Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca
petikan di bawah dengan telitinya, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik dan kebaikan menguasai
mata pelajaran tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Malaysia
menunjukkan peningkatan sebanyak 33 mata kepada 431 mata bagi Literasi Bacaan
dalam laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2015 berbanding hanya
398 mata pada PISA 2012. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Pembangunan Profesionalisme
Keguruan), Datuk Dr Amin Senin mengatakan bahawa pencapaian bagi domain Literasi
Bacaan lebih baik berbanding dua domain lagi iaitu Literasi Matematik dan Literasi
Saintifik. Literasi Matematik Malaysia hanya meraih penambahan 25 mata daripada
421 mata pada PISA 2012, manakala Literasi Saintifik meningkat 23 mata daripada
420 mata (PISA 2012). Oleh sebab itu, Kementerian Pendidikan melaksanakan
prakarsa berkesan untuk meningkatkan pencapaian subjek Sains dan Matematik
dalam kalangan murid.
Bagi
meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik, Kementerian Pendidikan
Malaysia akan memperhalusi setiap program Pendidikan. Selain itu, pembudayaan
Sains dan Matematik diterapkan dalam diri pelajar sejak kecil lagi. Dalam hal ini,
tanggungjawab memupuk minat dalam kedua-dua mata pelajaran ini bukan sahaja terletak
di pundak guru semata-mata sebaliknya pihak sekolah perlu bersinergi dengan masyarakat
untuk meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran tersebut. Persepsi segelintir masyarakat
tentang kesukaran mempelajari mata pelajaran ini sebenarnya mampu mematikan minat
dan keinginan pelajar untuk menguasai mata pelajaran ini dengan lebih baik.
Selain itu, faktor kerisauan pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran Sain
dan Matematik dan kurangnya pendedahan dari aspek kerja dalam bidang berkenaan
menyebabkan pelajar tidak meminati mata pelajaran tersebut. Dari aspek yang
lain pula, sikap ibu bapa yang tidak memberikan dorongan kepada anak-anak
menyebabkan anak-anak tidak meminati Sains dan Matematik.
Pendekatan seterusnya ialah kempen
kesedaran tentang mata pelajaran Sains dan Matematik dalam kalangan masyarakat
perlu diperhebat. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui kempen akan dapat
menyedarkan lebih banyak pihak akan kemaslahatan mata pelajaran ini kepada
negara. Selain itu, dalam bidang kerjaya pula, pihak industri disarankan menjadi
rakan kongsi ilmu dengan Kementerian Pendidikan. Hasil daripada kolaboratif tersebut
memudahkan percambahan idea dan pengintegrasian kepentingan mata pelajaran
Sains dan Matematik melalui pelbagai program dapat direalisasikan. Bagi
melonjakkan kecemerlangan dalam mata pelajaran tersebut, pelajar mestilah menerima
teknik pengajaran berasaskan KBAT. Mereka harus dibimbing supaya dapat berfikir
secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah. Pengaruh rakan sebaya
yang boleh menghalang murid mempelajari Sains dan Matematik perlu dihapuskan
dalam diri mereka. Dalam hal ini,guru dan pelajar perlu bekerjasama mencapai
objektif pembelajaran yang lebih holistik. Guru juga perlu sentiasa mengemas
kini pengetahuan semasa dalam pengajaran dan pemudahcaraan supaya dapat menarik
minat pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian mata pelajaran tersebut.
Tuntasnya, prakarsa membudayakan Sains dan Matematik perlu dilaksanakan oleh
semua pihak supaya pencapaian pelajar dalam Program Pentaksiran Pelajar
Antarabangsa (PISA) mata pelajaran ini pada tahun 2018 membanggakan semua
pihak.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Pencapaian Sains dan Matematik dalam
PISA 2015.
Oleh Nas Norziela Nasbah.
Berita Harian, Disember,2016
Cadangan
jawapan:-
Pengenalan:-
Petikan
membincangkan cara-cara/usaha-usaha/pendekatan/kaedah/tindakan/prakarsa/strategi meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik di Malaysia/ di negara kita.
atau
Rumusan
membincangkan cara-cara/usaha-usaha/pendekatan/kaedah/tindakan/prakarsa/strategi meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik dan kebaikan menguasai mata
pelajaran tersebut.
Cadangan
Isi Tersurat:- ( langkah-langkah meningkatkan pencapaian mata pelajaran sains
dan matematik)
Bil
|
Isi tersurat
|
Markah
|
1
|
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperhalusi
setiap program pendidikan
|
2
|
2
|
pembudayaan Sains dan Matematik diterapkan dalam
diri pelajar sejak kecil
|
2
|
3
|
pihak sekolah perlu bersinergi dengan masyarakat
untuk meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran.
|
2
|
4
|
kempen kesedaran tentang mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam kalangan masyarakat perlu diperhebat.
|
2
|
5
|
pihak industri disaran menjadi rakan kongsi
dengan Kementerian Pendidikan.
|
2
|
6
|
pelajar mestilah menerima teknik pengajaran
berasaskan KBAT
|
2
|
7
|
guru dan pelajar sentiasa bekerjasama mencapai
objektif pembelajaran yang lebih hoslitik
|
2
|
8
|
guru juga perlu sentiasa mengemas kini
pengetahuan semasa dalam pengajaran dan pemudahcaraan.
|
2
|
Cadangan
isi tersirat ( Kebaikan menguasai mata pelajara sains dan matematik)
Bil
|
Isi tersirat
|
Markah
|
1
|
pelajar dapat menggunakan kemahiran Sains dan
Matematik dalam kehidupan
|
2
|
2
|
pelajar dapat berfikir dengan lebih kritis
|
2
|
3
|
pelajar dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang
Sains dan Matematik
|
2
|
4
|
pelajar dapat bersaing dalam pertandingan
berasaskan Sains dan Matematik di peringkat antarabangsa
|
2
|
5
|
pelajar akan berminat mata pelajaran sains dan
matematik
|
2
|
6
|
Pelajar akan dapat mengaplikasi mata pelajaran
sais dalam kehidupan seharian
|
2
|
Cadangan
penutup:-
Kesimpulannya,
semua pihak hendaklah bekerjasama meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains
dan Matematik agar/supaya generasi yang cemerlang dapat dilahirkan.
Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata
percambahan idea.
[ 2 markah]
Cadangan jawapan:-
Rangkai
kata percambahan idea bermaksud perkongsian/pertambahan pendapat/buah fikiran
(ii) Pengarang menyatakan
terdapat beberapa sebab pelajar tidak yakin terhadap mata pelajaran Sains
dan Matematik.
Nyatakan sebab-sebab tersebut. [3 markah]
Cadangan jawapan:-
Pengarang menyatakan terdapat beberapa
sebab pelajar tidak yakin terhadap mata pelajaran Sains
dan Matematik kerana:-
1
|
kerisauan pelajar terhadap pencapaian mata
pelajaran Sains dan Matematik
|
2
|
kurangnya pendedahan dari aspek kerja dalam
bidang berkenaan
|
3
|
pengaruh rakan sebaya
|
4
|
sikap ibu bapa yang tidak menykong pembelajaran
mata pelajaran Sains dan Matematik
|
(iii) Anda memperoleh keputusan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
peperiksaan penggal pertama yang sangat mengecewakan.
Apakah usaha yang anda lakukan
untuk mengatasi kelemahan dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut?
[4 markah]
Cadangan jawapan:-
Usaha-usaha yang akan saya lakukan
untuk mengatasi kelemahan dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut adalah
dengan:-
1
|
mendapatkan bimbingan secara khusus dengan guru
berkenaan
|
2
|
berbincang dengan rakan yang mahir subjek Sains
dan Matematik
|
3
|
memperbanyak latih tubi menjawab soalan
|
4
|
mengikuti kelas tambahan/bimbingan berkaitan
subjek Sains dan Matematik
|
5
|
mengikuti kelas tuisyen
|
6
|
mengikuti kelas pembelajaran melalui alam maya - Internet/WhatApps/Telegram
|
5 ulasan:
Soalan 3
Apa maksud membuahkan kanser....petikan umum...rangkai kata
I like .❤
Minta maaf..pembetulan...kota belud di sabah BUKAN di sarawak
Apakah maksud rangkai kata diumumkan sebagai pelajar cemerlang?
Catat Ulasan