Khamis, 13 September 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3 (E)-PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK (MIRI)


(e) Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang berikut.
Ketua kampung kesal akan sikap penduduk yang membisu semasa mesyuarat diadakan, tetapi mula
bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama
…………..(i)……………. Mereka tidak sepatutnya mengemukakan pendapat dengan sesuka hati 
dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian 
kerana)………………(ii)………….. Walaubagaimanapun sebagai ketua, beliau akan berusaha untuk 
menyelesaikan masalah anak buahnya bagai _______(iii)_____ supaya penyelesaian yang dibuat 
dapat memuaskan hati semua pihak.
[6 markah]

Cadangan jawapan:-
(i)                   rumah siap, pahat berbunyi.
(ii)                 terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa buruk padahnya/ kata-kata lebih tajam 
               daripada mata pedang.
(iii)               menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berterabur



Tiada ulasan: