Ahad, 30 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 4(A) DAN 4(B) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI KELANTAN

SAYA MOHON MAAF KERANA CADANGAN JAWAPAN DI BAWAH UNTUK PELAJAR NEGERI PERAK. JIKA PELAJAR INGIN MELIHAT SKEMA JAWAPAN NEGERI KELANTAN SILA KLIK DI BAHAGIAN SIMPANAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI 2018 DI BAHAGIAN BLOG SAYA. HARAP MAKLUM.

Cadangan jawapan soalan 4 (a)
Pilih salah satu novel sebagai jawapan:-
 NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHANI MATDARIN
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan empat iaitu Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin terdapat dua sebab mengapakah pengenalan atau permulaan cerita novel ini menarik minat saya.
        Pertama, Lili ingin bercuti ke kampung datuk dan neneknya atas cadangan ibunya, tetapi sebenarnya dia tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung dan dia berpura demi menjaga hati ibunya. Sebenarnya, dia ingin menghabiskan cuti bersama rakan-rakannya.    
        Kedua, kampung datuknya jauh dari pembangunan dan tidak seperti di bandar, dan Lili tidak begitu mengetahui keadaan sebenar kampung datuk dan neneknya. Tambahan pula bagi Lili tidak ada kenangan manis selama ini dikecapinya di kampung datuk dan neneknya.
       Ketiga, Lili sudah biasa dengan kehidupan selesa di bandar atau di rumah ibu bapanya. Apakah suasana di kampung mengembirakannya
Kesimpulannya permulaan cerita Novel Jendela Menghadap Jalan menarik minat saya untuk membaca dan mengetahui cerita selanjutnya berlaku kepada Lili di sana. Gembirakah Lili atau sebaliknya sepanjang cuti di kampung datuk dan neneknya.

Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan lima, Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip terdapat dua sebab mengapakah pengenalan atau permulaan cerita cerita novel ini menarik minat saya.

       Pertama,   Dahlia sedang bermain bola jaring di sekolah bersama-sama rakan-rakan dan pada ketika itu dia teringatkan ibunya, Saleha yang kebelakangan ini sering bercakap seorang diri. Kenapa dengan ibu Dahlia?
        Kedua Azahari, datang berjumpa beliau dan menyatakan keluarganya akan berjumpa dengan keluarga Dahlia untuk menentukan hubungan mereka selanjutnya. Sekali lagi pengenalan cerita ini menarik minat saya untuk membaca apakah kesudahan hubungan Dahlia dan Azhari. Adakah mereka akan menjadi pasangan suami isteri? 
        Ketiga, Dahlia seorang pelajar yang cerdik dan dihormati kawan-kawan. Beliau bakal mengambil peperiksaan STPM. Adakah Dahlia berjaya dalam peperiksaannya dan adakah beliau akan melanjutkan pelajarannya selepas peperiksaan STPM. Kesimpulannya permulaan cerita Songket Berbenang Emas menarik minat saya untuk membaca dan mengetahui cerita selanjutnya berlaku kepada Dahlia dan juga ibunya.
      

Cadangan jawapan soalan 4 (a)
Berdasarkan sebuah dua novel yang anda kaji, latar masyarakat yang  dipaparkan dalam novel.  

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Masyarakat kampung

1.  Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.

2. Masyarakat kampung yang masih berpegang kepada cara hidup tradisi. Contohnya, rumah penduduk di Kampung Sentosa jendelanya menghadap jalan.

3. Masyarakat kampung yang masih percaya kepada perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan seorang yang pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
Masyarakat kampung   

1. Masyarakat kampung yang  tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.

2. Masyarakat kampung yang hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
Masyarakat yang saling membantu

1. Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .

2. Datuk Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah  mendapatkan rawatan menggunakan perubatan tradisional.

3.Lili dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che Jah.
Masyarakat yang saling membantu

1. Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan.

2. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

3. Penduduk kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah  musnah dilanda banjir.
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain.

1. Datuk Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung.

2. Lili ikhlas membantu  Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangganya.
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain

1. Tauke Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

2. Haji Sulaiman ikhlas membantu Embong menyelesaikan masalahnya.

3. Najib ikhlas membantu Dahlia membawa adiknya, Anggerik yang demam ke klinik.
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya.

1. Haziq dan Rafik akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti mencuri harta orang kampung dan menagih dadah.
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya

1. Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya.

2. Abu Bakar  juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik bapanya sendiri.

3. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya  yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
Masyarakat yang bertanggungjawab

1. Datuk bertanggungjawab menjaga Lili sepanjang dia menghabiskan cuti persekolahannya di kampung.

2. Datuk bertanggungjawab membantu merawat pesakit yang datang berubat dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional.
Masyarakat yang bertanggungjawab

1. Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi masalah isterinya yang mengalami masalah mental dan masalah kewangan.

2. Haji Sulaiman bertanggungjawab menyuruh penduduk kampung membantu membina rumah Embong semula yang musnah akibat
banjir.
Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial

1. Anak-anak Che Jah iaitu Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda penduduk kampung dan terlibat dalam penagihan dadah.

2. Suami Che Jah, Seman suka bermain judi.
Masyarakat remaja yang terlibat dalam gejala sosial

1. Abu Bakar, adik Dahlia suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya.

2. Abu Bakar sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.

  Saya mohon maaf kerana ada cadangan jawapan soalan 4(a) saya kemukakan di atas  sebelum ini 
  tidak tepat sebelum ini kerana kesalahan watak. Saya mengesannya semasa berbincang dengan 
  kelas elit saya.Terima kasih kepada pelajar kelas elit SMK Seri Londang kerana mengesan 
  kesalahan berkenaan.  Kesalahan berkenaan tela saya betulkan, alhamdullilah.










SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3 (E) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI KELANTAN


     Cadangan jawapan soalan 3 (e)
     i)   i. seperti pahat dengan penukul
         ii)  bagai pahat dan penukul tidak ditukul tidak makan.

    ii)  bagai melepaskan batuk ditangga.
 
   iii)  i.  nasi telah menjadi bubur
        ii.  telah terhantuk baru tergadah.
     
         

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(D) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI KELANTAN


   
    Cadangan dan ulasan jawapan:-

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
i
berjuang - berkorban
demi untuk – demi / untuk
Ulasan guru :  . Penggunaan kata berjuang dalam konteks ayat berkenaan tidak tepat kerana berjuang untuk menentang musuh negara. Perkataan yang tepat ialah berkorban segala-galanya.
Ulasan guru: Kesalahan penggunaan kata sendi nama dua sekali dalam satu masa salah dari segi tatabahasa, iaitu penggunaan demi dan untuk. Guna salah satu kata sendi nama sahaja sama ada demi atau untuk.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
ii
sukarelawan- dermawan
di dalam - dalam
Ulasan guru :  . Orang yang menghulur atau memberi wang atau duit disebut sebagai penderma bukan sukarelawan.
Ulasan guru: Penggunaan kata sendi nama “di”tidak tepat kerana kesuasahan bukan ruang atau tempat hanya berfungsi sebagai kata keterangan keadaan orang yang dalam kesusahan.  Oleh sebab itu, kata sendi nama perlu “di” tidak tepat dan salah berdasarkan  tatabahasa dan perlu digugurkan.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
iii
kejatuhan - keruntuhan
sebab - kerana
Ulasan guru :  . Penggunaan kata kejatuhan akhlak tidak tepat dan paling sesuai ialah keruntuhan akhlak.
Ulasan guru: Sebenarnya, perkataan "sebab" dan "kerana" berbeza dari segi golongan katanya. Perkataan "sebab" ialah kata nama, manakala perkataan "kerana" ialah kata hubung pancangan keterangan.
Perkataan "sebab" boleh dijadikan kata hubung dengan syarat disertakan kata sendi nama "oleh" untuk menjadi frasa sendi nama "oleh sebab" yang membawa maksud "kerana".
Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukannya "oleh kerana".
Dalam konteks ayat di atas, penggunaan sebab itu salah yang sesuai ialah kerana yang berfungsi sebagai kata nama pancangan keterangan.


SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(C) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI KELANTAN


   
     Cadangan dan ulasan jawapan:-

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
i
tanda tangan - tandatangan
pohonan - permohonan
Ulasan guru :  Kesalahan ejaan tanda tangan kerana tanda tangan merupakan kata majmuk mantap dan perlu ditulis rapat menjadi tandatangan.
Pelajar perlu menghafal kata majmuk mantap dalam bahasa Melayu iaitu:-
1. antarabangsa
2. beritahu
3. bumiputera
4. jawatankuasa
5. kakitangan
6. kerjasama
7. olahraga
8. matahari
9. setiausaha
10. sukarela
11. suruhanjaya
12. tandatangan
13. tanggungjawab
14. warganegara
15. pesuruhjaya
Lain-lain perkataan ditulis secara berpisah atau renggang.
Ulasan guru: Kesalahan imbuhan, kerana pohonan bermaksud pelbagai pohon dan sepatutnya kata berkenaan menggunakan imbuhan peR……menjadi permohonan yang mebawa maksud  apa yang diminta atau permintaan.


Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
ii
eko-pelancongan
mengayakan - kekayaan
Ulasan guru :  Awalan pinjaman (anti-, bio-, dwi-, eka-, eko-, juru-, ko-, maha-, multi-, pasca-, pra-, pro-, sosio-,sub-, swa-, tata-, tri- dan tuna-)  apabila bertemu dengan kata nama umum, dieja sebagai satu perkataan, tanpa tanda sempang.

Tanda Sengkang digunakan apabila selepas kata awalan pinjaman diikuti dengan kata nama khas, contohnya pro-Malaysia, pro-Indonesia.

Ulasan guru: dalam konteks ayat di atas ialah ke…..an, untuk menunjukkan oleh sebab kekayaan bukan “meN…….kan” mengayakan bermaksud menjadikan sumber alam kaya.


Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
iii
ekspress-ekspres
mengenal pasti – dikenal pasti
Ulasan guru :  Ejaan ekspress yang betul ialah ekspres.
Ulasan guru: mengenal pasti ialah kata kerja transitif aktif dan memerlukan objek di depannya. Jawapan yang sesuai ialah dikenal pasti bermaksud telah diketahui.


SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(B) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI KELANTAN



        Cadangan jawapan:-
   
        i)  Buah-buah durian yang luruh pada pagi itu dikumpulkan dan dimasukkan oleh Pak Samad
            ke dalam guni.

      ii)  Puan Jusnita yang sedang sakit telah dirawat oleh Doktor Zahirah, Pakar Sakit Puan.

     iii)  Cikgu Kamarul telah dilantik oleh Pengetua sebagai guru disiplin kerana ketegasannya
            menjalankan tugas.

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(A) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI KELANTAN


     Cadangan jawapan:-
      (i)      besar ( tidak kecil - ukuran, penting, dewasa)
                Rumah besar itu rumah En. Rahman pengurus kilang membuat makanan ringan.

     (ii)      membesar ( nampak besar-menjadi besar)
                Anak saya cepat membesar kerana kuat sangat makan.

    (iii)     membesar-besarkan ( menambah atau melebih- lebihkan sesuatau seperti kejayaan,
               kesuasahan, cerita dan sebagainya- daripada keadaan sebenar )
               Pak Man sering membesar-besarkan kes kemalangan jalan raya itu sehingga menimbulkan
               kemarahan keluarga Pakci Dollah.

    (iv)     membesarkan (menjadi lebih besar)
               Ayah membesarkan bahagian ruang tamu rumah kami untuk kemudahan dan keselesaan
               kami berkumpul pada setiap hari perayaan.
               saya apabila berkumpul semasa hari perayaan.

     (v)     pembesar (orang yang berpangkat )
               Sultan Kelantan menganugerahkan Darjah Kebesaran Budi Pekerti Mulia kepada pembesar
               negeri yang telah menunjukkan prestasi kerja yang memberangsangkan.

     (vi)    Pembesaran ( perbuatan membesarkan sesuatu, perihal proses menjadi besar)
               Pembesaran Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur dijalankan kerana
               berlakunya pertambahan penumpang pada setiap tahun.

Sabtu, 29 September 2018

CONTOH KARANGAN SOALAN DIMENSI DIRI, SOALAN KARANGAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI KELANTAN


Soalan Karangan Umum dimensi diri Peperiksaan Percubaan Negeri Kelantan 2018.
Sebagai warganegara yang cinta akan negara sendiri, kita sepatutnya bangga akan kelebihan negara sendiri.

Huraikan cara anda untuk menunjukkan rasa bangga akan negara.

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta.

        Aforisma lirik lagu "Negaraku" di atas mempunyai maksud yang jelas bagaimana cara rakyat Malaysia perlu membuktikan mereka cinta akan negara, begitu juga diri saya. Hal ini demikian kerana negara kita Malaysia yang dikenali dahulu dengan nama Malaya pernah dijajah oleh kolonial Jepun dan diikuti British tetapi oleh sebab kebijaksanaan dan semangat cinta akan negara, berbekalkan jiwa yang kental, mempunyai jati diri yang tinggi pejuang-pejuang negara hati kecil saya teruja menghargai jasa-jasa mereka. Nama-nama pejuang negara terdahulu bermain di minda saya kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, justeru, nama-nama seperti Tok Janggut , Mat Kilau,  Mat Salleh, Rentap, Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam, Antanom, Hj. Abdul Rahman Abdul Hamid, serta pelopor dan penjana kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Sir Henry  H.S Lee, dan Tun. V.T Sambathan amat saya hargai. Kendatipun, pejuang-pejuang bangsa tersebut sudah tiada, jasa mereka masih segar diminda saya. Paling manisnya, pejuang-pejuang negara berkenaan memerdekakan negara tanpa petumpahan darah seperti dilakukan oleh pejuang di Indonesia, dan Filipina. Maaf sekiranya, ada nama-nama pejuang negara yang tidak saya senaraikan kerana kekhilafan saya sebagai warganegara berdaulat. Mereka telah mengorbankan jiwa raga mereka atas dasar sayang akan negara dan bersinergi untuk melihat negara Malaysia merdeka seperti negara-negara lain dunia ketika itu. Oleh sebab itu, sebagai warganegara Malaysia, saya perlu menunjukkan rasa bangga akan negara tercinta walaupun saya tidak mampu berjuang seperti nama-nama pejuang tersohor di atas. Persoalannya, apakah cara saya untuk menunjukkan rasa bangga akan negara tercinta?

        Pertama, saya akan membicarakan langkah saya untuk menunjukkan perasaan bangga saya terhadap negara menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan kata kunci mauduk, saya akan sentiasa menuntut ilmu sebagai pelajar berminda kelas pertama sebagai wahana untuk memacu kemajuan negara tercinta pabila saya dewasa. Sebagai warganegara sayang akan negara, saya akan memastikan diri saya mempunyai ilmu yang cukup untuk saya meneruskan kepimpinan negara marcapada apabila saya dewasa kelak. Seyogia, saya perlu sedar pemimpin negara tumbuh hilang berganti oleh sebab itu saya bertekad untuk meneruskan kepimpinan mereka sebagai usaha nirmala untuk memastikan negara saya cintai mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seperti negara-negara maju dunia.Insya-Allah, saya pasrah dan berdoa kepada Tuhan agar cita-cita saya ini akan dipermudahkan. Langkah pertama, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk memastikan saya dapat melanjutkan pelajara ke menara gading. Tiada yang mustahil jika saya berusaha bersungguh-sungguh kerana berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekiranya saya berjaya di universiti, saya akan berusaha untuk memastikan diri saya berjaya sehingga melanjutkan pelajaran sehingga pengajian ijazah doktof falsafah (PHD).  Hal ini demikian kerana dengan PHD iaitu pengajian paling tinggi dalam sistem pendidikan akademik di Malaysia kata dan tindakan saya dapat mengubah budaya pentadbiran agensi kerajaan. Pada ketika itu, masyarakat akan memandang tinggi diri saya dan saya akan berkolaborasi dengan kepimpinan negara untuk memacu Malaysia ke arah negara maju berdaulat dan dipandang tinggi masyarakat dunia. tegasnya, saya akan sentiasa menuntut ilmu sebagai pelajar berminda kelas pertama sebagai wahana untuk memacu kemajuan negara tercinta pabila saya dewasa.

          Seterusnya saya meneruskan perbincangan menggunakan akal minda pelajar berminda kelas pertama dengan kata kunci mauduk iaitu sebagai seorang warganegara yang berdaulat saya perlu akur dan mengikuti undang-undang negara atau “common law” yang digubal pemimpin kerajaan semasa. Sebagai contoh di negara kita terdapat pelbagai undang-undang yang perlu saya akur seperti undang-undang jalan raya, undang-undang  beragama, undang-undang berkait dengan tanah, undang-undang berpolitik, dan sebagainya. Sebagai seorang warganegara yang tinggal di negara yang menjalankan sistem perundangan demokrasi dan raja berpelembagaan saya perlu akur dengan sistem perundangan kerajaan semasa. Sebagai contoh jika saya memandu di jalan raya dengan melanggar kadar had laju ditetapkan saya perlu akur, saman akan dikeluarkan oleh pihak polif trafik dan saya perlu akur kesalahan saya tersebut kerana memandu laju boleh mengundang kemalangan, malang tidak berbau. Namun, sebagai warganegara berdaulat saya dan masyarakat perlu faham pabila sesuatu kerajaan memerintah selepas pilihanraya, undang-undan kerajaan semasa perlu saya akur dan saya hormati. Oleh sebab itu, saya akan cuba untuk mengikut undang yang ada untuk tidak dianggap sebagai penjenayah atau penentang kerajaan. Sekiranya saya akur dan bangga dengan kerajaan semasa, bermakna saya telah menunjukkan cinta akan negara dan begitu juga dengan masyarakat jagatraya. Seterusnya, dengan patuh kepada undang-undang negara, negara akan mampu mengorak langkah menjadi negara maju pabila saya dan masyarakat akur dengan hala tuju kepimpinan negara. Sudah terang lagi bersuluh, sebagai seorang warganegara yang berdaulat saya perlu akur dan mengikuti undang-undang negara atau “common law” yang digubal pemimpin kerajaan semasa untuk menunjukkan saya cinta dan bangga akan negara.

       Sebagai warganegara yang cinta akan negara, saya perlu bangga dan membeli produk keluaran tempatan. Slogan “ Belilah barangan keluaran tempatan”, amat terkesan dijiwa saya. Hal ini kerana saya perlu merujuk jatuh bangunnya sebuah  negara bangsa atas sikap dan altitude rakyatnya seperti masyarakat negara Jepun dan juga Korea Selatan. Kemajuan dua negara maju dunia berkenaan bergantung kepada rakyatnya kerana rakyat Korea Selatan dan Jepun maju kerana rakyatnya amat patriotik dengan mengutamakan keluaran atau produk negara mereka sebagai barangan yang digunakan dalam kehidupan seharian. Buktinya, pabila saya menonton drama Korea, saya dapati lensa kamera akan mengaburkan jenama kereta sekiranya kereta berkenaan bukan keluaran negara. Kenapa? Jawapannya, sudah pasti mereka hanya bangga jika kereta yang digunakan oleh masyarakat mereka hanya kereta keluaran negara mereka. Begitulah saya. Jika saya sayang akan negara saya akan membeli barangan keluaran tempatan. Apabila saya berbuat demikian saya akan dapat memacu peningkatan ekonomi negara. Malaysia tercinta. Sekiranya saya mengutamakan barangan buatan negara luar, sudah pasti pengaliran wang negara memajukan negara pengeluar barangan berkenaan. Sebagai contoh, jika saya membeli kereta Honda keluaran negara Jepun, bermakna saya telah membantu negara Jepun untuk maju, begitu juga jika saya membeli kereta jenama Hyundai bermakna saya telah memajukan ekonomi negara jepun dengan meminggirkan kereta keluaran negara, Proton atau Perodua. Jika saya membeli kereta keluaran Malaysia yang tidak hebat mutunya seperti Proton Perdana, Iswara, Mywi sudah pasti saya telah berjaya memajukan pengeluaran kereta negara. Tambahan pula kereta keluaran negara lebih murah berbanding kereta import. Saya perlu memahatkan diminda saya alah membeli menang memakai. Oleh sebab itu, saya akan mengutamakan barangan keluaran tempatan apabila membeli barangan. Tegasnya, sebagai warganegara yang cinta  akan negara, saya perlu bangga dan membeli produk keluaran negara untuk kegunaan saya seharian.

                Sebagaimana kita sedia maklum pada tanggal 31 Ogos setiap tahun setiap penjuru negara menyambut ketibaan tarikh berkenaan dengan mengadakan sebagai sambutan hari kemerdekaan negara, justeru, saya sebagai seorang warganegara akan turut serta memeriah dan menyambut hari berkenaan. Sekiranya diizinkan Tuhan, dan ibu bapa saya mempunyai kelapangan saya akan meminta ibu bapa membawa saya menghadiri sambutan hari kemerdekaan sama ada sambutan berkenaan diadakan di peringkat daerah, negeri atau di peringkat kebangsaan. Namun, saya akur atas faktor kesibukan bekerja dan keletihan semasa hujung minggu mungkin ibu bapa saya tidak dapat mengotakan hasrat saya berkenaan. Sebagai seorang warganegara yang cinta akan negara ada banyak cara untuk saya menyambut hari kemerdekaan negara. Contohnya, setiap tahun sekolah diwajibkan mengadakan program hari kemerdekaan negara dan saya juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan hari kemerdekaan berkenaan.  Sebagai contoh saya boleh membantu kelas dengan menceriakan kelas dengan mengibarkan bendera Malaysia, melukis poster bertemakan hari kemerdekaan, terlibat dengan pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan atau saya berkolaborasi dengan rakan sebaya untuk mengadakan pentomen semasa majlis rasmi penutup hari kemerdekaan peringkat sekolah. Oleh sebab itu selain saya dapat meningkatkan kemahiran tertentu sepanjang melibatkan diri dalam aktiviti sambutan kemerdekaan sekolah, saya juga dapat menyumbangkan kreativiti saya untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan negara di peringkat sekolah. Sekiranya saya mampu melibatkan diri semasa sambutan hari kemerdekaan sekolah saya sebenarnya membantu pihak menjayakan program hari kemerdekaan berkenaan dan sekurang-kurangnya saya dapat menonjolkan semangat cinta saya akan sekolah dan negara dan meningkatkan kemahiran serta bakat saya, contohnya semasa menyampaikan deklamsi sajak dan semasa memperagakan aktiviti pentomin. Oleh sebab itu, sudah terang lagi bersuluh, saya sebagai seorang warganegara akan turut serta memeriah dan menyambut hari kemerdekaan negara dengan cara dan kemampuan dan cara saya sendiri kerana ukur baju di badan sendiri.


            Selanjutnya, sebagai seorang warganegara yang cinta dan bangga akan negara, saya akan sentiasa menghormati simbol dan imej negara iaitu bendera Malaysia . Seyogia, saya sebagai warganegara saya akan memastikan keberadaan imej dan simbol negara berkenaan berada di tempat yang sesuai kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.  Oleh sebab itu, antara langkah yang boleh saya ambil untuk menunjukkan cinta dan bangga saya menjadi rakyat Malaysia yang tinggal di negara berdaulat ini , saya akan mengibarkan bendera Malaysia di halaman rumah saya dan membantu pihak sekolah menaikkan bendera Malaysia di kelas dan di sekitar kawasan sekolah.  Selain itu, saya juga akan meminta kebenaran ibu bapa saya untuk memasang bendera Malaysia di kereta mereka. Bahkan juga sebagai menghormati bendera Malaysia, saya akan berdiri tegak setiap kali bendera Malaysia dinaikkan di mana-mana sahaja terutama apabila upacara majlis rasmi diadakan seperti perhimpunan mingguan sekolah dan pada masa yang sama saya akan menyanyikan  “Negaraku” mengambarkan saya bangga menjadi warganegara Malaysia. Bahkan juga, jika saya dapati ada bendera Malaysia yang terjatuh atau saya terjumpa di jalan raya, saya akan berhenti dan menaikkan bendera berkenaan kerana bendera Malaysia merupakan imej negara dan perlu saya jaga keberadaanya sentiasa di tempat yang tinggi sejajar dengan imejnya sebagai imej negara tercinta. Sekiranya, saya tidak menghormati imej negara, bermakna saya gagal menjadi seorang warganegara Malaysia sejati. Sebaliknya, jika saya menghormati bendera Malaysia sudah pasti saya dipandang tinggi sebagai seorang warganegara yang cinta akan negara. Tegasnya sebagai seorang warganegara yang cinta dan bangga akan negara, saya akan sentiasa menghormati simbol dan imej negara iaitu bendera Malaysia sebagai bendera negara kita.

             Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk saya menunjukkan bangga dan cinta saya terhadap negara. Sebagaimana perbincangan di atas saya mampu menunjukkan cinta dan bangga saya terhadap negara sekiranya saya sentiasa menuntut ilmu sebagai pelajar berminda kelas pertama sebagai wahana untuk memacu kemajuan negara tercinta pabila saya dewasa, saya juga perlu akur dan mengikuti undang-undang negara atau “common law” yang digubal pemimpin kerajaan semasa, saya perlu bangga dan membeli produk keluaran tempatan, saya sebagai seorang warganegara akan turut serta memeriah dan menyambut hari kemerdekaan negara, dan saya   akan sentiasa menghormati simbol dan imej negara iaitu bendera Malaysia. Sekiranya saya mampu melaksanakan perkara seperti di atas saya merupakan rakyat yang cinta dan bangga menjadi rakyat Malasyia. Sebaliknya, jika saya memandang enteng perkara di atas sudah pasti saya tidak sedar bahawa saya ialah warganegara tetapi tidak sedar akan kewujudan saya di negara Malaysia. Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia semoga Malaysia akan terus maju dan rakyatnya aman bahagia.

Insya-Allah saya kan cuba mengeditkan karangan di atas dari semasa ke semasa.

Jumaat, 28 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2 (D) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI KELANTAN



  Cadangan jawapan 2 (d):-
     i)  Berdasarkan sajak di atas, dua harapan penyajak terhadap anaknya ialah penyajak:-
         i)  mengharapkan anaknya menjenguknya.
        ii)  mengharapkan anaknya insaf
       iii)  mengharapkan anaknya menjadi penawar hati/ pengubat kesepiannya.

   ii)   Pada pendapat saya cara-cara untuk menjamin kehidupan seorang semasa tua tanpa bergantung
          kepada anak-anak adalah dengan:
        i)  menyimpan wang semasa muda
       ii)  memiliki insurans
      iii)  memiliki rumah sendiri/ harta sendiri
       iv) tinggal di rumah orang tua-tua/ pusat rehabilitasi
       v)  mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti berfaedah/ kebajikan
            ( terima isi-isi yang sesuai)

  iii)  Dua nilai kemanusian yang terdapat dalam sajak di atas antaranya:-
         Oleh sebab kata kunci soalan huraian, anda perlu memberikan isi dan menghuraikannya.

        i)  Kasih sayang, contohnya penyajak sangat mengasihi anak-anaknya yang dilahirkan walaupun
             mereka melupakannya.
       ii)  Bertanggungjawab, contohnya anak-anak penyajak sepatutnya bertanggungjawab menjaga
             kedua-dua ibu bapa mereka ketika mereka tua bukan tolak-menolak untuk menjaga mereka.
      iii)  Keprihatinan, contohnya anak-anak penyajak sepatutnya prihatin terhadap ibu bapa mereka
             yang sudah tua dengan menzirahi mereka dan jangan membiarkan mereka tertunggu-tunggu.
      iv)  Berdikari, contohnya penyajak terpaksa hidup sendiri tanpa bergantung kepada anak-anaknya
             yang tidak menghiraukannya.
       v)  Keinsafan, contohnya penyajak terus berdoa agar anak-anaknya insaf dan mengingatkan 
            kematian mereka.