Kesalahan
serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti
berikut :
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda
wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu,
(Penanda wacana) …..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan
dua ayat)
2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata
pepatah….(ditulis di dalam ayat)
3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak
kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.
4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan
kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak
bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.
5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara
ini menunjukkan……
6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…
7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung
yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.
8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak
pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu.
Objek mesti kata nama. Sepatutnya :
….. mempunyai pilihan yang banyak…/ banyak mempunyai pilihan
9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu
diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi
nama.
10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama
pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil
adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah
dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara
kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah
melalui, adalah seperti)
11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor.
Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya ….
Pelbagai langkah…
12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja
digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki
atau memperbaik.
13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti
lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).
14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara.
Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam
sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara
besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan
dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan
……
15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam
kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.
16. Pada masa kini….sepatutnya Pada
masa ini, atau Kini,.
17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari
itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan
itu,…
18. oleh kerana.. sepatutnya oleh
sebab…
19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang
mana, bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata
tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa –
(perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di mana
(tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.Jika anda
menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).
20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa,
semulajadi sepatutnya semula
jadi.
21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula”
tidak digunakan untuk isi baharu.
Kesimpulannya:Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila
buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat
dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan
kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah,
penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.
Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Jumaat, 9 Julai 2021
KESALAHAN TATABAHASA DALAM KARANGAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan