Assalamualaikum warahmatulahiwabaraktuh. Kelas tuisyen online saya wujudkan untuk memudahkan pelajar kelas 5 Sains terutamanya untuk menjalankan tuisyen sementara saya meminta pelajar 4 STEM menyertainya secara terus dengan melakukan latihan yang sama seperti latihan pelajar ting. 5, di samping itu, saya lampirkan jawapan yang sepatutnya di akhir latihan untuk memudahkan pelajar melihat dan membuat perbandingan jawapan yang mereka berikan. Malangnya, penglibatan segelintir kecil pelajar amat mendukacitakan, mereka tidak langsung melibatkan diri dengan kelas tuisyen saya sediakan dan oleh sebab itu selepas ini saya perlu bertindak sama ada saya perlu meneruskan latihan secara online atau membuat kelas tuisyen secara terus.
Oleh sebab itu, selepas ini saya akan melihat data dan maklumat penghataran kerja tuisyen, dan mengesan siapa yang akur dengan kerja yang diberikan dan siapa yang tidak terlibat langsung dengan latihan dan kerja kelas tuisyen. Jika perlu saya akan memberi amaran kepada mereka yang tidak terlibat, sekiranya perlu saya akan membawa serta mendedahkan data penghantaran kerja pelajar yang terlibat ke peringkat pentadbiran sekolah untuk tindakan selanjutnya. Kesabaran saya ada hadnya, dan saya tidak mahu memaksa pelajar untuk melibatkan diri dengan kelas tuisyen online tetapi demi kebaikan pelajar, saya akan mengambil tindakan selanjutnya. Insya-Allah esok saya akan cuba menyiapkan data penghataran kerja tuisyen online untuk membuat keputusan seterusnya.
Tahniah kepada pelajar yang terus menerus menyiapkan kerja secara online dan saya bermati-matian memproses jawapan pelajar yang dihantar ke email saya, dan saya murnikan ke dalam blog saya. Pelajar perlu faham atas kesukaran saya untuk melaksanakan kelas tuisyen berkenaan. Jika pelajar tidak dapat melayari internet untuk mendapatkan soalan, saya sendiri memberi ruang kepada mereka berjumpa saya untuk mendapat soalan latihan secara manual. Bermakna saya sudah memberi penuh ruang agar penglibatan pelajar kelas 5 Sains menyeluruh. Oleh sebab itu saya, esok saya akan cuba melihat data penghataran buku kerja dan mengesan pelajar yang tidak terlibat dengan tuisyen online dan jika perlu kita ada whatsaap kelas untuk saya memperlihatkan data pelajar menghantar kerja online kepada ibu bapa. Ini amaran saya kepada pelajar yang tidak terlibat dengan tuisyen online kerana kesabaran saya ada hadnya. Ok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan