Kepada pelajar Ting. 5 Sains, 4 Sains dan 4K2. Pada tahun ini saya akan cuba mengubahsuai Pengajaran dan Pembelajaran dengan mengunakan talian Internet agar PdPC kita lebih menarik dan kurang menggunakan buku latihan. Namun, latihan dalam kelas tertakluk kepada kelapangan dan kemudahan perisian komputer cukup di Makmal Komputer. Sebaliknya kerja rumah boleh dilaksanakan melalui Kelas Tuisyen Online sebagai mana kita lakukan dalam cuti persekolahan 2020.
Saya akan membuat kaji selidik mengenai kebolehan pelajar Ting 5 Sains, 4 Sains dan 4K2 menggunakan Internet untuk kerja rumah kerana masalah Internet mungkin timbul dalam kalangan pelajar. Melalui kaji selidik berkenaan, saya mampu untuk mengetahui dan membantu pelajar yang tidak ada kemudahan Internet menjalankan kerja rumah. Untuk PdPC harian, saya akan melihat sejauh mana Makmal Komputer kosong untuk kita menjalankan PdPC di sana. Apa pun tahun ini kita cuba kurangkan penggunaan buku dan banyakkan latihan menggunakan perisian komputer.
Saya akan merujuk semula kepada kemudahan komputer di PSS, kerana saya telah berbincang dengan Tuan Pengetua untuk memastikan di PSS ada sekurang-kurangnya satu atau dua komputer untuk pelajar mendapat rujukan bahan. Namun, pelajar yang bermasalah boleh mendapatkan bantuan saya di Bilik Guru Kanan Bahasa untuk mendapat bahan. Saya berjanji, tahun ini kita buat perubahan, dan PdPC kita akan lebih menarik. Insya-Allah. Saya juga cuba merujuk perjalanan kelas SBC ( School Base Clasroom ) dan perjalanan kelas kita dijalankan di Bilik Khas. Insya-Allah, saya akan pastikan PdPC lebih menarik pada tahun ini.
Insya-Allah, saya akan lakukan kaji selidik tahap kemampuan menggunakan komputer menggunakan perisian komputer dalam kalangan pelajar Ting. 5 Sains, 4 Sains serta kelas 4K2 kerana esok saya akan terlibat ketiga-tiga kelas merujuk kepada jadual waktu hari Khamis. Kajian berkenaan sekejap sahaja kerana bahan saya akan sediakan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer dalam kalangan pelajar. Ok. Selamat bertemu PdPC 2020 dan sebagaimana mana saya katakan dulu, saya hendak mengetahui kenapa pelajar Kelas 4 Sains tidak keseluruhannya terlibat dengan kelas tuisyen online dalam cuti persekolahan kerana banyak bantuan saya cuba buat kepada pelajar yang tidak ada kemudahan Internet seperti menyediakan bahan untuk mereka tetapi yang peka hanya dua orang pelajar saja datang berjumpa saya di sekolah dalam cuti persekolahan.
Satu lagi harapan saya, pelajar sentiasa merujuk Laman Bahasa Melayu SPM untuk mengetahui sebarang perkembangan latihan atau nota saya upload ke dalam blog. Pelajar juga boleh menyediakan fail khas untuk mengumpulkan sebarang latihan atau nota ke dalam fail berkenaan. Jika pelajar tidak ada kemudahan printer sila datang berjumpa saya di Bilik Guru Kanan Bahasa untuk mendapatkan bahan. Semoga pelajar 5 Sains terutamanya lebih peka. Semoga PdPC 2020 lebih menarik. Aamiiin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan