Bahagian B
[100 markah]
[ Masa dicadangkan : 1 jam
30 minit]
Pilih satu daripada
soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
Dalam
menghadapi dunia semakin mencabar ini ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang penting dalam kehidupan seseorang.
Huraikan
usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Pendahuluan
"Tuntutlah
ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu
Jambatan Hidup" begitulah antara dua peribahasa yang menunjukkan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Pada zaman milenium dan
globalisasi kini, jika saya itu tidak mempunyai ilmu, saya akan ketinggalan
dan akan mengalami kesusahan dalam kehidupan menelusuri kehidupan yang berliku. Saya boleh diibaratkan
seperti katak di
bawah tempurung dan akan sentiasa ketinggalan dalam pelbagai aspek
kehidupan sama ada aspek sosioekonomi mahupun sosiobudaya sekiranya saya tidak membudayakan amalan dalam kehidupan. Untuk
memperoleh serta mendalami ilmu, saya perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu
tidak datang sendiri melainkan dengan usaha yang berterusan, bak kata
peribahasa Melayu, yang bulat tidak datang bergolek dan yang
pipih tidak datang melayang. Menurut Hadis, Rasululah pernah
meriwayatkan tuntutlah ilmu sehingga ke negara China.
Berdasarkan kenyataan di atas, sudah terang lagi bersuluh, ilmu pengetahuan
amat penting dalam kehidupan dan saya perlu berusaha untuk menggapainya, bak
kata peribahasa Melayu genggam bara api biarlah sampai menjadi arang, menyeluk
pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan, begitulah konsep
sepatutnya menjadi pegangan saya lakukan untuk mengembangkan ilmu di dada.
Bahkan juga, ilmu pengetahuan mampu mengubah kehidupan keluarga saya terutama
untuk memecah kepompong kemiskinan keluarga yang sering menghantui keluarga
saya marcapada. Sekiranya saya tidak mengambil kesempatan mengubah kehidupan
keluarga saya dengan meningkatkan ilmu pengetahuan, sudah pasti kehidupan
keluarga saya tidak akan berubah dan berada pada takuk yang lama.
Persoalannya, bagaimanakah saya mampu untuk menambah ilmu pengetahuan?
Mari kita bersama-sama mengupas isi pertama saya iaitu cara saya memperoleh ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Hal ini kerana ayat pertama yang diturunkan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad ialah surah Al-Alaq...Wahyu tersebut disampaikan oleh Malaikat Jibrail dengan berkata, 'Bacalah wahai Muhammad! ' Baginda bersabda: "Aku tidak pandai membaca." Sabda Rasulullah lagi, " lalu malaikat memegang dan memelukku erat-erat, ketika aku merasakan kepayahan ia pun melepasku." Sudah terang lagi bersuluh betapa dalam Islam konsep membaca amat diutamakan selaras dengan Surah Al-Alaq di atas, Malaikat Jibrail meminta Rasululah membaca walaupun beberapa kali Rasulullah menyatakan bahawa beliau tidak tahu membaca. Oleh sebab itu, sebagai khalifah di muka bumi saya sebagai generasi yang sedar akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan seharusnya membudaya membaca dalam kehidupan seharian saya. Sebagai khalifah pada zaman moden pelbagai cara membolehkan saya memperoleh ilmu dengan membaca kerana membaca gedung ilmu . Kita boleh membaca secara konvensional dengan membaca buku pelbagai aspek ilmuan seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya. Seyogia, pada zaman moden ini, maklumat di hujung jari, dan dunia tanpa sempadan memudahkan saya melayari pelbagai sumber ilmu menggunakan pelbagai peranti sama ada dengan komputer riba atau gadjet terkini dengan menggunakan telefon pintar. Penggunaan peranti moden ini bukan sahaja membantu saya mendapatkan maklumat dengan pantas malah kosnya lebih murah . Bahkan juga bahan pembacaan saya lebih menarik apabila saya boleh mengakses maklumat dengan melayari video di sesawang Youtube, atau maklumat berbentuk bahan bertulis sama ada berbentuk powerpoint, atau melalui teks. Sekiranya saya cakna dengan maklumat berkenaan sudah pasti saya menjadi orang berilmu kerana orang berilmu diperlukan dalam kalangan masyarakat kotemporori dan saya akan dihormati. Malangnya, jika saya tidak berilmu, saya akan ketinggalan dalam pelajaran. Tegasnya, saya boleh memperoleh ilmu pengetahuan melalui pelbagai sumber pembacaan.
Mari kita selusuri perbincangan seterusnya dengan menggunakan minda
pelajar kelas pertama dengan kata kunci isi kedua iaitu cara saya menuntut
ilmu pengetahuan dengan memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran guru di dalam kelas. Guru ibarat lilin membakar diri
untuk menerangi kehidupan pelajar, justeru adalah sangat malang jika
saya tidak mengambil pusing dengan tidak menumpu perhatian kepada proses
pengajaran guru. Selain itu, amalkan bertanya sekiranya kita tidak memahami
penerangan guru kerana malu bertanya sesat jalan
dan malu biarlah bertempat. Oleh sebab itu, saya sebagai pelajar
yang proaktif memerlukan saya
sentiasa melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
dengan langkah sedemikian rupa saya akan menjadi pelajar yang berjaya
dan disayangi guru. Selalunya pelajar dalam kategori ini akan sentiasa
mengungguli tempat pertama dalam peperiksaan, sama dijalankan oleh pihak
sekolah atau peperiksaan umum yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia . Bahkan konsep mencatat setiap penerangan guru juga merupakan
amalan terpuji kerana adakalanya penerangan guru tidak ada dalam nota tetapi
keluar secara spontan semasa pengajaran guru kerana proses mengunakan deria
telinga untuk mendengar, deria mata untuk melihat dan angota tangan dan jari
jemari mencatat akan memudahkan proses memantapkan ingatan saya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru semasa di dalam kelas. Menurut seorang pakar psikologi pernah
mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah
disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Selain itu, saya
juga perlu mengelakkan diri saya daripada melakukan perbuatan yang
menimbul kemarahan guru seperti bersembang, dan mengganggu proses guru semasa
beliau mengajar kerana konsentrasi guru akan hilang
semasa mengajar apabila situasi berkenaan berlaku, dan selalunya pelajar
dalam kategori ini akan berada di belakang pelajar yang berjaya.
Kesimpulannya, Jika
saya tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan menjadi lalat
yang membusukkan ikan.” Maksud peribahasa berkenaan ialah kita harus tidak menimbulkan
masalah kepada orang lain kerana sifat berkenaan amat merugikan. Tegasnya,
sebagai seorang pelajar ingin berjaya, saya perlu memberi tumpuan
kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.
Seterusnya saya akan membincangkan isi ketiga di bawah kata kunci membentuk kumpulan belajar mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang saya tidak kuasai. Sebagai seorang pelajar yang mendambakan kecemerlangan saya perlu memilih anggota kumpulan yang akan membatu saya menguasai mata pelajaran yang sukar untuk saya kuasai kerana berkawan biarlah ramai, musuh jangan dicari. Antara faktor pemilihan rakan untuk kumpulan saya berkenaan biarlah kalangan rakan yang sealiran dengan jiwa saya, supaya saya berbincang maksudnya biarlah rakan kumpulan studi saya ini rakan yang boleh membantu saya berbincang berkaitan pelajaran di luar waktu persekolahan. Seterusnya, rakan yang saya pilih perlu bervariasi kemahiran, maksudnya rakan yang tersebut perlu menguasai pelbagai mata pelajaran. Apabila semua faktor pemilihan berkenaan diambil kira, sudah pasti proses pembelajaran berkumpulan akan memberi impak maksima dan perbincangan boleh dilakukan dengan perkongsian ilmu yang akan dapat meningkatkan penguasaan ilmu pelbagai untuk saya dan ahli kumpulan perbicangan saya. Contohnya rakan pertama mahir dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, dan saya pula mahir mata pelajaran Bahasa Melayu, rakan kedua saya pula mahir mata pelajaran matematik, sementara rakan ketiga saya mahir mata pelajaran matematik tambahan, dan rakan kelima mahir mata pelajaran Biologi. Tepuk dada tanya selera, jika semua faktor pemilihan di atas lengkap sudah pasti aktiviti pembelajaran saya secara kumpulan akan ceria, di samping perkongsian ilmu akan berkonsep menang menang dan semua ahli kumpulan akan menerima kesan terutama untuk menguasai pelbagai ilmu. Peribahasa ada mengatakan "Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari." Konklusinya, saya akan membentuk kumpulan belajar sealiran dengan jiwa saya dan mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang saya tidak kuasai. Seterusnya, saya akan membicarakan isi keempat saya di bawah tajuk pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor amat penting untuk saya meraih pengalaman mereka menggapai kecemerlangan dalam kehidupan terutama kejayaan mereka memperoleh ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Hali ini kerana mereka telah menerbitkan karya ilmiah yang mampu meningkatkan minat dan kesungguhan pembaca untuk mengumpulkan ilmu pengetahuan untuk menerangi kehidupan serta kesejahteraan masyarakat serata alam. Antara nama pengarang tersohor Islam yang perlu kita contohi seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Syed Muhammad Abduh, Syed Tahir Jalaluddin, HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amarullah. Ketekunan ilmuan tersohor ini untuk menuntut ilmu perlulah saya jadikan budaya dalam kehidupan. Contohnya Ibnu Sina seorang ulama tersohor Islam malah pakar dalam bidang perubatan sehingga hasil karya beliau diterjemahkan dalam bahasa latin, Hebrew dan bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, bak kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Antara hasil penemuan Ibnu Sina dalam ilmu perubatan ialah beliau telah menemui pengaruh kuman dalam penyakit seperti penyakit rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa, dan menghasilkan ubatan dan preskripsi ubat yang mujarab untuk digunakan sebagai penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, begitulah jasa ilmuan tersohor Islam yang menguasai pelbagai ilmu untuk kegunaan manusia sehingga ke zaman moden ini. Intihanya, pemilihan buku bacaan terutama hasil karya ilmuan Islam tersohor mampu meningkat usaha saya untuk menghasilkan penemuan baru dalam apa juga bidang ilmu terutama untuk kesejahteraan masyarakat negara malah untuk masyarakat dunia amnya. Selanjutnya, perbicaraan saya menjurus kepada membicarakan isi kelima iaitu untuk menambah ilmu pengetahuan saya perlu mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah. Sebagaimana kita sedia maklum, banyak pusat tuisyen boleh menjadi medan untuk saya meningkatkan pengetahuan ke arah seorang pelajar berjaya dalam pelajaran. Setiap tahun, pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kenapa situasi ini berlaku? Antaranya, ibu bapa dan pelajar sedia maklum, tenaga pengajar yang mengajar di pusat tuisyen adalah dalam kalangan guru-guru berpengalaman mengajar dan kebanyakan mereka menjadi penyemak kertas peperiksaan berdasarkan bidang ilmu mereka, justeru ibu bapa berusaha untuk melaburkan duit mereka untuk kecemerlangan anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Tindakan ibu bapa ini umpama di mana ada gula, di situ ada semut. Kebiasaannya guru-guru berpengalaman di pusat tuisyen akan mempermudah dan mendedahkan cara-cara untuk saya menjawab soalan, terutama item-item soalan sukar untuk saya fahami. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang adalah dalam kalangan pelajar yang mengikuti kelas tuisyen. Selain itu, budaya sekolah cemerlang, sentiasa mengadakan program kecemerlangan dengan menjemput guru-guru cemerlang, sama ada dalam daerah malah ada yang menjemput guru-guru cemerlang dari luar daerah dan antara kriteria guru-guru yang dipilih untuk menjadi tenaga penceramah berkenaan adalah kalangan guru berpengalaman terutama menjadi penyemak kertas mata pelajaran berkenaan. Dalam kalangan ibu bapa pula, mereka sentiasa menyokong sebarang usaha pihak pentadbir sekolah untuk mengadakan program kecemerlangan untuk anak-anak mereka. Sokongan ibarat aur dengan tebing, antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta bantuan Persatuan Ibu Bapa Guru, begitu juga sekiranya program yang dijalankan melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen di tempat tersebut, sudah pasti usaha tersebut akan membuahkan impak yang maksimun. Kesimpulannya, untuk menambah ilmu pengetahuan saya akan sedaya upaya akan mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah untuk kecemerlangan saya dalam pelajaran. Kesimpulannya, pelbagai kaedah, pendekatan boleh saya lakukan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai mana perbicaraan di atas, ilmu pengetahuan boleh diperkembangkan antaranya saya perlu membudayakan membaca dalam kehidupan seharian saya, di samping itu, saya perlumemberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas, membentuk kumpulan belajar yang mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang saya tidak kuasai, pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor amat penting untuk saya meraih pengalaman mereka menggapai kecemerlangan dalam kehidupan terutama kejayaan mereka memperoleh kejayaan dengan ilmu pengetahuan, dan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar, saya perlu mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah. Sudah terang lagi bersuluh, yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek, menjolok pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan untuk menggapai kecemerlangan ilmu pengetahuan, justeru untuk menambah ilmu pengetahuan saya perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan. |
Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Isnin, 30 September 2019
CONTOH KARANGAN DIMENSI DIRI SOALAN 1 BAHAGIAN A, KERTAS BAHASA MELAYU 1 (1103/1)
LATIHAN MEMANTAPKAN POLA AYAT ANDA
UJANA SINTAKSIS 1
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)
3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.
POLA AYAT: (FN+FK)
4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.
POLA AYAT: (FN+FN)
5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.
POLA AYAT: (FN+FS)
6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
POLA AYAT: (FN+FA)
7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
POLA AYAT: (FN+FK)
8. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.
POLA AYAT: (FN+FS)
9. Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah.
POLA AYAT: (FN+FK)
10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.
POLA AYAT: (FN+FN)
11. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.
POLA AYAT: (FN+FS)
12. Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.
POLA AYAT: (FN+FS)
13. Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
POLA AYAT: (FN+FS)
14. Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
POLA AYAT: (FN+FA)
15. Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.
POLA AYAT: (FN+FN)
16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
POLA AYAT: (FN+FA)
17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.
POLA AYAT: (FN+FN)
18. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.
POLA AYAT: (FN+FK)
19. Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)
20. Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.
POLA AYAT: (FN+FS)
21. Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
POLA AYAT: (FN+FA)
22. Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.
POLA AYAT: (FN+FK)
23. Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
POLA AYAT: (FN+FS)
24. Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
POLA AYAT: (FN+FN)
25. Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
POLA AYAT: (FN+FA)
26. Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
POLA AYAT: (FN+FK)
27. Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
POLA AYAT: (FN+FN)
28. Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
POLA AYAT: (FN+FS)
29. Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
POLA AYAT: (FN+FK)
30. Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu kepunyaan abang David.
POLA AYAT: (FN+FN)
31. Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
POLA AYAT: (FN+FS)
32. Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.
POLA AYAT: (FN+FA)
33. Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
POLA AYAT: (FN+FK)
34. Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manafyang berkaki lima.
POLA AYAT: (FN+FS)
35. Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
POLA AYAT: (FN+FA)
36. Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum lelaki belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)
37. Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
POLA AYAT: (FN+FS)
38. Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
POLA AYAT: (FN+FK)
39. Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
POLA AYAT: (FN+FA)
40. Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung Sentosa.
POLA AYAT: (FN+FN)
41. Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.
POLA AYAT: (FN+FS)
42. Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu.
POLA AYAT: (FN+FK)
43. Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun.
POLA AYAT: (FN+FA)
44. Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
POLA AYAT: (FN+FN)
45. Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.
POLA AYAT: (FN+FS)
46. Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.
POLA AYAT: (FN+FK)
47. Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
POLA AYAT: (FN+FA)
48. Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
POLA AYAT: (FN+FN)
49. Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat kurang.
POLA AYAT: (FN+FA)
50. Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila memasak.
POLA AYAT: (FN+FK)
51. Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar ialah pedagang dari seberang.
POLA AYAT: (FN+FN)
52. Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
POLA AYAT: (FN+FS)
53. Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
POLA AYAT: (FN+FS)
54. Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya.
POLA AYAT: (FN+FN)
55. Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah.
POLA AYAT: (FN+FA)
56. Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama ekonomi dan keselamatan serantau.
POLA AYAT: (FN+FK)
57. Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
POLA AYAT: (FN+FS)
58. “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.
POLA AYAT: (FN+FK)
59. Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
POLA AYAT: (FN+FA)
60. Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri mesyuarat kelab sekolah pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.
POLA AYAT: (FN+FN)
61. Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.
POLA AYAT: (FN+FN)
62. Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.
POLA AYAT: (FN+FA)
63. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.
POLA AYAT: (FN+FS)
64. Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang Sungai Pahang.
POLA AYAT: (FN+FK)
65. Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
POLA AYAT: (FN+FS)
66. Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-anaknya. POLA AYAT: (FN+FK)
67. Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angakat Dr. Haji Maulud.
POLA AYAT: (FN+FN)
68. Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib Canselor universiti tersebut.
POLA AYAT: (FN+FA)
69. Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.
POLA AYAT: (FN+FA)
70. Tiga buah rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.
POLA AYAT: (FN+FK)
71. Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.
POLA AYAT: (FN+FN)
72. Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
POLA AYAT: (FN+FS)
73. Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
POLA AYAT: (FN+FN)
74. Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.
POLA AYAT: (FN+FS)
75. Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.
POLA AYAT: (FN+FK)
76. Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.
POLA AYAT: (FN+FA)
77. Wad bersalin di tingkat bawah Blok B.
POLA AYAT: (FN+FS)
78. Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.
POLA AYAT: (FN+FK)
79. Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.
POLA AYAT: (FN+FN)
80. Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
POLA AYAT: (FN+FA)
81. Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.
POLA AYAT: (FN+FA)
82. Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
POLA AYAT: (FN+FN)
83. Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.
POLA AYAT: (FN+FK)
84. Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.
POLA AYAT: (FN+FS)
85. Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
86. Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka.
POLA AYAT: (FN+FK)
87. Ketibaannya tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan kami.
POLA AYAT: (FN+FA)
88. Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di hospital.
POLA AYAT: (FN+FS)
89. Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
POLA AYAT: (FN+FS)
90. Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
POLA AYAT: (FN+FN)
91. Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.
POLA AYAT: (FN+FK)
92. Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan teknologi.
POLA AYAT: (FN+FA)
93. Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
POLA AYAT: (FN+FN)
94. Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak berilmu.
POLA AYAT: (FN+FA)
95. Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.
POLA AYAT: (FN+FK)
96. Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok ketujuh rumah pangsa.
POLA AYAT: (FN+FS)
97. Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.
POLA AYAT: (FN+FA)
98. Beliau ke Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.
POLA AYAT: (FN+FS)
99. Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
POLA AYAT: (FN+FK)
100. Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah Katrina.
POLA AYAT: (FN+FN)
101. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
POLA AYAT: (FN+FS)
102. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.
POLA AYAT: (FN+FK)
103. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja.
POLA AYAT: (FN+FA)
104. Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)
105. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
106. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.
POLA AYAT: (FN+FS)
107. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh
POLA AYAT: (FN+FA)
108. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.
POLA AYAT: (FN+FK)
109. Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.
POLA AYAT: (FN+FK)
110. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
POLA AYAT: (FN+FS)
111. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam.
POLA AYAT: (FN+FA)
112. Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri.
POLA AYAT: (FN+FN)
113. Tiga ekor burung helang sedang terbang berlegar-legar di angkasa.
POLA AYAT: (FN+FK)
114. Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut dari Kementerian Pendidikan.
POLA AYAT: (FN+FS)
115. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti.
POLA AYAT: (FN+FN)
116. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian.
POLA AYAT: (FN+FA)
117. Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan.
POLA AYAT: (FN+FN)
118. Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah.
POLA AYAT: (FN+FA)
119. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana.
POLA AYAT: (FN+FK)
120. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.
POLA AYAT: (FN+FS)
Sumber blog Dr. Tan CL.
Sumber blog Dr. Tan CL.
Langgan:
Catatan (Atom)