Cadangan jawapan soalan 4 (a) dan 4 (b)-KOMSAS NOVEL
Uasana soalan 4 (a) dan 4 (b)
Uasana soalan 4 (a) dan 4 (b)
Soalan SPM November tahun ini agak mudah. Pelajar senang untuk menjawab soalan-solan berkenaan. Beruntung kepada pelajar yang memahami dan seronok membaca novel Ting. 4 dan 5 kerana pelajar yang memahami kedua-dua novel mudah menjawab apa-apa sahaja soalan yang ditanya terutama kedua-dua soalan yang dikemukan tetapi kepada pelajar yang menghafal akan timbul masalah, kerana sekiranya hafalan terkena kedua-dua jawapan memang nasib mereka tetapi jika keluar bukan yang dihafal mereka dalam golongan pelajar yang rugi. Tahniah kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan baik terutama soal bahasa dan isi dihurai dengan contoh, tepat dan matang.
Cadangan jawapan soalan 4 (a) Pilih salah satu novel yang anda
kaji.
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Persoalan
masalah kepincangan rumah tangga
Contoh: Che Jah dengan
suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya sehinggakan
rumah tangga mereka bermasalah.
2. Persoalan
keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina
kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak
peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi
bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.
3. Persoalan
persahabatan
Contoh: Persahabatan antara Lili
dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.
4. Persoalan
perpaduan antara kaum
Contoh: Perpaduan kaum menjadi
baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat
Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah
hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah
bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.
5. Persoalan
menuntut ilmu pengetahuan
Contoh:Geetha merupakan seorang
mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu
Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
6. Persoalan
golongan muda yang terjebak masalah dadah
Contoh: Haziq dan Rafiq yang
terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang
dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang
dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan.
Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan
dadah.
7. Persoalan
hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa
Contoh:Ibu Lili tidak berminat
untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung
sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara,
terdedah dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud.
Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu
bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan
hubungan manusia dengan alam sekitar
Contoh: Hubungan antara manusia
dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba
yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan
ubat-ubatan.
9. Persoalan
suka fitnah memfitnah dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat Melayu yang
suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam
masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa
wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah
yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan
meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada
kepastiannya.
|
1. Persoalan kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
Contoh: Dahlia tetap
mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita
dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga
setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
2. Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung
Contoh: Dalam dunia moden hari
ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan
untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih miskin
dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan
harian.
3. Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
Contoh: Embong berjaya mengalahkan
ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.
4. Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
Contoh: Nek Kiah
akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan
merawatnya ketika terlantar sakit. Begitu juga dengan Abu Bakar yang
selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya
sendiri.
5. Persoalan bantu-membantu dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain
Contoh: Kavita
membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke
sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan
kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi
tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.
6. Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
Contoh: Embong
amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh. Embong
mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya
dalam pelajaran mereka nanti.
7. Persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Contoh: Haji
Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan
baik. Haji Sulaiman banyak membantukeluarga Embong walaupun orang
kampung menyisihkan mereka. Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
8. Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam
kalangan masyarakat
Contoh: Penemuan
dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran
pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan
bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.
9. Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
Contoh: Tauke
Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi
masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan
RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.
10. Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri
Contoh:Azhari
menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai
tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati
asal-usulnya sebagai orang Melayu.
|
Soalan 4 (b)
Soalan berkenaan memerlukan pelajar
faham maksud simpati iaitu perasaan belas kasihan apabila membaca novel Jendela
Menghadap Jalan Ting. 4 dan Songket Berbenang Emas Ting. 5. Oleh sebab itu,
pelajar yang memahami kedua-dua novel mudah untuk memnjawab soalan berkenaan
kerana apa-apa sahaja unsur peristiwa yang menimbulkan perasaan belas kasihan
dalam novel berkenaan boleh diterima dan cara menjawab mestilah isi iaitu
peristiwa berkenaan dengan huraian cerita serta contoh untuk mendapat 6 markah.
Sekiranya jawapan pelajar dibina dengan ayat gramatis, tanpa kesalahan ejaan, pelajar
akan mendapat markah penuh untuk bahasa iaitu 2 markah.
Soalan:-
Berdasarkan dua buah novel yang
anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pada pendapat
anda dapat menimbulkan perasaan simpati pembaca.
Novel
Jendela Menghadap Jalan
|
Novel
Songket Berbenang Emas
|
i)
Simpati terhadap Che Jah yang menghadapi masalah rumah tangga akibat
suaminya Seman suka berjudi, minum arak, dan mendera Che jah.
ii)
Simpati terhadap anak-anak Che Jah iaitu Haziq dan Rafiq yang
mengalami masalah moral akibat bapanya yang tidak bertanggung jawab menyebabkan
kebahagian keluarga mereka bermasalah.
iii)
Simpati terhadap Lili yang telah diculik oleh Rafiq dan Haziq
tetapi Lili tidak menyalahkan kedua-dua anak Che Jah tersebut kerana mereka
menghadapi masalah keluarga akkibat kerana ayah mereka Seman kaki judi, kaki
arak dan mendera ibu mereka Che Jah.
|
i)
Simpati terhadap keluarga
Embong iaitu bapa Dahlia Contohnya bapa miskin dan terpaksa berhutang dengan
Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.
ii)
Simpati terhadap Dahlia yang menghadapi tohmahan Aton, contohnya
Aton mengsyakki Dahlia menyebabkan kematian anaknya Said sedangkan Dahlia
cuba menyelamatkan Said daripada lemas di sungai.
iii)
Simpati terhadap Dahlia yang terpaksa menjaga adik-adinya di
kampung kerana emaknya dimasukan ke hospital akibat masalah mental.
iv)
Simpati terhadap Embong bapa Dahlia yang tabah menjalankan
tanggungjawab menjaga keluarga setelah isterinya menghadapi masalah mental.
|
2 ulasan:
thnks
thanks for the answer
Catat Ulasan