Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Ahad, 30 September 2018
SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(A) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI KELANTAN
Cadangan jawapan:-
(i) besar ( tidak kecil - ukuran, penting, dewasa)
Rumah besar itu rumah En. Rahman pengurus kilang membuat makanan ringan.
(ii) membesar ( nampak besar-menjadi besar)
Anak saya cepat membesar kerana kuat sangat makan.
(iii) membesar-besarkan ( menambah atau melebih- lebihkan sesuatau seperti kejayaan,
kesuasahan, cerita dan sebagainya- daripada keadaan sebenar )
Pak Man sering membesar-besarkan kes kemalangan jalan raya itu sehingga menimbulkan
kemarahan keluarga Pakci Dollah.
(iv) membesarkan (menjadi lebih besar)
Ayah membesarkan bahagian ruang tamu rumah kami untuk kemudahan dan keselesaan
kami berkumpul pada setiap hari perayaan.
saya apabila berkumpul semasa hari perayaan.
(v) pembesar (orang yang berpangkat )
Sultan Kelantan menganugerahkan Darjah Kebesaran Budi Pekerti Mulia kepada pembesar
negeri yang telah menunjukkan prestasi kerja yang memberangsangkan.
(vi) Pembesaran ( perbuatan membesarkan sesuatu, perihal proses menjadi besar)
Pembesaran Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur dijalankan kerana
berlakunya pertambahan penumpang pada setiap tahun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Terima kasih
Terima kasih atas perkongsian😁
Catat Ulasan