Jumaat, 20 September 2019

CARA MENJAWAB SOALAN KOMSAS NOVEL KAJIAN SATU NOVEL, SOALAN 4(A)

SOALAN KOMSAS NOVEL 4 (A) ( KAJIAN SATU NOVEL-  7 MARKAH)

Soalan Komsas 4 (a) memerlukan pelajar menjawab soalan dengan memfokus jawapan sama ada merujuk Novel Kajian Tingkatan Empat iaitu Jendela Menghadap Jalan Karya Rohani Matdarin atau Novel Songket Berbenang Emas karya Kharuddin Ayip. Oleh sebab itu, pelajar boleh memilih untuk menjawab salah satu novel yang dikaji di tingkatan empat atau di tingkatan lima. Isi minimum 2, dan anda boleh menulis 3 isi ketiga sebagai “backup”, dan fungsi isi ketiga berkenaan untuk membantu pelajar sekiranya ada isi yang ditulis pelajar sebelumnya salah atau tidak tepat.

Peruntukan Markah Untuk Soalan Kajian Satu Novel Soalan 4 (a)
Perkara
Markah
Isi
4
Bahasa
3
Jumlah
7



Cara menjawab soalan Novel 4(a) kajian satu novel berdasarkan soalan di bawah:-
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang  dipaparkan dalam novel tersebut

Nota ringkas membantu pelajar untuk menjawab soalan, sama ada untuk menjawab soalan Novel Jendela Mengahadap Jalan atau Songket Berbenang Emas. Anda boleh memilih sekurang-kurangnya dua isi dan terbaik tiga isi dengan fungsi isi ketiga sebagai "backup" sekiranya ada antara dua isi yang anda jawab tidak tepat. Pelajar boleh mana-mana isi yang tersenarai dlam nota ringkas di bawah.

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Masyarakat kampung

1.  Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.

2. Masyarakat kampung yang masih berpegang kepada cara hidup tradisi. Contohnya, rumah penduduk di Kampung Sentosa jendelanya menghadap jalan.

3. Masyarakat kampung yang masih percaya kepada perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan seorang yang pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
Masyarakat kampung   

1. Masyarakat kampung yang  tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.

2. Masyarakat kampung yang hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
Masyarakat yang saling membantu

1. Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .

2. Datuk Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah  mendapatkan rawatan menggunakan perubatan tradisional.

3.Lili dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che Jah.
Masyarakat yang saling membantu

1. Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan.

2. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

3. Penduduk kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah  musnah dilanda banjir.
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain.

1. Datuk Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung.

2. Lili ikhlas membantu  Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangganya.
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain

1. Tauke Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia kerana menyedari keluarga Dahlia menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka.

2. Haji Sulaiman ikhlas membantu Embong menyelesaikan masalahnya.

3. Najib ikhlas membantu Dahlia membawa adiknya, Anggerik yang demam ke klinik.
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya.

1. Haziq dan Rafik akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti mencuri harta orang kampung dan menagih dadah.
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya

1. Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya.

2. Abu Bakar  juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik bapanya sendiri.

3. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya  yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
Masyarakat yang bertanggungjawab

1. Datuk bertanggungjawab menjaga Lili sepanjang dia menghabiskan cuti persekolahannya di kampung.

2. Datuk bertanggungjawab membantu merawat pesakit yang datang berubat dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional.
Masyarakat yang bertanggungjawab

1. Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi masalah isterinya yang mengalami masalah mental dan masalah kewangan.

2. Haji Sulaiman bertanggungjawab menyuruh penduduk kampung membantu membina rumah Embong semula yang musnah akibat
banjir.
Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial

1. Anak-anak Che Jah iaitu Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda penduduk kampung dan terlibat dalam penagihan dadah.

2. Suami Che Jah, Seman suka bermain judi.
Masyarakat remaja yang terlibat dalam gejala sosial

1. Abu Bakar, adik Dahlia suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya.

2. Abu Bakar sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.

Contoh Jawapan Menggunakan Jadual Jawapan Soalan Komsas 4(a) kajian satu novel.
PERKARA
ISI
TAMBAH
HURAIAN DAN CONTOH
PENGENALAN
Latar masyarakat ialah keadaan atau gambaran masyarakat di tempat sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya masyarakat kampung, masyarakat bandar dan sebagainya. ( Tidak diberikan markah kerana sekadar sebagai pengenalan sahaja untuk mengambarkan pelajar faham tentang soalan. Namun, pelajar boleh terus menjawab isi novel)
    ( 1 markah )
( 1 markah )
ISI 1
Berdasarkan Novel saya kaji di tingkatan 5 iaitu Songket Berbenang Emas,  latar masyarakat yang dipaparkan ialah masyarakat kampung.
+
Contohnya ,masyarakat kampung yang  tinggal di Kampung Parit Haji Rais antaranya watak Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.

    ( 1 markah )

( 1 markah )
ISI 2
Selain itu, latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel Songket Berbenang Emas ialah masyarakat kampung yang saling membantu.


+
Contohnya Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan. dan begitu juga, Penduduk kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah  musnah dilanda banjir.
Isi “ Backup”
ISI 3
Bahkan juga, novel ini memaparkan masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain.


+
Contohnya Tauke Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia kerana menyedari keluarga Dahlia menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan seharian mereka.



Contoh jawapan lengkap hasil daripada penggunaan jadual jawapan novel 4(a) kajian satu novel di atas:-

       Latar masyarakat ialah keadaan atau gambaran masyarakat di tempat sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya masyarakat kampung, masyarakat bandar dan sebagainya.

       Berdasarkan Novel saya kaji di tingkatan 5 iaitu Songket Berbenang Emas,  latar masyarakat yang dipaparkan ialah masyarakat kampung. Contohnya ,masyarakat kampung yang  tinggal di Kampung Parit Haji Rais antaranya watak Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.

      Selain itu, latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel Songket Berbenang Emas ialah masyarakat kampung yang saling membantu. Contohnya Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan. dan begitu juga, Penduduk kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah  musnah dilanda banjir

      Bahkan juga, novel ini memaparkan masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain. Contohnya Tauke Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia kerana menyedari keluarga Dahlia menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan seharian mereka.






Sebagai latihan, anda boleh menggunakan jadual jawapan soalan 4(a) di bawah untuk menjawab soalan Novel Jendela Menghadap Jalan. Selamat mencuba.

PERKARA
ISI
TAMBAH
HURAIAN DAN CONTOH
PENGENALAN
Latar masyarakat ialah keadaan atau gambaran masyarakat di tempat sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya masyarakat kampung, masyarakat bandar dan sebagainya
    ( 1 markah )
( 1 markah )
ISI 1
Berdasarkan Novel saya kaji di tingkatan 4, iaitu Songket Berbenang Emas,  latar masyarakat yang dipaparkan ialah
+
Contohnya,

    ( 1 markah )

( 1 markah )
ISI 2
Selain itu,……………
……………………….

+
Contohnya,………………
……………………………..
Isi “Backup”
ISI 3
Bahkan juga,………..
……………………….


+
Contohnya ………………..
……………………………..




Tiada ulasan: