Sabtu, 24 Februari 2018

PERINGATAN KEPADA PELAJAR KELAS 5 SAINS, 4K1 DAN 4K2 ( UJIAN AWAL TAHUN 2018)

PERINGATAN KEPADA PELAJAR,
KARANGAN BERPANDU MEMPERUNTUKKAN 30 MARKAH DAN MASA MENJAWAB DICADANGKAN  45 MINIT. OLEH SEBAB ITU, MASA MENULIS KARANGAN INI AMAT TERHAD. SEBAGAI LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR MEMPUNYAI MASA YANG CUKUP UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN UJIAN AWAL TAHUN 2018, PELAJAR DINASIHAT SUPAYA MEMILIH TIGA ISI YANG DICADANGKAN SAHAJA SEMASA MENULIS KARANGAN BERPANDU, KECUALI PELAJAR YANG MAMPU MENULIS ISI TAMBAHAN. KESIMPULANNYA, SAYA MENCADANGKAN PELAJAR MENGHASILKAN LIMA PERENGGAN KARANGAN BERPANDU SAHAJA IAITU SATU PERENGGAN PENGENALAN, TIGA PERENGGAN ISI, DAN SATU PERENGGAN PENUTUP.

HAL INI KERANA, DENGAN MENULIS LIMA PERENGGAN KARANGAN BERPANDU, PELAJAR DAPAT MENULIS KARANGAN SECARA MATANG DENGAN MENULIS DAN MENYELITKAN :-

  1. KRITERIA YANG DICADANGKAN UNTUK PENULISAN PERENGGAN PENGENALAN CEMERLANG.
  2. KRITERIA YANG DICADANGKAN UNTUK PENULISAN PERENGGAN ISI CEMERLANG, DAN
  3. KRITERIA YANG DICADANGKAN UNTUK PENULISAN PERENGGAN PENUTUP CEMERLANG.
SEBAGAI MAKLUMAT TAMBAHAN, PELAJAR MENULIS 5 PERENGGAN KARANGAN BERPANDU TETAPI PENULISAN BERDASARKAN KRITERIA  JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN SEPERTI DI BAWAH JUGA LAYAK MENDAPAT MARKAH CEMERLANG ATAS.

     CONTOH RUJUKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN KARANGAN.

PERENGGAN PENGENALAN

PERKARA
PENERANGAN
PENGENALAN JENIS LAGU
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


AYAT RANGSANGAN  1
Lirik lagu  Nasyid Aeman di atas memang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya kerana bait-bait lagu tersebut mengingatkan saya kepada kedua-dua yang tersayang.
AYAT RANGSANGAN  2
Jasa insan  bergelar ibu dan  bapa banyak berbakti kepada saya dan tidak termampu untuk saya membalas jasa yang dicurahkan oleh mereka selama ini, kerana jasa ibu bapa tiada kesudahannya kecuali mereka sudah tiada di alam fana ini.
AYAT RANGSANGAN  3
Oleh sebab itu, saya haruslah menjaga nama baik ibu bapa  semasa mereka masih hidup lagi dan jika mereka sudah tiada semuanya sudah tidak berguna.
FRASA MENARIK
Ibu dan bapa merupakan nahkoda yang mengendalikan bahtera rumah tangga dan mereka sentiasa mengharapkan rumah tangga yang dibina bahagia.
UNSUR KBAT
Sekiranya,saya gagal membantu mereka mewujudkan rumahku, syurgaku, sudah pasti mereka akan berasa sedih dan menangisi kegagalan mereka membina keluarga bahagia.

AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah cara-cara untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa saya?

PERENGGAN ISI

TEMA/ KATA KUNCI ISI
Sebagai seorang anak,  saya boleh membalas jasa baik mereka dengan menjaga imej ibu bapa di mata masyarakat.
AYAT HURAIAN 1
Sehubungan  dengan  itu, saya perlu mempamerkan imej dan  perlakuan yang baik  semasa berkomunikasi dengan masyarakat.
AYAT HURAIAN 2
Seyogia, tingkah laku saya pamerkan perlu disenangi masyarakat dan saya perlu berhati-hati untuk tidak menimbulkan perasaan tidak senang hati mereka terhadap diri saya.
AYAT HURAIAN 3
Sebagai seorang anak, saya faham saya merupakan permata dalam keluarga dan hanya dengan sedikit kesilapan saya lakukan akan mencoreng arang di muka mereka.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, saya akan sentiasa hormat terhadap jiran-jiran, guru-guru, serta kenalan ibu bapa saya terutama semasa berbicara dengan mereka.
FRASA MENARIKPepatah Melayu ada mengatakan, akibat nila setitik habis binasa susu sebelanga, justeru, saya perlu sentiasa berhati-hati dan menjaga nama baik ibu bapa saya setiap masa.
 UNSUR KBAT
Sekiranya, saya sentiasa menjaga imej keluarga saya sudah pasti mereka akan dipadang tinggi oleh masyarakat.
AYAT  PENEGASAN
Tegasnya, sebagai seorang anak saya perlu membalas jasa baik mereka dengan menjaga imej ibu bapa di mata masyarakat.

          
PERENGGAN PENUTUP

Ayat Penyimpul
Konklusinya, sebagai seorang anak, saya perlu membalas jasa baik kedua-dua  ibu bapa saya.
Ayat cadangan
Sebagaimana saya jelaskan dibahagian isi, saya perlu membalas jasa baik ibu bapa saya,  antaranya saya perlu belajar dengan bersungguh-sungguh, sentiasa menjaga imej mereka, menjaga mereka ketika sakit, dan membawa mereka melancong ke tempat menarik apabila saya telah bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap.
Ayat huraian cadangan
Hal ini kerana, ibu bapa amat sensitif terutamanya ketika mereka sudah berumur atau tua dan biarlah saya menjadi benih yang baik, dicapak ke laut menjadi pulau, dilontar ke udara menjadi kejora, dan dicapak ke bumi menjadi penawar.
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Oleh sebab itu, saya sebagai seorang anak perlu membalas jasa kedua-dua ibu bapa saya sebelum mereka menghembuskan nafas mereka.
Unsur KBAT
Sekiranya saya dapat membalas jasa ibu saya berdasarkan kemampuan saya, sudah pasti mereka akan gembira dan saya turut berkongsi kegembiraan tersebut.

Frasa menarik
Tambahan pula saya sedar, ibu bapa sayalah  mencorak kehidupan saya kerana saya ibarat kain putih bersih dan mereka mencorak keindahan kain tersebut.
Ayat harapan
Akhir kalam, saya berdoa agar saya diberi ruang untuk membalas jasa baik ibu bapa saya dan saya ingin melihat mereka sentiasa gembira meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih ada.
       
SEMOGA DENGAN PERINGATAN BERKENAAN, PELAJAR BERTENANG, DAN SELESA
UNTUK MENJAWAB SOALAN KARANGAN BERPANDU. HARAP MAKLUM.
"SMK SERI LONDANG EXCELLENT"



Tiada ulasan: