ULASAN JAWAPAN PELAJAR MERUJUK
KEPADA BEBERAPA KELEMAHAN YANG SAYA KESAN SEMASA MENYEMAK SKRIP KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN KERTAS
BM 2.
** Peringatan, rumusan merupakan markah yang paling banyak ditawarkan dalam kertas
Bahasa Melayu 2. Sebanyak 30 markan diperuntukkan untuk bahagian rumusan. Pelajar
perlu merebut peluang untuk mendapat 30 markah berkenaan.
Soalan
1 : Rumusan
[30
markah]
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk melahirkan
masyarakat yang melestarikan alam
dan kesan-kesan buruk
pencemaran dalam kehidupan.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Masyarakat harus sedar tentang
kepentingan teknologi hijau. Dengan kesedaran itu, masyarakat tidak lagi
bergantung dengan sepenuhnya pada sumber tenaga daripada petroleum, gas dan
arang batu serta berjaya mengecilkan peratus pencemaran melalui pelbagai
aktiviti yang menggunakan sumber tenaga alternatif. Gaya hidup yang dilihat
tidak lestari yang berasaskan karbon dan tenaga fosil diubah kepada gaya dan
penggunaan tenaga yang boleh dibaharui. Perubahan ini menjadi asas kepada
aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat. Tambahan pula, kini terdapat banyak
pilihan dan cara untuk menghasilkan tenaga alternatif seperti tenaga suria
(panel fotovolta solar), tenaga angin, tenaga hidro (empangan), tenaga ombak,
dan tenaga berasaskan tumbuhan dan haiwan (tenaga biogas dan biobahan api).
Sememangnya sudah ada usaha-usaha
untuk melahirkan masyarakat yang faham tentang teknologi hijau demi kelangsungan
dan kemandirian manusia. Kerajaan telah mewujudkan sistem pengangkutan baharu
seperti sistem transit massa (MRT). Perancangan untuk mewujudkan MRT berasaskan
elektrik dapat mengurangkan jejak karbon bagi setiap penduduk terutamanya di
bandar besar. Selain itu, terdapat seruan kepada rakyat agar berbasikal atau
berjalan kaki untuk jarak dekat manakala ada sesetengah pihak membuat syor agar
mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan kenderaan bermotor.
Semua usaha dan cadangan ini
dilakukan untuk membawa masyarakat keluar daripada pergantungan yang
keterlaluan terhadap sumber tenaga daripada petroleum dan mengurangkan kesan
pencemaran karbon dioksida terutamanya daripada asap kenderaan. Hal ini
demikian kerana kajian mendapati bahawa eksos kereta di seluruh dunia
mengeluarkan kira-kira 300 juta tan gas beracun pada setiap tahun seperti
karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur dioksida, dan partikel
padu. Kenderaan enjin diesel pula kurang melepaskan gas toksik tetapi
mengeluarkan lebih banyak jelaga. Kadar karbon monoksida yang dihasilkan
daripada sistem pengangkutan sangat tinggi, iaitu 70 peratus hingga 80 peratus
dan menjadi penyumbang utama
pencemaran udara.
Institusi penyelidikan tempatan
meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang penggunaan tenaga nuklear untuk
menyokong usaha ini. Kerajaan pula melaksanakan pelbagai kempen dari semasa ke
semasa seperti mengurangkan penggunaan beg plastik, meningkatkan amalan kitar
semula, dan amalan hidup sihat. Jabatan Alam Sekitar tidak ketinggalan
menganjurkan Program Sekolah Bestari, Anugerah Alam Sekitar, dan Bandar
Lestari. Anugerah ini diharap akan dapat mengubah tingkah laku masyarakat untuk
mengurangkan jejak karbon yang dimiliki oleh mereka. Namun begitu, usaha-usaha
ini tidak akan mencapai kejayaan yang membanggakan sekiranya masyarakat masih
terus duduk senang menikmati apa-apa yang ada di hadapan mata sekarang tanpa
memikirkan cabaran yang bakal dihadapi pada masa depan.
Dipetik dan diubah
suai daripada
‘Teknologi Hijau
Melestarikan Alam’
oleh Syahril Izwan
Abdul Yamin,
Dewan
Kosmik, Januari 2016.
SKEMA JAWAPAN:-
Pendahuluan
[2 markah]
P1
|
Petikan
membincangkan langkah-langkah/cara-cara untuk melahirkan masyarakat yang peka
tentang kepentingan teknologi hijau di negara kita/Malaysia
|
2
|
P2
|
Rumusan
membincangkan langkah-langkah/cara-cara untuk melestarikan alam dalam kalangan masyarakat di negara kita.
|
2
|
P3
|
Rumusan
membincangkan langkah-langkah/cara-cara untuk melestarikan alam dan
dan
kesan-kesan buruk pencemaran dalam kehidupan.
|
2
|
P4
|
Petikan/
Rumusan membincangkan langkah-langkah/cara-cara untuk melestarikan alam
|
1
|
P5
|
Petikan
membincangkan tugas-tugas masyarakat untuk melestarikan alam
|
1
|
P6
|
Petikan
membincangkan kepentingan melestarikan alam.
|
0
|
P7
|
Petikan
membincangkan kesan-kesan pelestarian alam sekitar
|
0
|
Isi
Tersurat [4 hingga 12 markah]
Usaha-usaha
untuk melahirkan masyarakat yang melestarikan alam
S1
|
-Masyarakat
menggunakan sumber tenaga alternatif
|
2
|
S2
|
-Kerajaan
telah mewujudkan sistem pengangkutan baharu
|
2
|
S3
|
- Kerajaan
menyeru kepada rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak
dekat
|
2
|
S4
|
- Sesetengah
pihak membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan
kenderaan bermotor
|
2
|
S5
|
-Masyarakat
mengurangkan kesan pencemaran
karbon dioksida terutamanya daripada asap kenderaan
|
2
|
S6
|
- Institusi
penyelidikan tempatan meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang
penggunaan tenaga nuklear
|
2
|
S7
|
-Kerajaan
melaksanakan pelbagai kempen dari semasa ke semasa
|
2
|
S8
|
-Jabatan Alam
Sekitar menganjurkan Program Sekolah Bestari, Anugerah Alam
Sekitar dan Bandar Lestari.
|
2
|
Isi
Tersirat [4 hingga 12 markah]
Kesan-kesan
buruk pencemaran dalam kehidupan
T1
|
- kesan rumah hijau
|
2
|
T2
|
- keadaan cuaca yang luar daripada
kebiasaan
|
2
|
T3
|
- mengakibatkan masyarakat kelemasan dan menghadapi
kesukaran bernafas
|
2
|
T4
|
- sumber makanan laut berkurang
|
2
|
T5
|
- wujudnya pelbagai penyakit baharu dan
kronik
|
2
|
T6
|
-meninggalkan kesan ekonomi dan social
|
2
|
T7
|
-menyebabkan masalah banjir kilat
|
2
|
T8
|
-menjadi tempat pembiakan haiwan yang
membawa penyakit
|
2
|
T9
|
-mencacatkan pemandangan
|
2
|
T10
|
-merosakkan tanaman
|
2
|
(Isi-isi
tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
Kesimpulan
[2 markah]
K1
|
-Kesimpulannya,
kelestarian alam haruslah diwujudkan oleh masyarakat supaya kehidupan ini
akan sejahtera sepanjang masa.
|
2
|
(Kesimpulan
lain yang sesuai boleh diterima)
ULASAN JAWAPAN PELAJAR MERUJUK KEPADA BEBERAPA KELEMAHAN YANG SAYA
KESAN SEMASA PEPERIKSAAN PERCUBAAN KERTAS BM 2.
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di
bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk melahirkan masyarakat yang
melestarikan alam dan kesan-kesan buruk pencemaran dalam kehidupan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Masyarakat
harus sedar tentang kepentingan teknologi hijau. Dengan kesedaran itu,
masyarakat tidak lagi bergantung dengan sepenuhnya pada sumber tenaga
daripada petroleum, gas dan arang batu serta berjaya mengecilkan peratus
pencemaran melalui pelbagai aktiviti yang menggunakan sumber tenaga
alternatif. Gaya hidup yang dilihat tidak lestari yang berasaskan karbon dan
tenaga fosil diubah kepada gaya dan penggunaan tenaga yang boleh dibaharui.
Perubahan ini menjadi asas kepada aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat.
Tambahan pula, kini terdapat banyak pilihan dan cara untuk menghasilkan
tenaga alternatif seperti tenaga suria (panel fotovolta solar), tenaga angin,
tenaga hidro (empangan), tenaga ombak, dan tenaga berasaskan tumbuhan dan
haiwan (tenaga biogas dan biobahan api).
Sememangnya
sudah ada usaha-usaha untuk melahirkan masyarakat yang faham tentang
teknologi hijau demi kelangsungan dan kemandirian manusia. Kerajaan telah
mewujudkan sistem pengangkutan baharu seperti sistem transit massa (MRT).
Perancangan untuk mewujudkan MRT berasaskan elektrik dapat mengurangkan jejak
karbon bagi setiap penduduk terutamanya di bandar besar. Selain itu, terdapat
seruan kepada rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak dekat
manakala ada sesetengah pihak membuat syor agar mengurangkan atau
menghapuskan terus penggunaan kenderaan bermotor.
Semua
usaha dan cadangan ini dilakukan untuk membawa masyarakat keluar daripada
pergantungan yang keterlaluan terhadap sumber tenaga daripada petroleum dan
mengurangkan kesan pencemaran karbon dioksida terutamanya daripada asap
kenderaan. Hal ini demikian kerana kajian mendapati bahawa eksos kereta di
seluruh dunia mengeluarkan kira-kira 300 juta tan gas beracun pada setiap
tahun seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur
dioksida, dan partikel padu. Kenderaan enjin diesel pula kurang melepaskan
gas toksik tetapi mengeluarkan lebih banyak jelaga. Kadar karbon monoksida
yang dihasilkan daripada sistem pengangkutan sangat tinggi, iaitu 70 peratus
hingga 80 peratus dan menjadi penyumbang
utama pencemaran udara.
Institusi
penyelidikan tempatan meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang
penggunaan tenaga nuklear untuk menyokong usaha ini. Kerajaan pula
melaksanakan pelbagai kempen dari semasa ke semasa seperti mengurangkan
penggunaan beg plastik, meningkatkan amalan kitar semula, dan amalan hidup
sihat. Jabatan Alam Sekitar tidak ketinggalan menganjurkan Program Sekolah
Bestari, Anugerah Alam Sekitar, dan Bandar Lestari. Anugerah ini diharap akan
dapat mengubah tingkah laku masyarakat untuk mengurangkan jejak karbon yang
dimiliki oleh mereka. Namun begitu, usaha-usaha ini tidak akan mencapai
kejayaan yang membanggakan sekiranya masyarakat masih terus duduk senang
menikmati apa-apa yang ada di hadapan mata sekarang tanpa memikirkan cabaran
yang bakal dihadapi pada masa depan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Teknologi Hijau Melestarikan Alam’
oleh Syahril Izwan Abdul Yamin,
Dewan Kosmik, Januari 2016.
Pendahuluan [2 markah]
Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]
Usaha-usaha untuk melahirkan masyarakat
yang melestarikan alam
Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]
Kesan-kesan buruk pencemaran dalam
kehidupan
(Isi-isi tersirat yang lain boleh
diterima sekiranya sesuai)
Kesimpulan [2 markah]
(Kesimpulan lain yang sesuai boleh
diterima)
ULASAN KELEMAHAN JAWAPAN PELAJAR
LANGKAH PERTAMA (PROSES MENULIS PENGENALAN
RUMUSAN)
Pelajar dicadangkan memilih penulisan rumusan
menggunakan permulaan istilah Rumusan atau Petikan seperti yang dicadangkan skema
jawapan di bawah walaupun ada cara yang lain, contohnya:-
Penulisan
menggunakan petikan rumusan dan petikan ada banyak keistimewaan kerana
penggunaan istilah:-
i)
Petikan
pelajar kebiasaannya dapat mengurangkan patah perkataan, namun pelajar perlu
mahir membinanya kerana sekiranya tiada frasa tempat fokus perbincangan
rumusan iaitu di negara kita/Malaysia, pelajar
tidak akan mendapat markah penuh 2 markah dan pelajar akan mendapat 1 markah
sahaja. Contohnya, jawapan:-
Namun,
penulisan rumusan atau petikan untuk frasa isi tersurat sama, contohnya seperti
jawapan dalam skema jawapan di atas,
ii)
Sementara penggunaan istilah Rumusan, pelajar
akan terelak daripada melakukan kesalahan semasa membina pengenalan petikan pengenalan
walaupun begitu kebiasaannya binaan ayatnya selalunya lebih panjang berbanding
penggunaan istilah petikan. Hal ini demikian kerana pelajar hanya perlu
menyalin semula frasa kata kunci isi tersirat seperti contoh skema di bawah.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
P3
|
Rumusan
membincangkan langkah-langkah/cara-cara untuk
melestarikan alam dan kesan-kesan buruk pencemaran dalam kehidupan.
|
2
|
Kenapa
pelajar mendapat 1 markah untuk penulisan jawapan seperti skema di bawah?
P5
|
Petikan
membincangkan tugas-tugas masyarakat untuk melestarikan alam
|
1
|
Punca
pelajar mendapat 1 markah kerana, mereka tidak menulis frasa isi tersirat iaitu
kesan-kesan buruk pencemaran dalam kehidupan. Namun begitu, untuk mendapat markah bahagian frasa isi tersurat, pelajar perlu menukar kata kunci isi tersurat berkenaan contoh usaha-usaha perlu ditukar dengan kata sama maksud iaitu langkah-langkah, cara-cara, tugas-tugas untuk mendapat satu markah .
Semoga
penjelasan yang agak panjang berkaitan proses pertama membina pengenalan
rumusan di atas akan dapat membantu pelajar membina pengenalan yang baik dan akan
membantu pelajar mendapat markah penuh.
LANGKAH
KEDUA (PROSES MENULIS PERENGGAN ISI TERSURAT RUMUSAN)
Di
bawah, saya senaraikan semula isi tersirat yang dicadangkan skema jawapan:-
S1
|
-Masyarakat
menggunakan sumber tenaga alternatif
|
2
|
S2
|
-Kerajaan
telah mewujudkan sistem pengangkutan baharu
|
2
|
S3
|
- Kerajaan
menyeru kepada rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak
dekat
|
2
|
S4
|
- Sesetengah
pihak membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan
kenderaan bermotor
|
2
|
S5
|
-Masyarakat
mengurangkan kesan pencemaran
karbon dioksida terutamanya daripada asap kenderaan
|
2
|
S6
|
- Institusi
penyelidikan tempatan meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang
penggunaan tenaga nuklear
|
2
|
S7
|
-Kerajaan
melaksanakan pelbagai kempen dari semasa ke semasa
|
2
|
S8
|
-Jabatan Alam
Sekitar menganjurkan Program Sekolah Bestari, Anugerah Alam
Sekitar dan Bandar Lestari.
|
2
|
Kelemahan pelajar semasa menjawab isi tersurat seperti di atas adalah kerana mereka lalai kerana dalam binaan ayat dalam bahasa Melayu perlu ada subjek dan prediket. Contoh untuk isi pertama, subjeknya ialah masyarakat, isi kedua kerajaan, isi ketiga kerajaan,. isi keempat sesetengah pihak, isi kelima masyakarat, isi keenam, institusi penyelidikan tempatan, isi ketujuh kerajaan, dan isi kelapan Jabatan Alam Sekitar. Oleh sebab itu, setiap isi yang disenaraikan dalam petkan perlu ditulis subjek dan prediketnya.
Sekiranya, pelajar menulis, isi tersirat pertama seperti antara langkah untuk melahirkan masyarakat melestarikan alam sekitar adalah dengan menggunakan sumber alternatif dan mewujudkan sistem pengangkutan baru dan seterusnya ( isi berkenan tidak diterima kerana pelajar meninggalkan subjek bagi ayat berkenaan dan markah isi tersurat 0) Sepatutnya, pelajar menulis antara langkah untuk melahirkan masyarakat melestarikan alam sekitar ialah masyarakat menggunakan sumber alternatif dan kerajaan telah mewujudkan sistem pengangkutan baru untuk mendapat dua markah setiap isi berkenaan. Contoh yang lain, pelajar boleh membina isi tersirat seterusnya, contoh isi tersirat keenam seperti selain itu, institusi penyelidikan tempatan pula perlu meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang penggunaan tenaga nuklear. Jika pelajar menulis antara langkah untuk melahirkan masyarakat melestarikan alam sekitar adalah dengan meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang penggunaan tenaga nuklear. ( markah isi berkenaan 0, kerana pelajar tidak mengaitkan pelaku atau subjek untuk ayat isi keenam iaitu institusi penyelidikan tempatan) Kesimpulannya, pelajar perlu menulis ayat yang lengkap dengan menulis subjek dan prediket bagi setiap isi yang terdapat di dalam petikan.
Oleh sebab itu, ramai pelajar saya gagal mendapat markah penuh untuk setiap isi tersirat yang disenaraikan di atas. Semoga pelajar faham penjelasan saya di atas. Dinasihatkan sekiranya pelajar mendapati ayat isi tersirat mengandungi subjek, terutama subjek yang berbeza-beza, sila berhati-hati kerana meninggalkan subjek bagi setiap ayat dianggap sebagai ayat tergantung. Insya-Allah, saya akan memberi contoh jawapan rumusan yang lengkap selepas membuat ulasan setiap proses membina perenggan untuk rumusan.
LANGKAH KETIGA (PROSES MENULIS PERENGGAN ISI TERSIRAT RUMUSAN)
Pelajar perlu merujuk kata kunci isi tersirat untuk mendapatkan isi tersirat iaitu kesan-kesan buruk pencemaran dalam kehidupan. Pelajar yang bijak, boleh mengambil kesempatan untuk menulis isi tersirat dengan lebih banyak, berbanding isi tersurat kerana isi tersiratnya lebih mudah. Namun, isi tersirat memerlukan pelajar menggunakan kemahiran KBAT. Saya senaraikan semula skema jawapan yang dicadangkan di bawah. Namun, jawapan lain untuk isi tersirat boleh diterima asalkan logik. Pelajar yang mempunyai pengetahuan luas dan banyak membaca merupakan pelajar yang mampu memperoleh isi tersirat yang lebih banyak. Berdasarkan pengalaman saya, pelajar agak cuak untuk memasukkan lebih banyak isi tersirat dalam rumusan mereka kerana kemungkinan kurang keyakinan diri untuk menulis isi-isi berkenaan.
Pelajar perlu merujuk kata kunci isi tersirat untuk mendapatkan isi tersirat iaitu kesan-kesan buruk pencemaran dalam kehidupan. Pelajar yang bijak, boleh mengambil kesempatan untuk menulis isi tersirat dengan lebih banyak, berbanding isi tersurat kerana isi tersiratnya lebih mudah. Namun, isi tersirat memerlukan pelajar menggunakan kemahiran KBAT. Saya senaraikan semula skema jawapan yang dicadangkan di bawah. Namun, jawapan lain untuk isi tersirat boleh diterima asalkan logik. Pelajar yang mempunyai pengetahuan luas dan banyak membaca merupakan pelajar yang mampu memperoleh isi tersirat yang lebih banyak. Berdasarkan pengalaman saya, pelajar agak cuak untuk memasukkan lebih banyak isi tersirat dalam rumusan mereka kerana kemungkinan kurang keyakinan diri untuk menulis isi-isi berkenaan.
Kesan-kesan buruk pencemaran dalam kehidupan
T1
|
- kesan rumah hijau
|
2
|
T2
|
- keadaan cuaca yang luar daripada kebiasaan
|
2
|
T3
|
- mengakibatkan masyarakat kelemasan dan menghadapi kesukaran bernafas
|
2
|
T4
|
- sumber makanan laut berkurang
|
2
|
T5
|
- wujudnya pelbagai penyakit baharu dan kronik
|
2
|
T6
|
-meninggalkan kesan ekonomi dan sosial
|
2
|
T7
|
-menyebabkan masalah banjir kilat
|
2
|
T8
|
-menjadi tempat pembiakan haiwan yang membawa penyakit
|
2
|
T9
|
-mencacatkan pemandangan
|
2
|
T10
|
-merosakkan tanaman
|
2
|
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
Pelajar boleh merujuk pakej jawapan isi tersurat dan tersirat yang saya warnakan. Berdasarkan jadual di atas pelajar boleh memilih berapa isi tersurat dan isi tersirat yang perlu ditulis semasa menulis rumusan. Namu kebiasaannya pelajar akan mengambil 12 markah ( atau 6 isi tersirat) dan 4 markah ( 2 isi tersirat). Namun, pelajar perlu ingat, isi tersirat yang paling minimun 4 markah atau dua isi tersirat dan jumlah isi tersurat dan tersirat mesti 16 markah atau 8 isi kesemuanya. Kemungkinan, pelajar berpendapat isi tersirat lebih mudah, dan lebihkan isi tersirat semasa menulis rumusan. Sila bertanya kepada guru anda untuk memastikan anda faham pakej isi tersurat dan tersirat berdasarkan jadual yang saya senaraikan di atas.
LANGKAH KEEMPAT (PROSES MENULIS PERENGGAN PENUTUP RUMUSAN)
Proses menulis penutup rumsan sangat mudah kerana pelajar hanya perlu memastikan jadual di bawah dilengkapkan untuk mendapat 2 markah untuk bahagian penutup rumusan.
Di bawah saya lampirkan contoh penulisan lengkap rumusan berkenaan untuk rujukan pelajar. Diharapkan dengan ulasan dan penjelasan saya ini, pelajar SMK Seri Londang dan pelajar yang bakal menghadapi menghadapi peperiksaan SPM mampu untuk mendapat markah penuh bahagian merumus karangan. Perlu diingatkan kemahiran merumus sangat penting dan pelajar perlu membuat latihan yang kerap kerana setiap soalan rumusan mempunyai teknik menjawab yang berbeza, serta memerlukan pelajar mahir merangkumkan isi dengan mempelbagaikan binaan ayat sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk serta bijak memilih penanda wacana yang sesuai untuk menulis isi. Binaan ayat majmuk terutamanya dapat mengurangkan bilangan patah perkataan kerana subjek yang ditulis satu dan prediketnya boleh ditambah lebih daripada satu. Selamat merumus.
Contoh rumusan lengkap:-
Petikan membincangkan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang peka kepentingan teknologi hijau di negara kita.
Masyarakat perlu melestarikan alam sekitar dengan menggunakan sumber tenaga alternatif dan mengurangkan kesan pencemaran karbon dioksida terutamanya daripada asap kenderaan. Sementara itu, kerajaan telah mewujudkan sistem pengangkutan baharu, menyeru kepada rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak dekat dan melaksanakan pelbagai kempen dari semasa ke semasa. Selain itu, ada sesetengah pihak membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan kenderaan bermotor. Bahkan juga, Institusi penyelidikan tempatan meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang penggunaan tenaga nuklear
Kesan buruk pencemaran dalam kehidupan boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan berlakunya keadaan cuaca yang luar daripada kebiasaan.
Kesimpulannya, masyarakat perlu melestarikan alam agar kehidupan masyarakat sentiasa sihat.
Pembahagian markah
berdasarkan setiap perenggan.
Bahagian
|
ISI
|
Markah
|
||||||||
i) Pendahuluan
|
2
|
|||||||||
ii) Isi Tersurat
|
4
|
6
|
8
|
10
|
12
|
16
|
||||
iii) Isi Tersirat
|
12
|
10
|
8
|
6
|
4
|
|||||
iv) Penutup
|
2
|
|||||||||
Jumlah Markah
|
20
|
Proses menulis penutup rumsan sangat mudah kerana pelajar hanya perlu memastikan jadual di bawah dilengkapkan untuk mendapat 2 markah untuk bahagian penutup rumusan.
FORMAT
PENULISAN PERENGGAN PENUTUP ADALAH SEPERTI DI BAWAH:-
KATA PENUTUP
|
SIAPA YANG TERLIBAT
|
KATA HUBUNG
|
KESAN/AKIBAT
|
Kesimpulannya, Akhir
kalam, Konklusinya,
|
masyarakat perlu melestarikan
alam
|
supaya/agar
|
kehidupan masyarakat sentiasa
harmoni/sihat
|
Di bawah saya lampirkan contoh penulisan lengkap rumusan berkenaan untuk rujukan pelajar. Diharapkan dengan ulasan dan penjelasan saya ini, pelajar SMK Seri Londang dan pelajar yang bakal menghadapi menghadapi peperiksaan SPM mampu untuk mendapat markah penuh bahagian merumus karangan. Perlu diingatkan kemahiran merumus sangat penting dan pelajar perlu membuat latihan yang kerap kerana setiap soalan rumusan mempunyai teknik menjawab yang berbeza, serta memerlukan pelajar mahir merangkumkan isi dengan mempelbagaikan binaan ayat sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk serta bijak memilih penanda wacana yang sesuai untuk menulis isi. Binaan ayat majmuk terutamanya dapat mengurangkan bilangan patah perkataan kerana subjek yang ditulis satu dan prediketnya boleh ditambah lebih daripada satu. Selamat merumus.
Contoh rumusan lengkap:-
Petikan membincangkan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang peka kepentingan teknologi hijau di negara kita.
Masyarakat perlu melestarikan alam sekitar dengan menggunakan sumber tenaga alternatif dan mengurangkan kesan pencemaran karbon dioksida terutamanya daripada asap kenderaan. Sementara itu, kerajaan telah mewujudkan sistem pengangkutan baharu, menyeru kepada rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak dekat dan melaksanakan pelbagai kempen dari semasa ke semasa. Selain itu, ada sesetengah pihak membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan kenderaan bermotor. Bahkan juga, Institusi penyelidikan tempatan meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang penggunaan tenaga nuklear
Kesan buruk pencemaran dalam kehidupan boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan berlakunya keadaan cuaca yang luar daripada kebiasaan.
Kesimpulannya, masyarakat perlu melestarikan alam agar kehidupan masyarakat sentiasa sihat.
109 patah perkataan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan