Isnin, 17 September 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(B) SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI JOHOR (TANGKAK)


(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi tiga ayat. 

           Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang indah. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Banyak pelancong datang ke Malaysia. 
[6 markah]
Cadangan jawapan:-

(i)    Malaysia menjadi destinasi terikan pelancong kerana mempunyai beberapa buah pulau yang indah.

(ii)  Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia.

(iii) Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa supaya banyak
       pelancong datang ke Malaysia.

Tiada ulasan: