LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Rabu, 29 November 2017

SUASANA PELAJAR KELAS 5 SAINS SETELAH BERAKHIRNYA KERTAS PEPERIKSAAN TERAKHIR PADA 27 NOVEMBER 2017

SUASANA PELAJAR KELAS 5 SAINS SETELAH BERAHIRNYA
KERTAS TERAKHIR SPM PADA 27/11/2017







KENANGAN BERSAMA-SAMA PELAJAR KELAS 5 SAINS SELAMA 7 BULAN, BERMULA PADA BULAN APRIL 2017 SEHINGGA KINI. SAYA MENDOKAN KALIAN AKAN CEMERLANG PADA SPM 2017. JIKA SAYA MASIH DI SMK SERI LONDANG, SAYA AKAN BERSAMA-SAMA MERAIKAN KECEMERLANGAN KALIAN,  AAMIIIN.

Ahad, 26 November 2017

PEPERIKSAAN SPM 2017 AKAN MENUTUP TIRAINYA, JUSTERU SAYA INGIN MENYINGKAP SEMULA NOSTALGIA SERTA PERANAN SAYA SEBAGAI GURU BAHASA MELAYU TAHUN 2017 DAN 2018

PENGALAMAN MENGAJAR BAHASA MELAYU KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG 2017 DAN APA YANG BERLAKU KEPADA  SAYA PADA TAHUN 2018

        Sebagaimana kita sedia maklum, peperiksaan SPM 2018 akan melabuhkan tirainya pada 4 Disember 2017 secara rasmi. Oleh sebab itu, pelajar tingkatan 4 2017, perlu bersedia daripada sekarang untuk melakukan persediaan awal kerana masa itu emas, dan pada masa yang sama sekiranya ditanya kalangan pelajar SPM 2017, mereka sudah pasti menjawab masa berlalu sepantas kilat dan mereka sudah pasti gembira, sekiranya mereka berjaya menjawap soalan kertas Peperiksaan Bahasa Melayu SPM 2017 yang telah dilalui pada 6 November 2017 mereka akan puas tetapi jika tidak mereka akan sesal kenapa tidak bertindak awal menghadapi Bahasa Melayu  SPM 2017. Sudah jelas, peranan pelajar merupakan faktor utama ke arah kejayaan mereka menghadapi peperiksaan awam tersebut. Bukan sahaja pelajar merasai kesan atau impak peperiksaan SPM 2017, malah guru mata pelajaran Bahasa Melayu juga terkesan sama.

             Oleh sebab itu, saya sebagai seorang guru sentiasa peka dengan situasi berkenaan dan perlu melakukan persiapan awal untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran 2018. Sebagai seorang guru yang baru di SMK Seri Londang dan memulakan tugas sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu Kelas 5 Sains secara tidak rasmi pada bulan Mei 2017, dan secara rasminya pada penghujung bulan Julai 2017, banyak nostalgia saya alami. Pertama, setelah tiga tahun berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah pada tahun 2014 sebagai Penolong PPD Kurikulum Bahasa, saya terpaksa meninggalkan kerjaya saya berkenaan apabila saya menghadapi masalah serius akibat kanser usus pada pertengahan tahun 2016, dan pada bulan April 2017 saya telah ditukar ke SMK Seri Londang sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru biasa setelah saya memohon meletakkan jawatan sebagai jawatan hakiki saya DG 44. Sememangnya, agak sedih untuk melepaskan jawatan berkenaan tetapi demi untuk kesihatan dan tidak mahu kehadiran saya di PPD menyusahkan pegawai lain. Ramai juga rakan-rakan guru bertanya soalan tugasan saya di SMK Seri Londang, adakah saya memegang jawatan Penolong Kanan dan jawapan mudah untuk saya menjawab soalan berkenaan, "Saya turun ke SMK Seri Londang sebagai guru biasa kerana saya lebih mengutamakan kesihatan daripada jawatan." Memang saya anggap keputusan saya tepat kerana jika saya memegang jawatan sudah pasti saya akan tertekan atau stres dengan tanggung jawab sebagai seorang pentadbir Saya berpendapat keputusan saya tepat kerana saya berjaya menjalankan tugasan saya sebagai seorang Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu tetapi oleh sebab masa saya bersama dengan pelajar Kelas 5 Sains selama 7 bulan, saya dapati hanya segelintir pelajar mampu mencapai aras cemerlang Atas (A+) tetapi rata-rata pelajar berjaya melonjakkan diri mereka ke arah cemerlang, dan cemerlang bawah.

             Sebagai bekas guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga  Ketua Panitia Bahasa Melayu SMKA Sultan Azlan Shah, target utama saya adalah untuk membantu pelajar menggapai ( A+), iaitu sebelum saya menjawat jawatan sebagai Pegawai di PPD, dan saya amat puas hati tugasas saya sebagai guru bahasa Melayu di sekolah ini sepanjang bertugas selama 12 tahun. Cuma saya berdoa semoga keputusan SPM 2017, ada pelajar saya akan menggapai A+ dan saya sasarkan kepada 3 orang pelajar dan jika diiazinkan Tuhan mungkin lebih kerana pelajar yang mencapai Gred A seramai 8 orang, tiga orang pelajar menggapai gred A semasa ( peperiksaan Pertengahan Tahun PPT dan 8 orang semasa Peperiksaan Percubaan SPM (PAT) 2017. Walaubagaimanapun, salah seorang pelajar boleh menggapai A+ semasa PAT tetapi oleh sebab kertas karangannya tidak mencapai slot cemerlang atas kerana penulisan karangan tidak menunjukkan kematangan sungguhpun bahasanya mantap dan markahnya 85%. Kertas bahasa Melayu beliau mencapai cemerlang atas tetapi kurang mantap iaitu 90%, dan tidak dapat membantu untuk mencapai cemerlang atas untuk keputusan keseluruhan kertas Bahasa Melayu (1103). Saya dapat megesan prestasi pelajar menggunakan Analisa Item Bahasa Melayu Menengah Atas  AIBMMA) yang saya wujudkan tujuan berkenaan.

               Berdasarkan intervensi ke arah melahirkan pelajar cemerlang atas, cukup mantap kerana saya ada (AIBMMA), selain itu saya menghasilkan Modul Kertas BM1 dan Kertas BM2 untuk kegunaan pelajar, saya ada blog Laman Bahasa Melayu SPM ini sebagai bantuan memperkasakan bahasa Melayu SMK Seri Londang, namun agak malang kerana pelajar SMK Seri Londang terletak di kawasan luar bandar, tidak semua pelajar dapat capaian internet tetapi itu bukan merupakan masalah utama kerana pelajar ada telefon pintar untuk mengakses capaian blog, selain itu pelajar juga telah mewujudkkan kumpulan 'whatasaap' tetapi penggunaannya baik tetapi pelajar gagal untuk menggunakannya dengan lebih baik, maksud saya pelajar tidak banyak bertanya soalan untuk memahirkan mereka meningkatkan penguasaan bahasa, sama ada kertas 1 atau kertas 2.  Bahkan juga saya mewujudkan Jadual Pengembangan Idea Untuk Menghasilkan Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan Penutup ke arah menghasilkan karangan Cemerlang Atas, tetapi pelajar masih gagal untuk menghasilkan kerangan cemerlang atas sedangkan bahan atau sumber penulisan banyak dalam modul bahasa sama ada kertas 1 atau 2. Selain itu, pelajar juga saya bekalkan banyak bahan berbentuk kemahiran untuk menjawab kedua-dua kertas. Oleh sebab itu, saya merumuskan mereka gagal dalam kemahiran merujuk bahan terutama tidak mengumpulkan bahan berkenaan dalam fail khas serta sistem fali mereka lemah. Oleh sebab itu, jika saya diberikan ruang untuk membimbing pelajar SPM 2018, banyak perkara yang perlu saya beri perhatian kepada pelajar.

                 Sepanjang saya berada di SMK Seri Londang, saya banyak kali menimbulkan pertanyaan dan cadangan untuk memperkasakan Organisasi Panitia Bahasa semasa mesyuarat pengurusan melibatkan guru bahasa Melayu dan Guru Kanan Bahasa serta mesyuarat pengurusan Kurikulum kerana saya amat sensitif untuk melihat organisasi ini mantap kerana organisasi amat penting bagi saya terutama untuk melihat guru-guru Bahasa Melayu di SMK Seri Londang mampu melahirkan PdP berkesan terutama melibatkan kaedah pengajaran, teknik pemeriksaan kertas agar semakan selaras, serta pengetahuan mengenai teknikal menjawab kertas peperiksaan sama ada PT3 atau SPM agar profesionalisme guru mantap untuk melahirkan pelajar cenerlang. Saya tidak terkejut apabila saya diberi tanggungjawab sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu 2018 dan pihak pentadbir secara tidak rasmi memohon saya untuk mengendalikan kelas Peperiksaan dan saya tidak mahu memperkatakannya terutama kelas mana saya perlu kendalikan pada tahun 2018 selagi tidak mendapat keputusan rasmi semasa mesyuarat pengurusan Kurikulum yang akan bersidang pada 27 Disember 2018. Cuma saya sudah dapat mengesan keputusannya apabila PK1 dan Pengetua seperti sudah memberikan kenyataan secara tidak rasmi, apapun keputusannya saya memang sudah bersedia kerana banyak perkara yang perlu saya lakukan kerana setiap tanggungjawab yang diberikan kepada saya akan saya kotakan kerana apabila saya mempersoal, dan melontarkan pandangan semasa mesyuarat pengurusan kerana saya cakna dan ingin melihat bahasa Melayu perlu diperkasakan kerana sebelum memperkasakan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar guru-guru Bahasa Melayu juga perlu diperkasakan terlebih dahulu agar pelajar akan terbimbing ke arah kecemerlangan PT3 dan SPM 2018. Guru bahasa Melayu perlu sedar peranan masing-masing kerana kecemerlangan PT3 bermula daripada tingkatan 1, diikuti tingkatan 2 dan akhirnya tingkatan 3 sebagai pengakhiran untuk menengah bawah dan kecemerlangan pelajar menengah atas bermula daridapa ting 4 dan pengkahiran semasa pelajar berada di tingkatan 5, justeru kecemerlangan perlu disemai dan tanggungjawab berkenaan bukan tertanggung di bahu guru tingkatan 3 untuk menengah bawah dan di bahu guru tingkatan 5 untuk menengah atas. Impaknya, kejayaan pelajar PT3 dan pelajar SPM merupakan kejayaan bersama. Insya-Allah, saya akan cuba dan berusaha untuk memperkasakan Bahasa Melayu kalangan guru dan pelajar SMK Seri Londang, dan akan menggunakan pengalaman saya sebagai seorang guru Bahasa selama 26 tahun, cuma saya perlukan kerjasama guru-guru Bahasa Melayu kerana kecemerlangan milik bersama kerana berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing dan cubit peha kanan, peha kiri terasa.

        Banyak tugasan dan peranan saya untuk memperkasakan bahasa Melayu sepanjang menjadi guru biasa semula dan bagi saya tugasan berkenaan lebih berkesan berbanding epanjang saya bertugas sebagai Penolong PPD Kurikulum Bahasa, di PPD Perak Tengah. Antaranya, saya amat gembira kerana saya dapat mengaktifkan semula Blog Laman Bahasa Melayu ini. Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada panitia, Guru Kanan Bahasa  dan pentadbir sekolah sama ada sekolah dalam daerah atau sekolah di luar daerah Perak Tengah yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan Teknik dan  Bengkel Kecemerlangan SPM 2017, antara SMK Tronoh, GK Bahasa Puan Hajah  Nor Asiah, SMK Seri Iskandar untuk Kem Pelajar Sederhana dan Cemerlang Di PULARES Batu Gajah pada minggu yang berlainan, GK Bahasa En. Rosli b. Samut SMK Batu 10, Lekir Setiawan dan tidak ketinggalan kepada Ketua Unit Akademik, En. Munif dan EN Azhar PPD Perak Tengah kerana memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan Kem Halus dijalankan di SMK Seri Londang untuk Zon Bota dan Kem Kecemerlangan SPM di SMK Dato' Seri Maharaja Lela, dan Kem Kecemerlangan SMK Seri Londang di PULARES Batu Gajah. Pada masa yang sama, saya memohon maaf kepada PK1 SMK Changkat Lada dan Pegawai  PPD Manjung kerana tidak dapat menerima undangan untuk menyampaikan Teknik Menjawab Peperiksaan SPM 2017 kerana masalah PdP dan pada masa yang sama, saya sendiri terlibat dengan Program Kecemerlangan SMK Seri Londang. Sesungguhnya, setiap kali saya menyampaikan perkongsian ilmu berkenaan, penyampaian saya untuk teknik menjawab semakin mantap dan pada masa yang sama bahan-bahan saya sampaikan bertambah mantap dan sudah pasti aset berkenaan dapat membantu saya menyampaikannya semasa PdP dengan pelaja 5 Sains SMK Seri Londang. Inysa-Allah sekiranya saya mendapat undangan lagi pada tahun 2018, saya akan cuba membantu memperkasakan penguasaan pelajar untuk menjawab kertas Bahasa Melayu (1103) cuma masa, perlu diberi perhatian kerana untuk melengkapkan penyampaian masa dipertuntukkan untuk kedua-dua kertas sekurang-kurangya 3 jam atau, barulah pengisian untuk kertas BM 1 dan BM 2 mantap dan penyampaian boleh secara santai. Insya-Allah.

            Selain itu, Pengetua SMK Seri Londang telah memberi gambaran pada tahun 2018, tugasan saya bertambah terutama apabila saya diberikan mandat untuk mengelolakan Organisasi Pantia bahasa Melayu dan juga mengendalikan kelas peperiksaan SPM. Pertama sekali saya bersyukur kehadrat Illahi kerana memberikan saya kesihatan tubuh badan dan saya berdoa dan mengharapkan doa sesiapa sahaja mengenali saya supaya kanser usus saya akan pulih sepenuhnya, kerana sehingga kini saya sentiasa akur dan meneruskan prosedur rawatan dengan mengikuti semua temu janji yang telah dirancang doktor pakar Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pentadbir SMK Seri Londang kerana memberi kelepasan saya untuk mengikuti semua temu janji saya dan pada masa yang sama saya terus memberi komitmen saya kepada murid kelas saya sama ada kelas 5 Sains dan Kelas 2A1 dengan menyediakan bahan tugasan setiap kali saya menghadiri temu janji di hospital. Insya-Allah saya akan terus memberi komitmen untuk memperkasakan Bahasa Melayu SMK Seri Londang berdasarkan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya. Saya berdoa, semoga keputusan pelajar 5 Sains yang akan diumumkan pada tahun 2018 memberangsangkan sebagai motivasi untuk saya terus melahirkan Insan Cemerlang, Terbilang dan Gemilang dalam kertas Bahasa Melayu (1103).  Mohon doakan saya terus sihat sebagai admin Blog laman Bahasa Melayu ini kerana saya beranggapan blog ini sebagai Kelas Tuisyen Maya sebagai sumbangan saya kepada pelajar yang dahagakan ilmu berbahasa dan membantu pelajar cemerlang Kertas Bahasa Melayu (1103)

DOAKAN SAYA SIHAT SEPENUHNYA DARIPADA  KANSER USUS SAYA  HADAPI UNTUK MENERUSKAN USAHA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR SPM

Isnin, 20 November 2017

ULASAN DAN PERBINCANGAN JAWAPAN SOALAN 4 (A) DAN 4 (B) - NOVEL


Cadangan jawapan soalan 4 (a) dan 4 (b)-KOMSAS NOVEL

Uasana soalan 4 (a) dan 4 (b)


Soalan SPM November tahun ini agak mudah. Pelajar senang untuk menjawab soalan-solan berkenaan. Beruntung kepada pelajar yang memahami dan seronok membaca novel Ting. 4 dan 5 kerana pelajar yang memahami kedua-dua novel mudah menjawab apa-apa sahaja soalan yang ditanya terutama kedua-dua soalan yang dikemukan tetapi kepada pelajar yang menghafal akan timbul masalah, kerana sekiranya hafalan terkena kedua-dua jawapan memang nasib mereka tetapi jika keluar bukan yang dihafal mereka dalam golongan pelajar yang rugi. Tahniah kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan baik terutama soal bahasa dan isi dihurai dengan contoh, tepat dan matang.

Cadangan jawapan soalan 4 (a) Pilih salah satu novel yang anda kaji.

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Persoalan masalah kepincangan rumah tangga
Contoh:  Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya sehinggakan rumah tangga mereka bermasalah.

2. Persoalan keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.

3. Persoalan persahabatan
Contoh: Persahabatan antara Lili dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.

4. Persoalan perpaduan antara kaum
Contoh: Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.

5. Persoalan menuntut ilmu pengetahuan
Contoh:Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

6. Persoalan golongan muda yang terjebak masalah dadah
Contoh: Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.

7. Persoalan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa
Contoh:Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud.  Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan hubungan manusia dengan alam sekitar
Contoh: Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan.

9. Persoalan suka fitnah memfitnah dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.    

1. Persoalan kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
Contoh: Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

2. Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung
Contoh: Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan.  Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.

3. Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
Contoh: Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.

4. Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
Contoh: Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit.  Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya     berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.

5. Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain
Contoh: Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan    nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah.  Najib cuba   menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.

6. Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
Contoh: Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan    anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh.  Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.

7. Persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Contoh: Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman banyak membantukeluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka.  Haji Sulaiman mencadangkan       agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

8. Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat
Contoh: Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.

9. Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
Contoh: Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang    di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

10. Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri
Contoh:Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu.

Soalan 4 (b)
Soalan berkenaan memerlukan pelajar faham maksud simpati iaitu perasaan belas kasihan apabila membaca novel Jendela Menghadap Jalan Ting. 4 dan Songket Berbenang Emas Ting. 5. Oleh sebab itu, pelajar yang memahami kedua-dua novel mudah untuk memnjawab soalan berkenaan kerana apa-apa sahaja unsur peristiwa yang menimbulkan perasaan belas kasihan dalam novel berkenaan boleh diterima dan cara menjawab mestilah isi iaitu peristiwa berkenaan dengan huraian cerita serta contoh untuk mendapat 6 markah. Sekiranya jawapan pelajar dibina dengan ayat gramatis, tanpa kesalahan ejaan, pelajar akan mendapat markah penuh untuk bahasa iaitu 2 markah.
Soalan:-
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pada pendapat anda dapat menimbulkan perasaan simpati pembaca.
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas

i)   Simpati terhadap Che Jah yang menghadapi masalah rumah tangga akibat suaminya Seman suka berjudi, minum arak, dan mendera Che jah.

ii) Simpati terhadap anak-anak Che Jah iaitu Haziq dan Rafiq yang mengalami masalah moral akibat bapanya yang tidak bertanggung jawab menyebabkan kebahagian keluarga mereka bermasalah.

iii)         Simpati terhadap Lili yang telah diculik oleh Rafiq dan Haziq tetapi Lili tidak menyalahkan kedua-dua anak Che Jah tersebut kerana mereka menghadapi masalah keluarga akkibat kerana ayah mereka Seman kaki judi, kaki arak dan mendera ibu mereka Che Jah.

i)      Simpati terhadap keluarga Embong iaitu bapa Dahlia Contohnya bapa miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.

ii)    Simpati terhadap Dahlia yang menghadapi tohmahan Aton, contohnya Aton mengsyakki Dahlia menyebabkan kematian anaknya Said sedangkan Dahlia cuba menyelamatkan Said daripada lemas di sungai.

iii) Simpati terhadap Dahlia yang terpaksa menjaga adik-adinya di kampung kerana emaknya dimasukan ke hospital akibat masalah mental.

iv)    Simpati terhadap Embong bapa Dahlia yang tabah menjalankan tanggungjawab menjaga keluarga setelah isterinya menghadapi masalah mental.


Ahad, 19 November 2017

ULASAN DAN PERBINCANGAN SOALAN 3 (A), 3 (B) DAN 3 (C)


Cadangan jawapan soalan 3 (a) :-

i
Langit : ruang  (tempat letaknya bintang dll) yg               kelihatan berwarna biru dan melingkungi bumi
Langit cerah dan kebiru-biruan mengambarkan cuaca pada pagi itu amat baik.

ii
 Langit-langit : bahagian sebelah atas rongga mulut 
              (ada bahagian yang lembut dan ada 
               bahagian yg keras.
 Sisa-sisa dodol melekat di lelangit Aiman.
 Emak menjahit cebisan kain terbuang untuk dibuat 
 sebagai lelangit
 rumahnya.
iii
 Tiba – sampai, muncul, sampai
 Kereta laju daripada Ipoh ke Kepong Sentral tiba di   Stesyen Keretapi Batu Gajah tepat pukul 5.15 pagi.

iv
 Tiba-tiba – tidak disangka-sangka, sekoyong-koyong
 Sedang Ali berbual-bual dengan Salim mengenai Siti,  
 tiba-tiba Siti lalu di hadapan mereka

v
 Otak:-
i)           organ di bahagian atas kepala, yg me­ngawal pemikiran (perasaan), benak.
ii)     alat berfikir, fikiran.

Otak saya ligat memikirkan apa yang berlaku kepada kedua-dua adikku yang sedang berada di Kuala Lumpur.

vi
Otak-otak:-
i)      lauk yg dibuat drpd ikan dll yg dibubuhi rempah, dibung­kus dgn daun pisang dan dipanggang.
ii)    Sejenis tumbuhan (pokok), katak udang, pauh pipit, Buchanania lucida
iii) Sejenis  tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal, medang melukut, serapuh bukit, Norrisia malaccensis.

Adik suka makan otak-otak yang dijual gerai makan itu.


Cadangan jawapan soalan 3 (b) :-

Bil
Jenis ayat

i
Ayat perintah
ii
Ayat penyata
iii
Ayat tanya
iv
Ayat seru
v
Ayat perintah
vi
Ayat penyata


Cadangan jawapan soalan 3 (c ) :-

i
KESALAHAN EJAAN
PEMBETULAN
diterokai
penerokaan
KESALAHAN IMBUHAN
PEMBETULAN
gelongsuran
gelongsoran

ii
KESALAHAN EJAAN
PEMBETULAN
tiusyen
tuisyen
KESALAHAN IMBUHAN
PEMBETULAN
melayar
melayari

iii
KESALAHAN EJAAN
PEMBETULAN
berdidikasi
berdedikasi
KESALAHAN IMBUHAN
PEMBETULAN
pengtauliahan
pentauliahan



Cadangan jawapan soalan 3 (d ) :-

i
KESALAHAN KATA
PEMBETULAN
persekolahan
pengajian
KESALAHAN TATABAHASA
PEMBETULAN
dan
atau

ii
KESALAHAN KATA
PEMBETULAN
tergendala
terbengkalai
KESALAHAN TATABAHASA
PEMBETULAN
untuk
kepada

iii
KESALAHAN KATA
PEMBETULAN
kuantiti
kualiti
KESALAHAN TATABAHASA
PEMBETULAN
lain-lain inisiatif
inisiatif-inisiatif lain




Cadangan jawapan 3 ( e )

Cadangan jawapan 1 :-
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

Cadangan jawapan 2 :-
Cubit peha kiri, peha kanan terasa, bagi aur dengan tebing

Cadangan jawapan 3 :
seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit


SEMUA JAWAPAN DI ATAS MERUPAKAN CADANGAN JAWAPAN.
JAWAPAN SEBENAR BERDASARKAN SKEMA JAWAPAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA