Sesetengah pengguna menghadapi
masalah untuk mengenali kata kerja transitif (KKT). Pengguna juga didapati
kurang memahami ciri-ciri khusus kata kerja tersebut. Akibatnya ayat yang
dihasilkan tidak gramatis. Keadaan ini mungkin berlaku apabila pengguna tidak
dapat membezakan antara KKT dengan Kata Kerja Tak Transitif (KKTT). Kesalahan
penggunaan KKT dalam pembinaan sesuatu ayat dapat dielakkan sekiranya pengguna
memahami cara pembentukan KKT tersebut. Sekarang marilah kita mengenali KKT dan
penggunaannya dalam ayat.
A. Kata Kerja Transitif (KKT)
- Kata kerja mesti diikuti oleh objek.
- Objek terdiri daripada kata nama atau frasa
nama.
- Kata-kata lain tidak boleh diletakkan di
antara KKT dengan objek.
Ayat contoh:
Contoh:
Kata
Kerja Transitif + objek
- membuka (pemacu pena kepunyaan adik)
- menonton (televisyen)
- menaiki (kereta)
- memasukkan (buku)
- mengepos (surat)
- memperkemas (bilik)
- mempersembahkan (tarian)
Perhatian:
1. KKT dapat
dikenali dengan melihat perkataan yang hadir selepasnya. Sebagai contohnya,
kata kerja membuka, menonton, menaiki, memasukkan, mengepos, memperkemas, dan
mempersembahkan mesti diikuti oleh objek (kata nama atau frasa nama), iaitu pemacu
pena kepunyaan adik, televisyen, kereta, buku itu, surat ini, Kelas 5
Bestari, dan tarian tradisional.
2. Kebanyakan
kata kerja yang menerima awalan meN-, akhiran -kan dan -i serta apitan
meN-…-kan, dan meN-…-i merupakan kata kerja transitif. Bagaimanapun, terdapat
beberapa kata kerja transitif yang tidak memerlukan imbuhan meN- seperti makan,
minum, mohon, dan minta.
Contoh:
i.
Selesaikanlah masalah
itu dengan baiknya.
ii.
Ikutilah arahan
yang diberikan oleh guru itu.
iii.
Adik suka melukis gambar pemandangan.
iv.
Muhd. Hasif Hanis mengetuai pasukan bola sepak
itu.
v.
Pustakawan mengelaskan buku kepada
beberapa kategori.
vi.
Kami makan lempeng dengan sambal
ikan bilis.
3. Sesuatu ayat
dapat dipasifkan jika ayat tersebut mengandungi KKT. Objek yang hadir selepas
KKT dalam ayat aktif akan berubah menjadi subjek dalam ayat pasif.
Ayat contoh:
i.
Pemacu pena kepunyaan adik dibuka oleh Aswan.
ii.
Televisyen ditonton oleh kakak di ruang tamu.
iii.
Kereta dinaiki oleh Muhd. Nabil dengan rakan karibnya.
iv.
Buku itu dimasukkan oleh abang ke dalam beg galas.
v.
Surat ini perlu saya pos dengan kadar segera.
vi.
Kelas 5 Bestari diperkemas oleh murid-murid.
vii.
Tarian tradisional dipersembahkan oleh penari-penari dari
Sabah.
Sabah.
Beberapa kesalahan yang berkaitan
dengan KKT
1. KKT tidak
diikuti oleh objek.
Pengguna sering menggugurkan objek selepas KKT dengan alasan
ayat tersebut adalah betul dan pembaca sudah faham akan maksud yang hendak
disampaikan.
Ayat contoh:
Salah
o Normah
Mohammad melaporkan dari London.
o Pihak
berkenaan tidak mahu menerangkan.
o Normah
Mohammad melaporkan dari London.
o Pihak
berkenaan tidak mahu menerangkan.
Betul
o Normah
Mohammad melaporkan berita dari London.
o Pihak
berkenaan tidak mahu menerangkannya/menerangkan hal tersebut.
2. KKT diikuti
oleh unsur keterangan seperti kata sendi nama atau penegas.
Ayat contoh:
o Normah
Mohammad melaporkan berita dari London.
o Pihak
berkenaan tidak mahu menerangkannya/menerangkan hal tersebut.
Salah
o Sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan diminta untuk menghubungi melaluitalian
03-44411644.
o Mereka
sedang membincangkan tentang isu gangsterisme
yang berlaku dalam kalangan murid sekolah.
o Sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan diminta untuk menghubungi melaluitalian
03-44411644.
o Mereka
sedang membincangkan tentang isu gangsterisme
yang berlaku dalam kalangan murid sekolah.
Betul
o Sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan diminta untuk menghubungi Cik
Isnariah Idris melalui talian 03-44411644.
o Mereka
sedang membincangkan isu gangsterisme yang berlaku dalam
kalangan murid sekolah.
o Sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan diminta untuk menghubungi Cik
Isnariah Idris melalui talian 03-44411644.
o Mereka
sedang membincangkan isu gangsterisme yang berlaku dalam
kalangan murid sekolah.
3. Terdapat
sebilangan kata yang bukan kata kerja transitif. Kata kerja ini tergolong
sebagai kata kerja tak transitif kerana ayat yang mengandungi kata kerja ini
tidak boleh dipasifkan.
i.
Anin bt. Ahmad menjadi guru
sandaran di sekolah itu.
Guru sandaran dijadi oleh Anin bt. Ahmad di sekolah itu. (x)
ii.
Pekerja baharu itu merupakan pegawai
yang berdedikasi.
Pegawai yang berdedikasi dirupakan oleh pekerja baharu itu. (x)
iii.
Jiran saya ada dusun buah-buahan di Hulu
Langat.
Dusun buah-buahan diada oleh jiran saya di Hulu Langat. (x)
Kata
kerja menjadi, merupakan, dan ada ialah kata kerja tak transitif. Perkataan
yang hadir selepas kata kerja tersebut, iaitu guru sandaran, pegawai yang
berdedikasi, dan dusun buah-buahan dikenali
sebagai pelengkap. Dengan berdasarkan ayat di atas, jelaslah ayat tersebut
tidak boleh dipasifkan walaupun kata kerjanya kelihatan seperti kata kerja
transitif dan perkataan yang hadir selepas kata kerja itu terdiri daripada kata
nama atau frasa nama.
Latihan
Ayat
yang berikut mengandungi kesalahan dari segi penggunaan kata kerja transitif.
Kenal pasti kesalahan tersebut dan betulkan.
1. Dengan
segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Para pelajar
diminta untuk menceritakan semula perkara yang telah dibincangkan.
3. Kami
berharap semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis kami.
4. Pihak polis
sedang menyiasat tentang kejadian langgar lari itu.
5. Ketua
Jabatan hendaklah memastikan Jawatankuasa Audit membincangkan secara terperinci
isu-isu yang dibangkitkan.
6. Pengarah
syarikat itu menyeru agar semua kakitangan gigih bekerja.
7. Pengerusi
mengesyorkan supaya Kursus Asas Penyelamat diadakan bagi pengawal keselamatan.
8. Pemeriksaan
itu dilakukan secara mengejut tanpa memaklumkan terlebih dahulu hal tersebut
kepada pihak yang terbabit.
Demikianlah
penerangan serba ringkas tentang bentuk kata kerja transitif dalam bahasa
Melayu. Diharapkan pengguna telah dapat mengenali bentuk kata kerja transitif
dan kedudukannya dalam ayat.
Kekeliruan
tentang kata kerja ini dapat diatasi sekiranya pengguna bahasa mengaplikasikan
cara yang betul untuk menguji sesuatu kata kerja itu sama ada kata kerja transitif
ataupun sebaliknya. Pengguna juga perlu berhati-hati semasa menggunakan kata
kerja tersebut. Kecenderungan untuk menggugurkan objek selepas kata kerja
transitif perlu dielakkan.
Akhir
kata, "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!"
1 ulasan:
Penerangan Yang sangat jelas....saya Judah memahaminya
Catat Ulasan