SOALAN KOMSAS NOVEL 4 (B) ( KAJIAN DUA NOVEL- 8 MARKAH)
Soalan
Komsas 4 (b) memerlukan pelajar menjawab soalan dengan memfokus jawapan dengan
merujuk sekurangnya satu isi minimum daripada Novel Kajian Tingkatan Empat
iaitu Jendela Menghadap Jalan Karya Rohani Matdarin dan satu isi daripada
Novel Songket Berbenang Emas karya Kharuddin Ayip. Oleh sebab itu, pelajar
boleh memilih untuk menjawab salah satu isi daripada novel yang dikaji di tingkatan
dan satu isi lagi daripada novel yang dikaji di tingkatan lima. Isi minimum 2,
dan anda boleh menulis 1 isi lagi sebagai “backup”, dan fungsi isi tambahan
untuk satu isi bagi kedua-dua novel boleh membantu sekiranya isi yang anda tulis
sebelumnya jika ada jawapannya tidak tepat atau salah.
Peruntukan Markah Untuk Soalan
Kajian Dua Novel Soalan 4 (b)
Cara
menjawab soalan Novel 4(b) kajian dua novel.
Berdasarkan dua buah
novel yang anda kaji,jelaskan satu peristiwa yang memaparkan konflik
dan cara penyelesaiannya bagi setiap novel tersebut.
(8 markah)
Nota
ringkas membantu pelajar untuk menjawab soalan kajian dua novel iaitu Novel
Jendela Menghadap Jalan dan Novel Songket Berbenang Emas.
|
Novel Jendela Menghadap
Jalan
|
Novel Songket Berbenang
Emas
|
1. Peristiwa isu kubah surau
Konflik untuk meletakkan
kubah surau sama ada di surau lama atau di masjid yang akan dibina.
Cara
penyelesaian
Lili, Danel dan Geetha akan mengadakan
perjumpaan terbuka dengan penduduk kampung untuk menjelaskan kepentingan
membina masjid daripada memasang kubah di bumbung surau.
|
1. Peristiwa berprasangka buruk tentang orang
lain
Konflik antara Nek Kiah
dengan Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila
melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya.
Cara penyelesaian
Dahlia hanya mendiamkan
diri semasa ditegur oleh Nek Kiah.
|
2. Peristiwa keganasan rumah tangga
Konflik rumah tangga
antara Che Jah dengan suaminya,Seman.
Cara penyelesaian
Lili mendapatkan bantuan
Kak Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat
untuk menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
|
2. Peristiwa sewaktu di asrama SMK Temenggung
Ibrahim
Konflik antara Dahlia
dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.
Cara penyelesaian
Dahlia bertekad keluar
dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah dengan harapan Cikgu Salwani tidak dapat mengesan atau marah kerana beliau sentiasa berada di dalam kelas semasa atau sekolah.
|
Contoh Jawapan Menggunakan
Jadual Jawapan Soalan Komsas 4(a) kajian satu novel.
PERKARA
|
ISI
|
TAMBAH
|
HURAIAN DAN CONTOH
|
PENGENALAN
|
Peristiwa merupakan kejadian yang berlaku di dalam novel yang
memberikan kesan positif dan negatif kepada pelajar selepas membacanya.
Sementara konflik pula ialah masalah yang dihadapi oleh watak di dalam sesebuah
novel. ( Tidak diberikan markah kerana sekadar sebagai
pengenalan sahaja untuk mengambarkan pelajar faham tentang soalan. Namun,
pelajar boleh terus menjawab isi novel)
|
||
( 1 1/2 markah )
|
( 1 1/2 markah )
|
||
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Isi + huraian+contoh
|
+
|
NOVEL
SONGKET
BERBENANG
EMAS
Isi +
huraian+contoh
|
|
ISI 1
|
1. Peristiwa
isu kubah surau
Konflik
untuk meletakkan kubah surau sama ada di surau lama atau di masjid yang akan
dibina.
Cara
penyelesaian
Lili, Danel dan Geetha akan mengadakan
perjumpaan terbuka dengan penduduk kampung untuk menjelaskan kepentingan
membina masjid daripada memasang kubah di bumbung surau.
|
+
|
1. Peristiwa berprasangka buruk tentang orang lain
Konflik
antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka buruk terhadap
Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya.
Cara
penyelesaian
Dahlia
hanya mendiamkan diri semasa ditegur oleh Nek Kiah.
|
Isi “backup”
|
|||
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALANIsi + huraian+contoh
|
+
|
NOVEL
SONGKET
BERBENANG
EMAS
Isi +
huraian+contoh
|
|
ISI 2
|
2. Peristiwa keganasan rumah tangga
Konflik
rumah tangga antara Che Jah dengan suaminya,Seman.
Cara
penyelesaian
Lili
mendapatkan bantuan Kak Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai pegawai di
Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
|
+
|
2. Peristiwa
sewaktu di asrama SMK Temenggung Ibrahim
Konflik
antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.
Cara
penyelesaian
Dahlia
bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah.
|
Contoh
jawapan lengkap hasil daripada penggunaan jadual jawapan novel 4(b) kajian dua
novel di atas:-
Peristiwa merupakan kejadian yang
berlaku di dalam novel yang memberikan kesan positif atau negatif kepada
pelajar selepas membacanya. Sementara konflik pula ialah masalah yang
dihadapi oleh watak di dalam sesebuah novel.
Berdasarkan Novel Jendela menghadap Jalan karya Rohani
Matdirin yang saya kaji di tingkatan empat, peristiwa yang mencipta konflik dalam
novel ini ialah peristiwa
isu kubah surau konflik
berlaku dalam kalangan penduduk kampung untuk menentukan sama ada untuk meletakkan
kubah surau di surau lama atau di masjid yang akan dibina. Lili telah
menyelesaikan konflik berkenaan dengan bantuan Daniel dan Geetha dengan
mengadakan perjumpaan terbuka dengan penduduk kampung untuk menjelaskan
kepentingan membina masjid daripada memasang kubah di bumbung surau.
Selain itu, peristiwa keganasan
rumah tangga yang menyebabkan berlakunya konflik rumah tangga antara
Che Jah dengan suaminya,Seman. Konflik berkenaan dapat diselesaikan apabila Lili
mendapatkan bantuan Kak Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai pegawai di
Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Manakala peristiwa mengambarkan
konflik yang berlaku dalam Novel Songket Berbenang Emas berlaku peristiwa berprasangka buruk tentang orang lain dalam kalangan
penduduk, contohnya konflik antara Nek
Kiah dengan Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia
apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya. Cara
penyelesaian, Dahlia hanya mendiamkan diri semasa ditegur oleh Nek Kiah untuk
mengelakkan berlkunya masalah hubungan antara dia dan neneknya.
Bahkan juga, peristiwa sewaktu di asrama SMK Temenggung Ibrahim menyebabkan berlkunya konflik antara
Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama
untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Cara
penyelesaian, Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari
rumah ke sekolah.
**
Sekiranya pelajar tidak cukup masa semasa menjawab soalan berkenaan, pelajar
boleh menulis satu isi sahaja untuk jawapan Novel Jendela Menghadap jalan dan
Novel Songket Berbenang Emas. Sebagai peringatan, isi kedua untuk setiap
novel berfungsi sebagai “backup” sekiranya isi yang diberikan sebelumnya
tidak tepat atau salah.
|
2 ulasan:
Terbaik lah
Terbaik
Catat Ulasan