Isnin, 13 Januari 2020

ULANGAN PENJELASAN KATA SENDI DALAM AYAT. SEMOGA TIDAK ADA

Kata Tugas ( Kata Sendi )

1.4    KATA TUGAS
Perkara
Keterangan
Kata Tugas
Kata tugas merupakan kata yang tidak dapat berdiri sendiri tanpa mendapat bantuan daripada kata-kata lain. Pembahagian kata tugas bergantung pada tugas sesuatu kata itu dalam sesuatu ayat. Umumnya kata tugas dapat dibahagikan kepada sepuluh jenis seperti yang disenaraikan di bawah.


Jenis Kata Tugas

1. Kata Sendi Nama
2.  Kata Hubung
3. Kata Tanya
4. Kata Seru
5.  Kata Arah
5. Kata Bantu
6. Kata Nafi
7.  Kata Penegas
8. Kata Pemeri
9. Kata Penguat


1.4.1
Kata Tugas
Keterangan
Kata Sendi Nama
Kata sendi bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan farasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah:-
Kata-kata Sendi Nama
Kata-kata sendi nama yang terdapat dalam bahasa Melayu:-

di
ke
dari
daripada
pada
kepada
bagi
demi
tentang
seperti
bagai
umpama
sejak
terhadap
akan
oleh
hingga
sampai
antara
untuk
dengan
dalam

Panduan atau fungsi kata sendi di atas dalam bahasa Melayu:-
1.4.1.1

Kata Sendi
Fungsinya
di
Digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat dan ditulis terpisah dengan kata nama yang mengikutinya.
Contoh




Contoh kesalahan
a) Saya tinggal di  Kedah. ( Kedah merupakan kata nama khas menunjukkan
    tempat)

b) Di sinilah kejadian rompakan itu berlaku. ( Sini merupakan kata tunjuk tempat)

Peringatan:- Kata sendi di tidak boleh digunakan sebelum kata nama yang
                      menerangkan waktu, masa, atau zaman.

a) Di zaman kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan sibuk dengan pedagang yang
    datang dari seluruh dunia.
b) Di masa itu saya sedang berjalan pulang dari sekolah. 



1.4.1.2
Kata Sendi
Fungsinya
ke
Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang ditujukan dan di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu. Kata sendi ini dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama yang mengikutinya.
Contoh
a) Ayah akan ke Kuala Lumpur esok. ( arah / tempat )
b) Pihak polis mengadakan pepemriksaan dari semasa ke semasa. ( masa )

Peringatan:- Kata sendi tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang
                     menunjukkan manusia atau binatang.


1.4.1.3

Kata Sendi
Fungsinya
dari
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama arah, tempat, atau masa
Contoh
a)   Lori itu datang dari arah selatan ( arah )                                               A
b)   Ayah saya berasal dari Sabah ( tempat )                                              T
c)   Setiap hari dia membaca buku dari jam lapan malam. ( masa )              M

Peringatan:- Terdapat beberapa pengecualian dalam penggunaan kata sedi   
                     dari, iaitu bagi perkataan segi, sudut, aspek, dan perspektif yang
                     mengikut peraturan di atas.
Contoh:-     dari segi, dari sudut, dari aspek, dari perspektif.

1.4.1.4
Kata Sendi
Fungsinya
daripada
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, punca, perbandingan, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
Contoh
a) Hadiah itu daripada kekasihnya.  ( manusia )
b) Meja itu diperbuat daripada kayu jati terpilih. ( punca )
c) Rumah itu lebih besar daripada rumah kita. ( perbandingan )
d) Perlakuannya berbeza daripada yang dilafazkannya. ( pertentangan )
e) Kami banyak mendapat faedah daripada seminar itu. ( abstrak)
f)  Anggota kumpulan itu terdiri daripada lima orang. ( kenaggotaan )

1.4.1.5

Kata Sendi
Fungsinya
pada
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama frasa nama yang menunjukkan masa, tempat bagi perbuatan kata kerja, manusia yang didahului perkataan ‘ada’ dan benda abstrak serta ungkapan-ungkapan tertentu.
Contoh
a) Kami bertolak ke sana pada pukul lapan pagi.  ( masa )
b) Dia menyapu jem pada roti lalu memakannya. ( tempat )
c) Buku latihan kamu ada pada saya. ( manusia )
d)Pada pendapat saya perkara itu tidak logik. ( abstrak/ ungkapan )

1.4.1.6

Kata Sendi
Fungsinya
kepada
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah yang hanya menunjukkan manusia dan haiwan, unsur abstrak, institusi yang ada kaitan dengan manusia, dan menyatakan pecahan.
Contoh
a)  Sampaikan pesanan itu kepada ayah kamu. ( manusia )
b) Dia membiarkan rumput itu kepada lembunya. ( haiwan )
c) Jangan biarkan diri anda kepada bahaya dadah. ( abstrak )
d) Kami telah menghantar surat rayuan kepada sekolah tersebut. ( institusi )
e) Para peserta seminar dibahagikan kepada dua kumpulan. ( pecahan )

Peringatan:- Lazimnya kata sendi kepada sering digunakan untuk
                      Berpadanan dengan kata sendi nama daripada, manakala kata
                      sendi nama ke berpadanan dengan kata sendi nama dari.
Contoh:-
daripada Ali kepada saya.
daripada seorang yang miskin kepada seorang yang kaya.
daripada tahap malas kepada tahap rajin.
dari sehari ke sehari
dari Mekah ke Madinah
dari utara ke selatan

1.4.1.7
Kata Sendi
Fungsinya
akan
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului dengan kata adjektif yang bersifat perasaan. Kata sendi kepada, pada, terhadap juga boleh digunakan bagi mengantikan kata sendi akan tetapi keutamaan kepada penggunaan kata adjektif akan dalam binaan ayat.
Contoh
a)  Saya sayang akan ibu bapa saya.
b)  Razali amat suka akan buah durian.
c)  Sebagai rakyat yang sayang akan negara kita perlu mempertahankan negara daripada
     musuh negara.
d)  Para pelajar harus hormat akan guru.

Kata sendi akan juga digunakan untuk kata kerja yang tidak berimbuhan yang bermaksud meN-
patuh akan perintah         =      mematuhi perintah
tahu akan kejadian itu      =      mengetahui kejadian itu

Peringatan:-  Lazimnya ada kalangan pelajar cenderung menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan.
contoh:-
a)  Wanita itu amat rindukan anaknya.
b)  Sebagai rakyat kita mesti sayangkan negara tempat tumpah darah kita.
c)  Anak raja itu berahikan Tuan Puteri Bongsu.
d)  Kami sungguh bencikan kelakuannya yang buruk itu.
Justeru, penggunaan kan menggantikan kata sendi akan selepas kata adjektif hanya sesuai digunakan dalam bahasa lisan dan seharusnya dielakkan dalam penggunaan bahasa rasmi atau tulisan.

1.4.1.8

Kata Sendi
Fungsinya
bagi/untuk
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti berikut:-
a)  menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi ini kata sendi nama bagi dapat
     bervariasi dengan kata sendi nama untuk.
b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam situasi ini,
    kata sendi  bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi untuk.
Contoh
a)  menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi ini kata sendi nama bagi dapat
     bervariasi dengan kata sendi nama untuk.
i)   Asrama   untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
                     bagi
ii)  Derma     untuk anak-anak yatim akan dipungut oleh.
                     bagi
iii) Rumah    untuk pekerja-pekerja telah dibaiki.
                     bagi
iv) Kereta itu untuk kegunaan pejabat sahaja.
                     bagi

b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam
    situasi ini, kata sendi  bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi untuk.
i)  Hadiah itu untukmu   ( _/  )    =  Hadiah itu bagimu  ( X )

ii) Tanah seluas dua ekar itu untukmu ( / )  =  Tanah seluas dua ekar bagimu  ( X )

iii)Untuk siapakah hidangan di ata meja itu    ( _/  )
    Bagi siapakah hidangan di atas meja itu    (  X  )


1.4.1.9
Kata Sendi
Fungsinya
dengan
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu alat.
Contoh
a)  Ayah pergi ke kedai dengan ibu.  ( bersama-sama )
b)  Rumah bari itu tidak sama dengan rumah kami.  ( bandingan setara )
c)  Dia belajar dengan bersungguh-sungguh agar lulus.  ( cara )
d)  Ayah membelah kayu itu dengan kapak.  ( alat )


1.4.1.10

Kata Sendi
Fungsinya
hingga /
sampai
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksdu perihal waktu, atau tempat. Kedua-dua kata sendi ini boleh bertukar ganti dalam penggunaannya.
Contoh
a) Majlis itu diadadakan hingga/ sampai jam dua pagi.
b) Semua anaknya belajar sampai/ hingga ke universiti.
c)  Hingga / sampai hari ini dia belum menjelaskan hutangnya.


1.4.1.11
Kata Sendi
Fungsinya
oleh
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud sebab atau kerana dan selepas kata kerja pasif berawalan di-, ter-, dan kena.
Contoh
a)  Penjahat itu mati oleh senjatanya sendiri. ( sebab )
b)  Bola itu disepak oleh abangnya.
c)  Kotak itu tidak terangkat oleh saya.
d)  Soalan itu tidak terjawab oleh sesiapapun.
e)  Pencuri itu kena tangkap oleh penduduk kampung.
f)   Dia terpegun oleh kemerduan suara lunak penyanyi itu.

1.4.1.12
Kata Sendi
Fungsinya
seperti/ umpama /bagai/
laksana
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perbandingan.
Contoh
a) Kuih itu keras seperti/umpama/bagai/laksana batu.
b) Wajahnya ceria seperti/umpama/bagai/laksana bulan purnama.

Umumnya kata sendi nama seperti / umpama / bagai / laksana, dan bagai digunakan dalam perumpamaan.
contoh:-
Bagai langit dengan bumi.
Laksana rusa masuk kampung.
Seperti isi dengan kuku.
Umpama ayam disambar helang.



1.4.1.13
Kata Sendi
Fungsinya
tentang
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau kata nama yang mengikuti kata sendi nama yang menjadi hal yang diperkatakan.
Contoh
a)  Mereka sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
b)  Aduan tentang kehilangan sijil-sijil saham itu adalah palsu.
c)  Ceritanya berkisar tentang masalah keruntuhan akhlak remaja.

Peringatan:-
Kata sendi nama tentang sering digantikan dengan perkataan mengenai yang merupakan kata kerja yang bermaksud kena pada sedangkan tentang berfungsi untuk membawa maksud rujukan yang tidak tentu atau umum, atau abstrak. Penggunaan kata mengenai berkenaan tidak sesuai digunakan.
Contoh:-
a)  Mereka berbincang mengenai masalah disiplin pelajar.        Kata mengenai tidak
b)  Aduan mengenai kehilangan sijil-sijil saham adalah palsu.   tepat tetapi sesuai
c)  Ceritanya berkisar mengenai masalah keruntuhan akhlak.   digantikan dengan
                                                                                                    kata sendi nama                                                                                                              tentang lebih merujuk
                                                                                                    perkara umum atau                                                                                                          abstrak.

Sedangkan mengenai lebih menjurus kepada maksud kena pada contoh:-
a) Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.   
b) Bola yang ditendangnya mengenai palang.
c) Anak panah itu mengenai dada penjenayah tersebut.                                
d) Kata-kata caciannya mengenai dirinya.
e) Penyakit ini lebih kerap mengenai kanak-kanak daripada orang dewasa.  kena
    pada
                                                                                                      

1.4.1.14
Kata Sendi
Fungsinya
demi
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan, unsur penegas, dan untuk melahirkan maksud urutan.
Contoh
a)  Rakyat diseru bersatu demi kestabilan negara. ( tujuan)
b)  Demi kebenaran, dia sanggup melakukan apa sahaja.  ( tujuan )
c)  Dia membaca surat itu perkataan demi perkataan.  ( urutan )
d)  Demi Allah aku tidak tergamak melakukannya. ( penegas )

1.4.1.15
Kata Sendi
Fungsinya
sejak/
semejak
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud penanda waktu bermula.
Contoh
a)  Kami tinggal di sini sejak/semenjak dilahirkan.
b)  Sejak/semenjak kejadian sedih itu dia sering termenung sendirian.
c)  Sejak/semenjak tadi dia berusaha untuk menjawab soalan itu.
           Sekiranya anda teliti secara mendalam, bukan semua kata sendi nama sukar difahami fungsinya.
           Justeru, cuba faham dan kuasai kata sendi yang mengelirukan sahaja. Anda perlu bijak bertindak
           menyelesaikan masalah berkenaan.
1.4.1.15

Kata Sendi
Fungsinya
terhadap
Kata sendi ini digunakan sebagai unsur yang melibatkan penyambut sama ada manusia, haiwan, atau benda.
Contoh
a)  Kita perlulah mempunyai perasaan kasihan terhadap binatang.
b)  Elakkan diri daripada bersikap biadap terhadap ibu bapa.
c)  Asid akan bertindak balas terhadap logam tersebut.

Peringatan: Kata sendi nama terhadap perlulah digantikan dengan kata sendi nama tentang atau akan jika membawa maksud rujukan umum atau abstrak.
a)  Kami berasa curiga terhadap kejujurannya . ( Salah )
     Kami berasa curiga akan/tentang kejujurannya. ( Betul )
b)  Kita bertanggungjawab terhadap kesejahteraan ibu bapa kita. ( Salah )
     Kita bertanggungjawab akan/ tentang kesejahteraan ibu bapa kita. ( Betul )

1.4.1.16
Kata Sendi
Fungsinya
dalam/atas/ antara
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Contoh
a)  Tidak ada hubungan antara saya dengan gadis itu.
b)  Dia mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan.
c)  Perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.
d)  Mereka selalu berbincang antara satu sama lain bagi menyelesaikan masalah
     yang timbul.
e)  Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang kamu berikan
     tempoh hari.

Peringatan:-
Kata sendi dalam, atas, dan antara perlu dibezakan dengan kata arah, dalam, dan antara yang kadir bersama-sama kata sendi di yang membawa maksud mempunyai ruang dan jarak.  ( Huraian lanju dalam bab kata arah )
Contoh:-
a)  Jarak di antara tempat ini ke sekolah ialah lima kilometer.  ( jarak )
b)  Tidak ada apa-apa di dalam bilik ini.  ( tempat )
c)  Buku di atas meja itu kepunyaan ayah.


KATA SENDI NAMA

1.   Pak Mus bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga  __(B)__ petang.
      A   di               B   ke                     C   pada                  D   kepada

2.   Hanya kain batik tulis lebih mahal __(C)__ harga kain batik cap.
      A   oleh            B   dengan              C   dari                            D   daripada

3.   Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak menyampaikan hadiah _(C)__ para pelajar.
      A   untuk          B   pada                  C   kepada              D   ke

4.   Maria membeli sehelai selendang ______ ibunya sebagai hadiah hari jadi.
      A   daripada      B   untuk                C   demi                 D   bagi

5.   Cikgu Maya menasihatkan kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _______  haiwan.
      A   terhadap      B   hingga               C   dalam                D   oleh

6.   Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _______ empat tahun.
      A   di               B   dengan              C   kepada              D   hingga

7.    Oleh sebab rasa cinta _______ kebudayaan Melayu, Puan Hawa sanggup menjelajah seluruh negara untuk membuat kajian.
A   dalam           B  untuk                 C   akan                  D   terhadap

8.   Pak Uteh menjaga potret yang dilukis _______ anaknya itu dengan baik.
      A   sejak           B   oleh                            C   tentang              D   dalam

9.   Pada setiap pagi, keadaan di pelabuhan itu sibuk _______ kapal dagang yang datang dan pergi.
      A   dengan                  B   untuk                C   bagi                            D   di

10. Perajurit itu rela berkorban nyawa ______ kedaulatan tanah air yang tercinta.
      A   pada            B   akan                           C   demi                 D   terhadap

11. Kesenian wayang kulit yang terkenal di Kelantan dipercayai berasal ______ selatan Thailand.
      A   dari             B   daripada            C   ke                     D   di

12. Pihak kerajaan telah pun menjalankan pelbagai usaha _______ mengurangkan kadar buta huruf di kalangan  penduduk di luar bandar.
      A   sejak           B   tentang              C   oleh                            D   untuk

13. Suara biduanita itu sungguh merdu _______ buluh perindu apabila mendendangkan lagu Melayu asli.
      A   sampai                  B   umpama            C   demi                 D   antara


14. Majlis rumah terbuka Encik Halili  itu berlangsung ______ pagi _______ ke petang.
      A   daripada…sehingga  B   dari…hingga                 C   sejak…ke            D   pada…hingga

15. Ayah dan ibu sangat suka  _______  mee goring yang dijual di restoran itu.
      A   oleh                      B   kepada                C   akan                            D   pada

16. Surat yang ayah baca itu _______ abang yang berada di luar negara .
      A   dari                      B   daripada                      C    kepada                       D   untuk

17. _______ pesta tersebut , perbagai barangan cenderamata dijual di gerai-gerai yang disediakan .
      A   dengan                            B   pada                  C   di                     D   seperti

18. Berita _______ bencana alam itu disiarkan di televisyen dari semasa ke semasa .
     A   akan                      B   dengan              C   tentang              D   antara

19. Setibanya saya _______ Kuala Kangsar ,saya telah dipelawa _______ seorang penduduk kampung di situ bertandang ke rumahnya.
      A   ke…oleh                 B   pada…dengan      C   di …oleh             D   dalam …daripada

20. _______ kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang ,kita perlulah berjimat cermat .
     A   di                          B   pada                  C   dalam                D   daripada 

21. Majlis perkahwinan _______ Anita dan Masri berlangsung dalam suasana yang cukup meriah .
     A   daripada                 B   seperti               C   antara               D   dengan  

22. _______ semalam anak kecil Puan Faridah asyik menangis .
     A   daripada                 B   sejak                 C   antara               D   dengan

23. _______ pesta tersebut ,pelbagai program yang menarik diadakan _______ drama, persembahan dikir barat ,
     cabutan bertuah ,dan sebagainya .
     A   di…seperti              B   pada …sebagai    C   dalam …hingga    D   dengan …seperti

24. Menteri-menteri Kesihatan Asean itu sedang berbincang             wabak SARS di Thailand.
     A   tentang                  B   dalam                C   terhadap            D   oleh  

25.Seminar Keusahawanan Bumiputera itu bermula  _______ hari ini.
     A   sampai                   B   daripada            C   pada                  D   hingga

26. Perjanjian persefahaman _______ kedua-dua buah syarikat komputer itu telah ditandatangani semalam.
     A   untuk           B  antara       C   dalam      D   umpama

27. Tun Perak menggunakan kebijaksanaannya               menentang lanun            perairan Melaka.
     A   demi … ke              B  bagi … hingga      C   oleh …di   D  untuk … di

28.”Tolong sampaikan pesanan saya ini _______ Kamil,”kata Siva kepada Chee Hong.
     A   untuk           B   kepada     C   bagi         D   pada

29. Jambangan bunga ini            Noriah bersempena dengan sambutan hari kelahirannya.
     A   kepada                   B  bagi          C   untuk                D  pada  

30.Seramik ini dibuat  _______ tanah liat.
     A   dari              B   pada                  C   di  D   daripada

31. Budak itu mengidap penyakit barah _______ kecil lagi.
  A  sejak                B dari C   pada        D   daripada

32. Ketua Kampung itu mengambil berat            masalah anak-anak buahnya.
     A   kepada                   B  terhadap   C   untuk       D  pada

33. kain-kain sutera itu diimport              Korea Selatan.
     A   ke                B  pada         C   dari         D  daripada

34.Lembu-lembu itu ditambatnya  _______ sebatang pokok.
     A   di       B   ke C   kepada     D   pada

35.             abad ke-14,Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan antara timur dan barat.
     A   pada             B  di   C  kepada               D  daripada  

36.Dia menerima sepucuk surat  _______ abangnya yang menuntut di luar negara.
     A   dari              B   daripada            C   pada        D   di

37. Bahasa Melayu merupakan salah satu _______ matapelajaran teras dalam KBSR.
  A  pada       B kepada       C   dari         D   daripada

32. Ketua Kampung itu mengambil berat            masalah anak-anak buahnya.
     A   kepada                   B  terhadap   C   untuk       D  pada

33.  Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai _______ puncak banjaran gunung kerana kabus  tebal.
      A   kepada                  B  dari          C   di                     D   ke

35. Mak Intan suka _______ kehalusan budi pekerti anak angkatnya yang berbangsa Inggeris itu.
     A   akan             B   pada        C   oleh         D   sejak

36. Sekumpulan ahli kaji purba telah menemui lukisan purba yang dilukis ________ dinding gua itu.
     A   di                B  dalam       C   pada        D  antara  

37. Pasukan Leftenan Adnan rela berkorban _______ keamanan Negara tercinta.
     A   bagai            B   daripada   C   terhadap  D   demi

38. Sejak akhir-akhir ini, para pengguna sering merungut _______ kenaikan harga barang-barang.
      A   bagi             B   tentang    C   terhadap  D   demi

39.                ketua pengawas, kamu hendaklah menunjukkan teladan yang baik.
     A   Pada             B  Sebagai     C   untuk       D  Daripada

40. Usaha kerajaan _______ mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kurang berjaya.
      A   kepada                  B  dari          C   untuk       D   tentang

41. Amira hendak menghadiahkan pen ini _______ Suhaila.
     A   akan             B   pada        C   oleh         D   kepada

42. Subi diumumkan ________ pemenang pertama.
     A   seperti                   B  sebagai     C   pada        D  antara  

43. Pak Mail dan rakannya bertolak ke laut  _______ matahari terbit.
     A   bagai            B   sebelum   C   terhadap  D   sehingga

44. “Balai polis itu tidak jauh  _______ sekolah,” kata Ramli kepada pemuda itu.
      A   daripada      B   tentang    C   terhadap  D   dari

45. Sebahagian besar                     pelanggan di gerainya ialah pekerja-pekerja kilang.
     A   kepada                   B  terhadap   C   daripada   D  pada

46. “ _______ kamu membuang masa menonton televisyen, lebih baik kamu tolong ayah cuci kereta ni,” kata
      ayah kepada adik.
      A   Kepada                  B  Dari                   C   Daripada            D   Pada

47. Bungkusan kuih raya itu akan dikirimkan _______ para tentera yang bertugas ketika Hari Raya nanti.
     A   akan             B   pada        C   oleh         D   kepada

48. “Gaya hidupnya sudah seperti orang Barat  ________ pulang dari luar negara,” kata Mak Minah kepada jiran-jirannya.
     A   sejak            B  dalam       C   pada        D  antara  

49. Sebelum perlumbaan dimulakan, para pelumba diberi taklimat _______ syarat dan peraturan perlumbaan.
     A   bagai            B   tentang    C   terhadap  D   demi

50. _______ dalam akuarium itu terdapat pelbagai jenis ikan hiasan untuk dijual.
      A   Bagi            B   Ke           C   Di            D   Demi

51.  “Saya ingin menjadi seorang pemuzik yang handal ________ Datuk Ahmad Nawab,” kata Hairil kepada
        gurunya.
      A    bagi           B    pada       C   tentang    D   seperti

52. Komputer itu dihadiahkan                  ayah kerana lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM.
     A   kepada                   B  oleh                   C   untuk       D  pada

53.  _______ hari ini dalam tahun 1957, Negara kita telah mencapai kemerdekaan daripada kerjaan British.
      A   Kepada                  B  Dari                   C   Pada        D   Hingga

54.  _______ kematian kedua-dua orang tuanya dalam kemalangan itu , adik-beradik Admad sering sahaja berasa kesunyian.
      A   Dengan                  B   Sejak       C   Dari                  D   Daripada

55. _______ pagi hingga ke petang, dia asyik menghadap komputernya sahaja.
     A   Akan            B   Pada        C   Daripada  D   Dari

56. Model bangunan tertinggi di dunia itu diilhamkan  ________ jurutera dari Malaysia.
     A   oleh             B  dalam       C   pada        D  antara  

57. Hadiah yang istimewa itu khas _______ teman wanitanya yang akan menyambut hari jadi pada minggu depan.
     A   untuk           B   daripada   C   terhadap  D   demi

58. “Saya tidak mahu campur tangan  _______ hal rumah tangga kamu,” kata Hadi kepada Man.
      A   bagi            B   dalam      C   terhadap  D   demi

59. Nisah menggunting kain sutera itu                sebilah gunting yang baru dibelinya.
     A   kepada                   B  terhadap   C   untuk       D  dengan

60.  Pada pagi itu matahari bersinar _______ cerah sekali.
      A   kepada                  B  dari          C   dengan              D   laksana

61. Mereka menunggu ketibaan Menteri Besar _______ pagi tadi.
     A   akan             B   pada        C   oleh         D   sejak

62. “Ambillah pengajaran  ________ kisah tadi,” nasihat Cikgu Aminah.
     A   daripada                 B  dalam       C   pada        D  antara  

63. Kebanyakan pelajar yang belajar _______ Cikgu Anis berjaya mendapat 5A dalam UPSR.
     A   bagai            B   daripada   C   terhadap  D   dengan

64. Rombongan diraja itu tiba  _______ pukul 10.00 pagi.
      A   bagi            B   tentang    C   pada        D   demi

65. Hal ini akan saya adukan                    Guru Besar secepat mungkin.
     A   kepada                   B  terhadap   C   untuk       D  pada

66.  Kita harus berdoa _______ Allah _______ berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.
      A   kepada, sampai                B  pada,selain                   C   kepada, selain    D   pada, sebagai

67. Perabot yang diperbuat _______ kayu jati itu dibeli ________ ayah.
     A   dari,oleh                B   daripada, oleh    C   dari, daripada     D   daripada, kepada

68. Dia ragu-ragu ________ kebolehannya untuk lulus dalam peperiksaan.
     A   terhadap                 B  dengan      C   pada        D  kepada  

69. Ibu menunggu ayah _______ pukul 7.00 pagi ________ pukul 10.00 pagi tetapi dia masih belum tiba.
     A   daripada, ke  B   dari, hingga                C   sampaikan, pada           D   manakala, kepada

70. Persembahan tarian kuda kepang itu mendapat tepukan gemuruh_______ penonton.
      A   bagi            B   dari                   C   kepada     D   daripada

71.  Siti berteduh ________ bawah pohon ketapang.
       A   di              B   dari                   C   kepada     D   daripada

72. Ahmad menendang bola itu                 arah penjuru kanan padang.
     A   kepada                   B  ke            C   daripada   D  pada

73. _______ saat-saat yang mencemaskan itu, dia tidak teringat _______ anaknya.
      A   Di,pada                 B  Di, akan    C   Pada,pada                   D   Pada,akan

74. Keputusan pertandingan nasyid itu sedang dinantikan _______ semua peserta yang bertanding.
      A   untuk          B   oleh                   C   dari                   D   daripada

75. Amaran bercita-cita hendak bekerja _______ peguam.
     A   terhadap                 B   kepada     C   sehingga   D   sebagai

76. Pengunjung berpeluang untuk memilih beraneka jenis makanan yang dijual ________ warung itu.
     A   ke                B  di             C   dengan     D  daripada  

77. Ibu asyik terkenang _______ abang yang belajar di luar negara.
     A   untuk           B   akan        C   terhadap  D   demi

78. Tujuan majlis itu diadakan adalah _______ meraikan kejayaan pasukan Perak menjuarai Piala Malaysia.
      A   tentang                 B   dalam      C   terhadap  D   untuk

79. Nisah menggunting kain sutera itu                sebilah gunting yang baru dibelinya.
     A   kepada                   B  terhadap   C   untuk       D  dengan

80.  Penjelasan _______ pencemaran alam sekitar mudah difahami oleh peserta bengkel.
      A   kepada                  B  tentang     C   dengan     D   laksana

81. Mereka menunggu ketibaan Menteri Besar _______ pagi tadi.
     A   akan             B   pada        C   oleh         D   sejak

82. Dia bercerita  ________ pengalamannya bertempur dengan pengganas komunis.
     A   daripada                 B  bagi                   C   tentang    D  antara  

83. Abang lebih garang _______ kakak sulung saya.
     A   bagai            B   daripada   C   terhadap  D   dengan

84. Orang ramai mendengar penerangan itu _______ teliti.
      A   dengan                  B   tentang    C   pada        D   demi

85.                pendapat saya, hal ini dapat diselesaikan jika kita bersepakat.
     A   Kepada                   B  Terhadap   C   Untuk      D  Pada

86.  Ishak menceritakan pengalamannya menjadi anak angkat  keluarga orang asli _________ kawannya.
      A   kepada                  B  pada                  C   tentang    D   demi

87. Kepupusan hasil hutan berpunca _______ penerokaan hutan yang berterusan dan tanpa kawalan.
     A   dari              B   daripada   C   pada        D   kepada

88. Pak Seman menangkap ikan ________ menggunakan lukah.
     A   untuk            B  dengan      C   pada        D  kepada  

89. Kasutnya diperbuat _______ kulit yang diimport ________ Kanada.
     A   daripada, dari         B   dari, hingga                C   antara, pada                D   sejak, kepada

90. Para pelancong terpesona _______ keindahan kehidupan laut di Pulau Tioman.
      A   bagi            B   akan                  C   oleh                   D   kepada
91. Kedua-dua ibu bapa Sarah _______ berangkat ke Mekah esok.
     A   akan             B   pada        C   oleh         D   sejak

92. Murid-murid 5 Anggerik berusaha mengumpulkan wang ________ membeli hadiah guru kelas mereka.
     A   daripada                 B  untuk        C   tentang    D  antara  

93. Mak Cik Esah sedang menunggu anaknya pulang _______ Kuala Lumpur.
     A   dari              B   daripada   C   terhadap  D   dengan

94. Jaketnya itu dibuat  _______ kulit.
      A   dengan                  B   daripada   C   pada        D   demi

95. Kereta Mercedes itu diimport              Amerika Syarikat.
     A   kepada                   B  dari          C   untuk       D  pada

96. Kami _________ pergi ke Ipoh _________ hari Sabtu .
      A   akan,kepada          B  akan, pada          C   akan, tentang     D   akan, demi

97. Kedatangan Maal Hijrah tahun ini disambut _______ majlis tahlil dan doa selamat.
     A   untuk           B   daripada   C   pada        D   dengan

98. Keindahan Pulau Langkawi menjadi terkenal  ________ seluruh dunia.
     A   untuk           B  dengan      C   di            D  oleh  

99. Serahkan borang yang telah siap diisi _______ Cikgu Johari.
     A   daripada                 B   dari                  C   pada        D   kepada

100. Kita patut bersyukur _______ semua anugerah Allah.
      A   bagi            B   akan                  C   oleh                  D   dengan

SEMOGA DENGAN PENERANGAN SERTA PENJELASAN INI
ANDA AKAN FAHAM DAN TIDAK MELAKUKAN SEBARANG KESALAHAN TATABAHASA DALAM AKTIVITI ATAU LATIHAN BAHASA. 

Tiada ulasan: