SAYA MOHON MAAF KERANA CADANGAN JAWAPAN DI BAWAH UNTUK PELAJAR NEGERI PERAK. JIKA PELAJAR INGIN MELIHAT SKEMA JAWAPAN NEGERI KELANTAN SILA KLIK DI BAHAGIAN SIMPANAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI 2018 DI BAHAGIAN BLOG SAYA. HARAP MAKLUM.
Cadangan jawapan soalan 4 (a)
Pilih salah satu novel sebagai
jawapan:-
NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHANI MATDARIN
|
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN
AYIP
|
Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan empat
iaitu Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin terdapat dua sebab mengapakah pengenalan atau permulaan
cerita novel ini menarik minat saya.
Pertama,
Lili ingin bercuti ke kampung datuk dan neneknya atas cadangan ibunya, tetapi
sebenarnya dia tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung dan dia berpura
demi menjaga hati ibunya. Sebenarnya, dia ingin menghabiskan cuti bersama
rakan-rakannya.
Kedua, kampung datuknya jauh dari pembangunan dan tidak seperti di
bandar, dan Lili tidak begitu mengetahui keadaan sebenar kampung datuk dan
neneknya. Tambahan pula bagi Lili tidak ada kenangan manis selama ini
dikecapinya di kampung datuk dan neneknya.
Ketiga, Lili sudah biasa dengan kehidupan selesa di bandar atau di
rumah ibu bapanya. Apakah suasana di kampung mengembirakannya
Kesimpulannya permulaan cerita Novel Jendela
Menghadap Jalan menarik minat saya untuk membaca dan mengetahui cerita
selanjutnya berlaku kepada Lili di sana. Gembirakah Lili atau sebaliknya
sepanjang cuti di kampung datuk dan neneknya.
|
Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan
lima, Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip terdapat dua sebab mengapakah pengenalan atau permulaan
cerita cerita novel ini menarik minat saya.
Pertama, Dahlia sedang bermain bola jaring di
sekolah bersama-sama rakan-rakan dan pada ketika itu dia teringatkan ibunya,
Saleha yang kebelakangan ini sering bercakap seorang diri. Kenapa dengan ibu Dahlia?
Kedua
Azahari, datang berjumpa beliau dan menyatakan keluarganya akan berjumpa
dengan keluarga Dahlia untuk menentukan hubungan mereka selanjutnya. Sekali
lagi pengenalan cerita ini menarik minat saya untuk membaca apakah kesudahan
hubungan Dahlia dan Azhari. Adakah mereka akan menjadi pasangan suami isteri?
Ketiga, Dahlia seorang pelajar yang cerdik dan dihormati kawan-kawan. Beliau
bakal mengambil peperiksaan STPM. Adakah Dahlia berjaya dalam peperiksaannya
dan adakah beliau akan melanjutkan pelajarannya selepas peperiksaan STPM. Kesimpulannya
permulaan cerita Songket Berbenang Emas menarik minat saya untuk membaca dan
mengetahui cerita selanjutnya berlaku kepada Dahlia dan juga ibunya.
|
Cadangan jawapan soalan 4 (a)
Berdasarkan
sebuah dua novel yang anda kaji, latar masyarakat yang
dipaparkan dalam novel.
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Masyarakat
kampung
1. Masyarakat kampung
yang tinggal di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk
Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.
2. Masyarakat kampung yang
masih berpegang kepada cara hidup tradisi. Contohnya, rumah penduduk di
Kampung Sentosa jendelanya menghadap jalan.
3. Masyarakat kampung yang
masih percaya kepada perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan seorang yang
pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
|
Masyarakat
kampung
1. Masyarakat kampung
yang tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua
kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong,
Tauke Lim dan lain-lain.
2. Masyarakat kampung yang
hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman
semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
|
Masyarakat yang
saling membantu
1. Geetha dan Danel membantu
Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .
2. Datuk Lili membantu pesakitnya,
Puan Letchumi dan Puan Hamimah mendapatkan rawatan menggunakan
perubatan tradisional.
3.Lili dan Kak Mimah membantu
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che
Jah.
|
Masyarakat yang
saling membantu
1. Haji Sulaiman selaku
ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang
menghidap tekanan perasaan.
2. Tauke Lim membantu memberi
hutang kepada keluarga Dahlia.
3. Penduduk kampung membina
rumah Embong semula, setelah rumah musnah dilanda banjir.
|
Masyarakat yang
ikhlas dalam membantu orang lain.
1. Datuk Lili ikhlas membantu
Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada
segelintir penduduk kampung.
2. Lili ikhlas membantu
Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangganya.
|
Masyarakat yang
ikhlas dalam membantu orang lain
1. Tauke Lim ikhlas membantu
memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
2. Haji Sulaiman ikhlas
membantu Embong menyelesaikan masalahnya.
3. Najib ikhlas membantu
Dahlia membawa adiknya, Anggerik yang demam ke klinik.
|
Masyarakat yang insaf akan
kesilapannya.
1. Haziq dan Rafik akhirnya
insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti mencuri
harta orang kampung dan menagih dadah.
|
Masyarakat yang
insaf akan kesilapannya
1. Abu Bakar insaf akan
kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya.
2. Abu Bakar juga insaf
akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik bapanya sendiri.
3. Nek Kiah akhirnya insaf
akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya yang
banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat
disayangi langsung tidak menziarahinya.
|
Masyarakat yang
bertanggungjawab
1. Datuk bertanggungjawab
menjaga Lili sepanjang dia menghabiskan cuti persekolahannya di kampung.
2. Datuk bertanggungjawab
membantu merawat pesakit yang datang berubat dengan menggunakan kaedah
perubatan tradisional.
|
Masyarakat yang
bertanggungjawab
1. Haji Sulaiman
bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi masalah
isterinya yang mengalami masalah mental dan masalah kewangan.
2. Haji Sulaiman
bertanggungjawab menyuruh penduduk kampung membantu membina rumah Embong
semula yang musnah akibat
banjir.
|
Masyarakat yang
terlibat dalam gejala sosial
1. Anak-anak Che Jah iaitu
Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda penduduk kampung dan terlibat dalam
penagihan dadah.
2. Suami Che Jah, Seman suka
bermain judi.
|
Masyarakat
remaja yang terlibat dalam gejala sosial
1. Abu Bakar, adik Dahlia
suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya.
2. Abu Bakar sanggup mencuri
kambing milik bapanya sendiri.
|
Saya mohon maaf kerana ada cadangan jawapan soalan 4(a) saya kemukakan di atas sebelum ini
tidak tepat sebelum ini kerana kesalahan watak. Saya mengesannya semasa berbincang dengan
kelas elit saya.Terima kasih kepada pelajar kelas elit SMK Seri Londang kerana mengesan
kesalahan berkenaan. Kesalahan berkenaan tela saya betulkan, alhamdullilah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan