Sabtu, 15 Julai 2017

PROGRAM KELOMPOK PELAJAR CEMERLANG SMK SERI LONDANG BERTEMPAT DI KEM RAKAN MUDA KAMPAR 2017

SOALAN-SOALAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR SMK SERI LONDANG
BERTEMPAT DI KEM RAKAN MUDA KAMPAR 2017  ( SOALAN-SOALAN BERFOKUS)


TARIKH :  15 JULAI 2017                                                                              HARI : AHAD

JUMLAH MASA MENJAWAB 60 MINIT ( 1 JAM)
PERBINCANGAN 30 MINIT ( SEMAKAN RAKAN SEBAYA)

CADANGAN MASA PERBENGKELAN ( 6 MINIT)

1.    Soalan 2(b) – Petikan Cerpen ( Soalan Percubaan Negeri Johor 2016 ) (MS 34 Modul BM 2)

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Ini arahan, Nusia.” Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya muram.

“Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat, padamkan saja istilah manusia dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?”

“Nusia!”
Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi.

Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?

“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu......,”sebak menyendat di dadanya.

“Dapatkan sepuluh pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. “Dapatkan di hospital lain; segera.”

Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.

Dipetik daripada cerpen ‘Gerhana Manusia’
Oleh Aminah Mokhtar
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)  Nyatakan keluhan hati Nusia ketika berhadapan dengan Solehah?                        [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan jika masyarakat enggan menderma darah?
         [3 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.                                                       [4 markah]


CADANGAN MASA PERBENGKELAN 15 MINIT

Soalan 3 (a) ( MS 49 Modul BM Kertas 2)

Soalan SPM Nov 2012
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda  boleh menambahkan imbuhan, tetapitidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai kata  nama khas.

(i)    kumat-kamit
(ii)   remuk-rendam
(iii)  selang-seli
(iv)  serba-serbi
(v)   simpang-siur
(vi)  tungkus-lumus


Soalan SPM Jun 2013
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)     adab
(ii)    beradab.
(iii)   peradaban.
(iv)   khidmat
(v)    berkhidmat
(vi)   perkhidmatan


(b)  Soalan Percubaan Negeri Johor 2016
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)    pakai
(ii)   memakai
(iii)  terpakai
(iv)  susun
(v)   menyusun
(vi)  tersusun

  

( CADANGAN PERBENGKELAN MASA 10 MINIT)

Soalan Muka Surat ( 51 dan 52 Modul)

iii)     Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat permintaan.
(i)   Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada urus setia.
(ii)   Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.
(iii) “Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang tamu,” kata kakak  kepada jirannya.

(iv)  “Sila penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata pengerusi majlis kepada para hadirin.
(v)   Pengguna jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan itu kerana berbahaya.
(vi)  Usah dikenang peristiwa yang sedih itu.
[ 6 markah]

iv)    Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1.      Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.

2.      Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.

3.      Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

4.      Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.

5.      Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudahmembuat  ulang kaji.

6.      Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.
[ 6 markah]

( CADANGAN MASA PERBENGKELAN 10 MINIT)

   Soalan 3 ( C )  Mengesan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan. ( MS 53 dan 54 Modul BM 2 )
A.       KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN:
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi
    suka hati kepada pemborong ayam.

2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah
    bekalan simen.

3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu
    membesar-besarkan cerita yang dianggap  rimih itu.
[ 6 markah]
 



       B.  Soalan Percubaan Negeri Johor 2016
c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.   
    Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh   
    menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.
    Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Kementerian Pendidikan mendapati bahawa pelaksana dasar bahasa Inggeris dalam  
    matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang  
    timbul.

ii) Jabatan Pengangkutan Jalan akan kuat kuasa undang-undang dari semasa ke semasa untuk    
     mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

iii) Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan    
      gejala gengsterisma.

[6 markah ]

(CADANGAN MASA PERBENGKELAN 10 MINIT)

Soalan 3 ( D) Mengesan kesalahan penggunaan istilah dan mengesan kesalahan tatabahasa. ( MS 62 Modul BM 2 )
        1.  Soalan Percubaan Negeri Johor 2016
        d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
            satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
            anda tidak boleh menyenaraikanlebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
            dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.

(i) “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak dalam hotel itu?” tanya para peserta
       perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

(ii) Bapa saudaranya memperoleh pendapat supaya agak lumayan hasil jualan pisang goreng
      yang dibuat olehnya.

(iii)Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan memalapkan
                   syarikat wang tersebut.
[6 markah ]

         2.  Soalan Percubaan Negeri Perak – Kinta  2016
(d) Dalam petikan di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
     satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
     setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan 
     penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
     menyalin ayat itu semula.

   (i) Sampah-sarap yang dibuang di dalam sungai itu telah menyebabkan aliran sungai 
       tersangkut dan berbau busuk.

  (ii) Aktiviti tolong-menolong membersihkan kawasan kejiranan dapat memupuk       
       semangat perpaduan di kalangan penduduk.

(iii)   Pada akhir waktu persekolahan, Cikgu Kamil menerangkan lain-lain faktor yang
       mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.
[6 markah]

( CADANGAN MASA PERBENGKELAN 10 MINIT )

Soalan 3 ( e ) Peribahasa . (MS 64 Modul BM2 )

Contoh (ii) ( Soalan Percubaan Negeri Pulau Pinang 2013)

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.

(i) Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran hancur berkecai apabila anaknya itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap oleh polis.
(ii)Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya mengesan punca-punca kemurungan dengan hanya memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang dirawatnya.
(iii) Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya apabila dikhabarkan syarikatnya akan memberikan bonus sebanyak lima bulan gaji tanpa mengetahui bahawa perkhabaran tersebut merupakan khabar angin sahaja.
[6 markah]


Contoh (iii)  ( Soalan Percubaan Wilayah Persekutuan 2013)
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Ah Chong begitu kecewa dan terlalu dukacita atas kematian isterinya yang menjadi  
    mangsa peragut yang tidak berperikemanusiaan.

(ii) Julia suka menceritakan keburukan orang lain sedangkan keburukan dirinya tidak
     disedari.

(iii) Setelah tidak mendapat kasut hitam yang dicari-cari, Muthu mencari pula kasut
     berwarna coklat yang boleh digunakan sebagai ganti.

SELAMAT BERKEM KECEMERLANGAN
SELAMAT MENJAWAB SOALAN BERFOKUS.
(MRAR )

JAWAPAN SOALAN BERFOKUS :-
Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen
(i)                  Keluhan hati Nusia:-
i)        Hidup yang ditentukan oleh manusia ini tidak pernah adil.    ( 1m)
ii)       Solehah hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan        ( 1m)
iii)     Tuan Besar Musa itu diberikan darah walaupun tubuhnya tidak dapat menerima darah yang diberikan            (  1m )                                               
                                                                                                                           [Maksimum: 2 markah] 

(ii)                Kesan :-
i)        Tidak dapat menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan/pesakit
ii)       Operasi pembedahan tidak dapat dijalankan dengan lancar
iii)     Peluang hidup untuk pesakit leukemia, barah, jantung, pesakit hati /pesakit penyakit lain tipis
iv)     Bekalan darah negara terjejas
                                [Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] 
                                                                                                                                                          [Maksimum 3 markah]
                      Satu pengajaran dalam petikan:-
i)        Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
- Nusia menjalankan tugasnya sebagai jururawat dengan dedikasi          1+1
ii)       Kita hendaklah bersikap adil sesama manusia
- Nusia melayan pesakit-pesakit di wad itu dengan sama rata                  1+1
iii)     Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan yang ditimpa nasib malang
   - Nusia bersimpati terhadap semua pesakit malang di wad itu                 1+1
                               [ Maksimum: 2 markah]
                        Satu pengajaran daripada keseluruhan cerpen :-
i)   Kita hendaklah bersikap bijak dalam membuat keputusan
 - Nusia tidak suka menyalahkan takdir atas sesuatu kesilapan daam membuat keputusan                                      
                                                                                                                                            1+1
ii)    Kita mestilah berani menanggung risiko demi nyawa orang yang kritikal
- Nusia mengambil darah dari bank darah tanpa persetujuan Profesor Doktor Juaidi untuk menyelamatkan pesakit yang koma di wad itu                                                        1+1
iii)        Kita hendaklah menolong orang yang berada dalam kesusahan - Nusia dan Doktor Murni sama-sama menderma darah untuk menolong dan menyelamatkan nyawa pesakit yang koma     1+1
                            [ Maksimum: 2 markah]

        Jawapan soalan
        3 (a) i  :-
        (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda  boleh menambahkan imbuhan, tetapi tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai kata  nama khas.

(i)    kumat-kamit
(ii)   remuk-rendam
(iii)  selang-seli
(iv)  serba-serbi
(v)   simpang-siur
(vi)  tungkus-lumus

i)                    Mulut bomoh itu kumat-kamit membaca jampi serapah untuk menyembuhkan pesakit tersebut.
ii)                   Hati serta perasaannya remuk rendam setelah mengetahui isteri bermain kayu tiga.
iii)                 Bunyi desiran ombak berselang-seli dengan keriuhan kera di atas pokok berdekatan dengan pantai.
iv)                 Serba-serbi kerjanya tidak menjadi apabila mengetahui pinjaman banknya  tidak lulus.
v)                   Kenderaan yang bersimpang-siur melalui jalan besar itu menyebabkan Ali memandu kenderaannya dengan berhati-hati
vi)                 Pemilik bengkel kenderaan berkenaan bertungkus- lumus membaiki kereta yang bersusun di bengkelnya.


Soalan SPM Jun 2013
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)     adab
(ii)    beradab.
(iii)   peradaban.
(iv)   khidmat
(v)    berkhidmat
(vi)   perkhidmatan


Jawapan:-
      i.        Adab kita perlu dijaga terutama apabila berbual dengan orang yang lebih tua.
     ii.        Orang yang beradab tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya.
    iii.        Peradaban moden memperlihatkan masyarakat berlumba-berlumba mengejar kemewahan sehingga lupa akan nilai dan budi.
   iv.        Khidmat anggota bomba amat penting dalam usaha membanteras kehilangan harta benda atau nyawa apabila berlaku kebakaran.
     v.        Cuba bina ayat sendiri untuk latihan selanjutnya.



(b)  Soalan Percubaan Negeri Johor 2016
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)    pakai
(ii)   memakai
(iii)  terpakai
(iv)  susun
(v)   menyusun
(vi)  tersusun

Ayat yang ada bina perlu gramatis iaitu ada subjek dan prediket, dan terelak daripada melakukan kesalahan ejaan, tanda baca dan sebagainya. Pastikan ayat anda bina mengambarkan anda faham maksud perkataan berkenaan.

Jawapan Bahagian Soalan 3 ( B )  ( Ayat )

i)     Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat permintaan.
(i)   Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada urus setia.

      (  Ayat permintaan )

(ii)   Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.

( Ayat larangan )

(iii)  “Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang tamu,” kata kakak kepada jirannya.
   
      ( Ayat silaan )

(iii)  “Sila penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata pengerusi majlis kepada para hadirin.

( Ayat silaan )

(v) Pengguna jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan itu kerana berbahaya.

       ( Ayat suruhan )

(vi)  Usah dikenang peristiwa yang sedih itu.
       ( Ayat larangan )
[ 6 markah]

       ii)    Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1.       Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga. ( Ayat pasif menggunakan kata ganti diri 2 )

Anda patut meynyelesaikan tugas itu sekarang.

2.      Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.
     
       Mereka memegang jawatan yang sangat penting.

3.      Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

 Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang saya sangat gemari.

4.      Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.

       Para pekerja memangkas pokok-pokok supaya sentiasa rendah.

5.      Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat  ulang kaji.

      Mahasiswa itu mengemaskinikan nota pelajaran supaya mudah membuat ulang kaji.

6.      Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.

      Kamu tidak harus memperalatkan orang yang lurus bendul itu sewenang-wenangnya.

[ 6 markah]

Jawapan soalan 3 ( c )  Mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan

A.       KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN:
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi
    suka hati kepada pemborong ayam.

    Jawapan :-
    Ejaan        :    Salah : Pengusha    Betul : Pengusaha
    Imbuhan   :    Salah :suka             Betul : sesuka

2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah
    bekalan simen.

    Ejaan        :    Salah :  suka              Betul : sesuka

    Imbuhan   :    Salah : Pembenaan    Betul : Pembinaan

3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu
    membesar-besarkan cerita yang dianggap  rimih itu.

    Ejaan        :   Salah :   rimih           Betul  : remeh
    Imbuhan   :   Salah :   terdiam        Betul : mendiam
[ 6 markah]
       B.  Soalan Percubaan Negeri Johor 2016
c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.   
    Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh   
    menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.
    Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Kementerian Pendidikan mendapati bahawa pelaksana dasar bahasa Inggeris dalam  
    matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang  
    timbul.

   
Kesalahan ejaan
Ejaan yang betul
matapelajaran
mata pelajaran

Kesalahan imbuhan
Imbuhan yang betul
pelaksana
pelaksanaan








ii) Jabatan Pengangkutan Jalan akan kuat kuasa undang-undang dari semasa ke semasa untuk    
     mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

Kesalahan ejaan
Ejaan yang betul
kuat kuasa
menguatkuasakan

Kesalahan imbuhan
Imbuhan yang betul
pelaksana
pelaksanaan

iii) Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan    
      gejala gengsterisma.

Kesalahan ejaan
Ejaan yang betul
gengsterisma
gengsterisme

Kesalahan imbuhan
Imbuhan yang betul
 Runtuh
Keruntuhan



[6 markah ]

  
Jawapan Soalan 3 ( e )   PERIBAHASA

Soalan 3 ( e ) Peribahasa . (MS 64 Modul BM2 )

Contoh (ii) ( Soalan Percubaan Negeri Pulau Pinang 2013)

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.

(i)            Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran hancur berkecai apabila anaknya itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap oleh polis.

Bagai kaca terhempas ke batu / Sudah jatuh ditimpa tangga,

(ii)Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya mengesan punca-punca kemurungan dengan hanya memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang dirawatnya.
           hanya jauhari yang mengenal manikam
          
(ii)          Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya apabila dikhabarkan syarikatnya akan memberikan bonus sebanyak lima bulan gaji tanpa mengetahui bahawa perkhabaran tersebut merupakan khabar angin sahaja.

mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan / yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran / burung terbang dipipiskan lada
[6 markah]


Contoh (iii)  ( Soalan Percubaan Wilayah Persekutuan 2013)
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Ah Chong begitu kecewa dan terlalu dukacita atas kematian isterinya yang menjadi  
    mangsa peragut yang tidak berperikemanusiaan.

                                Bagai kaca terhempas ke batu




(ii) Julia suka menceritakan keburukan orang lain sedangkan keburukan dirinya tidak
     disedari.
                 Kuman di seberang laut nampak, gajah di pelupuk mata tak
              nampak /
          
              Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak
              nampak


(iii) Setelah tidak mendapat kasut hitam yang dicari-cari, Muthu mencari pula kasut
     berwarna coklat yang boleh digunakan sebagai ganti.

                                Tak ada rotan, akar pun jadi

SEMOGA ANDA CEMERLANG BAHASA MELAYU  SPM 2017












Tiada ulasan: