Jumaat, 28 Julai 2017

PENANTIAN UNTUK MELIHAT KARANGAN BERTARAF CEMERLANG TERCAPAI

Alhamdulillah, bersukur saya ke hadrat Illahi kerana selama empat bulan berada di SMK Seri Londang saya ternanti-nanti pelajar menghasilkan karangan  bertaraf A+ dan sama taraf dengan pelajar saya di SMKASAS 15 tahun dahulu, menjadi kenyataan. Memang saya dah maklumkan kepada pelajar saya, sesiapa yang menghasilkan karangan cemerlang saya akan paparkan karangan mereka ke dalam blog saya. Untuk makluman, pada hari Selasa, 25 Julai 2017, saya telah menggemparkan pelajar kelas 5 Sains dengan Ujian Karangan umum 1 dan saya mengarahkan pelajar untuk memilih soalan karangan Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2013, Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh. Arahan saya, siapkan soalan berkenaan dalam tiga masa mata pelajaran bahasa Melayu dan sesuai dengan peruntukkan masa untuk menjawab karangan umum iaitu selama 1. Cukup masa diberikan, saya akan kumpul karangan hasilan pelajar, sama ada mereka siap atau tidak. Rasionalnya, saya ingin melihat kesediaan pelajar untuk menghadapi Peperiksaan Percubaan Daerah Perak Tengah pada 10 Ogos 2017.

Tahniah, saya ucapkan kepada Adik Muhammad Hafiz b. Khairuddin atas karangan yang anda hasilkan. Saya bangga kerana penantian selama empat bulan saya berada di SKM Seri Londang tercapai setelah saya mendedahkan kemahiran menghasilkan karangan cemerlang menggunakan Jadual Pengembangan Idea Untuk Perenggan Karangan.

TAJUK SOALAN DIPILIH SEPERTI DI BAWAH:-

 Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah.
 Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-
 menolong dalam kalangan ahli keluarga.




         Peringatan kepada Hafiz, jangan terlampau gembira dengan terbitnya karangan di atas di dalam blog saya. Saya buat semua ini atas janji saya, iaitu mana-mana karangan pelajar yang mencapai tahap cemerlang aan saya paparkan ke dalam blog, sama seperti saya lakukan terhadap karangan pelajar SMKASAS semenjak 15 tahun dahulu semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota. Banyak kriteria saya putuskan untuk menerbit karangan di atas, antaranya kerana suasana penulisan karangan di atas berlaku apabila saya maklumkan kepada pelajar kelas 5 Sains, penulisan pada hari bekenaan merupakan ujian. Kedua, saya menetapkan karangan umum di atas mesti dijawab mengikut masa peperiksaan. Oleh sebab itu, saya membuat tanggapan karangan ini hebat, dan sama taraf yang saya tekankan kepada pelajar SMKASAS dulu tetapi adakalanya saya ambil hasil kerja rumah mereka dan ada juga saya paparkan berdasarkan hasil penulisan selepas pelajar menjawab soalan peperiksaan.
         Walau bagaimanapun, banyak kriteria yang perlu Hafiz perbetulkan, pertama ejaan, kedua binaan ayat, dan ketiga, penyelitan unsur peribahasa dalam perenggan karangan. Jika ketiga-tiga kriteria ini diperbaik sudah pasti karangan Hafiz akan lebih baik atau akan mendapat markah solid A+. InsyaAllah saya akan bantu Hafiz dan pelajar lain. Sebagai usaha untuk memantapkan karangan 16 pelajar yang lain, saya memutuskan semua pelajar kecuali Hafiz perlu menyalin karangan di atas.

Khamis, 27 Julai 2017

PROGRAM KEM HARAPAN LULUS SPM ZON BOTA DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) SMK SERI LONDANG

GAMBAR PROGRAM KEM HARAPAN LULUS PELAJAR SPM ZON BOTA DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) BERTEMPAT DI SMK SERI LONDANG 2017
ANJURAN UNIT AKADEMIK PPD PERAK TENGAH

  TARIKH : 27 JULAI 2017                                          MASA : 8.00 PAGI HINGGA 2.30 PTG

  TEMPAT PROGRAM : BILIK MUTIMEDIA SMK SERI LONDANG ( KELOMPOK A)
                                       : BILIK TAYANGAN SMK SERI LONDANG.  ( KELOMPOK B)
                                       : MAKMAL BAHASA SMK SERI LONDANG  ( KELOMPOK C )

  SEKOLAH TERLIBAT : SMK SERI LONDANG ( 14  PELAJAR)
                                            SMK DATO' ABDUL RAHMAN YAAKOB ( 29 PELAJAR )
                                            SMK SERI ISKANDAR ( 26 PELAJAR)




  BAHAN KEM HALUS :-
KERTAS BAHASA MELAYU 1 (1103/1)
Bahagian A
[ 30 markah ]
[ Masa dicadangkan: 45 minit ]


Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti kejiranan.. Huraikan pendapat anda tentang usaha memupuk semangat kejiranan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


 BAHAN RANSANGAN ( LENGKAPKAN TEMPAT KOSONG DI BAWAH SUPAYA MENJADI KARANGAN YANG LENGKAP)

PERENGGAN PENGENALAN
Akhir-akhir ini,……………………………………………………. merupakan antara isu yang sering ………………………….. dalam media …………………….. Sehubungan dengan itu, masyarakat Malaysia………………………. untuk  memupuk semangat…………………………… kerana di mana ada kemahuan,di situ…………………………………………………Persoalannya, apakah…………………………….usaha-usaha untuk memupuk ……………..……………………....

Di Malaysia.

PERENGGAN ISI PERTAMA
( Program Bergotong-royong )

       Pada pendapat saya, antara usahanya ialah…………………………….perlulah menjalankan……………………Program ini di jalankan pada …………………… …………....……..seharusnya menyertai program ini.  …………………….juga boleh menyertai program ………………………………………… ini.   Kita bergotong-royong ………………………………………………………Kita boleh bergotong-royong……………………………………………… Kita juga boleh bergotong-royong……………………..……………………………Bergotong-royong boleh menjalinkan………………………........dengan jiran. Hubungan baik dengan Jiran boleh memupuk……………………………………  Jelaslah, bergotong-royong boleh memupuk ……………………………

PERENGGAN ISI KEDUA
(Program Ruman Terbuka)

   Selain bergotong-royong, majlis…………………………… juga boleh memupuk semangat………………………. Rumah terbuka diadakan sempena ……………………….....................
Rumah terbuka juga diadakan sempena ………………………………………………. Kita akan mengenali  jiran kita. Kita akan …………………………………………  Kita akan menikmati………………………… Jiran kita akan ………………… Kita juga akan ………………… Jelaslah, majlis rumah terbuka mampu……………………………

PERENGGAN ISI KETIGA
( Program Hari Keluarga)

                     Selain bergotong-royong dan majlis rumah terbuka, ……………………………….juga boleh meningkatkan semangat …………………………….. Ahli jawatankuasa Taman Perumahan boleh menganjurkan program hari keluarga. Ketua …………………………… juga boleh menganjurkan hari keluarga.     …………………………….. boleh dijalankan.  Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah…………………… Aktiviti yang dijalankan ialah ……………………………………   Kaum wanita boleh menyertai …………………………..........   Semua penduduk akan mengenali……………….. Semua penduduk akan………………… Jelaslah, hari keluarga boleh meningkatkan………………………………………......

PERENGGAN PENUTUP

Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama untuk …………………… agar masyarakat hidup………………………………   Dalam konteks ini, golongan bijak pandai pernah berpesan, kalau tidak dipecahkan ruyung, …………………………………...

PELAJAR BERUSAHA, PELAJAR BERJAYA
KERTAS BAHASA MELAYU 1 (1103/1)
Soalan 1  :  Rumusan

[ 30 markah

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian satu rumusan tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat dan halangan-halangan yang dihadapi dalam mengamalkan gaya hidup sihat.  Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.

            Gaya hidup sihat bermaksud seseorang individu yang mempunyai badan yang sihat dan selalu menjalani aktiviti yang berfaedah.  Pada masa sekarang, sewajarnya masyarakat mengetahui kepentingan amalan gaya hidup sihat.  Waima begitu, pada era globalisasi yang penuh dengan pancaroba ini, sesetengah ahli masyarakat tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan memberikan pelbagai alasan.  Sebenarnya, mengamalkan gaya hidup yang sihat akan membawa banyak manfaat..  Salah satu kaedah untuk kekal sihat ialah melakukan aktiviti sukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.  Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti sukan kita dapat mengeluarkan peluh, iaitu dengan mengeluarkan toksin yang terhasil dalam badan kita selain memastikan jantung kita berfungsi dengan baik.

            Kehidupan yang sihat juga diperoleh apabila kita dapat menguruskan tekanan dengan cara yang baik.  Hasilnya, seseorang individu akan seimbang dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani.  Selain itu, pengambiln makanan yang seimbang mestilah berpandukan jadual piramid makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Oleh itu, ibu bapa disarankan agar menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk anak-anak.  Seterusnya mengadakan aktiviti rekreasi bersama-sama keluarga.  Pada ketika itu, ibu bapa akan memimpin anak-anak melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di samping anak-anak mendapat pengajaran dan pendidikan secara langsung daripada kedua-dua ibu bapa mereka.

            Kita disarankan menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat agar dapat membentuk persekitaran soaial yang sihat.  Apabila setiap masyarakat dapat mengamalkannya maka akan lahirlah rakyat yang sihat.  Kita juga seharusnya bijak mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala sosial yang boleh merosakkan diri dan masa depan.  Dalam konteks ini, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak supaya mereka tidak terpengaruh dengan gejala-gejala negatif.

            Rehat yang mencukupi juga dapat memberi kelegaan kepada otak untuk berehat.  Menurut kajian, seseorang individu perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari.  Dalam tempoh rehat ini, sel-sel otak yang rosak dapat dipulihkan dengan sempurna.  Hal ini dapat menyediakan seseorang individu untuk meneruskan aktiviti kehidupan pada keesokan hari.  Pemeriksaan kesihatan secara berkala sangat perlu untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang.  Sehubungan dengan itu, kakitangan kerajaan telah disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan agar dapat menjamin kualiti kehidupan yang sihat secara berterusan.


            Kesimpulannya, setiap individu tidak haruslah menjadikan kesibukan aktiviti seharian sebagai alasan untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat, bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.  Amalan gaya hidup sihat dapat menjamin badan yang sihat dan otak yang cerdas.  Seterusnya keadaan ini dapat melahirkan rakyat yang inovatif bagi menggerakkan negara menuju Wawasan 2020.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Amalan Gaya Hidup Sihat’
                                                 oleh Syazwani Md. Latif, Dewan Siswa, April, 2016)




Soalan 2 (a) – Petikan Umum 

                   i.            Berikan maksud rangkai kata penuh dengan pancaroba.                         [2 markah]

Jawapan:

Rangkai kata penuh dengan pancaroba bermaksud ……………………………………………..

…………………………………………

                 ii.            Berdasarkan petikan, nyatakan peranan-peranan yang dimainkan oleh ibu bapa untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak mereka.
[3markah]
        Jawapan :
      
        Peranan ibu bapa untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak mereka

adalah dengan…………………………………………..,  dan ………………………………………

…………………………………………..

( Jika pelajar mampu tambah satu lagi isi sebagai ‘bacup’.  Jawapan ada dalam petikan teks)

               iii.            Sejak belakangan ini, ramai individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.  Pada pendapat anda, jelaskan kesan terhadap individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
[4 markah]


Jawapan:-
Pada pendapat saya, sekiranya individu tidak mengamalkan gaya hidup sihat mereka akan……………kerana……………………………  Selain itu, mereka akan …………………….......
………………………..kerana ………………………………………………………………………..

Jawapan pelajar perlu huraian kerana soalan meminta pelajar menjelaskan kesan tidak mengamalkan gaya hidup sihat – jika tidak mampu senarai sahaja kesan-kesannya seperti di bawah:-

Pada pendapat saya, sekiranya individu tidak mengamalkan gaya hidup sihat mereka akan…………........................................................, …………………………………………….., dan ……………………………………………….

( Senaraikan tiga isi, jika mampu senarai empat isi)


Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.”
     Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk.” 
     “Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul. Raja itu tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut telunjuk mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap kaduk dan mereka tetap raja,” luah Hakim lagi.
 
Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk Ayam dan Raja’ oleh Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan, nyatakan persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk.     [2 markah]

Jawapan :-
     Antara persamaan Hakim dan datuknya, Kaduk adalah kerana mereka  sama-sama…………………...........................................dan juga mereka sama-sama……………………......
Jawab dua isi dan jika anda mampu, tambah satu lagi isi sebagai “backup” jawapan.

Jawapan soalan ini ada dalam teks.
  
 (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya?                                                                                       [3 markah] 

Jawapan:-
Pada pendapat saya, usaha-usaha yang perlu Hakim lakukan untuk mengurangkan beban hutang
Hakim adalah seperti berikut, dia boleh……………………………………………………………, …………………………………………………………………………dan ……………………............
...............................
Jawab tiga isi dan jika anda mampu tambah satu isi lagi sebagai “backup”.

Sekiranya pelajar sukar menjawab soalan ini, abaikan untuk menjawabnya.

 (iii)  Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.                                     
                                                                                                                                               [4 markah]

Jawapan:-
Berdasarkan petikan di atas, satu persoalan yang terdapat adalah seperti………………………………………………………………………………………
Sementara, persoalan di luar teks adalah seperti berikut, iaitu……………………………………………….............................................


Utamakan jawapan persoalan dalam teks, jika soalan persoalan di luar teks sukar, abaikan soalan.


Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
      Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Siti Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.”
     Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.”
     Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang nyanyi:
                                Cau Pandan anak Bubunnya,                                   
                                   Hendak menyerang ke Melaka;                 
                                Ada cincin berisi bunga,                                    
                                    Bunga berladung si air mata.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia

 (i) Berikan maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat.                                             [2 markah]

Jawapan:-
     Rangkai kata tuan keramat bermaksud…………………………………………………………...

Cuba jawab, jika sukar, abaikan soalan.
       
 (ii) Bagaimanakah Tuan Sidi Arab berjaya menghalang Cau Pandan anak Bubunnya daripada menyerang Melaka.                                                                                                               [3 markah]

Jawapan :-
    Tuan Sidi Arab Berjaya menghalang Cau Pandan anak Bubunya daripada menyerang Melaka
dengan………………………………………………………………………………………..,.............
………………………………………..dan………………………………………………………………………………………………….
 Jawapan ada di dalam teks, cuba jawab. Senaraikan tiga isi.

(iii) Tuan Sidi Arab amat pakar dalam memanah. 

       Pada pendapat anda, apakah kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan         sesebuah negara.                                                                                                                                [3 markah] 

Jawapan :-  
       Pada pendapat saya, khidmat pakar dalam sistem pertahanan negara  sangat penting

kerana………………………………………………………………………........  dan …………..........
................................................................

Soalan tidak ada dalam teks, gunakan kemahiran berfikir atau pendapat anda. Jika sukar, abaikan soalan ini.


Soalan 2 (d) – Seloka
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti

Tujuh bulan tujuh purnama,
 stana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.

Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.

Istana siap tukang pun mati,                                                                                                                                                                                                     Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri

Za’ba,  Antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan seloka, bagaimanakah istana raja dapat dibina? [2 markah]
Jawapan :-
     Berdasarkan petikan seloka, istana raja dibina………………………………………………….....
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Senaraikan dua isi. Jika mampu tambah satu isi lagi sebagai “backup”

Jawapan ada dalam puisi.

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan kemahiran seni bina tradisional di negara ini dapat dikekalkan?                          [3 markah]

Jawapan :-
Pada pendapat saya, usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan kemahiran seni bina
Tradisional di negara ini dapat dikekalkan  dengan ……….………………………………………...
………… dan …………………………………………………………………………………….....
Senaraikan dua isi dan jika mampu tambah satu isi lagi sebagai “backup”


(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam puisi tersebut?                                      [4 markah]
Nilai yang terdapat dalam puisi tersebut adalah seperti berikut, pertama nilai……………………………......................dan kedua nilai…........................................................
..................................................
Senaraikan dua isi dengan huraian dan contoh. Jika tambah satu isi lagi sebagai “backup”.

BAHAN NOVEL AKAN DI SENARAIKAN KEMUDIAN
BEGITU JUGA SKEMA JAWAPAN, INSYAALLAH.



Ahad, 23 Julai 2017

MOHON RESPON PARA PENGUNJUNG BLOG UNTUK MEMBERI PENDAPAT ATAU PANDANGAN TERHADAP BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung Blog Laman Bahasa Melayu SPM.

       Untuk makluman tuan-puan, blog ini telah bersiaran hampir 16 tahun, justeru, saya mohon kepada para pengunjung blog ini untuk memberi sedikit pandangan, sama ada dalam bentuk ulasan, cadangan, terutama artikel yang saya terbitkan. Adakah bahan berkenaan membantu para pelajar dan dengan komen dan ulasan berkenaan akan membantu saya lebih fokus kepada bahan penulisan seterusnya agar nukilan di blog ini akan dapat membantu  pelajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM 2017, atau persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun untuk pelajar tingkatan. 4.

          Pelajar boleh ,meninggalkan ulasan melalui, bahagian ulasan di bawah artikel saya paparkan pada blog, atau melalui Chatrool, Cybox, pada blog, atau terus email kepada saya melalui alamat, mohdramsul@gmail.com, mohramsul@gmail.com, atau mohramsul@yahoo.com. Sesungguhnya, saya amat menghargai ulasan, pandangan dan apa sahaja maklumat untuk saya terus memantapkan Laman Bahasa Melayu SPM agar menjurus kepada kehendak pelajar untuk saya membantu anda Cemerlang Kertas Bahasa Melayu SPM. 

           Saya juga mengucapkan terima kasih, atas sokongan para pelajar yang sering merujuk,  dan melayari Laman Bahasa Melayu SPM ini. Sokongan anda, meningkatkan iltizam dan usaha saya untuk meneruskan penerbitan artikel atau bahan. Semoga sumbangan sekelumit ilmu ini akan membantu anda berjaya dengan cemerlang Kertas Bahasa Melayu SPM. InsyaAllah.

         

Khamis, 20 Julai 2017

KAEDAH MENGHASILKAN KARANGAN BERTARAF A+ MENGGUNAKAN KAEDAH DAN PENDEKATAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN UNTUK PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PENUTUP.

Pelajar sering mengeluh kerana karangan yang dihasilkan tidak bermutu. Oleh sebab itu, saya telah memperkenalkan kaedah atau pendekatan mengarang menggunakan Jadual Pengembangan Idea Karangan. Kaedah dan Pendekatan ini telah saya amalkan untuk membantu pelajar menghasilkan karangan Cemerlang Bertaraf A+ semenjak saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah, 15 tahun yang lalu.

   Dengan jadual pengembangan idea ini, pelajar akan dilatih untuk mengisi setiap ruangan jadual pengembangan idea agar kriteria karangan cemerlang yang dikehendaki pemeriksa diaplikasi pelajar semasa mengarang. Tambahan pula, saya dapati pelajar mengarang tanpa panduan, pada masa yang sama, binaan ayat kucar-kacir, tidak gramatis, tiada unsur KBAT yang ditekankan dewasa ini semasa mengarang, dan pelajar tidak memasukkan peribahasa atau frasa dan istilah menarik. Apabila pelajar menggunakan jadual pengembangan idea, isi karangan dapat dihurai dengan baik dan melahirkan kematangan semasa pelajar menghasilkan karangan.

     Jadual pengembangan idea karangan terbahagi kepada tiga fokus:-

  1. Pengembangan idea bahagian pengenalan karangan.
  2. Pengembangan idea bahagian isi karangan.
  3. Pengembangan idea bahagian penutup karangan.
    Pengembangan idea bahagian isi karangan bergantung kepada karangan yang perlu dihasilkan, sama ada karangan berpandu ( 4 isi), karangan umum ( 5 isi ).

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN:-

PERKARA
PENERANGAN
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.


BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA PEMERIKSA.

SILA RUJUK PENULISAN SAYA SEBELUM INI BERKAITAN JENIS-JENIS PENGENALAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN.
AYAT RANGSANGAN  1
AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA
Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan dipillih………jelaslah bahawa ...........................
………..isu/ tema karangan, berdasarkan tajuk karangan dipilih.
AYAT RANGSANGAN  2
AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA KARANGAN PELAJAR SETERUSNYA.
Hal ini demikian kerana……………………
AYAT RANGSANGAN  3
MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga…………………….
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit
UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya……………………akibatnya. …………………….
AYAT ARAHAN
MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….

Peringatan:- Penanda wacana di atas sebagai contoh untuk memandu pelajar memulakan ayat pada ruangan jadual pengembangan idea.  Pelajar yang mahir mengarang mempunyai cara tersendiri untuk memulakan ayat berkenaan. InsyaAllah selepas menggunakan jadual berkenaan pelajar akan mendapati perenggan pengenalannya akan berkembang dan menunjukkan kematangan serta ayatnya diwarnai dengan bahasa yang menarik.

CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN ( HASIL PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN PELAJAR SAYA PADA HARI RABU LEPAS)

LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

AYAT RANGSANGAN  1
Lirik lagu  Negaraku di atas meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya sebagai seorang warganegera Malaysia.
AYAT RANGSANGAN  2
Sekiranya, lagu kebangsaan ini tidak mengusik jiwa pendengarnya, sudah pasti mereka bukanlah rakyat Malaysia sejati.
AYAT RANGSANGAN  3
Seyogia sebagai warganegara yang sayang akan negara, kita perlu berkorban apa sahaja tamsilnya aktiviti yang kita lakukan contohnya dalam bidang sukan.
FRASA MENARIK
Harimau mati meninggal meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
AYAT RANGSANGAN
Para atlet ternama negara seperti Allahyarham Mohtar Dahari, Dato’ Nicol  Ann David,  Dato’ Misbun Sidek, Dato’ Lee Chong Wei dan banyak lagi atlet negara telah mewarnai sukan negara terutama untuk memartabatkan negara agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara terbilang dalam acara sukan.
UNSUR KBAT
Sekiranya atlet-atlet negara di atas tidak melakar nama negara di persada dunia, sudah pasti nama negara tidak akan dikenali oleh masyarakat dunia.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan negara, kerana mutu sukan negara ada pasang dan surutnya.

Pada masa yang sama, pelajar perlu bijak menyelit istilah menarik:- contoh seyogia, cakna, gajet, mendominasi, dan sebagainya. ( Kemahiran ini akan diperoleh sekiranya pelajar rajin membaca yang akan memperkaya kosa kata atau perbendaharaan kata ).
Tanpa latihan yang kerap, pelajar sukar untuk mengaplikasi penghasilan karangan bertaraf A+ kerana, kaedah dan pendekatan ini memerlukan latihan yang berterusan. Siapa kata untuk mendapat markah A+ mudah...tetapi tidak mustahil diperoleh jika pelajar berusaha kerana usaha tangga kejayaan.

PENDEKATAN ATAU KAEDAH JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN BAHAGIAN PERENGGAN ISI KARANGAN (UMUM)

Pelajar perlu tahu, banyak markah tertumpu kepada bahagian isi dan menjadi penentu untuk pemeriksa memberi markah kepada pelajar sama ada A+, A, A-, B+, B, C+,C, D, E atau G.
Sekiranya karangan bahagian isi pelajar bermasalah, jangan harap dapat cemerlang A+, A, A-, justeru, pelajar perlu mahir mengembangkan idea pada bahagian perenggan ini, disamping mengelak melakukan kesalahan sama ada ejaan, tanda baca, dan binaan ayat. Kesalahan berkenaan akan menyebabkan impresion pemeriksa akan terkesan, impaknya markahpun turun.


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  (UMUM)


TEMA/ KATA KUNCI ISI
PELAJAR MENULIS KATA KUNCI/ ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA  ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
AYAT HURAIAN 1
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT ISI:-
AYAT HURAIAN 2
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
AYAT HURAIAN 3
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA )

AYAT CONTOH
AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
UNSUR KBAT
SEBAB DAN AKIBAT-  JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG
DALAM JADUAL PENGEMBANGAN ISI
AYAT  PENEGAS
TEGASKAN SEMULA ISI
KONKLUSINYA/TELAH TERANG LAGU BERSULUH/JELASNYA/ TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS

CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN ( HASIL PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN PELAJAR SAYA PADA HARI RABU LEPAS)


CONTOH JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA



 Kata Kunci Isi
Pada hemat saya, antara langkah untuk  memajukan bidang sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf dunia.
Ayat huraian 1
Hal ini demikian kerana,  dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia.

Ayat huraian 2
Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersada dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan mengatasi jaguh-jaguh sukan ternama dunia.
Ayat huraian 3
Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain.


Ayat contoh
Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium Olimpik Reode Janeiro, Brazil.
Ayat Berunsur KBAT
Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan negara maju.
Ayat Berunsur KBAT
Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bidang sukan agak sukar.
Frasa menarik
Peribahasa Melayu ada mengatakan di mana ada gula, di situ ada semut.
Ayat  penegas
Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara.


JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP:-

JADUAL  PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

PERKARA
KETERANGAN
Ayat Penyimpul
Ayat untuk permulaan penutup perenggan
Konklusinya……………………………………………………

Ayat cadangan
Seyogia ……………..

Ayat cadangan
Oleh sebab itu, ……………………….
Ayat cadangan
Tambahan pula, …………………………..

Frasa menarik
Hal ni kerana …………………………………
Ayat harapan
InsyaAllah, sekiranya……………………………….



CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN ( HASIL PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN PELAJAR SAYA PADA HARI RABU LEPAS)

JADUAL  PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

PERKARA
KETERANGAN
Ayat Penyimpul
Konklusinya, usaha untuk memajukan sukan negara adalah tanggungjawab bersama.

Ayat cadangan
Seyogia sukan sememangnya alemen penting dalam pembentukan insan seimbang dan pembentukan negara jaya.

Ayat cadangan
Oleh sebab itu, semua pihak perlu berusaha membudayakan aktiviti riadah dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.

Ayat cadangan
Tambahan pula, ibu bapa merupakan orang paling hampir dan bertanggungjawab mencorak kehidupan anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkanya supaya mereka berjinak-jinak melibatkan diri melakukan aktiviti yang bermanfaat ini.

Frasa menarik
Hal ni kerana untuk pembentukan insan paling afektif dilakukan semasa kecil lagi kerana melentur buluh biralah daripada rebungnya.

Ayat harapan
InsyaAllah, sekiranya aktiviti sukan menjadi budaya seharian masyarakat, usaha kerjaan untuk melahirkan lebih ramai atlet negara dan jika tidakpun akan melahirkan masyarakat yang sihat untuk membangunkan negara tercinta.


SEMOGA ANDA BERJAYA MENGHASILKAN KARANGAN A+