Ahad, 16 September 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2(B) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI JOHOR (TANGKAK)


Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
   Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar berkedudukan 90 darjah tepat.
   Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasik hati mencair dalam detik memenuhi yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.
   Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil ponteng kelas, protes kepada lebam-lebam di pinggul. Kenangan sudah tercantas, tapi masih belum terurai dan terungkai.
   Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristik yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.
   Betapa tidak, dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazah
pertama dalam bidang aeroangkasa. Takad usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.
   Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok kelapa itu turut tersentuh. Dia tidak menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak tercengkam dengan penuh yakin. Sedar-sedar sahaja, dia sudah sampai di puncak.

Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’
Manusia” oleh Illias Zaidi dalam
Antologi Sejadah Rindu.

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan perkara-perkara yang dibayangi oleh Aiman Aqil.
                                                                                                                                             [2 Markah]
     Cadangan jawapan:-
     Berdasarkan petikan di atas terdapat perkara-perkara yang dibayangi oleh Aiman Aqil, antaranya:-
i)        dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi.
ii)       mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa.
iii)     takad usianya dianjakkan lebih sedekad ke hadapan.

(ii) Perasaan dendam dalam diri boleh mendatangkan banyak keburukan kepada diri seseorang. Sekiranya anda mempunyai rakan yang mengalami perasaan dendam, bagaimanakah
     anda membantu rakan anda itu?                                                                                        [3 markah]
     Cadangan jawapan:-
i)         menasihatkan rakan saya berkenaan akan keburukkan berdendam.
ii)       mencadangkan kepada rakan saya berjumpa dengan kaunselor sekolah agar beliau sedar akan   keburukannnya berdendam dengan orang.
iii)     mencadang dan menasihat rakan saya itu agar berjumpa dengan orang yang didendamnya dan 
       menyelesaikan masalahnya.
iv)      mencadangkan supaya rakan saya cuba menyelesaikan masalahnya dengan hati yang terbuka
 Jawapan lain yang sesuai juga boleh diterima

(iii) Berdasarkan petikan cerpen di atas, huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan
       tersebut dan satu nilai kemanusiaan lain daripada  keseluruhan cerpen.                        [4 markah]

       Di bawah akan dijelaskan perbezaan nilai  kemanusian dan nilai kemasyarakatan dalam novel atau cerpen agar pelajar faham perbezaannya.
      
Nilai kemanusian ialah nilai-nilai  yang baik atau positif yang terdapat dalam sesebuah karya cereka. Nilai-nilai baik seharusnya dimiliki, dihayati, dan diamalkan oleh manusia, antaranya:-
Keadilan
Kebijaksanaan
Amanah
Keberanian
Bertanggungjawab
Berbudi bahasa
Berdikari
Kasih sayang
Ketabahan
Merendah diri
Keinsafan
Nasihat menasihati
Kejujuran
Patriotik
Kesederhanaan
Kerajinan
Mengenang budi
Kesabaran
Hormat-menghormati
Simpati/ belas kasihan
Ketaatan
Kerjasama / tolong menolong
Keyakinan

Nilai ( Kemasyarakatan)  Dalam Kajian Komsas:-
Nilai kemasyarakat ialah nilai baik (positif) dan nilai buruk (negatif) yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Nilai positif dan nilai negatif ini dimiliki, dihayati, dan diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat. Nilai masyarakat merangkumi nilai-nilai di atas. Sementara nilai-nilai negatif misalnya masyarakat suka menyebar fitnah, masyarakat yang tidak taat kepada perintah Allah dan sebagainya.

Baik hati
Kesopanan
Keperihatinan
Tepat janji
Pengorbanan
Pemurah
Setiakawan
Kenang budi
Cinta akan alam sekitar
Dedikasi
Cinta akan budaya
Jimat cermat
Keredaan

 Istilah di atas perlu digunakan apabila pelajar ingin membicarakan  nilai sama ada semasa menjawab soalan komsas antologi mahupun soalan berkaitan komsas novel. Namun, soalan berkaitan nilai telah keluar pada soalan  SPM November 2012.  Sila berhati-hati semasa memilih istilah untuk nilai. Paling utama istilah nilai boleh berdiri sendiri contoh nilai kerajinan, nilai keinsafan, nilai keyakinan, nilai patriotik dan sebagainya. Jika pelajar menulis nilai rajin, penggunaan istilah rajin adalah salah.Oleh sebab itu, gunakan istilah nilai yang disenaraikan di atas.

      
Cadangan jawapan:-
  Nilai kemanusian yang terdapat dalam petikan cerpen:-
        i.            Bertanggungjawab ( 1 + 1) = perlu ada isi dan huraiannya.
  Contohnya, babah dan ibu Aiman memarahi dan menegur sikap kasarnya.
      ii.            Kasih sayang ( 1 + 1) = perlu ada isi dan huraiannya.
 Contohnya, ibu Aiman kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya, dan mengambarkan protes  
 dihatinya akan tindakan babah/suaminya.
 Nilai kemanusian yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:-
        i.            Kasih sayang ( 1 + 1) = perlu ada isi dan huraiannya.
 Contohnya, ibu sangat sayang akan anaknya Aiman, Fadilah Fatin dan Azilah Atiqah/
 Ibu dan babah mendapatkan rawatan untuk Aiman Aqil.
      ii.            Keprihatinan ( 1 + 1 ) = perlu ada isi dan huraiannya
 Contohnya, ibu dan babah sangat prihatin akan diri Aiman Aqil.
    iii.            Berbudi bahasa/ bersopan santun
 Contohnya, Aiman sepatutnya berbudi bahasa terhadap pembantu rumahnya/ berbudi bahasa dengan 
 adik-adiknya apabila meminta Aiman membantu menyiapkan kerja rumah
v)         Belas kasihan dan bersimpati
 Contohnya, ibunya belas kasihan dan simpati setiap kali babah merotan Aiman.

Tiada ulasan: