Cadangan dan
ulasan jawapan:-
Bil
|
Kesalahan
ejaan
|
Kesalahan
imbuhan
|
i
|
tanda tangan - tandatangan
|
pohonan - permohonan
|
Ulasan guru : Kesalahan
ejaan tanda tangan kerana tanda tangan merupakan kata majmuk mantap dan perlu
ditulis rapat menjadi tandatangan.
Pelajar perlu menghafal kata
majmuk mantap dalam bahasa Melayu iaitu:-
1. antarabangsa
2. beritahu 3. bumiputera 4. jawatankuasa 5. kakitangan 6. kerjasama 7. olahraga 8. matahari 9. setiausaha 10. sukarela 11. suruhanjaya 12. tandatangan 13. tanggungjawab 14. warganegara 15. pesuruhjaya
Lain-lain perkataan ditulis secara
berpisah atau renggang.
|
Ulasan guru: Kesalahan imbuhan,
kerana pohonan bermaksud pelbagai pohon dan sepatutnya kata berkenaan
menggunakan imbuhan peR……menjadi permohonan yang mebawa maksud apa yang diminta atau permintaan.
|
Bil
|
Kesalahan
ejaan
|
Kesalahan
imbuhan
|
ii
|
eko-pelancongan
|
mengayakan - kekayaan
|
Ulasan guru : Awalan
pinjaman (anti-, bio-, dwi-, eka-, eko-, juru-, ko-, maha-, multi-, pasca-,
pra-, pro-, sosio-,sub-, swa-, tata-, tri- dan tuna-) apabila bertemu
dengan kata nama umum, dieja sebagai satu perkataan, tanpa tanda sempang.
Tanda Sengkang digunakan apabila selepas kata awalan
pinjaman diikuti dengan kata nama khas, contohnya pro-Malaysia,
pro-Indonesia.
|
Ulasan guru: dalam konteks ayat di
atas ialah ke…..an, untuk menunjukkan oleh sebab kekayaan bukan “meN…….kan” mengayakan
bermaksud menjadikan sumber alam kaya.
|
Bil
|
Kesalahan
ejaan
|
Kesalahan
imbuhan
|
iii
|
ekspress-ekspres
|
mengenal pasti – dikenal pasti
|
Ulasan guru : Ejaan ekspress
yang betul ialah ekspres.
|
Ulasan guru: mengenal pasti ialah
kata kerja transitif aktif dan memerlukan objek di depannya. Jawapan yang
sesuai ialah dikenal pasti bermaksud telah diketahui.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan