Laman Bahasa Melayu SPM: 2018

LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4 SAINS, DAN PELAJAR KELAS 5K1 SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5K1 BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2019 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Sabtu, 29 Disember 2018

FOKUS PERTAMA ITEM KERTAS BAHASA MELAYU 2, SOALAN 1 RUMUSAN TEKS UMUM PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN 2019


PERBINCANGAN PERTAMA DAN KEDUA SESI PERSEDIAAN TINGKATAN 5 SESI PdPC 2019. 

SOALAN
FORMAT
KEPERLUAN
LANGKAH MENGATASI
MARKAH
SOALAN RUMUSAN
1
RUMUSAN
FAHAM FORMAT RUMUSAN
        a)      Perenggan pengenalan.
        b)      Perenggan isi tersurat
        c)      Perenggan isi tersirat
        d)      Perenggan penutup

       Sekiranya pelajar faham cara menulis perenggan pengenalan, cara mencari isi tersurat dengan tepat, cara mencari dan menulis  isi tersirat dengan tepat (KBAT), dan cara menulis perenggan penutup dengan betul, pelajar mudah mendapat markah penuh 30, iaitu markah paling banyak dalam kertas Bahasa Melayu Kertas 2.

Pengenalan: -Petikan + perubahan istilah isi tersurat + dalam kalangan masyarakat di negara/ di Malaysia. ( Rujuk soalan)
                             -Rumusan + perubahan istilah isi tersurat + salin sahaja frasa  isi tersirat yang ada pada soalan.
  
       Sebagai peringatan istilah yang
       ditanya sudah keluar daripada istilah biasa dikeluarkan bermula pada tahun lepas 2018, bermakna pelajar perlu bersedia dengan istilah isi tersurat dalam kertas rumusan SPM 2019. (Unsur KBAT)
       
       Isi tersurat: Pelajar perlu faham mengesan isi tersurat iaitu isi berdasarkan kata kunci tersurat pada soalan. Isi tersurat dapat dikesan dalam teks rumusan dan elakkan menyalin contoh dan huraian teks.

       Isi tersirat: Pelajar perlu faham kata  kunci isi tersirat  dan isi yang diperoleh tidak ada dalam teks dan lebih kepada isi KBAT  iaitu (Pandangan pelajar berdasarkan kata kunci isi tersirat)
       Pelajar perlu mencapah jawapan dengan merujuk isi berdasarkan :-
       i)  Fokus kendiri.
      ii)  Fokus ibu bapa
     iii)  Fokus masyarakat.
     iv)  Fokus Go dan Ngo.
      v)  Fokus Kerajaan/Negara.
      
       Perenggan penutup: Kesimpulan,
       + mereka yang terlibat + supaya /agar + kesan akibat.
       
LATIHAN DAN PEMAHAMAN FORMAT SOALAN ( PELAJAR PERLU TAHU APA YANG PERLU DIJAWAB DAN  TAHU CARA ). DICADANGKAN:-
i) Pelajar perlu banyak membuat latihan terutama soalan SPM tahun-tahun lepas.
ii) Pelajar boleh membuat latihan daripada soalan-soalan rumusan peperiksaan percubaan negeri-negeri dan boleh merujuk skema jawapan.
iii) Pelajar juga perlu membuat latihan tambahan dan hasil latihan perlu disemak guru untuk mengetahui kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
iv) Pelajar perlu mendapatkan bimbingan guru dan sentiasa bertanya cara menjawab dengan betul soalan rumusan.
v)  Pelajar perlu memastikan penulisan setiap perenggan pengenalan tepat, faham mencari kata kunci isi tersurat, dan mengesan isinya, faham mencari isi tersirat berdasarkan kata kunci isi tersirat, dan menulis perenggan penutup.
   30

KESIMPULAN:-
BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA SEBAGAI GURU, RATA-RATA PELAJAR TIDAK MENGUASAI KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN RUMUSAN KERANA:-
  1. MENGANGGAP SOALAN RUMUSAN SUKAR DAN ADA YANG TIDAK MENJAWAB SOALAN RUMUSAN.
  2. TIDAK MEMBUAT LATIHAN DAN MENGHANTAR LATIHAN UNTUK SEMAKAN GURU..
  3. TIDAK MEMBUAT LATIHAN KENDIRI ( LATIHAN INI AMAT PENTING KERANA SETIAP SOALAN DAN DIIKUTI DENGAN LATIHAN BERTERUSAN AKAN MEMANTAPKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN RUMUSAN)
  4. TIDAK FAHAM MENULIS PENGENALAN RUMUSAN.
  5. TIDAK FAHAM MENCARI KATA KUNCI ISTILAH ISI TERSURAT.
  6. TIDAK FAHAN MENCARI ISTILAH KATA KUNCI ISI TERSIRAT.
  7. TIDAK FAHAM UNTUK MENGESAN ISI TERSURAT DALAM PETIKAN TEKS.
  8. TIDAK FAHAM MENCARI ISI TERSIRAT SEPERTI PENDAPAT BERKIATAN SOALAN.
  9. TIDAK FAHAM MENULIS PENGENALAN PENUTUP.

SEDANGKAN SOALAN RUMUSAN MERUPAKAN LUBUK MARKAH KERANA 30 MARKAH DIPERUNTUKKAN UNTUK SOALAN BERKENAAN. PELAJAR TIDAK BOLEH MEMANDANGKAN MUDAH SERTA PERLU BERUSAHA UNTUK MENGUASAI SOALAN BERKENAAN KERANA PENGUASAAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN INI MEMPENGARUHI MARKAH KESELURUHAN KERTAS BAHASA MELAYU 2.


SOALAN LATIHAN RUMUSAN DAN LATIHAN SOALAN PEMAHAMAN UMUM.

Soalan I: Rumusan
(30 markah)

(SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017)

Baca petikan berikut dengon teliti, kemudian buat rumusan tentang manfaat-manfaat ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

         Kebelakangan ini, kerajaan amat menekankan satu lagi cabang ekonomi yang sedang pesat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonorni digital. Ekonomi bentuk baharu ini yang diumurnkan sendiri oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Pada hari ini, kebanyakan usahawan telah beralih menjalankan perniagaan daripada berbentuk konvensional dengan menjual produk-produk mereka di premis-premis perniagaan kepada premis perniagaan alam maya. Premis perniagaan alam maya sama ada melalui laman sesawang, blog mahupun laman sosial yang lain telah menjadi trend baharu perniagaan yang dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah.

         Ledakan teknologi lnternet sejak pertengahan tahun 1990-an telah mengubah tingkah laku manusia termasuklah dalam urusan jual beli. Melalui pendekatan ekonomi digital, urusan. jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah turut dapat menjimatkan masa para pembeli. Hal ini dikatakan demikian kerana sesiapa sahaja boleh berusan juat beli tanpa perlu pergi ke prermis-premis perniagaan untuk membeli produk yang dikehendaki. Pengenalan konsep e-dagang turut memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport  barangan dan produk di seluruh dunia. Oleh sebab kerajaan menyedari kepentingan ekonomi digital ini, keraiaan telah melancarkan inisiatif ekonomi digital melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22 Mac 2017.

        Kombinasi antara alam maya dengan alam nyata mampu mencetuskan ledakan ekonomi yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Kecekapan perniagaan mampu ditingkatkan lagi, dan pada masa yang sama para pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya rnelalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Oleh itu, pendekatan baharu seperti ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada masa ini yang lebih cenderung untuk menjalankan sebarang urusan termasuklah jual beli secara  maya. Melalui ekonomi digital juga, dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia yang melibatkan pertumbuhan eksport barangan sebanyak RM 112 bilion merjelang tahun 2025.

Sebelum ini, pelbagai masalah telah menyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sukar memasuki gerbang perniagaan global. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha PKS ialah masalah pemasaran, produktiviti dan teknologi yang rendah, kekurangan modal dan pembiayaan, serta masalah lokasi. Hal ini meniadikan hanya 37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disumbangkan oleh PKS.  Namun begitu, dengan adanya konsep ekonomi ,digital, KDNK Malaysia melalui PKS pada masa & iradapan bolelr ditingkatkan kepada 80 peratus. Hal ini berlaku demikian kerana PKS j uga boleh memasuki pintu gerbang perniagaan global sehingga dapat merancakkan lagi sektor berkenaan. Keadaan ini seterusnya telah membuktikan bahawa ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar. Kemajuan dalam industri PKS sedikit sebanyak dapat menangani migrasi penduduk luar bandar ke bandar apabila mereka turut mampu menjalankan perniagaan di desa dan kampung tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar.

Dipetik dan diubah suai daripada
'Ekonomi Digital Pacu Ekonomi Masa Hadapan'
oleh Roharni Shafie
Dewan Masyarakat, Bil.7 2017


Pembahagian markah berdasarkan setiap perenggan.


Bahagian

ISI
Markah

i)   Pendahuluan


2

ii)  Isi Tersurat

4


6


8


10


12



16

iii) Isi Tersirat

12


10


8


6


4


iv) Penutup










2


Jumlah Markah


20




Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut :

Peringkat
Markah Isi
Markah Bahasa
Huraian
Baik
 18 – 20
 15 - 17
9 – 10 
               7 – 9

Kesinambungan isi baik
Struktur ayat/tatabahasa baik
Kosa kata luas
Tanda baca/ejaan betul

Sederhana
12 - 14
8 - 11
6 – 7
4 – 6

Kesinambungan isi masih baik
Struktur ayat/tatabahasa masih
   memuaskan
Kosa kata masih memuaskan
Tanda baca/ejaan juga
   memuaskan

Lemah
1 - 7
1 - 4

Pada keseluruhannya dalam serba
   kekurangan/tidak memuaskan.


SKEMA JAWAPAN:-
PENDAHULUAN RUMUSAN:- ( 2 MARKAH)
Pendahuluan
AYAT PENDAHULUAN
MARKAH
P1
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / Kelebihan- kelebihan / faedah-faedah ekonomi digital kepada negara kita / Malaysia.
2 M
P2
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / kelebihan- kelebihan / faedah-faedah ekonorni digital dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
2 M
P3
Rumuan membincangkan kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan /
kelebihan-kelebihan / faedah-faedah ekonomi digital dan kekangan-kekangannya.
2 M
P4
Petikan / Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / kelebihan-kelebihan / faedah-faedah ekonomi digital.
1 M
P5
Petikan mernbincangkan kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / kelebihan-kelebihan / faedah-faedah ekonomi digital dan kekangan-kekangannya.
1 M
P6
Petikan / Rumusan membincangkan manfaat-manfaat ekonomi digital.
1 M

ISI TERSURAT- MANFAAT-MANFAAT EKONOMI DIGITAL  ( 12 MARKAH)
BIL
ISI
MARKAH
1
Enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia
2 M
2
Dapat menjanakan pendapatan tarnbahan kepada mana-rnana pihak termasuklah suri rumah.
2 M
3
urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah
2 M
4
Dapat rnenjimatkan masa para pembeli
2 M
5
Memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan
2 M
6
Para pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya melalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut
2 M
7
Ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada masa ini
2 M
8
Dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia
2 M
9
KDNK Malaysia melalui PKS pada masa hadapan boleh ditingkatkan kepada 80 peratus.
2 M
10
Ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar
2 M



KAEDAH MENULIS PENUTUP RUMUSAN:-
Kata Kesimpulan
Ayat Cadangan/ Pihak terlibat
Kata hubung
Ayat harapan

Konklusinya,


kita hendaklan memanfaatkan ekonomi digital  ( 1markah

agar / supaya

ekonomi negara kita seiring dengan negara maju.






      

PERINGATAN: PELAJAR PERLU MAHIR MENULIS PENUTUP RUMUSAN UNTUK MENGELAKKAN KEHILANGAN 2 MARKAH.

CONTOH PENUTUP:-
1. Kesimpulannya, kita hendaklah memanfaatkan ekonomi digital agar ekonomi negara berkembang
    seiring dengan negara maju.         [2 markah]

2. Kesimpulannya, kita hendaklah memanfaatkan ekonomi digital.           [1 markah]

CONTOH RUMUSAN LENGKAP:-

Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan ekonomi digital kepada negara kita / Malaysia.

    Kebaikan ekonomi digital kerana ekonomi digital merupakan enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Selain itu, ekonomi digital dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah dan menjadikan urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah dapat menjimatkan masa para pembeli. Bahkan juga, ekonomi digital memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan serta para pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya melalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Malah, ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar.

    Namun begitu terdapat kekangan-kekangan ekonomi digital apabila masyarakat sendiri tidak faham kebaikan ekonomi digital dan bank sendiri tidak mahu memberi pinjaman kepada golongan belia yang berminat untuk menyerta ekonomi digital.

        Kesimpulannya, kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk menggalakkan remaja menyertai ekonomi digital agar negara akan bertambah maju.

                                                                                                                          140 patah perkataan.

Patah perkataan rumusan di atas amat panjang kerana isi keempat amat panjang. Oleh sebab itu, pelajar boleh memilih isi yang pendek patah perkataannya, iaitu sama ada isi  7, 8, atau 10.

Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan ekonomi digital kepada negara kita / Malaysia.

    Kebaikan ekonomi digital kerana ekonomi digital merupakan enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Selain itu, ekonomi digital dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah dan menjadikan urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah dapat menjimatkan masa para pembeli. Bahkan juga,  Dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia. Malah, ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar.

    Namun begitu terdapat kekangan-kekangan ekonomi digital apabila masyarakat sendiri tidak faham kebaikan ekonomi digital dan bank sendiri tidak mahu memberi pinjaman kepada golongan belia yang berminat untuk menyerta ekonomi digital.

        Kesimpulannya, kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk menggalakkan remaja menyertai ekonomi digital agar negara akan bertambah maju.

                                                                                                                  116 patah perkataan

Pelajar perlu bijak memilih isi, agar patah perkataan anda tidak melebihi 120 patah perkataan. Sekiranya anda menulis lebih 120 patah perkataan isi atau penutup yang berada lebih 120 patah perkataan tidak akan dikira. Sila berhati-hati.