http://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?ad_type=video&client=ca-games-pub-4968145218643279&videoad_start_delay=0&description_url=http%3A%2F%2Fwww.google.com&max_ad_duration=20000&adtest=on Berhasil diverifikasi Laman Bahasa Melayu SPM: Mac 2019

LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4 SAINS, DAN PELAJAR KELAS 5K1 SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5K1 BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2019 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Jumaat, 29 Mac 2019

CONTOH PENULISAN KARANGAN BERPANDU PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2019


CONTOH PENULISAN KARANGAN BERPANDU SOALAN PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2019

BAHAGIAN A


[30 markah]


[Masa dicadangkan:45 minit]


Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kepentingan rumah terbuka.

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan rumah terbuka. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



KEPENTINGAN RUMAH TERBUKA


 Mengeratkan hubungan kekeluargaan

 Mengekalkan perpaduan

Memahami budaya kaum lain



PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN

Sebagai ingatan, elakkan menulis isi karangan semasa menulis pengenalan karangan. Selain itu, pelajar boleh menulis ayat ransangan berasaskan kemampuan dan pelajar boleh menulis ayat rangsangan sama ada dua ayat rangsangan, atau tiga ayat ransangan sahaja. Namun dalam penulisan di bawah saya selitkan empat ayat rangsangan. Tiada jalan mudah untuk menggenggam kecemerlangan dalam penulisan karangan melainkan usaha dan latih tubi dan latihan berterusan.

PERKARA
BINAAN AYAT DAN HURAIAN
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rumah terbuka dedifiniskan sebagai rumah yang dapat dikunjungi semua orang pada hari perayaan.
AYAT RANGSANGAN  1
Seyogia, sebagai masyarakat berbilang kaum di Malaysia, situasi rumah terbuka tidak asing dan sering diadakan oleh setiap masyarakat tidak mengira agama apabila menjelangnya sambutan perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi penganut agama Islam, Sambutan Hari Tahun Baru Cina bagi penganut agama Budha dan perayaan Deepavali yang disambut oleh penganut agama Hindu.
AYAT RANGSANGAN  2
Bermula pada tahun 2000, kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum utama di Malaysia dianggap sebagai perayaan utama dan akan disambut sebagai perayaan peringkat nasional iaitu Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Krismas, Perayaan Deepavali, Perayaan Hari Gawai dan juga Perayaan Hari keamatan.
AYAT RANGSANGAN  3
Oleh sebab itu, semenjak tarikh berkenaan perayaan-perayaan kaum utama masyarakat berkenaan diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri pada setiap tahun.
AYAT RANGSANGAN  4
Sekiranya, amalan menyambut perayaan-perayaan berkenaan berterusan sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia akan terus mampan.
FRASA MENARIK
Menyedari kesungguhan kerajaan menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional sudah pasti sambutan perayaan berkenaan ada kemaslahatannya kepada negara dan masyarakat kerana amalan rumah terbuka merealisasikan hidup muafakat membawa berkat.
UNSUR KBAT
Tun. Dr. Mahathir Muhammad pernah menggaris sembilan cabaran untuk merealisasikan Wawasan 2020, antara salah satunya ialah pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan penyayang dan salah satu cara merealisasinya dengan amalan berkunjung ke rumah terbuka.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah kepentingan kejiranan kepada masyarakat Malaysia.

PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA ISI PERENGGAN PERTAMA

PERKARA
BINAAN AYAT DAN HURAIAN
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya berpendapat amalan rumah terbuka merupakan salah satu prakarsa untuk mengukuhkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
AYAT HURAIAN 1
Seyogia, pada zaman globalikasi kini setiap ahli keluarga sibuk dengan aktiviti masing-masing seperti ketua keluarga mencari sumber rezeki untuk keluarga, sianak melanjutkan pelajaran seperti di sekolah berasrama penuh, atau  bergelut dengan pembelajaran di menara gading sehingga masa senggang mereka agak terhad untuk bersama-sama keluarga tercinta.
AYAT HURAIAN 2
Oleh sebab itu, aktiviti rumah terbuka merupakan tempat untuk mereka dapat berkumpul bersama-sama untuk mengenal hati budi, berbual-bual untuk mengeratkan hubungan silaturahim terkikis akibat kesibukan masing-masing.
AYAT HURAIAN 3
Tambahan pula, semasa rumah terbuka dianjurkan selalunya pada setiap hari perayaan, setiap ahli keluarga dapat bercuti dan menggunakan kesempatan berkenaan untuk dapat bersama-sama setiap ahli keluarga tercinta.
AYAT CONTOH
Selalunya, setiap ahli keluarga akan berkerjasama untuk memastikan hari terbuka berkenaan dapat dijayakan dengan sempurna dengan menjalankan aktiviti seperti bergotong royong menghiaskan khemah, menyediakan juadah makanan bersama-sama, dan begitu juga menyantuni kedatangan kaum keluarga sepanjang aktiviti rumah terbuka dijalankan.
UNSUR KBAT 1
Sekiranya, amalan rumah terbuka dapat diadakan sudah pasti segala salah faham yang wujud dalam kalangan ahli keluarga dapat diredakan melalui pertemuan serta perbincangan semasa amalan rumah terbuka dan ini akan dapat merapatkan semula silaturahim yang tercalar dalam kalangan ahli keluarga
UNSUR KBAT 2
Sebaliknya, jika aktiviti rumah terbuka tidak dapat dijalankan sudah pasti ahli keluarga tidak dapat berkumpul bersama-sama dan hubungan silaturahim tidak akan dapat dibenih atau disuburkan dalam suasana perayaan yang mulia.
FRASA MENARIK
Menurut Saidina Abu Bakar, ‘Hiduplah seperti pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalasnya dengan buah’ dan begitulah hakikatnya mereka yang mengadakan rumah terbuka.
AYAT  PENEGAS
Jelaslah bahawa amalan rumah terbuka mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat. 


PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA ISI PERENGGAN KEDUA

PERKARA
BINAAN AYAT DAN HURAIAN
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan semasa hari perayaan banyak memberikan kemaslahatan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita
AYAT HURAIAN 1
Perpaduan yang terjalin semenjak kemerdekaan negara pada tahun 1957 sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa.
AYAT HURAIAN 2
Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan yang perlu wujud untuk mengelakkan sebarang unsur prejudis terhadap keharmonian kaum dan masyarakat serta melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan
AYAT HURAIAN 3
Pada sambutan hari rumah terbuka semua masyarakat Malaysia tidak kira warna kulit, agama, dan kaum akan mengambil kesempatan untuk sama-sama meraikan hari perayaan dengan suasana aman dan harmoni.
AYAT CONTOH
Oleh sebab itu, masyarakat majmuk seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa berasa waswas  dan rasa bimbang akan keselamatan mereka.
UNSUR KBAT 1
Sekiranya, amalan rumah terbuka ini tetap kukuh dalam kalangan masyarakat Malaysia, sudah pasti ukhuwah dalam kalangan masyarakat Malaysia akan kekal akrab.
UNSUR KBAT 2
Kesannya, amalan rumah terbuka akan menimbul dan membenihkan perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan masyarakat yang lebih harmoni serta dapat mengelakkan polemik yang mampu mencentus ketegangan dan perbalahan antara kaum
FRASA MENARIK
Pada waktu yang sama, setiap masyarakat yang menghadiri rumah terbuka dapat bermaaf-maafan dan menimbulkan rasa setikawan persis peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih
AYAT  PENEGAS
Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.

PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA ISI PERENGGAN KETIGA

PERKARA
BINAAN AYAT DAN HURAIAN
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat Malaysia memahami dan mengenali budaya kaum lain dengan lebih dekat.
AYAT HURAIAN 1
Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyakat majmuk akan bersama-sama merayakan hari rumah terbuka yang disambut dan diadakan oleh kenalan mereka sama ada mereka kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat minoriti yang lain.
AYAT HURAIAN 2
Amalan rumah terbuka ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kueh-muih dan makanan kaum-kaum lain selain mereka dapat mengenali dengan lebih dekat adat resam, pantang larang dan pakaian tradisi rakan-rakan mereka sendiri.
AYAT HURAIAN 3
Oleh sebab itu, melalui amalan rumah terbuka akan melahirkan rasa hormat menghormati budaya rakan-rakan yang hukan seagama dengan mereka sama ada cara mereka makan, juadah kuih muih dan makanan serta cara mereka sembahyang dan pantang larang yang mereka anuti.  
AYAT CONTOH
Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi Malaysia moden, contohnya setiap masyarakat akan menghormati cara berpakaian rakan-rakan mereka seperti orang Melayu bangga dengan Baju Melayunya, Orang Cina bangga dengan pakaian Cheogsamnya, dan Orang India dengan Sari dan Dhotinya.
UNSUR KBAT 1
Sekiranya, amalan rumah terbuka terus diraikan dan menjadi budaya bersama-sama masyarakat Malaysia sudah pasti perasaan kasih sayang, hormat-menghormati, dan perpaduan masyarakat akan terjalin.
UNSUR KBAT 2
Sebaliknya, jika amalan rumah terbuka tidak diraikan antara masyarakat majmuk di Malaysia sudah pasti hubungan antara kaum akan terancam dan terhakis sehingga pernah menjadi tragedi  pada 13 Mei 1969.
FRASA MENARIK
Oleh sebab itu, usaha kerajaan untuk menjadikan rumah terbuka sebagai agenda kerajaan semenjak tahun 2000 melibatkan enam perayaan kaum utama di Malaysia perlu diteruskan kerana sebelum terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi.
AYAT  PENEGAS
Tuntasnya, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini dan masyarakat Malaysia akan terus memahami budaya kaum lain melalui amalan kunjung mengunjung semasa rumah terbuka diadakan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.


PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP

PERKARA
BINAAN AYAT DAN HURAIAN
AYAT PENYIMPUL
Setelah menghalusi hujah-hujah dan pendapat-pendapat yang diperkatakan seperti di atas, bayangan kian jelas bahawa amalan rumah terbuka memang banyak membawa  manfaat kepada masyarakat dan negara. 
AYAT CADANGAN
Oleh sebab itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak sama ada konsep dan objektifnya dianjurkan iaitu sebagai prakarsa untuk mengukuhkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan, mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita, dan  dapat membantu rakyat Malaysia memahami dan mengenali budaya kaum lain dengan lebih dekat.
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM PERENGGAN DIBINCANGKAN
Bahkan juga, penganjuran rumah terbuka juga merupakan sumber daya tarikan kepada pelancong asing yang melancong di negara kita, juga merupakan metodologi lain untuk masyarakat berbilang kaum menikmati dan merasai kepelbagaian masakan masyarakat Malaysia, serta sebagai sumber menyumbangkan pendapatan negara apabila rumah terbuka merancakkan industri pelancongan di negara kita.
AYAT HURAIAN MENGAPA
CADANGAN DIUTARAKAN
Oleh sebab itu, jelaslah rumah terbuka merupakan satu agenda yang memberikan impak kepada perpaduan kaum di Malaysia dan negara yang perlu dijadikan sebagai budaya masyarakat berbilang kaum.
UNSUR KBAT
Tanpa adanya aktiviti rumah terbuka sudah pasti usaha untuk merealisasikan salah satu cabaran agenda WAWASAN 2020 iaitu membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang hanya menjadi angan-angan Mat Jenin
FRASA MENARIK
Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil dalam peta dunia, namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia agar kita akan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

AYAT HARAPAN
Semoga dengan adanya aktiviti  sambutan rumah terbuka perpaduan masyarakat Malaysia akan kekal harmoni sebagai usaha untuk memajukan negara bangsa.


Contoh karangan di atas boleh dihasilkan sekiranya pelajar kerap membuat latihan serta banyak membuat rujukan. Kemungkinan pelajar tidak dapat menghasilkan karangan kerana kurangnya latihan yang berterusan. Namun, contoh karangan menggunakan kaedah jadual pengembangan idea perenggan karangan di atas hanya sebagai panduan menulis karangan dan pelajar boleh menggunakan pelbagai cara atau kaedah penulisan karangan. Paling utama, pelajar mampu mengembang dan menghuraikan isi karangan dengan baik.

Rabu, 27 Mac 2019

LATIHAN KEMAHIRAN MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN SOALAN 3 (C ) SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2)

LATIHAN  MENGENAL  PASTI  KESALAHAN  EJAAN  DAN  KESALAHAN  PENGGUNAAN  IMBUHAN

1.               Kerajaan sudah melulus undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
penguatkuasa - penguatkuasaan
melulus-meluluskan


2.               Kenaikkan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan gulungan berpendapatan rendah.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
gulungan-golongan
kenaikkan-kenaikan

3.               Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan semalam

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
sendiket-sindiket
penyerbuan -serbuan

4.               Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen janakuasa kecil di situ

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
janakuasa-jana kuasa
mensyorkan-mengesyorkan

5.                Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
e-mail - e-mel
memberikan- memberi


6.               Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
anti-dadah - antidadah
menggalakkan-menggalak

7.               Semasa berada di peringkat pra-sekolah, kanak-kanak diberikan dedahan awal tentang alam persekolahan.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
pra-sekolah - prasekolah
dedahan- pendedahan

8.               Disamping beriadah kita perlu mengambil makanan seimbang bagi mempastikan kesihatan terjamin.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
Disamping- Di samping
mempastikan-memastikan

9.                Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisa sebelum laporan perincian dibuat.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
dianalisa - dianalisis
perincian-terperinci

10.            Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
eko-pelancongan - ekopelancongan
mengayakan-kekayaan

11.            Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
profesyen - profesion
keterangan - penerangan

12.            Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
se-Malaysia
mengenengahkan-mengetengahkan

13.            Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya gagal menyiapkan mengikut jadual.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
gantirugi -ganti rugi
menyiapkan - disiapkan

14.           Ketrampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
Ketrampilan - keterampilan
 diperkukuhkan - diperkukuh

15.              Aturcara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuat dalam buku program.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
Aturcara - Atur cara
dimuat- dimuatkan

16.            Nawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
menanggongnya-menanggungnya
menasihatkan - menasihati

17.            Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
pelancung - palancong
pesisiran - persisiran

18.            Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
progrem - program
kemasyarakatan - masyarakat

19.             Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbangan anak muridnya itu telah dikenal pasti oleh maha guru itu.

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
maha guru - mahaguru
sumbangan - sumbang

20.             Kemajuan dan modernisasi telah bidang berkomunikasi telah menghasilkan penciptaan alat hubungan untuk kemudahan manusia sejagat

KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
modernisasi  - modenisasi
berkomunikasi - komunikasi


                  Jawapan untuk latihan mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan di atas akan diberikan
                  kemudian. Pelajar diharapkan menjawab soalan-soalan berkenaan terlebih dahulu.
                  Selamat mencuba.