Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Khamis, 29 Julai 2021
Rabu, 28 Julai 2021
Rabu, 21 Julai 2021
Sabtu, 17 Julai 2021
Jumaat, 16 Julai 2021
Khamis, 15 Julai 2021
Rabu, 14 Julai 2021
Selasa, 13 Julai 2021
Isnin, 12 Julai 2021
PERIBAHASA YANG SAMA ATAU HAMPIR MAKSUD
KOLEKSI PERIBAHASA SAMA MAKSUD DAN PERIBAHASA TAMBAHAN UNTUK RUJUKAN
Peribahasa Maksud Sama
1. Seperti bunga dengan perdunya
2. Seperti tanduk bersendi tulang
3. Seperti cincin dengan permata
4. Bagai pinang dibelah dua
Maksud
Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Seperti sirih pulang ke gagang
2. Seperti belut pulang ke lumpur
3. Seperti ikan pulang ke lubuk
4. Seperti janggut pulang ke dagu
Maksud
* Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai
* Balik ke tempat asal
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Sudah jatuh ditimpa tangga
2. Antah patah lesung hilang
Maksud
Kesusahan datang secara berturut-turut
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
2. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
3. gar-gar kata helegar, rusuk juga yang menahannya
Maksud
Orang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing
2. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
7. Terendam sama basah, terampai sama kering
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Burung terbang dipipiskan dada
2. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Maksud
angan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti.
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Belum duduk sudah berlunjur
2. Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri
3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah
Maksud
Orang muda hendak berlagak seperti orang tua
Senarai peribahasa
yang membawa maksud yang sama:
1. Sekali melakukan
pekerjaan dua tiga maksud tercapai
(a) sambil menyelam minum air
(b) belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
(c) berkayuh sambil bertimba
(d) berkayuh sambil ke hilir
(e) sambil berdendang, biduk hilir
(f) sambil berdiang, nasi masak
(g) sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar
(h) sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau
2. Menuruti kehendak
hati sendiri
(a) nafsu-nafsu, raja di mata, sultan di hati
(b) beraja di hati, bersultan di mata
(c) bersultan di mata, beraja di hati
3. Melakukan pekerjaan
yang sangat menyusahkan diri
(a) tiada sakit, makan ubat
(b) memelihara gajah putih
(c) menolong orang ditangkap harimau
(d) menolong kerbau ditangkap harimau
(e) mendukung biawak hidup
4. pergaduhan antara
adik-beradik yang tidak berpanjangan
(a) air yang dicencang tidak akan putus
(b) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(c) cencang air tiada putus, pancung abu tak berbekas
(d) biduk lalu kiambang bertaut
5. penyesalan yang
terlambat
(a) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna
(b) sudah terhantuk baru tengadah
(c) sudah kalah baru berkubu
(d) sudah kecurian baru mengunci pintu
(e) sudah lulus maka hendak berlantai
(f) Teperlus maka hendak menutup lubang
(g) sudah lulus maka hendak memasang lantai
(h) berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian
(i) apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat
6. Kesalahan orang
lain nampak, kesalahan diri tak nampak
(a) kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
(b) langit dapat dilukis, sudut kabut diserayakan
(c) seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di
batang hidung tiada sedar
(d) kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiad tampak
7. berhati-hati
apabila memperkatakan hal orang lain
(a) bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
(b) bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
(c) berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar
8.sangat karib
(a) Setikar seketiduran
(b) Dua badan senyawa
(c) Satu nyawa dua badan
(d) Sejiwa dua tubuh
(e) Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran
(f) Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu
(g) Selauk senasi
(h) Seperti dua senyawa).
9. Urusan sendiri
ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain
(a) Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan
(b) Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan
(c) Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui
(d) Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
(e) Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan
10. Sesuai benar
(a) Seperti telap dengan tudungnya
(b) Bagai cembul dapat tutupnya
(c) Bagai dulang dengan tudung saji
(d) Cembul dengan tutupnya
(e) Seperti telepa dengan tudungnya
11. kembali ke asalnya
/ pulang ke asal
(a) belut pulang ke lumpur
(b) misai pulang ke bibir
(c) pulang ke kandang
(d) Ikan pulang ke lubuk
(e) Sirih pulang ke gagangnya
12. Berturut-turut
mendapat kesusahan
(a) Sudah basah kehujanan
(b) Lagi jatuh ditimpa tangga
(c) Sudah hamba diperhambakan pula
(d) Sudah jatuh ditimpa tangga
(e) Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula
(f) Terjatuh dihimpit janjang
13. Seia-sekata;
sehina semalu.
(a) Sekebat bagai sirih
(b) Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
(c) Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
(d) Serangkap bak lembing, serumpun bak serai
(e) Serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
(f) Serumpun bagai serai, selubang seliang bagai tebu
14. Besar belanja
daripada penghasilan
(a) Masuk tiga, keluar empat
(b) Masuk bagai lubang penjahit, keluar bagai lubang tabuh
(c) Masuk sebesar lubang penjahit, keluar sebesar lubang tabuh
(d) Masuk lima keluar sepuluh
(e) Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh
15. Mendapat
keuntungan dengan tidak bersusah-payah
(a) Dapat durian runtuh
(b) Dapat harta karun
(c) Dapat kijang teruit
(d) Dapat tebu rebah
(e) Dapat harta timbul
16. Lahirnya baik,
batinnya jahat
(a) Di luar merah di dalam pahit
(b) Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu
(c) Di luar berkilat di dalam berongga
17. Kalau segan
berusaha tak akan mendapat kemajuan
(a) Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut
(b) Malu bertanya sesat di jalan, malu berkayuh perahu hanyut
(c) Segan bergalah, hanyut serantau
(d) Segan berkayuh, perahu hanyut
(e) Malu berkayuh, perahu hanyut
Ahad, 11 Julai 2021
Jumaat, 9 Julai 2021
KESALAHAN TATABAHASA DALAM KARANGAN
Kesalahan
serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti
berikut :
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda
wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu,
(Penanda wacana) …..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan
dua ayat)
2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata
pepatah….(ditulis di dalam ayat)
3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak
kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.
4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan
kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak
bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.
5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara
ini menunjukkan……
6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…
7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung
yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.
8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak
pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu.
Objek mesti kata nama. Sepatutnya :
….. mempunyai pilihan yang banyak…/ banyak mempunyai pilihan
9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu
diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi
nama.
10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama
pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil
adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah
dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara
kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah
melalui, adalah seperti)
11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor.
Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya ….
Pelbagai langkah…
12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja
digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki
atau memperbaik.
13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti
lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).
14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara.
Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam
sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara
besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan
dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan
……
15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam
kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.
16. Pada masa kini….sepatutnya Pada
masa ini, atau Kini,.
17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari
itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan
itu,…
18. oleh kerana.. sepatutnya oleh
sebab…
19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang
mana, bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata
tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa –
(perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di mana
(tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.Jika anda
menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).
20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa,
semulajadi sepatutnya semula
jadi.
21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula”
tidak digunakan untuk isi baharu.
Kesimpulannya:Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila
buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat
dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan
kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah,
penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.
Khamis, 8 Julai 2021
Isnin, 5 Julai 2021
Jumaat, 2 Julai 2021
NOTA TATATABAHASA KATA ADJEKTIF ( SIFAT )
i) Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
ii) Kata adjektif boleh
disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya
yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik,
amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
iii) Kata adjektif juga
dikenal sebagai kata sifat.
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-
selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.
2. Kata adjektif ialah kata yang
menerangkan
(a)
menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b)
menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.
B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan
menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan
sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis
gula.
3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif
yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat
mendung.
Buah rambutan ini terlalu
masak.
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif
paling atau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah
gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang
tertinggi di Malaysia.
NOTA TATABAHASA BERKAITAN KATA KERJA TRANSITIF (KKT) DAN KATA KERJA TAK TRANSITIF
Kesilapan menulis ayat menggunakan kata kerja dengan betul sering berlaku dalam kalangan pelajar, sama ada semasa mengarang dan juga untuk menentukan kesalahan kata kerja dalam binaan ayat.Insya-Allah pada minggu hadapan saya akan menyentuh tatabahasa berkaitan kata kerja dalam bahasa Melayu. Diharapkan pelajar dapat membaca nota di bawah dan fahamkan sebelum PdPC berlangsung. ( Untuk pelajar Ting 4 Sains dan 5K1)
AYAT PASIF | AYAT AKTIF |
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air. | Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik air. |
Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya. | Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja. |
Ibu menidurkan adik di dalam kamar. | Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar. |
Kami makan kentang goreng itu. | Kentang goreng itu kami makan. |
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati mandatori. | Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim. |
Kata bantu | KKTT | Kata Sendi /adjektif | Kata Nama |
sedang | bekerja | di | pejabat |
ingin | berbincang | tentang | perkara |
telah | terlupa | akan | nama rakannya |
sudah | bertambah | kukuh | - |
sudah | beransur | sembuh | - |
telah | bersuamikan | - | orang kaya |
telah | berpayungkan | - | daun pisang |
Kata Bantu | KKT | Objek atau Penyambut |
telah | membincangkan | perkara |
akan | memperbesar | rumah |
sedang | menggilap | kasut |
hendak | menunggang | motosikal |