Ahad, 22 September 2019

KARANGAN BERPANDU BERTAJUK AKTIVITI-AKTIVITI YANG DAPAT DILAKUKAN PADA MASA LAPANG

PENULISAN KARANGAN BERPANDU MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN
IDEA KARANGAN
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN (JENIS PENGENALAN BERSUMBER PETIKAN AL QURAN)



PERKARA
PENERANGAN
Pengenalan Petikan Al Quran.
Dalam Surah Al-Asr  Allah telah berfirman, bermaksud “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
AYAT RANGSANGAN  1
Surah Al Asr di atas berkait dengan penggunaan masa dan masa perlu digunakan dengan sebaik-baiknya kerana masa sangat berharga  ibarat emas.
AYAT RANGSANGAN  2
Kendatipun demikian, remaja pada zaman milineum kini sering menghabiskan masa senggang mereka dengan aktviti yang tidak bermanfaat seperti merokok, melayari laman-laman porno di internet, melepak di kompleks beli belah, melepak di pusat pusat hiburan, terlibat dengan aktiviti gengterisme,  vandalisme dan sebagainya yang banyak mendatangkan impak negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat.
AYAT RANGSANGAN  3
Siapa yang perlu dipersalahkan pabila remaja berfikiran dan berkelakuan sedemikian rupa? Tepuk dada, tanya selera.
FRASA MENARIK
Pepatah Arab ada menyebut, ‘Waktu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.’ 
UNSUR KBAT
Sekiranya, manusia menggunakan masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti sihat dan menggunakan masa secara berkualiti sudah pasti mereka mampu mendapat hasil positifnya.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah aktivti-aktivIti bermanfaat yang dapat dilakukan oleh masyarakat pada masa lapang?

.
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI   KARANGAN PERTAMA

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Pada realitinya,  berkelah bersama-sama keluarga merupakan aktiviti yang boleh dilakukan pada masa senggang.
AYAT HURAIAN 1
Hal ini demikian kerana, berkelah bersama-sama keluarga banyak manfaatnya terutamanya aktiviti sebegini mampu mempertaut hubungan silaturahim antara ahli keluarga.
AYAT HURAIAN 2
Tambahan pula, pada zaman globalisasi kini, setiap ahli keluarga sibuk dengan aktiviti seharian mereka sehingga kurang berinteraksi antara satu sama lain.
AYAT HURAIAN 3
Hal ini demikian kerana, ibu bapa yang berkerjaya sudah pasti sibuk dengan kerjaya masing-masing, sementara anak-anak yang bersekolah atau yang telah berkerja sibuk dengan aktiviti masing-masing.
AYAT CONTOH
Contohnya, ibu bapa pada kebiasaannya akan balik daripada pejabat ketika hari lewat senja, dan anak-anak yang bersekolah pula akan berada di rumah pada waktu tengah hari, apatah lagi anak-anak yang memasuki asrama penuh hanya akan bertemu dengan keluarga mereka pada waktu cuti persekolahan sekolah.
FRASA MENARIK
Sebelum retak menjadi belah, ibu bapa perlu merancang aktiviti menggunakan waktu secara berkualiti seperti berkelah bersama keluarga kerana aktiviti ini mampu merapatkan hubungan antara ahli keluarga.
UNSUR KBAT
Sekiranya ibu bapa gagal merancang aktiviti yang boleh mempertautkan hubungan ahli keluarga, sudah pasti mereka gagal mengenal hati budi dan menyemai rasa kasih sayang antara ahli keluarga, dan mereka akan gagal membentuk keluarga bahagia kerana sudah terhantuk baru tergadah sudah tiada berguna lagi.
UNSUR KBAT LAPIS KEDUA
Sebaliknya, ibu bapa yang berjaya menggunakan masa berkualiti dengan mengadakan aktiviti riadah bersama-sama ahli keluarga akan dapat membentuk keluarga bahagia kerana “Rumahku, Syurgaku.”
AYAT  PENEGAS
Tegasnya, berkelah bersama-sama ahli keluarga merupakan aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan pada masa senggang.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI   KARANGAN KEDUA

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Bahkan juga, masyarakat terutama  ibu bapa berperanan menyemai budaya membaca pada waktu senggang dalam kalangan ahli keluarga mereka.
AYAT HURAIAN 1
Hal ini demikian kerana, membaca merupakan sumber ilmu dan penyuluh kehidupan, justeru, budaya membaca akan memudahkan ahli keluarga mengetahui isu semasa yang berlaku di dalam atau di luar negara.
AYAT HURAIAN 2
Tambahan pula, anak-anak yang tergolong dalam kalangan pelajar perlu mengetahui pelbagai sumber ilmu dan pada era globalisasi ini dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari .
AYAT HURAIAN 3
Oleh sebab itu, anak-anak merupakan insan kamil perlu bijak mendapatkan sumber pembacaan sama ada menggunakan bahan bacaan kovensional atau melalui peranti digital agar mereka tidak ketinggalan maklumat berbanding rakan-rakan pelajar yang lain kerana miskin ilmu diri mereka ibarat kata di bawah tempurung.
AYAT CONTOH
Contohnya, ibu bapa yang bijak pandai dan tergolong dalam lapisan masyarakat profesional perlu mendedahkan anak-anak mereka cara untuk mendapatkan sumber maklumat secara mudah, murah dan boleh diperoleh di mana-mana sahaja dengan menggunakan perisian elektronik seperti komputer riba atau menggunakan telefon pintar tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.
FRASA MENARIK
Frasa menarik/ peribahasa telah diselitkan pada ayat huraian ketiga.
UNSUR KBAT
Sekiranya masyarakat dan ibu bapa berjaya mendidik anak-anak mendapatkan sumber maklumat dengan mudah, sudah pasti anak-anak mampu membudayakan diri mereka untuk membaca setiap masa dan di mana-mana sahaja.
UNSUR KBAT LAPIS KEDUA
Bahkan juga, budaya membaca bersama-sama ahli keluarga mampu mempereratkan hubungan keluarga.
AYAT  PENEGAS
Sudah terang lagi bersuluh, masyarakat terutama  ibu bapa berperanan menyemai budaya membaca pada waktu senggang dalam kalangan ahli keluarga mereka.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI   KARANGAN KETIGA

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Selain itu, berkebun bersama-sama ahli juga merupakan aktiviti berfaedah yang boleh digunakan untuk mengisi masa lapang.
AYAT HURAIAN 1
Hal ini demikian kerana semasa aktiviti berkebun, ahli keluarga saling membantu, saling berkomunikasi dan pada masa yang sama ikatan kekeluargaan akan dapat disemai.
AYAT HURAIAN 2
Bahkan juga, semasa aktivtit berkebun dijalankan setiap ahli keluarga akan mengeluarkan keringat dan pada masa yang sama bahan toksik yang tidak diperlukan oleh badan akan dirembes keluar bersama peluh dan sudah pasti kesihatan ahli keluarga akan terjamin.
AYAT HURAIAN 3
Selain itu, aktiviti berkebun banyak manfaatnya kerana dengan berkebun setiap ahli keluarga dapat membantu meningkatkan pendapatan serta ekonomi keluarga di samping dapat menikmati hasil tuaian tanaman yang ditanam yang sudah pasti segar dan kurang penggunaan racun terlarang.
AYAT CONTOH
Malahan, ibu bapa dan anak-anak akan saling memahami masalah yang mereka hadapi, contohnya semasa berkomunikasi ketika berkebun ibu bapa akan mudah mengesan masalah yang dihadapi oleh anak seperti masalah pembelajaran, masalah hubungan anak-anak dengan rakan sebaya, dan anak-anak juga akan mengetahui masalah ibu bapa mereka.
FRASA MENARIK
Persis kata peribahasa Melayu, menyelam sambil minum air, begitulah manfaatnya aktiviti berkebun dalam kalangan ahli keluarga kerana bukan sahaja berkebun dapat mengurangkan kos sara hidup ahli keluarga tetapi dengan berkebun masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga dapat dirungkai dengan bijaksanan ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
UNSUR KBAT
Sekiranya, aktiviti berkebun diaplikasi dalam kalangan ahli keluarga sudah pasti  keluarga bahagia akan dapat diwujudkan.
UNSUR KBAT LAPIS KEDUA
Sebaliknya, jika ahli keluarga tidak melakukan aktiviti berkebun sudah pasti tahap ekonomi ahli keluarga yang berpendapatan rendah akan terus terhimpit.
AYAT  PENEGAS
Kesimpulannya, berkebun bersama-sama ahli keluarga dapat digunakan untuk mengisi masa lapang.

JADUAL  PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN BERPANDU



PERKARA
PENERANGAN
AYAT PENYIMPUL
Kesimpulannya, saya ingin menegaskan manusia yang menghargai masa perlu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah sesuai dengan firman Allam dalam surah Surah Al Ahr
AYAT CADANGAN
Oleh sebab itu, ibu bapa, anak-anak dan masyarakat yang menghargai masa perlu melakukan aktiviti boleh mendatangkan   manfaat seperti berkelah bersama-sama keluarga, membaca buku dan melayari internet untuk mendapatkan bahan bacaan yang mengandungi maklumat untuk meningkatkan pengetahuan, serta berkebun.
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM PERENGGAN DIBINCANGKAN
Namun begitu, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk mengisi masa senggang antaranya beriadah seperti bersukan, menjalankan aktiviti sosial, mengembara, dan sebagainya.
AYAT HURAIAN MENGAPA CADANGAN DIUTARAKAN
Apabila masyarakat, terutamanya golongan pelajar, dan remaja sentiasa menjalankan aktiviti secara  bermanfaat  mereka akan terhindar daripada melakukan tingkah laku  yang bertentangan dengan agama serta boleh merosakkan akhlak dan menimbulkan masalah kepada negara.
UNSUR KBAT
Apabila keadaan kehidupan pelajar dan remaja terkawal serta sentiasa mengikuti lunas-lunas yang dikehendaki agama dan undang-undang, sudah pasti keadaan kehidupan masyarakat akan sentiasa aman dan harmoni.
FRASA MENARIK
Diharapkan segelintir golongan pelajar dan remaja yang alpa dengan nikmat duniawi  dan sering terjebak dengan perlakuan bertentangan dengan agama dan undang-undang negara berbalik kepangkal jalan dan menyesali perbuatan mereka kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit.
AYAT HARAPAN
Akhir kalam, gunalah masa senggang dengan sebaik-baiknya dengan melakukan aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat kerana sudah terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi.

PANDUAN MENNGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI   KARANGAN KARANGAN:-

A) PERENGGAN PENGENALAN

PERKARA
PENERANGAN
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, SAJAK, DAN SEBAGAINYA. RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
PADA BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN  MAKSIMUM KEPADA PEMERIKSA.  KESESUAIAN PEMILIHAN JENIS PENGENALAN MEMERLUKAN KREATIVITI PELAJAR TERUTAMA UNTUK MEMBUAT PERTIMBANGAN SAMA ADA PENGENALAN BERKENAAN SESUAI ATAU TIDAK SEBELUM MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN.
PELAJAR PERLU TAHU JENIS-JENIS PENGENALAN.
PELAJAR PERLU MEMBUAT LATIHAN DENGAN LEBIH KERAP DAN MEMIKIRKAN JENIS PENGENALAN YANG PALING MANTAP UNTUK MENARIK MINAT PEMERIKSA.
SEBAGAI INGATAN PERENGGAN PENGENALAN AMAT PENTING KERANA PEMERIKSA AKAN MEMBUAT TAFSIRAN AWAL SAMA ADA KARANGAN PELAJAR CEMERLANG ATAU SEBALIKNYA.
AYAT RANGSANGAN  1
AYAT DIBINA BERTUJUAN UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA  KARANGAN.
Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan dipillih………jelaslah bahawa .......................isu/ tema karangan  atau tugasan pelajar merujuk soalan karangan.
Cara lain untuk memulakan ayat  untuk ayat rangsangan 1 pengenalan bergantung kepada jenis pengenalan yang dipilih oleh pelajar, Contoh,
Berdasarkan sajak, berdasarkan pantun, berdasarkan kata pemimpin dan sebagainya berkait dengan soalan…………………………… kerana…………………………..
Maksud sajak, maksud pantun, maksud kata-kata pemimpin amat bertepatan dengan tajuk soalan/ tema soalan kerana………….
AYAT RANGSANGAN  2
AYAT RANGSANGAN KEDUA:- MENERUSKAN RANGSANGAN AGAR PEMERIKSA BERMINAT UNTUK MEMBACA AYAT SETERUSNYA.
Hal ini demikian kerana……………………  nyatakan  pendapat anda berkaitan tugasan anda.
Penanda wacana lain yang boleh digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis seperti selain itu, bahkan juga, tambahan pula, situasi sedemikian berlaku kerana……….
Peringatan, pemilihan penanda wacana amat penting agar pertautan ayat sebelum ( Ayat Rangsangan 1) dan ( Ayat Rangsangan 2) ada perkaitannya.
AYAT RANGSANGAN  3
AYAT RANGANGAN KETIGA:-
MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga……………………. ( Ulas secara ringkas berkaitan pengenalan dengan tema atau tajuk )
Peringatan:- Ayat rangsangan ketiga bukanlah wajib ditulis, tetapi untuk mendapat markah A+ , pelajar cemerlang perlu mengambil berat penulisan bahagian ini.
Penanda wacana lain yang boleh digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis seperti selain itu, bahkan juga, tambahan pula, Situasi sedemikian berlaku kerana.
Peringatan, pemilihan penanda wacana amat penting agar  pertautan ayat dengan ayat dan kesinambungan ayat dengan frasa atau perenggan dengan perenggan. Contoh fungsi penanda wacana Bahkan juga, mengaitkan ( Ayat Rangsangan 2) dan ( Ayat Rangsangan 3).
FRASA MENARIK
FRASA MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN PENGENALAN, BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA PELAJAR YANG KREATIF BOLEH MEMASUKKAN LEBIH DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM PERENGGAN PENGENALAN.
Peribahasa, kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan Hadis, di permulaan ayat juga dalam kategori frasa menarik.
Cara untuk memulakan frasa menarik:-
Persis kata peribahasa Melayu  “ .............................” bertepatan denga isi yang dibincangkan iaitu …………………..
Persis kata mutiara, ............ amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan  iaitu ………………………….
Persis kata cendekiawan, ............. amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan  iaitu ………………………….
“……………………….” Merupakan pepatah Melayu yang berkaitan dengan isi yang dibincangkan iaitu…………………………………
Peribahasa Melayu, “…………………………” berkait rapat denga isi yang dibincangkan iaitu……………..
Antara pendapat cendikiawan Islam, “………………………………………….." amat bernilai dan berkait dengan isi yang dibincangkan iaitu ...............................................
Antara kata-kata pemimpin negara  iaitu…………………….. berkait dengan isi yang diperkatakan.
Firman Allah”…………………………………………………………” perlu diberi perhatian...............
Rasullullah pernah bersabda,”………………………………………….”

Pelajar juga perlu mahir menulis frasa menarik supaya perkaitan frasa menarik dengan huraian isi ada pertautan.
UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan berkenaan diambil tindakan …apa kesan/akibatnya kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan tidak diambil tindakan …apa kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih salah satu  kesan atau impaknya di atas sebagai kemungkinan
AYAT ARAHAN
MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan……. ( Rujuk semula kepada soalan karangan)






PANDUAN MENNGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI   KARANGAN KARANGAN:-

B)   BAHAGIAN PERENGGAN ISI:-

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
ISI KEDUA
PELAJAR PERLU MENULIS KATA KUNCI/ ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA  ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
Cara untuk memulakan isi, pelajar boleh menulis frasa seperti di bawah:-
Pada hemat saya senario permasalahan ini berpunca.........
Pada pandangan saya tindakan yang boleh diambil untuk........
Pada realitinya, tidak dapat disangkal bahawa..............
Umumnya  masyarakat mengetahui .............
Sebagaimana yang kita sedia maklum....................
Sebagai memulakan  perbincangan, saya menyandarkan isi pertama iaitu..............
Sebagai memulakan perbincangan, saya berpendapat bahawa cara/ langkah untuk............................
Sebagai memulakan perbincangan, saya berpendapat bahawa  punca/ kesan berlakunya..............................
Idea pertama saya berkaitan ...............................ialah
Sebagai seorang pelajar/ warganegara prihatin, tindakan pertama saya lakukan.................................
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya perlu...........................

Frasa isi kedua:-
Sebagai seorang pelajar/ warganegara prihatin, tindakan kedua akan saya lakukan.................................
Mari kita memperluas lensa perbincangan dengan memperkatakan.........................
Mari kita melebarkan fokus perbincangan dengan memperkatakan.........................


Pelajar perlu bijak memilih cara memulakan isi di samping itu kreativiti pelajar dapat  menghasilkan permulaan isi menarik perhatian pemeriksa. 
AYAT HURAIAN 1
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-  
( Oleh sebab itu, Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana, Hal ini terjadi kerana, Hal ini wujud kerana, Hal ini berpunca kerana, Hal ini bersangkut paut dengan, Hal ini tercetus karana, Hal ini disebabkan oleh, Permasalahan ini berlaku kerana, )
AYAT HURAIAN 2
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2:-  
Bahkan juga, Selain itu, Malahan juga , Tambahan pula, …….)
AYAT HURAIAN 3
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA ) 
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3:-  
Penanda wacana yang boleh digunakan seperti tambahan pula, Selain itu, Hal ini demikian kerana,  Bahkan juga dan lain lagi Malahan juga, Tambahan pula….)

Sebaik-baiknya,  penanda wacana tersebut telah digunakan pada ayat huraian sebelumnya, elak penggunaannya dan gunakan penanda wacana lain untuk huraian selanjutnya)
AYAT CONTOH
AYAT CONTOH -  AMAT PERLU UNTUK MENGAMBARKAN PENGETAHUAN PELAJAR  LUAS - PELAJAR PERLU MENULIS LEBIH DARIPADA SATU CONTOH SAMA ADA, DUA ATAU TIGA   CONTOH.
Penanda wacana yang boleh digunakan untuk memulakan ayat contoh seperti:-
Analoginya, Contohnya, Sebagai contoh, tamsilnya,
UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT NEGATIF TINDAKAN YANG DIAMBIL BERKAITAN TAJUK ATAU TEMA.
Sekiranya…………………………tugasan berkenaan diambil tindakan …apa kesan negatifnya tehadap diri, keluarga,masyarakat atau negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan tidak diambil …apa kesan/impaknya kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.( Sila rujuk kepada dimensi karangan sekiranya anda menulis karangan bahagian 2)
.
UNSUR KBAT LAPIS KEDUA
KESAN DAN AKIBAT POSITIF YANG DIAMBIL BERKAITAN TAJUK ATAU TEMA.
Sekiranya…………………………tugasan berkenaan diambil tindakan …apa kesan/akibatnya kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan diambil tindakan …apa kesan/impaknya positifnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. .( Sila rujuk kepada dimensi karangan sekiranya anda menulis karangan bahagian 2)

Pilih salah satu  kesan atau impaknya di atas sebagai perkara yang kemungkinan hasil tindakan berkenaan terhadap isu yang dibincangkan.
FRASA MENARIK
PFRASA MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN PENGENALAN, BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA PELAJAR YANG KREATIF BOLEH MEMASUKKAN LEBIH DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM PERENGGAN PENGENALAN.
Peribahasa, kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan Hadis, di permulaan ayat juga dalam kategori frasa menarik.
Cara untuk memulakan frasa menarik:-
Persis kata peribahasa Melayu “ .............................” bertepatan dengan isi yang dibincangkan iaitu …………………..
Persis kata orang tua-tua, “ ............... amat berkaitan dengan isi karangan yang dibincangkan  iaitu ………………………….
Persis kata mutiara, ............ amat berkaitan dengan isi karangan yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata cendekiawan, ............. amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan  iaitu ………………………….
“……………………….” Merupakan pepatah Melayu yang berkaitan dengan isi karangan yang dibincangkan iaitu…………………………………
Peribahasa Melayu, “…………………………” berkait rapat dengan isi yang dibincangkan iaitu…………………………..
Antara pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara kata-kata pemimpin negara  iaitu...............................
Firman Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah pernah bersabda,”………………………………………….”
.........ayat huraian.............. berkait dengan  peribahasa Melayu iaitu.......................tulis peribahasa berkenaan.
…….ayat huraian ………. kerana peribahasa Melayu ada mengatakan,"............................................."

Pelajar juga perlu mahir menulis frasa menarik supaya perkaitan frasa menarik dengan huraian isi ada pertautannya.
Kemahiran ini perlu diaplikasi selalu semasa mengarang kerana kekerapan penggunaannya akan mempertaut dan memperkaitkan ayat huraian dan frasa menarik yang diselitkan.
AYAT  PENEGAS
AYAT PENEGAS  BERFUNGSI UNTUK MENEGASKAN  SEMULA ISI PADA PERENGGAN AKHIR ISI:
KONKLUSINYA/TELAH TERANG  LAGI BERSULUH, TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA AYAT AWAL PERENGGAN ISI / AYAT TEMA KECIL/ ATAU KATA KUNCI ISI DI BAHAGIAN AWAL PERENGGAN ISI.

C) PERENGGAN PENUTUP:-


PERKARA
PENERANGAN
AYAT PENYIMPUL
SEBAGAI MENGGULUNG PENDAPAT DAN ISI YANG TELAH SAYA PERKATAKAN DI ATAS,  SAYA INGIN MENEGASKAN BAHAWA ………….TEMA KARANGAN ……MEMANG BANYAK KELEBIHANNYA / KEBURUKANNYA.
Penanda wacana yang boleh ditulis bahagian ayat penyimpul seperti,
Akhirnya, Akhirukalam,  Intihanya,  Secara tuntas,  konklusinya,  Sebagai penutup wacana, Sebelum mengakhiri wacana ini, Akhir kata,  Sebagai menggulung bicara, Sebagai menggulung pendapat, dan sebagainya.
AYAT CADANGAN
SEBAGAIMANA ISI YANG TELAH SAYA SELITKAN DALAM PERENGGAN ISI, IAITU ..…..TULIS SEMULA ISI-ISI YANG TELAH DITULIS……….
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM PERENGGAN DIBINCANGKAN
Senaraikan isi cadangan lain, sekurang-kurang dua isi, pada bahagian ayat ini.
Tujuan utama isi  berkenaan ditulis untuk mengambar pelajar mempunyai banyak idea untuk membalas jasa guru dan bukan sekadar isi-isi yang ditulis dalam karangan. Isi-isi ini tidak perlu dihurai.
AYAT HURAIAN MENGAPA
CADANGAN DIUTARAKAN
HURAIKAN SECARA RINGKAS KEPENTINGAN / KEBURUKAN  TEMA ATAU TUGASAN,  BERGANTUNG KEPADA SOALAN.
Selanjutnya, Seterusnya, Tambahan pula, Bahkan juga, dan sebagainya.
UNSUR KBAT
JIKA SAYA/MASYARAKAT/KERAJAAN ……MELAKUKAN/ TIDAK MELAKUKAN TEMA ATAU TUGASAN, APAKAH IMPAKNYA.
FRASA MENARIK
SELITKAN FRASA MANARIK BERKAITAN TEMA ATAU TUGASAN.
( RUJUK NOTA DI BAHAGIAN PERENGGAN PENGENALAN DAN DI BAHAGIAN PERENGGAN ISI)
AYAT HARAPAN
KONKLUSINYA, NYATAKAN HARAPAN ANDA TENTANG TEMA ATAU TUGASAN.





Tiada ulasan: