Selasa, 11 September 2018

SOALAN 2 (B) SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG 2018


Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi  tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’, oleh Husna Nazri Dalam
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan
Malaysia)

(i)  Gambarkan keadaan anak-anak muda di kota mewah.

      Sebagai panduan, jawapan ada di dalam teks. Jangan menunjukan anda bijak dengan menulis 
      jawapan berdasarkan cadangan  anda. Selain itu, isi cukup 2, dan tambah satu isi lagi sebagai
      tambahan untuk mengelakkan sekiranya isi pertama dan kedua silap.
      Berdasarkan gambaran penulis, keadaan anak-anak muda di kota mewah sangat rapus jiwanya, 
      mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi dan 
      tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama.

      Namum jika diteliti, pengarang telah mengambarkan lima gambaran anak-anak muda di kota 
      mewah.
                                                                                                                                   [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk
      membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar?
      Soalan KBAT, anda perlu menulis isi sendiri.
     Pada pandangan saya, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk 
     membendung keruntuhan akhlak remaja antaranya ialah ibu bapa perlu memberikan ilmu agama
     dan moral kepada anak-anak, mencurahkan kasih sayang yang penuh kepada anak-anak,
     serta ibu bapa perlu mengawal tingkah laku anak-anak agar anak-anak tidak runtuh akhlaknya.
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu persoalan lain
      daripada keseluruhan cerpen.
      Soalan memerlukan anda menghuraikan isi, oleh sebab itu anda perlu menghuraikan isi, dengan 
      contohnya sekali. Selain itu, anda juga perlu banyak membaca petikan teks berkaitan untuk 
      mendapatkan gambaran persoalan di luar teks. Sebaik mungkin, jawab dua isi untuk persoalan
      dalam dan luar teks.

      Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan tentang pencemaran bahasa kerana
      anak muda digambarkan menjual bahasa ibunda mereka. Selain itu persoalan keruntuhan akhlak
      remaja seperti remaja lelaki dan perempuan berpelesiran dengan pergaulan bebas.
      Sementara persoalan di luar teks pula ialah persoalan kehidupan anak muda yang berlumba-
      berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan contohnya "saya" meminta kebenaran ibunya
      untuk berhjirah ke bandar. Selain itu, persoalan kegigihan menuntut ilmu, contohnya "saya"
      tekun belajar pelbagai ilmu sebelum berhijrah ke bandar.
                                                                                                                       [4 markah]