Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Sabtu, 29 Februari 2020
ULANG SEMULA RUMUSAN YANG PERNAH KITA BINCANG DALAM TUSYEN ONLINE. PELAJAR BOLEH MELIHAT FORMAT JAWAPAN SOALAN RUMUSAN YANG TELAH ANDA HASILKAN. SEMOGA ANDA BOLEH MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN DAN CARA MENJAWAB PENGENALAN, ISI TERSURAT, ISI TERISIRAT DAN PENUTUP RUMUSAN. SEMOGA DAPAT MEMBANTU PERSEDIAAN MENGHADAPI PAWAT PADA 3/3/2020
Jumaat, 28 Februari 2020
Khamis, 27 Februari 2020
HASIL PERBINCANGAN JAWAPAN TEMA NOVEL JENDELA MENGHADAP KELAS 4 STEM PETANG TADI. PELAJAR BOLEH MENYALIN HASIL PERBINCANGAN BERKENAAN.
Format jawapan soalan 4(b)
Format
jawapan soalan kajian dua novel tetapi untuk tingkatan 4. Anda hanya
mengkaji Novel Jendela Menghadap Jalan
sahaja. Jawapan hanya soalan novel berkenaan. Harap maklum.( 8 markah )
Berdasarkan kajian satu Novel Jendela
Menghadap Jalan, karya Rohani Matdirin, tema
novel ini berkaitan kecekalan seorang gadis remaja dalam menempuh pelbagai
cabaran dan rintangan untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, Lili menghadapi
masalah untuk menyesuaikan diri semasa berada di kampung datuknya, iaitu
Kampung Sentosa. Namun demikian, Lili berjaya menangani masalah tersebut dengan
jiwa yang cekal.
Selain itu, Lili juga cekal
berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh
jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul oleh suaminya, Seman. Akhirnya,
Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya.
Bahkan juga, Lili cekal
menghadapi dugaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq serta Haziq di
sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan Kampung Sentosa. Akhirnya,
Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.
Akhir sekali, Lili cekal menghadapi kerenah penduduk kampung yang
tidak bersepakat dalam isu pemasangan kubah pada bumbung surau lama kerana
kekurangan nilai keagamaan. Akhirnya, penduduk kampung menerima cadang Lili
untuk membina masjid baharu.
Kesimpulannya, berdasarkan contoh-contoh dan peristiwa dipaparkan di atas jelaslah bahawa tema Novel Jendela Menghadap Jalan berkaitan kecekalan seorang gadis remaja dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan untuk meneruskan kehidupan.
Kesimpulannya, berdasarkan contoh-contoh dan peristiwa dipaparkan di atas jelaslah bahawa tema Novel Jendela Menghadap Jalan berkaitan kecekalan seorang gadis remaja dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan untuk meneruskan kehidupan.
Sebagai makluman, isi cukup dua isi sahaja. Tetapi dalam jawapan di atas disenaraikan 4 isi dan sepatutnya tiga isi dah cukup dan isi ketiga sebagai jawapan "backup"
Rabu, 26 Februari 2020
ASSALAMUALAIKUMUM WARAHMATULAHHIWABARAKTUH, KEPADA PELAJAR 5 SAINS DAN PELAJAR 4 SAINS SILA FAHAMKAN PERTUSAN YANG SAYA SAYA TULIS DI BAWAH.
Assalamualaikum warahmatulahiwabaraktuh. Kelas tuisyen online saya wujudkan untuk memudahkan pelajar kelas 5 Sains terutamanya untuk menjalankan tuisyen sementara saya meminta pelajar 4 STEM menyertainya secara terus dengan melakukan latihan yang sama seperti latihan pelajar ting. 5, di samping itu, saya lampirkan jawapan yang sepatutnya di akhir latihan untuk memudahkan pelajar melihat dan membuat perbandingan jawapan yang mereka berikan. Malangnya, penglibatan segelintir kecil pelajar amat mendukacitakan, mereka tidak langsung melibatkan diri dengan kelas tuisyen saya sediakan dan oleh sebab itu selepas ini saya perlu bertindak sama ada saya perlu meneruskan latihan secara online atau membuat kelas tuisyen secara terus.
Oleh sebab itu, selepas ini saya akan melihat data dan maklumat penghataran kerja tuisyen, dan mengesan siapa yang akur dengan kerja yang diberikan dan siapa yang tidak terlibat langsung dengan latihan dan kerja kelas tuisyen. Jika perlu saya akan memberi amaran kepada mereka yang tidak terlibat, sekiranya perlu saya akan membawa serta mendedahkan data penghantaran kerja pelajar yang terlibat ke peringkat pentadbiran sekolah untuk tindakan selanjutnya. Kesabaran saya ada hadnya, dan saya tidak mahu memaksa pelajar untuk melibatkan diri dengan kelas tuisyen online tetapi demi kebaikan pelajar, saya akan mengambil tindakan selanjutnya. Insya-Allah esok saya akan cuba menyiapkan data penghataran kerja tuisyen online untuk membuat keputusan seterusnya.
Tahniah kepada pelajar yang terus menerus menyiapkan kerja secara online dan saya bermati-matian memproses jawapan pelajar yang dihantar ke email saya, dan saya murnikan ke dalam blog saya. Pelajar perlu faham atas kesukaran saya untuk melaksanakan kelas tuisyen berkenaan. Jika pelajar tidak dapat melayari internet untuk mendapatkan soalan, saya sendiri memberi ruang kepada mereka berjumpa saya untuk mendapat soalan latihan secara manual. Bermakna saya sudah memberi penuh ruang agar penglibatan pelajar kelas 5 Sains menyeluruh. Oleh sebab itu saya, esok saya akan cuba melihat data penghataran buku kerja dan mengesan pelajar yang tidak terlibat dengan tuisyen online dan jika perlu kita ada whatsaap kelas untuk saya memperlihatkan data pelajar menghantar kerja online kepada ibu bapa. Ini amaran saya kepada pelajar yang tidak terlibat dengan tuisyen online kerana kesabaran saya ada hadnya. Ok.
Selasa, 25 Februari 2020
Isnin, 24 Februari 2020
Ahad, 23 Februari 2020
Jumaat, 21 Februari 2020
Khamis, 20 Februari 2020
ASSALAMUALAIKUM KEPADA PELAJAR SAYA YANG SAYA SAYANGI. SEMOGA ANDA SENTIASA MENGIKUTI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI SEBAGAI SUMBER UNTUK MENGASAH KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2020 DAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH. SELAIAN ITU, SAYA CUBA UNTUK MEMBERIKAN LATIHAN BERTERUSAN SAMA ADA MELALUI TUISYEN ONLINE, LATIHAN HARIAN SERTA LATIHAN DALAM CUTI, SAYA JUGA DARI SEMASA KESEMASA MENYELITKAN NOTA PENTING SAMA ADA TATABAHASA, PROSA, NOVEL, SERTA KARANGAN. SEMOGA PELAJAR 5 SAINS, 4 STEM, DAN 4K2 DAPAT MENGIKUTINYA. SAYA HANYA MAMPU UNTUK MENYEDIAKAN BAHAN DAN USAHA UNTUK MEMACU KEJAYAAN TERLETAK PADA USAHA MASING-MASING SAYA HANYA BERTUGAS SEBAGAI FASILITATOR. JIKA ANDA PERLU BANTUAN DAN RUJUKAN SILA BERTEMU SAYA DI BILIK GURU KANAN BAHASA. SAYA AKAN BERUSAHA MEMBANTU ANDA, JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH DALAM KEMAHIRAN BERBAHASA. IKHLAS DARIPADA SAYA TN. HJ. MOHD RAMSUL B. ABD RAHIMAN. INGAT USAHA TANGGA KEJAYAAN. BAHKAN JUGA, BLOG LAMAN BAHASA MELAYU INI BOLEH DIEKSPLOR OLEH GURU-GURU BAHASA MELAYU DAN PELAJAR SMK SERI LONDANG. SEMOGA ANDA BERJAYA MENJADI PELAJAR CEMERLANG DALAM KERTAS BAHASA MELAYU BERFORMAT SPM. INGAT JIKA ANDA MALU, SESAT JALAN. SEKIAN.
Rabu, 19 Februari 2020
PROGRAM MOTIVASI DIRI PELAJAR TING 5 SMK SERI LONDANG, PENCERAMAH JEMPUTAN EN. WAHID B. MOHAMMAD KAUSELOR SMK TRONOH, BATU GAJAH, PERAK.
Pada hari ini, Prorgam Kaunseling diadakan untuk meningkatkan jati diri pelajar dan usaha untuk membanteras masalah disiplin serta ponteng dalam kalangan para pelajar. Semoga dengan usaha ini, masalah dan gejala negatif yang berlaku dalam kalangan segelintir kecil pelajar SMK Seri Londang akan dapat diatasi. Insya-Allah.
TARIKH : 19/2/2020 MASA : 12.00 THG
HARI : RABU
TEMPAT : DEWAN GEMILANG SMK SERI LONDANG.
TARIKH : 19/2/2020 MASA : 12.00 THG
HARI : RABU
TEMPAT : DEWAN GEMILANG SMK SERI LONDANG.
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
Semoga dengan adanya Program Sentuhan Awal pelajar SPM 2020, diharapkan mereka dapat fokus dan bersedia menghadapi Peperiksaan SPM 2020.
Ahad, 16 Februari 2020
Sabtu, 15 Februari 2020
Jumaat, 14 Februari 2020
Selasa, 11 Februari 2020
HASIL RUMUSAN TEKS DAN SOALAN PEMAHAMAN OLEH PUTERI NURANISYA AQILAH BT. ALAN KERJA RUMAH SAYA TINGGALKAN SEMASA SAYA SEBAGAI WAKIL PENGETUA UNTUK PEMBENTANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN SEKOLAH DI PPD SEMALAM. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ATAS RUMUSAN DAN JAWAPAN PEMAHAMAN YANG ANDA HANTAR. PERBINCANGAN HASILAN PELAJAR 5 SAINS, 4 STEM HARI INI.
Sabtu, 8 Februari 2020
Jumaat, 7 Februari 2020
Khamis, 6 Februari 2020
Rabu, 5 Februari 2020
FAHAMI FORMULA TATABAHASA EKSPRES UNTUK PENGUASAAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA DI BAWAH. PASTIKAN ANDA MENDAPATKAN BANTUAN GURU BAHASA UNTUK PENERANGAN SEKIRANYA ADA MAKLUMAT PADA NOTA BERKENAAN SEKIRANYA ANDA TIDAK FAHAM. SEGALA PERMASALAHAN TATABAHASA AKAN DAPAT DISELESAIKAN SEKIRANYA ANDA FAHAM MENJAWAB SOALAN TATABAHASA YANG DIKEMUKAKAN. JAWAPAN SOALAN AKAN SAYA TERBITKAN KEMUDIAN.
Isnin, 3 Februari 2020
NOTA SYAIR BIDASARI DAN SOALAN LATIHAN PEMAHAMAN SOALAN 2 (C) YANG AKAN DIBINCANG DALAM PdPC ESOK. INYSA-ALLAH.
Di bawah saya lampirkan nota Puisi
Tradisional Syair Bidasari ( Jamilah Hj. Ahmad) untuk pelajar Tingkatan 4 Stem
2020. Begitu juga pelajar 4 K2 2020.
SYAIR BIDASARI
A. MAKSUD RANGKAP
Rangkap 1
Dengarkan
tuan suatu riwayat
Raja di
desa Negeri Kembayat
Dikarang
fakir dijadikan hikayat
Supaya
menjadi tamsil ibarat
Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat.
Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri.
Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.
Rangkap 2
Ada raja
suatu negeri,
Sultan
halifah akas bestari,
Asalnya
baginda raja yang bahari,
Melimpah
ngadil dagang senteri.
Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang
gagah perkasa lagi bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada
peringkat awal sebelum dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit
kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).
Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang
mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada
sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 4
Seri
sultan raja bestari,
Setelah
ia sudah beristeri,
Beberapa
bulan beberapa hari,
Hamillah
puteri permaisuri.
Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam
perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri pun hamil.
Rangkap 5
Beberapa
lamanya dalam kerajaan,
Baginda
duduk bersuka-sukaan,
Datanglah
beroleh kedukaan,
Baginda
meninggalkan takhta kerajaan.
Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman
sentosa, dugaan mala petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari
istana.
Rangkap 6
Datanglah
kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas
gurda sangat perkasa,
Menjadi
negeri rosak binasa.
Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang
di ruang angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam
epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga
menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.
Rangkap 7
Datanglah
menyambar suaranya bahana,
Gemparlah
sekalian mulia dan hina,
Seisi
negeri gundah-gelana,
Membawa
diri ke mana-mana.
Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa.
Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan.
Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah
tujuan.
Rangkap 8
Baginda
pun sedang dihadap orang,
Mendengar
gempar seperti perang,
Bertitah
baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil
menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di
medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas
tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.
B. Tema
Menceritakan Raja Kembayat Negara dan Permaisurinya yang sedang
melarikan diri telah tiba di sebuah hutan. Mereka telah tiba di sebuah kampung
dan permaisuri yang sarat mengandung telah tiba waktu untuk bersalin.Mereka
mencari tempat persinggahan yang sesuai yang berhampiran dengan sungai.
C. Persoalan
Persoalan perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha
mencari kehidupan yang lebih terjamin.
Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang
tersayang.
Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.
C. Bentuk
Terdiri daripada 8 rangkap.
Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah
kata.
Semua baris adalah maksud.
Rima akhir aaaa.
Rima akhir aaaa.
D. Gaya Bahasa
Asonansi -Pengulangan huruf vokal - Dengarkan tuan suatu
riwayat (a)
Aliterasi - Seri sultan raja bestari (s)
Bahasa klasik- akas, ngadil, halifah, takhta
Bahasa istana - baginda, permaisuri, takhta
E. Nilai
Nilai ketaatan
Rakyat Kembayat taat kepada sultan pemerintah.
Nilai tanggungjawab
Raja negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri.
Nilai keprihatin seorang pemimpin
Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh
orang lain.
Nilai kasih-sayang
Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.
Nilai kasih-sayang
Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.
F. Pengajaran
Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan agar
hidup lebih bermakna.
Kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka
beroleh kebahagiaan .
Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang tanggung oleh
orang lain.
Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana negara kita
sentiasa aman dan makmur.
Kita mestilah berani menghadapi cabaran masa depan.
Kita mestilah bijak mentadbir negara untuk kebaikan bersama.
Langgan:
Catatan (Atom)