Rabu, 28 Februari 2018

PERSOALAN-PERSOALAN TIMBUL DALAM KALANGAN PELAJAR SETELAH KERTAS BAHASA MELAYU UJIAN AWAL TAHUN 2018 BERLALU DAN PENCAPIAN PELAJAR TERKINI

Setelah tiga hari pelajar menjalani Kertas Bahasa Melayu Ujian Awal tahun 2018 pada 26/2/2018, saya telah mengutip beberapa persoalan yang ditimbulkan pelajar kelas 5 Sains.
  1. Tak cukup masa menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
  2. Kertas karangan tidak dapat dihabiskan terutama bahagian penutup.
  3. Tidak dapat menjawab soalan bahagian Komsas Novel.
  4. Cikgu, saya tidak akan mendapat markah cemerlang kerana tidak dapat menjawab soalan dengan baik.
  5. Keliru menjawab soalan rumusan teks.
  6. Cikgu, boleh saya menjawab semula soalan Ujian Awal Tahun 2018?
Saya tidak akan menjawab soalan-soalan pelajar seperti di atas, sehingga saya selesai menyemak kesemua kertas ujian pelajar kelas 5 Sains seramai 23/23 orang, cuma apa yang saya tekankan sebelum Ujian Awal Tahun ialah sasaran Head Count pelajar, malah saya telah cetak sasaran yang mereka persetujui bersama antara saya dan setiap pelajar. Saya bertindak sedemikian rupa untuk memastikan sasaran OT1 tercapai melalui capaian markah sebenar pelajar semasa menjawab soalan Ujian Awal Tahun iaitu AR1. Namun, saya telah membuat kesimpulan berdasarkan sasaran bukan kecemerlangan, tetapi jika pencapaian pelajar cemerlangan, pencapaian berkenaan sebagai bonus serta motivasi untuk mereka membuat lompatan saujana semasa menjawab Ujian Awal Tahun 2018.



HASIL SEMAKAN TERKINI 4/3/2018 BERDASARKAN HEAD COUNT
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR KELAS 5 SAINS

Bil
Nama
TOV
OTI 1
AR 1
M
G
M
G
M
G
1
AHMAD NUR HAIMAN BIN MOHAMAD  ESA
63
B
69
B+
75
A-
2
HAIKAL DANIAL BIN MOHAMAD SOHIB
61
B
67
B+
68
B+
3
HANNAH SAFIAH BINTI MUSTAPA KAMAL
60
B
65
B+
77
A-
4
IZZAH NABILAH BINTI MUHAMMAD SADRI
58
C+
63
B
80
A
5
MOHAMAD AMIRUL SHAFIQ BIN ROSLAN
54
C
59
C+
72
A-
6
MOHAMAD FIRDAUS BIN AHMAD AZLAN
56
C+
62
B
80
A
7
MUHAMAD IRFAN BIN  MOHD YUSOFF
66
B+
71
A-
79
A-
8
MUHAMMAD ALIFF FAHMIN BIN AZIZAN
80
A
83
A
78
A-
9
MUHAMMAD ANIQ BIN KHAIRUL NIZAM
50
C
58
C+
64
B
10
MUHAMMAD HAFFENDI BIN MUHAMAD HUZAIRI
53
C
58
C+
59
C+
11
MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN BASIRUDIN
48
D
56
C+
51
C
12
MUHAMMAD NUR IQBAL BIN NORDDIN
65
B+
72
A-
79
A-
13
NOOR FAZIRAH BINTI ROSLI
48
D
55
C+
68
B+
14
NUR AMALIN BALQIS BINTI MOHAMMAD
53
C
60
B
68
B+
15
NUR FATIHAH BINTI AZIZAN
60
B
66
B+
86
A
16
NUR MUHAMMAD BIN ISMAIL
53
C
60
B
66
B+
17
NUR SHAHIRA DIANA BINTI SHAHRUDIN
50
C
57
C+
67
B+
18
NUR SHUHADA BINTI MOHAMMAD
71
A-
76
A-
87
A
19
NUREEN INSYIRAH BINTI AZIZAN
60
B
65
B+
78
A-
20
NURUL SYAIRAH BINTI ISHAK
50
C
58
C+
77
A-
21
PUTERI NOOR BATRISYIA BINTI MEGAT ISHAK
65
B+
70
A-
75
A-
22
SITI NOR SOPHIEANA BINTI MIOR SABRI
53
C
60
B
63
B
23
WAN NURFAZLIN SOFIA BINTI WAN HARUN
62
B
68
B+
76
A-



Alhamdullilah, proses menyemak kertas Ujian Awal Tahun 2018 kelas 5 Sains telah selesai. Diharapkan pelajar kelas 5 Sains merujuk semula kertas jawapan dan muhasabah diri dengan jawapan yang diberikan. Semoga pelajar dapat mengesan kekuatan dan kelemahan menjawab Soalan Ujian Awal Tahun 2018 melibatkan soalan:-
  1. Karangan berpandu.
  2. Merumus Teks.
  3. Pemahaman Umum ( Teks Rumusan)
  4. Pemamaham Prosa Moden.
  5. Mengesan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan.
  6. Mengesan Kesalahan Kata/Istilah dan Tatabahasa.
  7. Peribahasa
  8. Komsas Novel ( Soalan 4a dan Soalan 4b)
Rumusan terkini daripada saya:-

Pelajar yang telah mencapai target OTI 1, tahniah. Pelajar yang masih belum mencapai target jangan risau kerana Ujian Awal Tahun 2018, sekadar untuk makluman tahap pencapaian awal pelajar dan soalan berkenaan tidak merujuk fortmat soalan peperiksaan sebenar, Namun , bukan bermakna pelajar perlu lega dengan ulasan saya ini tetapi paling utama pelajar perlu memahami strategi  dan kawalan masa semasa menjawab soalan. Diharapkan Ujian Awal Thun 2018 memberi impak kepada kesediaan pelajar untuk menjawab soalan-soalan seterusnya, terutama paling hampir Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan mencakupi format soalan peperiksaan sebenar. Teruskan usaha anda untuk menggapai kecemerlangan.

Insya Allah, saya akan cuba merujuk kekuatan dan kelemahan pelajar menjawab soalan Ujian Awal tahun 2018. Doakan saya terus sihat untuk melakukannya. Aamiin.

SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN UJIAN AWAL TAHUN 2018 BOLEH DIRUJUK PADA CATATAN TERBARU. SEMOGA PELAJAR DAPAT MANFAAT BAHAN YANG DITERBITKAN.