Khamis, 20 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2(B) PEMAHAMAN PROSA MODEN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SELANGOR

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
       Aku membuat keputusan untuk berjalan bersama-sama dengan Kak Chah, Dr. Liza, Shahmeem, Hajah Zalehon dan Hajah Normah. Nampaknya, agak sukar juga menawar harga barangan yang ingin dibeli. Tiada tanda harga dipamerkan dan harga disebut hanya kepada sesiapa yang bertanya. Setelah singgah di beberapa buah kedai, kami mendapati bahawa perbezaan harga terlalu ketara. Contohnya, ada peniaga menjual rantai kunci dengan harga LT5, LT4, dan LT3 lira, sedangkan aku pemah bertanya kepada peniaga-peniaga kedai kecil di luar Istanbul dan diberitahu bahawa harga rantai kunci itu cuma satu setengah lira! Aku mula berasa menyesal kerana tidak membeli sedikit-sedikit sebelum ini.
      Seorang lelaki berbaju-T merah, berjaket kulit hitam, dan berwajah tampan keluar dari sebuah kedai menjual jaket kulit. Dia menyapa ramah.

“Hello lady! Assalamualaikum. Where are you come from? Singapore? Malaysia? We have
many leather jackets. Come in. You want to try? “
Aku cuma tersenyum. Sama ada betul atau tidak tatabahasa Inggerisnya, aku tertarik akan keramahannya. Mataku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwama hitam di rak cermin. Aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Sekiranya ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Long tidak terdedah pada terik matahari.
Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan petikan di atas, aku dan rakan-rakannya terpaksa berhadapan dengan masalah ketika  
     mereka ingin membeli barang.
     Kemukakan masalah tersebut.                                                                                          [2 markah]

     Masalah tersebut ialah:

1
agak sukar menawar harga barangan yang ingin dibeli
2
Tiada tanda harga dipamerkan
3
Harga disebut hanya kepada sesiapa yang bertanya
4
Perbezaan harga terlalu ketara

(ii) Pengguna bijak akan membeli barangan berkualiti, membuat perbandingan harga, dan
      membuat pilihan yang tepat.
     Pada pendapat anda, bagaimanakah pengguna boleh membuktikan bahawa mereka tergolong               dalam  golongan pengguna yang bijak berbelanja?                                                          [3 markah]

     Pada pendapat saya, pengguna boleh membuktikan bahawa mereka tergolong dalam  golongan
     pengguna yang bijak berbelanja dengan cara:-


1
Membuat senarai barangan yang ingin dibeli sebelum berbelanja
2
Membandingkan harga barangan yang ingin dibeli sebelum membeli
3
Membeli bahan yang tidak mudah rosak secara pukal.
4
Membeli barangan mengikut keperluan bukannya mengikut nafsu
5
Mengamalkan amalan berjimat cermat ketika berbelanja
6
Mengelakkan diri daripada membeli barangan berjenama sahaja
7
Membeli barangan yang ada promosi
8
Masak makanan dan makan di rumah
9
Mengelakkan diri berbelanja dengan menggunakan kad kredit


(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada  
       keseluruhan  cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.                                                                                                                                                                                                                    [4 markah]

Kata kunci soalan, huraiakan dengan itu anda perlu menyenarai isi dan huraikan isi berkenaan.

Pengajaran yang terdapat di dalam teks di atas ialah :-


Isi ( 1 markah)
Huraian ( 1 markah)
1
Kita hendaklah membuat perbandingan harga sesuatu barangan yang hendak dibeli sebelum membelinya
agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan oleh peniaga.
2
Kita hendaklah mengamalkan sikap ramah mesra terhadap pelanggan yang berkunjung ke kedai kita
agar pelanggan berasa diri mereka dihargai dan dihormati.

Pengajaran yang terdapat di keseluruhan teks :-


Isi ( 1 markah)
Huraian ( 1 markah)
1
Kita haruslah mengamalkan sikap berjimat cermat ketika berbelanja keperluan harian atau ketika melancong ke luar negara
agar dapat berbelanja secara berhemah.
2
Kita hendaklah prihatin terhadap isu kepupusan haiwan seperti kijang
agar spesis haiwan ini dapat terus hidup di bumi ini.
3
Kita hendaklah sentiasa bersikap ikhlas ketika membantu orang lain
tanpa mengambil kira taraf hidup seseorang itu.
4
Kita hendaklah bersikap gigih dalam melakukan pekerjaan
supaya hasil yang diinginkan tercapai.
5
Kita hendaklah sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berada di luar negara
agar keselamatan diri sentiasa terjamin


Tiada ulasan: