Jumaat, 2 Julai 2021

NOTA TATATABAHASA KATA ADJEKTIF ( SIFAT )

 i) Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

 

ii) Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.

Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

 

iii) Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

 A.  Jenis-jenis kata Adjektif

1.    Adjektif Jati

          Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.

          Contoh

          Buku itu berwarna biru.

          Budak kurus itu kawan saya.

 2.    Ajdektif Bilangan atau pecahan

          Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.

          Contoh

          Ayah memiliki dua buah kereta.

          Saya membeli beberapa kuntum bunga.

 3.     Adjektif Tunjuk

          Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”

          contoh

          Baju ini mahal harganya.

          Perkara demikian jangan diulangi lagi.

 4.     Adjektif pencerai / pengasingan

          Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-

          selonggok.

          Contoh

          Setiap pelajar mesti berdiplin.

          Ambil barang masing-masing.

2.       Kata adjektif ialah kata yang menerangkan

(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;

(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;

(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;

(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;

(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;

(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;

(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;

(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;

(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.


B. Pangkat-pangkat Adjektif

1. Pangkat biasa

ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.

Contoh

Baju dia cantik.

Buah betik itu manis.

 

2. Pangkat perbandingan

Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.

Contoh

Tenaganya sekuat Badang.

Buah jambu itu semanis gula.

 

3. Pangkat menyangat

Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.

Contoh

Cuaca hari ini sangat mendung.

Buah rambutan ini terlalu masak.

 

4. Pangkat penghabisan

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan.

Contoh

Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.

Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.


 

Tiada ulasan: