Sabtu, 22 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN 4 (A) DAN 4(B) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SELANGOR


Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Lefitenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin
(v) Tirani karya Beb Sabariah
(vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vii) Silir Daksina karya Nizar Parman
(viii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(a) Penggunaan pelbagai jenis teknik plot dalam sesebuah novel memainkan peranan dalam memastikan jalan cerita yang menarik.

     Huraikan dua peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali dalam sebuah novel yang anda Pelajari.            
                                                                                                                                   [7 markah]
(b) Pengarang sesebuah novel menggunakan pelbagai latar peristiwa untuk menggarap dan
      membina plot dalam karyanya.
      Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu latar masyarakat yang sama yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut.                                                    [8 markah]

      Cadangan jawapan:-

      Soalan 4 (a)   ( Novel Jendela Menghadap Jalan )
               Teknik imbas kembali atau “flasback” merupakan teknik penceritaan semula sama ada mengingati kenangan lama, bermimpi atau mengingati semula sesuatu peristiwa lampau. Berdasarkan Novel saya kaji di tingkatan 4 iaitu Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin terdapat teknik imbas kembali yang digunakan iaitu semasa datuk mengimbas kembali kenangan lama kerana beliau tidak mendidik ilmu agama kepada ibu Lili sehingga ibunya kurang mengamalkan ilmu agama.
               Selain itu, Teknik imbas kembali juga berlaku semasa Lili mengenangkan tindakan ibunya yang meminta beliau pulang ke kampung sedangkan dia bercadang untuk meghabiskan masa cutinya bersama-sama dengan kawannya.

     atau Soalan 4 (a) ( Novel Songket Berbenang Emas )

     Teknik imbas kembali atau “flasback” merupakan teknik penceritaan semula sama ada mengingati kenangan lama, bermimpi atai mengingati semula sesuatu peristiwa lampau. Berdasarkan Novel saya kaji di tingkatan 5, iaitu Songket Berbenang Emas karya Kharuddin Ayip terdapat Teknik imbas kembali digunakan iaitu semasa Dahlia berada di rumah dia teringat kembali pertanyaan orang kampung mengenai kelambatannya terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said yang kelemasan.
              Selain itu, Dahlia juga teringat akan kata-kata Anton yang memaki hamunnya dengan menuduhnya sebagai punca Said anaknya terbunuh dalam kejadian lemas di sungai tersebut.

         Soalan 4 (b)
      
        Berdasarkan novel saya kaji iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan di tingkatan empat dan Novel Songket Berbenang Emas di tingkatan lima terdapat beberapa latar masyarakat yang saya dapati:-

Novel Jendela Menghadap Jalan ( Ting. 4)
Novel Songket Berbenang Emas ( Ting. 5)
Latar masyarakat yang menghadapi masalah rumah tangga
Che Jah menghadapi masalah rumah tangga kerana suami Seman merupakan seorang yang suka berjudi, berhutang,
menipu, minum arak menyebabkan dia selalu didera oleh suaminya, kesannya anak-anak. Haziq dan Rafiq menjadi liar, berhenti sekolah sungguhpu mereka pelajar yang pintar akibat tersalah pilih kawan dalm pergaulannya.
Latar masyarakat kampung
Mereka tinggal di Kampung Parit, Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain. Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul. 
Latar Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.
Nenek Lili memberitahu bahawa orang kampungnya  suka bermuka-muka. suka mengumpat walaupun melalui jendela.
Latar Masyarakat guru.
Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia.  Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana dia sorang yang bijak.
Latar Masyarakat Yang Prihatin
Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah atas sikap tidak bertanggungjawab seman suami Seman.
Lili meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memaklumkan sikap seman dengan kerjasama Kak Mimah.
Danel prihatin terhadap Lili dengan menyelematkan Lili sewaktu diculik, oleh Haziq dan Rafiq anak Che Jah dan Seman.
Latar masyarakat pelajar
Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah.  -    Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum. 
Latar masyarakat yang buruk sangka.
Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk Lili kerana mereka menyangka datuknya  yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
Latar masyarakat yang saling membantu.
Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat      Embong meluahkan perasaan. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia untuk mengurangkan beban kemiskinan keluarga Dahlia.
Latar masyarakat yang berpengang cara hidup tradisi
Datuk Lili merupakan seorang yang pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
Selain itu, Contohnya, rumah penduduk di Kampung Sentosa jendelanya menghadap jalan
Latar masyarakat yang bertanggungjawab.
Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya, Embong yang    menghadapi masalah. 
Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Sentosa.
terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.
Latar masyarakat yang terpengaruh dengan rakan sebaya
Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja. 
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain.
Lili ikhlas membantu  Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangganya.
Datuk Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung.
Latar masyarakat yang insaf atas kesalahan
Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya. Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik abahnya sendiri. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya  yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya. 




Tiada ulasan: