Rabu, 27 Mac 2019

KERTAS PEPERIKSAAN AWAL TAHUN (PAWAT) BAHASA MELAYU 1 (1103/1), SMK SERI LONDANG TAHUN 2019


SULIT
1103/1








                                                     
             SMK SERI LONDANG, 32600 BOTA, PERAK


PEPERIKSAAN AWAL TAHUN  2019
1103/1
TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Mac

2 ¼ jam
Dua jam lima belas minit






JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.       Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2.       Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3.       Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.





  




Kertas peperiksaan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

[Lihat halaman sebelah

1103/1                                                                                                                                                                                      

SULIT

BAHAGIAN A

[30 markah]

[Masa dicadangkan:45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kepentingan rumah terbuka.
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan rumah terbuka. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


KEPENTINGAN RUMAH TERBUKA

 Mengeratkan hubungan kekeluargaan
 Mengekalkan perpaduan
Memahami budaya kaum lain


BAHAGIAN B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.


1.        Menghadiri kelas tambahan atau kelas tuisyen sudah menjadi aktiviti penting kepada pelajar sebelum musim peperiksaan menjelang.
Berikan pendapat anda tentang kebaikan menghadiri kelas tambahan dan kelas tuisyen kepada pelajar.

2.        Anda  menyertai pertandingan menulis rencana sempena Minggu Bahasa Melayu peringkat sekolah.  Tajuk rencana anda ialah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mewujudkan keluarga bahagia.
Tulis rencana anda selengkapnya.

3.        Jualan murah merupakan strategi pemasaran yang dilakukan oleh para penjual untuk mempengaruhi pengguna.
Huraikan faedah-faedah jualan murah kepada penjual dan pengguna.

4.        Pembangunan yang tidak terancang telah menjejaskan keindahan alam semula jadi di kebanyakan negara di dunia.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mengekalkan keindahan alam semula jadi di negara masing-masing.

5.        Peribahasa Melayu ada menyebut ‘air dicincang tidak akan putus’ bermaksud hubungan persaudaraan tidak akan terputus sampai bila-bila.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.



Tiada ulasan: