Ahad, 23 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2 (C) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK (KOTA BELUD)


Soalan 2 (c) – Prosa Tradisional
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.
   Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai pula aku ini!”
   Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
     Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”
     Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir Laksamana. Dua tiga langkah pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumah.
      Setelah hari siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”
     Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”
    Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja.
    Maka baginda pun menjadi hairan.
    Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?”
    Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum sampai.

(Dipetik daripada prosa tradisional Kepimpinan Melalui Telada
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkai kata Teririk bangkai .                                                                [2 markah]
     Cadangan jawapan;-
     Rangkai kata teririk bangkai bermaksud terpijak (1m) mayat (1m)

(iii) Berdasarkan petikan, apakah yang telah berlaku kepada mayat Kertala Sari?              [3 markah]
       Cadangan jawapan:-
       Berdasarkan petikan mayat Kertala Sari:-
1
syawatnya telah dihiris oleh Laksamana
2
telinganya dikerat
3
kepalanya dikerat
4
Kaki tangannya juga dikerat


(iii) “Setelah hari siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.” Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”
     Pada pendapat anda, mengapakah mereka berani mengaku kepada raja bahawa mereka
     telah membunuh Kertala Sari ?                                                                                                                                                                                                                                                     [3 markah]
     Cadangan jawapan:-
     Pada pendapat saya, mereka berani mengaku kepada raja bahawa mereka te;ah membunuh Kertala Sari kerana:-

1
mendapat perhatian raja
2
mahu mendapat ganjaran/hadiah/wang
3
mahu dilantik sebagai penggawa/penghulu/hulubalang
4
Mahu menunjukkan dirinya gagah kerana dapat membunuh Kertala Sari.




Tiada ulasan: