampu membunuh kewarasan akal manusia.
Melalui pencerapan secara terus di bangunan bersejarah, masyarakat berpeluang
memperoleh fakta yang tulen dan benar seperti kronologi, tarikh dan
tempat yang sebenar. Sekiranya, masyarakat lebih berat sebelah dengan
cara mempercayai setiap fakta melalui internet, sudah pasti masyarakat tertipu dengan strategi penjajah yang menganggap pejuang bangsa sebagai musuh negara. Jangan kita menjadi duri dalam daging dengan percaya maklumat yang tidak tepat terhadap pejuang bangsa kerana jasa mereka negara kita merdeka. Maka
tegaslah bahawa monumen menyimpan maklumat yang penting berkenaan negara
Malaysia.
Meninjau
dari dimensi antarabangsa, bangunan bersejarah penting bertujuan bagi menarik
minat pelancong. Umum mengetahui bahawa Malaysia atau Tanah Melayu telah
dijajah selama 434 tahun, bermula dari penjajahan Portugis sebagai pembuka tirai penjajahan dan diakhiri dengan penjajah British. Rentetan daripada itu, ramai pelancong asing terutama
daripada negara yang pernah menjajah Tanah Melayu ingin melihat dengan mata dan
kepala mereka sendiri, sejarah yang pernah diukir oleh nenek moyang mereka
terdahulu. Di samping itu, nama Malaysia dapat diangkat sebagai tempat
bersejarah di dunia, sekali gus meningkatkan pendapatan negara . Hal ini
bertepatan dengan peribahasa, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke
pangkal lengan dan sambil menyelam minum air kerana di samping mempromosikan
sejarah Tanah Melayu, pendapatan negara turut meningkat melalui kunjungan
pelancong asing ke Malaysia. Jika monumen bersejarah di Malaysia tidak diperlihara,
pasti kelak segala sejarah negara yang tidak ternilai harga akan pupus di telan zaman, sekali gus kita sebagai warganegara menganggap pejuang bangsa sebagai musuh negara kerana mengikut telunjuk Inggeris yang mementingkan kuasa penjajah mereka. Tambahan pula kehilangan monumen bersejarah akan menyebabkan sektor pelancongan juga akan merudum kerana monumen bersejarah sudah tidak menjadi tarikan dan menggamit kedatangan mereka negara tercinta. Oleh itu, bangunan bersejarah sewajarnya dipelihara dan
dipulihara bagai menatang minyak yang penuh, kerana bimbang jika nasi
menjadi bubur pastinya Malaysia menjadi negara yang haus dengan sejarah yang
tersendiri.
Jika
kita lihat dari perspektif berbeza, bangunan bersejarah sewajarnya dipelihara
dan dipulihara kerana monumen ini mampu menjadi jalan pintas bagi memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Kunjungan rakyat
Malaysia ke tempat bersejarah ini memberi peluang kepada mereka untuk membuka
minda tentang betapa sukarnya usaha pejuang dan pahlawan terdahulu bagi
mengecapi kemerdekaan yang dinikmati sekarang. Tambahan pula, sifat rakyat
Malaysia longgar sendat lapang bertukul terhadap menghargai kemerdekaan dapat
dikikis. Berat mata menandang, berat lagi bahu yang
memikul, maka rakyat Malaysia haruslah menyelami pengorbanan pahlawan terdahulu
yang menggadai nyawa semata-mata untuk mengecapi kemerdekaan
sehingga kini. Kunjungan secara terus ke tempat bersejarah membolehkan rakyat
Malaysia melihat dengan mata hati betapa daifnya rakyat Tanah
Melayu terdahulu tentang sejarah bangsa kerana menganggap pejuang bangsa sebagai musuh negara. Kita harus bersyukur kerana bijak pandai sejarah telah sedar akan kepintaran Inggeris dan mengubah fakta sebenar. Sejarah yang berjaya meresapi sanubari rakyat
Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum ini bersifat bagai aur dengan
tebing bagi mengekalkan keamanan ini seterusnya semangat patriotisme pasti
hadir dalam diri rakyat Malaysia. Jika tiada kunjungan ke tempat
bersejarah, nescaya sejarah yang telah diselami dalam setiap diri rakyat
Malaysia hanyalah bersifat bagai mencurah air ke daun keladi dan tidak diselami
dengan sepenuh hati.Tegaslah bahawa bangunan bersejarah seharusnya dipelihara
bagi memupuk semangat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia.
Selain
itu, masyarakat yang berpengetahuan tinggi terhadap sejarah dapat
dibentuk melalui pemeliharaan dan pemuliharaan monumen bersejarah. Lawatan ke
monumen bersejarah mendedahkan lagi masyarakat dengan ilmu berkenaan sejarah
secara lansung. Hal ini amatlah penting kerana melalui sejarah, pemerintahan
suatu negara dapat dilicinkan. Tambahan pula, Tunku Abdul Rahman menyatakan,
" orang yang tidak mempelajari sejarah mempunyai risiko untuk mengulangi
kesilapannya kelak". Islam amat menekankan ilmu dalam setiap umatnya dan
menganggap bahawa ilmu merupakan cahaya menerangi kehidupan. Oleh sebab itu, sejarah
haruslah dipelajari dan dihayati kerana Sejarah merupakan salah satu ilmu yang mampu memperbetulkan sesuatu fakta mengikut kebenaran. Pelbagai ilmu
yang mampu diperoleh melalui sejarah misalnya dengan cara mengambil iktibar
tentang cara meredakan peperangan dengan musuh dan strategik perang
yang berkesan, Jelaslah sejarah merupakan ilmu yang diibaratkan bagai ketam
mengajar anaknya berjalan kerana menyuluh jalan masyarakat kini bagi membina
negara bangsa yang sejahtera. Melalui ilmu sejarah yang diperoleh,
kita berupaya menjadi insan yang tidak mudah diperdaya dan insan yang cemerlang
dalam menyusun atur kehidupannya hasil daripada iktibar ilmu sejarah yang
dipelajari kerana sejarah mengajar kita mengatur kewujudan negara bangsa yang berjaya kerana sudah terhantuk baru
tergadah sudah tidak berguna lagi. Sekiranya masyarakat Malaysia
memandang enteng terhadap kepentingan ilmu sejarah, sudah pasti generasi
mendatang berisiko mengulangi kesilapan pemimpin dan segelintir warganegara terdahulu yang meruntuhkan negara bangsa yang terkenal suatu ketika dulu sebagai sebuah pelabuhan terkemuka semasa Kerajaan Melayu Melaka dan bahasa Melayu ketika itu menjadi bahasa antara bangsa atau Lingua Franca. Jangan kita sebagai warganegara seperti katak di bawah tempurung. Tegaslah monumen sewajarnya dipelihara
untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi.
Konklusinya,
sudah terang lagi bersuluh bahawa bangunan bersejarah sewajibnya dipelihara dan
dipulihara selama mana kewujudannya di Malaysia. Kekhilafan rakyat Malaysia memandang enteng sejarah bermakna kita tidak menghargai kerja buat pemimpin dan perjuangan negara bangsa terdahulu kerana Sejarah mematangkan kita untuk sentiasa melakukan
yang terbaik antara yang terbaik dan sudah pasti untuk tidak mengulangi
kesilapan terdahulu. Wajarlah monumen bersejarah untuk dipelihara dan dipulihara sebagai lambang negara
yang sudah merdeka. Hal ini demikian kerana setiap sejarah merupakan kisah
perit jerih pemimin dan pejuang bangsa demi menuntut kemerdekaan, bertepatan dengan peribahasa Melayu,
berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit- sakit dahulu
bersenang-senang kemudian. Keberadaan monumen, menjadi bukti bahawa Malaysia
merupakan negara yang merdeka dan sebagai rakyat Malaysia kita haruslah
berbangga dengan segala peninggalan sejarah ini kerana dimana bumi dipijak,
disitu langit dijunjung. Pelbagai monumen yang boleh dilawati di Malaysia,
misalnya Kellie's Castle di Perak, Batu Bersurat di Pangkor, A'famosa di Melaka
dan Dataran Merdeka. Besarlah harapan saya supaya segala monumen dan bangunan
bersejarah ini dikekalkan keasliannya dan sentiasa menjadi kebanggaan rakyat Malaysia
buat selama-lamanya.
Markah : 27/30. Tahniah Puteri kerana karangan anda bertaraf Cemerlang Atas.
PASTIKAN ANDA MAMPU MENULIS KARANGAN INI BERDASARKAN MASA YANG DITETAPKAN DALAM PEPERIKSAAN. SEBAGAI PANDUAN, MASA YANG DICADANGKAN UNTUK MENULIS KARANGAN RANSANGAN IALAH 45 MINIT. ANDA JUGA PERLU BERWASPADA DALAM PEPERIKSAAN ANDA PERLU JUGA MENJAWAB SOALAN DIMENSI DAN MASA YANG DICADANGKAN IALAH 1 JAM 30 MINIT. OLEH SEBAB KARANGAN DIMENSI MEMPERUNTUKKAN 100 MARKAH, ANDA PERLU MENJAWAB SOALAN DIMENSI TERLEBIH DAHULU, BAKINYA ANDA BOLEH MENULIS KARANGAN RANGSANGAN YANG MEMPERUNTUKKAN 30 MARKAH. GUNAKAN KEBIJAKSANAAN ANDA MEMBAHAGIKAN MASA MENULIS KEDUA-DUA KARANGAN. SEMOGA ANDA BERJAYA.
Jumaat, 24 Januari 2020
CONTOH KARANGAN RANGSANGAN ( OLEH SEBAB PENULISAN MENJADI SALAH SATU PUNCA KELEMAHAN PELAJAR MENDAPAT MARKAH CEMERLANG DALAM KARANGAN DAN KERTAS BAHASA MELAYU KESELURUHANNYA- SAYA PAPARKAN CONTOH KARANGAN CEMERLANG UNTUK PANDUAN PELAJAR SPM 2020) SELAIN ITU, PELAJAR KURANG MEMBACA DAN MEMBUAT LATIHAN YANG KERAP JUGA MERUPAKAN FAKTOR UTAMA MASALAH BERKENAAN BERLAKU.
Selasa, 21 Januari 2020
Isnin, 20 Januari 2020
Ahad, 19 Januari 2020
PENGENALAN RUMUSAN TERAKHIR- MENULIS PERENGGAN PENUTUP ( BERSAMA-SAMA INI SAYA SERTA PERBINCANGAN KITA SEBELUM BERKAITAN PENULISAN PERENGAN PENGENALAN , PERENGGAN ISI TERSURAT, PERENGGAN ISI TERSIRAT DAN TERAKHIR ESOK SAYA AKAN MENERANGKAN KAEDAH PENULISAN PENUTUP RUMUSAN - UNTUK KELAS 4 SAINS DAN KELAS 4K2. ESOK SAYA AKAN MENERANGKAN SEMULA CARA DAN KAEDAH PENULISAN RUMUSAN DAN CARA MENULIS PENULISAN PENUTUP. SEMOGA ANDA FAHAM MENULIS RUMUSAN LENGKAP
Jumaat, 17 Januari 2020
Khamis, 16 Januari 2020
Rabu, 15 Januari 2020
JEMPUTAN KE PROGRAM "DARI HATI KE HATI" KOLABORATIF ANTARA SARANA (PIBG), IBU BAPA PEJAGA MURID TING. 5 BERSAMA PENTADBIR DAN GURU-GURU SMK SERI LONDANG 2020. KAMI MENGHARAPKAN KEHADIRAN IBU BAPA PENJAGA MURID TING.5 AGAR PROGRAM KECEMERLANGAN YANG DIRANCANG DIPERHALUSI DAN DIRASAI BERSAMA. SETIAUSAHA KURIKULUM SMK SERI LONDANG 2020.
KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK SERI LONDANG 2020
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA MURID SMK SERI LONDANG 2020.
TARIKH : 15 JANUARI 2020
TARIKH : 15 JANUARI 2020
"SMK SERI LONDANG EXSELLENT"
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ANAKKU FARIHA NAJLA BT MOHD RAMSUL
AYAH AKAN MENYOKONG KAMU DALAM AKADEMIK DAN KOKURIKULUM. SEMALAM AYAH MEMBELIKAN KASUT SUKAN ADIDAS AGAR FARIHAH SELESA MENGHADAPI KEJOHANAN BERKENAAN. DOAKAN KESIHATAN AYAH DAN AYAH TERELAK DARIPADA SERANGAN KANSER USUS SELEPAS BERJUANG SELAMA 4 TAHUN MENGHADAPINYA. AAMIIIN, YA ALLAH. SEMOGA SEMUA PENGUNJUNG BLOG LAMAN BAHASA MELAYU MENDOAKAN KESIHATAN SAYA UNTUK MENERUSKAN MENGENDALIKAN BLOG INI. AAMIIIN.
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ANAKKU FARIHA NAJLA BT MOHD RAMSUL
AYAH AKAN MENYOKONG KAMU DALAM AKADEMIK DAN KOKURIKULUM. SEMALAM AYAH MEMBELIKAN KASUT SUKAN ADIDAS AGAR FARIHAH SELESA MENGHADAPI KEJOHANAN BERKENAAN. DOAKAN KESIHATAN AYAH DAN AYAH TERELAK DARIPADA SERANGAN KANSER USUS SELEPAS BERJUANG SELAMA 4 TAHUN MENGHADAPINYA. AAMIIIN, YA ALLAH. SEMOGA SEMUA PENGUNJUNG BLOG LAMAN BAHASA MELAYU MENDOAKAN KESIHATAN SAYA UNTUK MENERUSKAN MENGENDALIKAN BLOG INI. AAMIIIN.
BERKENALAN DENGAN PENGENALAN RUMUSAN TEKS ( TING. 4 SAINS SAN 4K2)
Petikan Rumusan
Sialan 1- Kertas
Bahasa Melayu 2
( Markah 30 )
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah bersukan dan cabaran yang
dihadapi untuk memajukan sukan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Sukan ialah segala kegiatan yang
memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada
sebagai acara pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa lapang dan
beriadah. Contoh aktiviti sukan yang agak popular pada masa ini ialah olahraga,
renang, bola sepak, tenis, badminton dan squasy.
Inisiatif untuk memupuk minat masyarakat
terhadap kegiatan bersukan ini harus bermula dari bangku sekolah lagi.
Khususnya dari peringkat remaja. Ibu bapa turut bertanggungjawab dalam usaha
membentuk peribadi anak yang bersukan sejak dari peringkat awal lagi.
Ibu bapa juga perlu mendorong dan menggalakkan anak mereka dengan cara membeli
peralatan sukan yang diminati anak, memberikan sokongan moral dengan menghantar
anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan anak-anak majalah sukan.
Banyak faedah yang diperoleh remaja
sekiranya mereka aktif bersukan. Faedah bersukan yang utama ialah dapat
mendisiplinkan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin
berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat
mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sukan juga penting bagi
melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Dengan
kegiatan bersukan, remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas dan
menarik.
Kegiatan bersukan bukan sahaja baik
untuk kesihatan malah sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan
atau keluarga pada setiap pagi, petang atau hujung minggu. Dengan mengisi masa
lapang, kegiatan sukan dapat meningkatkan tahap kesihatan diri, malah
mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
Bukan itu sahaja, remaja juga dapat menghindari masalah sosial yang kian
meruncing belakangan ini. Seterusnya, kegiatan bersukan penting untuk menyemai
semangat permuafakatan dan kesukanan dalam kalangan remaja yang berbeza latar
belakang.
Dewasa ini kita dapat menyaksikan
banyak orang yang telah menceburi bidang sukan pilihan mereka untuk dijadiakan
platform membina kerjaya. Sukan bukan sekadar riadah semata-mata kerana sukan
juga merupakan bidang yang mampu menjana pulangan yang lumayan. Hal ini dapat
dicapai sekiranya sukan diceburi secara serius. Sebenarnya sukan merupakan
saluran paling berkesan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Dalam acara sukan, atlet yang terdiri daripada pelbagai kaum bekerjasama untuk
mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan kepada pasukan, negeri atau negara yang
diwakilinya.
Walaupun terdapat segelintir remaja
yang tidak meminati sukan dan tidak melibatkan diri dengan kegiatan
kokurikulum, usaha untuk menarik minat golongan ini haruslah kekal berterusan,
bak kata pepatah, “genggam bara api biar sampai jadi arang”. Jadikanlah
kegiatan bersukan itu sebahagian daripada kehidupan kita.
a) Langkah Menulis Pengenalan
rumusan. Contohnya seperti arahan soalan di bawah:-
Pelajar perlu merujuk arahan
soalan untuk menulis pengenalan rumusan. Contoh arahan soalan di bawah:-
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah bersukan dan cabaran yang
dihadapi untuk memajukan sukan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Pelajar perlu menukar kata kunci isi tersurat berdasarkan
pada arahan soalan. Kedua, pelajar boleh memilih memulakan pengenalan dengan
menggunakan pemulaan pengenalan mengunakan :-
i) Rumusan
ii) Petikan
Panduan untuk penukaran kata atau
istilah:-
JADUAL PENGGANTIAN ISTILAH UNTUK
DIGUNAKAN MENULIS ISTILAH PERTAMA ISI TERSURAT
BIL
|
ISTILAH
|
ISTILAH
SAMA ERTI
|
1
|
Sebab-sebab
|
punca-punca,
faktor-faktor, potensi
|
2
|
Langkah-langkah
|
usaha-usaha,
cara-cara, tindakan-tindakan, cadangan-cadangan, teknik, modus operandi,
inisiatif, pendekatan, strategi, mekanisme
|
3
|
Masalah
|
kekangan,
penghalang, karenah, batasan,
kerumitan, kesulitan
|
4
|
Faedah-faedah
|
keperluan, kepentingan, kesan-kesan positif,
kebaikan, manfaat, kelebihan, kemaslahatan, afdal, kepentingan, keistimewaan.
|
5
|
Kesan-kesan
|
akibat,
keburukan, impak, implikasi, natijah
|
6
|
Ciri-ciri
|
sifat-sifat,
kriteria, fungsi
|
7
|
Cadangan
|
usul, pendapat, pandangan,
|
8
|
Peranan
|
fungsi, tanggungjawab, tugas, kewajipan
|
9
|
Tujuan
|
matlamat,
objektif
|
10
|
Panduan
|
pedoman,
petunjuk
|
Ada dua kelebihan anda menulis pengenalan menggunakan
rumusan dan petikan:-
i. Pengenalan menggunakan rumusan sebagai permulaan
ayat perenggan pengenalan.
Anda hanya perlu
menukar istilah/kata frasa tersurat dan sama dengan pengenalan menggunakan
petikan. Seterusnya, anda perlu menyalin keseluruhan frasa isi tersirat yang
terdapat pada soalan.
Contoh:-
Rumusan
membincangkan keistimewaan bersukan dan cabaran yang dihadapi untuk
memajukan sukan negara. Kesimpulannya,
penulisan menggunakan rumusan lebih mudah dan anda tidak akan tersilap menulis
frasa kedua isi tersirat kerana anda hanya perlu menyalin bulat-bulat frasa isi
tersirat.
i. Pengenalan menggunakan petikan, sama dengan
rumusan, anda perlu mengubah istilah frasa tersurat iaitu istilah faedah diubah
kepada keistimewaan, dan merujuk kepada kata atau istilah pada jadual, anda
boleh mengubah sama ada keperluan, kepentingan, kesan-kesan positif, kebaikan, manfaat,
kelebihan, kemaslahatan, afdal, kepentingan, keistimewaan. Pilihlah istilah yang mudah untuk
anda faham. Kemudian untuk frasa isi tersirat anda perlu menulis di mana di
mana petikan tersebut diperkatakan. Untuk mendapatkan di mana skop soalan
berkenaan diperkatakan anda perlu membaca keseluruhan teks, anda akan dapat
mengesahkan skop soalan dibincangkan.
Contoh keseluruhan petikan teks merujuk kepada
persoalan sukan dan cabaran yang dihadapi untuk memajukan sikan di Malaysia.
Oleh sebab itu, skopnya berkisar cabaran sukan di Malaysia.
Oleh sebab itu anda perlu menulis
pengenalannya seperti di bawah:-
Petikan membincangkan keistimewaan
sukan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Cara penulisan menggunakan petikan
anda dapat menghasilkan penulisan pengenalan yang pendek tetapi anda berisiko
membuat kesilapan, berbanding penulisan menggukanan rumusan.
Bersambung, teknik penulisan
perenggan isi tersurat dan isi tersirat......
Selasa, 14 Januari 2020
JAWAPAN SOALAN KATA SENDI. ADA DALAM KALANGAN ANDA BERKATA SOALAN-SOALAN SAYA TERBITKAN BANYAK SANGAT. SAYA BUKAN KATA SOALAN-SOALAN BERKENAAN PERLU ANDA JAWAB DALAM MASA SEHARI TETAPI YANG PENTING ANDA LAKUKAN. USAHA TANGGA KEJAYAAN.
JAWAPAN LATIHAN KATA
SENDI PUTERI NURANISYA AQILA BT ALAN
1.B
2.C
3.C
4.B
5.B
6.B
7.D
8.C
9.A
10.C
11.D
12.B
13.A
14.B
15.B
16.B
17.D
18.B
19.A
20.B
Mana lagi jawapan
untuk soalan lain?
JAWAPAN LATIHAN KATA
SENDI MUHAMMAD AIMAN
1.B
26.D 51.B
76.D
2.C
27.D 52.A
77.C
3.C
28.A 53.A
78.A
4.B
29.B
54.B 79.B
5.B
30.A 55.D
80.C
6.B
31.B 56.A 81.C
7.D
32.C 57.C 82.D
8.C
33.D 58.D 83.C
9.A
34.B
59.A 84.A
10.C
35.A
60.D 85.D
11.D
36.D 61.B 86.D
12.B
37.A 62.C
87.D
13.A
38.B 63.D 88.C
14.B
39.B
64.C 89.A
15.B
40.C
65.A 90.B
16.B
41.A 66.A
17.D
42.C 67.C
18.B
43.A 68.B
19.A
44.D 69.D
20.B
45.C 70.C
21.B
46.B 71.B
22. B
47.D 72.A
23.C
48.A 73.B
24.A
49.C 74.C
25.A
50.D 75.D
Objektif
utama saya, anda merujuk soalan latihan berkenaan supaya anda dapat menguasai
kemahiran penggunaan kata sendi. Sebenarnya, jawapan soalan soalan berkenaan saya telah selitkan
di bahagian bawah soalan berkenaan. Terpulang kepada anda untuk mendapatkan
jawapannya, tetapi seelok-eloknya anda menggunakan jawapan berkenaan sebagai
rujukan setelah anda berusaha menjawab soalan-soalan kata sendi berkenaan.
Tahniah, kepada Puteri dan Muhammad Aiman kerana menjawab soalan berkenaan. Cuba jawapan Puteri jawapannya hingga untuk soalan 20 sahaja, mana jawapan yang lain. Insya-Allah saya akan cuba beri penerangan berkenaan jawapan-jawapan berkenaan di dalam kelas esok. Insya-Allah, saya akan mengemukakan lebih banyak soalan tatabahasa yang lain pada masa terdekat.
Isnin, 13 Januari 2020
ULANGAN PENJELASAN KATA SENDI DALAM AYAT. SEMOGA TIDAK ADA
Kata Tugas ( Kata Sendi )
1.4 KATA TUGAS
Perkara
|
Keterangan
| ||||||||||||
Kata Tugas
|
Kata tugas merupakan kata yang tidak dapat berdiri sendiri tanpa mendapat bantuan daripada kata-kata lain. Pembahagian kata tugas bergantung pada tugas sesuatu kata itu dalam sesuatu ayat. Umumnya kata tugas dapat dibahagikan kepada sepuluh jenis seperti yang disenaraikan di bawah.
| ||||||||||||
Jenis Kata Tugas
|
|
1.4.1
Kata Tugas
|
Keterangan
| |||||||||||||||||||||||||
Kata Sendi Nama
|
Kata sendi bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan farasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah:-
| |||||||||||||||||||||||||
Kata-kata Sendi Nama
|
Kata-kata sendi nama yang terdapat dalam bahasa Melayu:-
|
Panduan atau fungsi kata sendi di atas dalam bahasa Melayu:-
1.4.1.1
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
di
|
Digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat dan ditulis terpisah dengan kata nama yang mengikutinya.
|
Contoh
Contoh kesalahan
|
a) Saya tinggal di Kedah. ( Kedah merupakan kata nama khas menunjukkan
tempat)
b) Di sinilah kejadian rompakan itu berlaku. ( Sini merupakan kata tunjuk tempat)
Peringatan:- Kata sendi di tidak boleh digunakan sebelum kata nama yang
menerangkan waktu, masa, atau zaman.
a) Di zaman kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan sibuk dengan pedagang yang
datang dari seluruh dunia.
b) Di masa itu saya sedang berjalan pulang dari sekolah.
|
1.4.1.2
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
ke
|
Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang ditujukan dan di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu. Kata sendi ini dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama yang mengikutinya.
|
Contoh
|
a) Ayah akan ke Kuala Lumpur esok. ( arah / tempat )
b) Pihak polis mengadakan pepemriksaan dari semasa ke semasa. ( masa )
Peringatan:- Kata sendi tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang
menunjukkan manusia atau binatang.
|
1.4.1.3
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
dari
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama arah, tempat, atau masa
|
Contoh
|
a) Lori itu datang dari arah selatan ( arah ) A
b) Ayah saya berasal dari Sabah ( tempat ) T
c) Setiap hari dia membaca buku dari jam lapan malam. ( masa ) M
Peringatan:- Terdapat beberapa pengecualian dalam penggunaan kata sedi
dari, iaitu bagi perkataan segi, sudut, aspek, dan perspektif yang
mengikut peraturan di atas.
Contoh:- dari segi, dari sudut, dari aspek, dari perspektif.
|
1.4.1.4
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
daripada
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, punca, perbandingan, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
|
Contoh
|
a) Hadiah itu daripada kekasihnya. ( manusia )
b) Meja itu diperbuat daripada kayu jati terpilih. ( punca )
c) Rumah itu lebih besar daripada rumah kita. ( perbandingan )
d) Perlakuannya berbeza daripada yang dilafazkannya. ( pertentangan )
e) Kami banyak mendapat faedah daripada seminar itu. ( abstrak)
f) Anggota kumpulan itu terdiri daripada lima orang. ( kenaggotaan )
|
1.4.1.5
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
pada
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama frasa nama yang menunjukkan masa, tempat bagi perbuatan kata kerja, manusia yang didahului perkataan ‘ada’ dan benda abstrak serta ungkapan-ungkapan tertentu.
|
Contoh
|
a) Kami bertolak ke sana pada pukul lapan pagi. ( masa )
b) Dia menyapu jem pada roti lalu memakannya. ( tempat )
c) Buku latihan kamu ada pada saya. ( manusia )
d)Pada pendapat saya perkara itu tidak logik. ( abstrak/ ungkapan )
|
1.4.1.6
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
kepada
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah yang hanya menunjukkan manusia dan haiwan, unsur abstrak, institusi yang ada kaitan dengan manusia, dan menyatakan pecahan.
|
Contoh
|
a) Sampaikan pesanan itu kepada ayah kamu. ( manusia )
b) Dia membiarkan rumput itu kepada lembunya. ( haiwan )
c) Jangan biarkan diri anda kepada bahaya dadah. ( abstrak )
d) Kami telah menghantar surat rayuan kepada sekolah tersebut. ( institusi )
e) Para peserta seminar dibahagikan kepada dua kumpulan. ( pecahan )
Peringatan:- Lazimnya kata sendi kepada sering digunakan untuk
Berpadanan dengan kata sendi nama daripada, manakala kata
sendi nama ke berpadanan dengan kata sendi nama dari.
Contoh:-
daripada Ali kepada saya.
daripada seorang yang miskin kepada seorang yang kaya.
daripada tahap malas kepada tahap rajin.
dari sehari ke sehari
dari Mekah ke Madinah
dari utara ke selatan
|
1.4.1.7
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
akan
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului dengan kata adjektif yang bersifat perasaan. Kata sendi kepada, pada, terhadap juga boleh digunakan bagi mengantikan kata sendi akan tetapi keutamaan kepada penggunaan kata adjektif akan dalam binaan ayat.
|
Contoh
|
a) Saya sayang akan ibu bapa saya.
b) Razali amat suka akan buah durian.
c) Sebagai rakyat yang sayang akan negara kita perlu mempertahankan negara daripada
musuh negara.
d) Para pelajar harus hormat akan guru.
Kata sendi akan juga digunakan untuk kata kerja yang tidak berimbuhan yang bermaksud meN-
patuh akan perintah = mematuhi perintah
tahu akan kejadian itu = mengetahui kejadian itu
Peringatan:- Lazimnya ada kalangan pelajar cenderung menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan.
contoh:-
a) Wanita itu amat rindukan anaknya.
b) Sebagai rakyat kita mesti sayangkan negara tempat tumpah darah kita.
c) Anak raja itu berahikan Tuan Puteri Bongsu.
d) Kami sungguh bencikan kelakuannya yang buruk itu.
Justeru, penggunaan kan menggantikan kata sendi akan selepas kata adjektif hanya sesuai digunakan dalam bahasa lisan dan seharusnya dielakkan dalam penggunaan bahasa rasmi atau tulisan.
|
1.4.1.8
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
bagi/untuk
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti berikut:-
a) menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi ini kata sendi nama bagi dapat
bervariasi dengan kata sendi nama untuk.
b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam situasi ini,
kata sendi bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi untuk.
|
Contoh
|
a) menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi ini kata sendi nama bagi dapat
bervariasi dengan kata sendi nama untuk.
i) Asrama untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
bagi
ii) Derma untuk anak-anak yatim akan dipungut oleh.
bagi
iii) Rumah untuk pekerja-pekerja telah dibaiki.
bagi
iv) Kereta itu untuk kegunaan pejabat sahaja.
bagi
b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam
situasi ini, kata sendi bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi untuk.
i) Hadiah itu untukmu ( _/ ) = Hadiah itu bagimu ( X )
ii) Tanah seluas dua ekar itu untukmu ( / ) = Tanah seluas dua ekar bagimu ( X )
iii)Untuk siapakah hidangan di ata meja itu ( _/ )
Bagi siapakah hidangan di atas meja itu ( X )
|
1.4.1.9
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
dengan
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu alat.
|
Contoh
|
a) Ayah pergi ke kedai dengan ibu. ( bersama-sama )
b) Rumah bari itu tidak sama dengan rumah kami. ( bandingan setara )
c) Dia belajar dengan bersungguh-sungguh agar lulus. ( cara )
d) Ayah membelah kayu itu dengan kapak. ( alat )
|
1.4.1.10
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
hingga /
sampai
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksdu perihal waktu, atau tempat. Kedua-dua kata sendi ini boleh bertukar ganti dalam penggunaannya.
|
Contoh
|
a) Majlis itu diadadakan hingga/ sampai jam dua pagi.
b) Semua anaknya belajar sampai/ hingga ke universiti.
c) Hingga / sampai hari ini dia belum menjelaskan hutangnya.
|
1.4.1.11
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
oleh
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud sebab atau kerana dan selepas kata kerja pasif berawalan di-, ter-, dan kena.
|
Contoh
|
a) Penjahat itu mati oleh senjatanya sendiri. ( sebab )
b) Bola itu disepak oleh abangnya.
c) Kotak itu tidak terangkat oleh saya.
d) Soalan itu tidak terjawab oleh sesiapapun.
e) Pencuri itu kena tangkap oleh penduduk kampung.
f) Dia terpegun oleh kemerduan suara lunak penyanyi itu.
|
1.4.1.12
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
seperti/ umpama /bagai/
laksana
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perbandingan.
|
Contoh
|
a) Kuih itu keras seperti/umpama/bagai/laksana batu.
b) Wajahnya ceria seperti/umpama/bagai/laksana bulan purnama.
Umumnya kata sendi nama seperti / umpama / bagai / laksana, dan bagai digunakan dalam perumpamaan.
contoh:-
Bagai langit dengan bumi.
Laksana rusa masuk kampung.
Seperti isi dengan kuku.
Umpama ayam disambar helang.
|
1.4.1.13
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
tentang
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau kata nama yang mengikuti kata sendi nama yang menjadi hal yang diperkatakan.
|
Contoh
|
a) Mereka sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
b) Aduan tentang kehilangan sijil-sijil saham itu adalah palsu.
c) Ceritanya berkisar tentang masalah keruntuhan akhlak remaja.
Peringatan:-
Kata sendi nama tentang sering digantikan dengan perkataan mengenai yang merupakan kata kerja yang bermaksud kena pada sedangkan tentang berfungsi untuk membawa maksud rujukan yang tidak tentu atau umum, atau abstrak. Penggunaan kata mengenai berkenaan tidak sesuai digunakan.
Contoh:-
a) Mereka berbincang mengenai masalah disiplin pelajar. Kata mengenai tidak
b) Aduan mengenai kehilangan sijil-sijil saham adalah palsu. tepat tetapi sesuai
c) Ceritanya berkisar mengenai masalah keruntuhan akhlak. digantikan dengan
kata sendi nama tentang lebih merujuk
perkara umum atau abstrak.
Sedangkan mengenai lebih menjurus kepada maksud kena pada contoh:-
a) Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.
b) Bola yang ditendangnya mengenai palang.
c) Anak panah itu mengenai dada penjenayah tersebut.
d) Kata-kata caciannya mengenai dirinya.
e) Penyakit ini lebih kerap mengenai kanak-kanak daripada orang dewasa. kena
pada
|
1.4.1.14
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
demi
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan, unsur penegas, dan untuk melahirkan maksud urutan.
|
Contoh
|
a) Rakyat diseru bersatu demi kestabilan negara. ( tujuan)
b) Demi kebenaran, dia sanggup melakukan apa sahaja. ( tujuan )
c) Dia membaca surat itu perkataan demi perkataan. ( urutan )
d) Demi Allah aku tidak tergamak melakukannya. ( penegas )
|
1.4.1.15
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
sejak/
semejak
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud penanda waktu bermula.
|
Contoh
|
a) Kami tinggal di sini sejak/semenjak dilahirkan.
b) Sejak/semenjak kejadian sedih itu dia sering termenung sendirian.
c) Sejak/semenjak tadi dia berusaha untuk menjawab soalan itu.
|
Sekiranya anda teliti secara mendalam, bukan semua kata sendi nama sukar difahami fungsinya.
Justeru, cuba faham dan kuasai kata sendi yang mengelirukan sahaja. Anda perlu bijak bertindak
menyelesaikan masalah berkenaan.
1.4.1.15
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
terhadap
|
Kata sendi ini digunakan sebagai unsur yang melibatkan penyambut sama ada manusia, haiwan, atau benda.
|
Contoh
|
a) Kita perlulah mempunyai perasaan kasihan terhadap binatang.
b) Elakkan diri daripada bersikap biadap terhadap ibu bapa.
c) Asid akan bertindak balas terhadap logam tersebut.
Peringatan: Kata sendi nama terhadap perlulah digantikan dengan kata sendi nama tentang atau akan jika membawa maksud rujukan umum atau abstrak.
a) Kami berasa curiga terhadap kejujurannya . ( Salah )
Kami berasa curiga akan/tentang kejujurannya. ( Betul )
b) Kita bertanggungjawab terhadap kesejahteraan ibu bapa kita. ( Salah )
Kita bertanggungjawab akan/ tentang kesejahteraan ibu bapa kita. ( Betul )
|
1.4.1.16
Kata Sendi
|
Fungsinya
|
dalam/atas/ antara
|
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
|
Contoh
|
a) Tidak ada hubungan antara saya dengan gadis itu.
b) Dia mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan.
c) Perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.
d) Mereka selalu berbincang antara satu sama lain bagi menyelesaikan masalah
yang timbul.
e) Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang kamu berikan
tempoh hari.
Peringatan:-
Kata sendi dalam, atas, dan antara perlu dibezakan dengan kata arah, dalam, dan antara yang kadir bersama-sama kata sendi di yang membawa maksud mempunyai ruang dan jarak. ( Huraian lanju dalam bab kata arah )
Contoh:-
a) Jarak di antara tempat ini ke sekolah ialah lima kilometer. ( jarak )
b) Tidak ada apa-apa di dalam bilik ini. ( tempat )
c) Buku di atas meja itu kepunyaan ayah.
|
KATA SENDI NAMA
1. Pak Mus bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga __(B)__ petang.
A di B ke C pada D kepada
2. Hanya kain batik tulis lebih mahal __(C)__ harga kain batik cap.
A oleh B dengan C dari D daripada
3. Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak menyampaikan hadiah _(C)__ para pelajar.
A untuk B pada C kepada D ke
4. Maria membeli sehelai selendang ______ ibunya sebagai hadiah hari jadi.
A daripada B untuk C demi D bagi
5. Cikgu Maya menasihatkan kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _______ haiwan.
A terhadap B hingga C dalam D oleh
6. Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _______ empat tahun.
A di B dengan C kepada D hingga
7. Oleh sebab rasa cinta _______ kebudayaan Melayu, Puan Hawa sanggup menjelajah seluruh negara untuk membuat kajian.
A dalam B untuk C akan D terhadap
8. Pak Uteh menjaga potret yang dilukis _______ anaknya itu dengan baik.
A sejak B oleh C tentang D dalam
9. Pada setiap pagi, keadaan di pelabuhan itu sibuk _______ kapal dagang yang datang dan pergi.
A dengan B untuk C bagi D di
10. Perajurit itu rela berkorban nyawa ______ kedaulatan tanah air yang tercinta.
A pada B akan C demi D terhadap
11. Kesenian wayang kulit yang terkenal di Kelantan dipercayai berasal ______ selatan Thailand .
A dari B daripada C ke D di
12. Pihak kerajaan telah pun menjalankan pelbagai usaha _______ mengurangkan kadar buta huruf di kalangan penduduk di luar bandar.
A sejak B tentang C oleh D untuk
13. Suara biduanita itu sungguh merdu _______ buluh perindu apabila mendendangkan lagu Melayu asli.
A sampai B umpama C demi D antara
14. Majlis rumah terbuka Encik Halili itu berlangsung ______ pagi _______ ke petang.
A daripada…sehingga B dari…hingga C sejak…ke D pada…hingga
15. Ayah dan ibu sangat suka _______ mee goring yang dijual di restoran itu.
A oleh B kepada C akan D pada
16. Surat yang ayah baca itu _______ abang yang berada di luar negara .
A dari B daripada C kepada D untuk
17. _______ pesta tersebut , perbagai barangan cenderamata dijual di gerai-gerai yang disediakan .
A dengan B pada C di D seperti
18. Berita _______ bencana alam itu disiarkan di televisyen dari semasa ke semasa .
A akan B dengan C tentang D antara
19. Setibanya saya _______ Kuala Kangsar ,saya telah dipelawa _______ seorang penduduk kampung di situ bertandang ke rumahnya.
A ke…oleh B pada…dengan C di …oleh D dalam …daripada
20. _______ kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang ,kita perlulah berjimat cermat .
A di B pada C dalam D daripada
21. Majlis perkahwinan _______ Anita dan Masri berlangsung dalam suasana yang cukup meriah .
A daripada B seperti C antara D dengan
22. _______ semalam anak kecil Puan Faridah asyik menangis .
A daripada B sejak C antara D dengan
23. _______ pesta tersebut ,pelbagai program yang menarik diadakan _______ drama, persembahan dikir barat ,
cabutan bertuah ,dan sebagainya .
A di…seperti B pada …sebagai C dalam …hingga D dengan …seperti
24. Menteri-menteri Kesihatan Asean itu sedang berbincang wabak SARS di Thailand.
A tentang B dalam C terhadap D oleh
25.Seminar Keusahawanan Bumiputera itu bermula _______ hari ini.
A sampai B daripada C pada D hingga
26. Perjanjian persefahaman _______ kedua-dua buah syarikat komputer itu telah ditandatangani semalam.
A untuk B antara C dalam D umpama
27. Tun Perak menggunakan kebijaksanaannya menentang lanun perairan Melaka.
A demi … ke B bagi … hingga C oleh …di D untuk … di
28.”Tolong sampaikan pesanan saya ini _______ Kamil,”kata Siva kepada Chee Hong.
A untuk B kepada C bagi D pada
29. Jambangan bunga ini Noriah bersempena dengan sambutan hari kelahirannya.
A kepada B bagi C untuk D pada
30.Seramik ini dibuat _______ tanah liat.
A dari B pada C di D daripada
31. Budak itu mengidap penyakit barah _______ kecil lagi.
A sejak B dari C pada D daripada
32. Ketua Kampung itu mengambil berat masalah anak-anak buahnya.
A kepada B terhadap C untuk D pada
33. kain-kain sutera itu diimport Korea Selatan.
A ke B pada C dari D daripada
34.Lembu-lembu itu ditambatnya _______ sebatang pokok.
A di B ke C kepada D pada
35. abad ke-14,Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan antara timur dan barat.
A pada B di C kepada D daripada
36.Dia menerima sepucuk surat _______ abangnya yang menuntut di luar negara.
A dari B daripada C pada D di
37. Bahasa Melayu merupakan salah satu _______ matapelajaran teras dalam KBSR.
A pada B kepada C dari D daripada
32. Ketua Kampung itu mengambil berat masalah anak-anak buahnya.
A kepada B terhadap C untuk D pada
33. Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai _______ puncak banjaran gunung kerana kabus tebal.
A kepada B dari C di D ke
35. Mak Intan suka _______ kehalusan budi pekerti anak angkatnya yang berbangsa Inggeris itu.
A akan B pada C oleh D sejak
36. Sekumpulan ahli kaji purba telah menemui lukisan purba yang dilukis ________ dinding gua itu.
A di B dalam C pada D antara
37. Pasukan Leftenan Adnan rela berkorban _______ keamanan Negara tercinta.
A bagai B daripada C terhadap D demi
38. Sejak akhir-akhir ini, para pengguna sering merungut _______ kenaikan harga barang-barang.
A bagi B tentang C terhadap D demi
39. ketua pengawas, kamu hendaklah menunjukkan teladan yang baik.
A Pada B Sebagai C untuk D Daripada
40. Usaha kerajaan _______ mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kurang berjaya.
A kepada B dari C untuk D tentang
41. Amira hendak menghadiahkan pen ini _______ Suhaila.
A akan B pada C oleh D kepada
42. Subi diumumkan ________ pemenang pertama.
A seperti B sebagai C pada D antara
43. Pak Mail dan rakannya bertolak ke laut _______ matahari terbit.
A bagai B sebelum C terhadap D sehingga
44. “Balai polis itu tidak jauh _______ sekolah,” kata Ramli kepada pemuda itu.
A daripada B tentang C terhadap D dari
45. Sebahagian besar pelanggan di gerainya ialah pekerja-pekerja kilang.
A kepada B terhadap C daripada D pada
46. “ _______ kamu membuang masa menonton televisyen, lebih baik kamu tolong ayah cuci kereta ni,” kata
ayah kepada adik.
A Kepada B Dari C Daripada D Pada
47. Bungkusan kuih raya itu akan dikirimkan _______ para tentera yang bertugas ketika Hari Raya nanti.
A akan B pada C oleh D kepada
48. “Gaya hidupnya sudah seperti orang Barat ________ pulang dari luar negara,” kata Mak Minah kepada jiran-jirannya.
A sejak B dalam C pada D antara
49. Sebelum perlumbaan dimulakan, para pelumba diberi taklimat _______ syarat dan peraturan perlumbaan.
A bagai B tentang C terhadap D demi
50. _______ dalam akuarium itu terdapat pelbagai jenis ikan hiasan untuk dijual.
A Bagi B Ke C Di D Demi
51. “Saya ingin menjadi seorang pemuzik yang handal ________ Datuk Ahmad Nawab,” kata Hairil kepada
gurunya.
A bagi B pada C tentang D seperti
52. Komputer itu dihadiahkan ayah kerana lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM.
A kepada B oleh C untuk D pada
53. _______ hari ini dalam tahun 1957, Negara kita telah mencapai kemerdekaan daripada kerjaan British.
A Kepada B Dari C Pada D Hingga
54. _______ kematian kedua-dua orang tuanya dalam kemalangan itu , adik-beradik Admad sering sahaja berasa kesunyian.
A Dengan B Sejak C Dari D Daripada
55. _______ pagi hingga ke petang, dia asyik menghadap komputernya sahaja.
A Akan B Pada C Daripada D Dari
56. Model bangunan tertinggi di dunia itu diilhamkan ________ jurutera dari Malaysia .
A oleh B dalam C pada D antara
57. Hadiah yang istimewa itu khas _______ teman wanitanya yang akan menyambut hari jadi pada minggu depan.
A untuk B daripada C terhadap D demi
58. “Saya tidak mahu campur tangan _______ hal rumah tangga kamu,” kata Hadi kepada Man.
A bagi B dalam C terhadap D demi
59. Nisah menggunting kain sutera itu sebilah gunting yang baru dibelinya.
A kepada B terhadap C untuk D dengan
60. Pada pagi itu matahari bersinar _______ cerah sekali.
A kepada B dari C dengan D laksana
61. Mereka menunggu ketibaan Menteri Besar _______ pagi tadi.
A akan B pada C oleh D sejak
62. “Ambillah pengajaran ________ kisah tadi,” nasihat Cikgu Aminah.
A daripada B dalam C pada D antara
63. Kebanyakan pelajar yang belajar _______ Cikgu Anis berjaya mendapat 5A dalam UPSR.
A bagai B daripada C terhadap D dengan
64. Rombongan diraja itu tiba _______ pukul 10.00 pagi.
A bagi B tentang C pada D demi
65. Hal ini akan saya adukan Guru Besar secepat mungkin.
A kepada B terhadap C untuk D pada
66. Kita harus berdoa _______ Allah _______ berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.
A kepada, sampai B pada,selain C kepada, selain D pada, sebagai
67. Perabot yang diperbuat _______ kayu jati itu dibeli ________ ayah.
A dari,oleh B daripada, oleh C dari, daripada D daripada, kepada
68. Dia ragu-ragu ________ kebolehannya untuk lulus dalam peperiksaan.
A terhadap B dengan C pada D kepada
69. Ibu menunggu ayah _______ pukul 7.00 pagi ________ pukul 10.00 pagi tetapi dia masih belum tiba.
A daripada, ke B dari, hingga C sampaikan, pada D manakala, kepada
70. Persembahan tarian kuda kepang itu mendapat tepukan gemuruh_______ penonton.
A bagi B dari C kepada D daripada
71. Siti berteduh ________ bawah pohon ketapang.
A di B dari C kepada D daripada
72. Ahmad menendang bola itu arah penjuru kanan padang .
A kepada B ke C daripada D pada
73. _______ saat-saat yang mencemaskan itu, dia tidak teringat _______ anaknya.
A Di,pada B Di, akan C Pada,pada D Pada,akan
74. Keputusan pertandingan nasyid itu sedang dinantikan _______ semua peserta yang bertanding.
A untuk B oleh C dari D daripada
75. Amaran bercita-cita hendak bekerja _______ peguam.
A terhadap B kepada C sehingga D sebagai
76. Pengunjung berpeluang untuk memilih beraneka jenis makanan yang dijual ________ warung itu.
A ke B di C dengan D daripada
77. Ibu asyik terkenang _______ abang yang belajar di luar negara.
A untuk B akan C terhadap D demi
78. Tujuan majlis itu diadakan adalah _______ meraikan kejayaan pasukan Perak menjuarai Piala Malaysia .
A tentang B dalam C terhadap D untuk
79. Nisah menggunting kain sutera itu sebilah gunting yang baru dibelinya.
A kepada B terhadap C untuk D dengan
80. Penjelasan _______ pencemaran alam sekitar mudah difahami oleh peserta bengkel.
A kepada B tentang C dengan D laksana
81. Mereka menunggu ketibaan Menteri Besar _______ pagi tadi.
A akan B pada C oleh D sejak
82. Dia bercerita ________ pengalamannya bertempur dengan pengganas komunis.
A daripada B bagi C tentang D antara
83. Abang lebih garang _______ kakak sulung saya.
A bagai B daripada C terhadap D dengan
84. Orang ramai mendengar penerangan itu _______ teliti.
A dengan B tentang C pada D demi
85. pendapat saya, hal ini dapat diselesaikan jika kita bersepakat.
A Kepada B Terhadap C Untuk D Pada
86. Ishak menceritakan pengalamannya menjadi anak angkat keluarga orang asli _________ kawannya.
A kepada B pada C tentang D demi
87. Kepupusan hasil hutan berpunca _______ penerokaan hutan yang berterusan dan tanpa kawalan.
A dari B daripada C pada D kepada
88. Pak Seman menangkap ikan ________ menggunakan lukah.
A untuk B dengan C pada D kepada
89. Kasutnya diperbuat _______ kulit yang diimport ________ Kanada.
A daripada, dari B dari, hingga C antara, pada D sejak, kepada
90. Para pelancong terpesona _______ keindahan kehidupan laut di Pulau Tioman.
A bagi B akan C oleh D kepada
91. Kedua-dua ibu bapa Sarah _______ berangkat ke Mekah esok.
A akan B pada C oleh D sejak
92. Murid-murid 5 Anggerik berusaha mengumpulkan wang ________ membeli hadiah guru kelas mereka.
A daripada B untuk C tentang D antara
93. Mak Cik Esah sedang menunggu anaknya pulang _______ Kuala Lumpur .
A dari B daripada C terhadap D dengan
94. Jaketnya itu dibuat _______ kulit.
A dengan B daripada C pada D demi
95. Kereta Mercedes itu diimport Amerika Syarikat.
A kepada B dari C untuk D pada
96. Kami _________ pergi ke Ipoh _________ hari Sabtu .
A akan,kepada B akan, pada C akan, tentang D akan, demi
97. Kedatangan Maal Hijrah tahun ini disambut _______ majlis tahlil dan doa selamat.
A untuk B daripada C pada D dengan
98. Keindahan Pulau Langkawi menjadi terkenal ________ seluruh dunia.
A untuk B dengan C di D oleh
99. Serahkan borang yang telah siap diisi _______ Cikgu Johari.
A daripada B dari C pada D kepada
100. Kita patut bersyukur _______ semua anugerah Allah.
A bagi B akan C oleh D dengan
SEMOGA DENGAN PENERANGAN SERTA PENJELASAN INI
ANDA AKAN FAHAM DAN TIDAK MELAKUKAN SEBARANG KESALAHAN TATABAHASA DALAM AKTIVITI ATAU LATIHAN BAHASA.
Langgan:
Catatan (Atom)