Khamis, 20 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 1 (RUMUSAN) DAN 2 (A) PEMAHAMAN UMUM PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SELANGOR


SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SELANGOR 2018
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memartabatkan seni tekat dan kekangannya. Panjangnva rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
           Seni tekat merupakan warisan kraf tangan yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat ini juga dikenali sebagai sulaman timbul atau suji timbul. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu, dan juga rekaannya. Tekat dijahit pada mempulur yang dibuat sama ada daripada rotan, buluh atau kertas keras yang telah dibentuk mengikut rekaan diingini seperti bunga dan pokok-pokok. Dalam usaha untuk mengangkat semula seni tekat ini, Persatuan Pembuatan Kraf dan Sulaman Tangan Selangor (Scheme) bekerjasama membina jaringan dalam kalangan pembuat kraf bagi mempromosikan sulaman benang emas itu.

          Seterusnya, Persatuan Pembuatan Kraf dan Sulaman Tangan Selangor (Scheme) perlu menganjurkan bengkel kepada generasi muda bagi memastikan seni tekat ini dapat diwariskan kepada mereka. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada anak-anak muda, secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk menceburi bidang seni kraf tangan ini. Di samping itu, pihak Perbadanan Pelancongan Malaysia perlu mencari medium terbaik bagi memasarkan hasil sulaman seni tekat ini agar dapat memberi motivasi kepada anak-anak muda untuk terns menghasilkan seni tekat yang terbaik dan kreatif. Selain itu, hasil gubahan seni tekat boleh juga dipamerkan kepada masyarakat menerusi kempen pelancongan dan pameran kraf tangan buatan Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

          Langkah untuk melonjakkan seni tekat ini adalah perlu kerana seni sulaman ini sudah suram dimamah usia sehingga dilupakan oleh generasi muda. Hal ini mungkin disebabkan fungsi seni tekat ini masih terbatas kerana kebiasaannya seni tekat ini digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu sahaja. Selain itu, pakaian yang dihias dengan seni tekat ini merupakan pakaian kebesaran bagi kerabat diraja. Penggunaannya dalam kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Seterusnya, penghasilan seni tekat juga memerlukan waktu yang lama dan memerlukan penjagaan yang rapi. Walau bagaimanapun, Segelintir masyarakat dan penenun yang masih aktif telah memberi nafas baharu terhadap hasil seni ini sebagai langkah untuk mengangkat kegemilangan seni tekat.

            Seorang penenun tekat, iaitu Zarina Mohamed, melihat tekat gubah dari sudut komersial dan berpendapat bahawa kegemilangan seni tekat ini boleh dikembalikan sekiranya penenun menggunakan idea yang kreatif dalam setiap hasil gubahannya. Selain itu, penenun perlu mengilhamkan rekaan yang eksklusif supaya dapat memikat jiwa anak muda. Tambahan pula, olahan seni ini boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa, sama ada melalui pemilihan fabrik atau fesyen agar kelihatan lebih anggun, mewah serta unik sejajar dengan pennintaan pasaran fesyen moden. Di samping itu, keunikan seni tekat juga boleh ditonjolkan menerusi rangkaian aksesori atau beg tangan sebagai pelengkap. Namun begitu, nilai seni tradisional perlu diterapkan bagi mengekalkan identiti kegemilangan sulaman yang berasal dari Perak ini untuk terus diingati.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Martabat Seni Tekat’ Berita Harian, September 2016

Cadangan jawapan soalan 1 ( Rumusan )
Akan disiarkan:

Pengenalan Rumusan:-

Petikan membincangkan usaha-usaha/cadangan-cadangan/cara-cara/ cadangan-cadangan/modus operandi/ inisiatif  memartabatkan seni tekat dalam kalangan masyarakat di Malasyia.

Atau

Rumusan membincangkan saha-usaha/cadangan-cadangan/cara-cara/ cadangan-cadangan/modus operandi/ inisiatif  memartabatkan seni tekat dan kekangannya.

Isi Tersurat:-

1
Persatuan Pembuatan Kraf dan Sulaman Tangan Selangor (Scheme), bekerjasama membina jaringan dalam kalangan pembuatan kraf. 
2
Persatuan Pembuatan Kraf dan Sulaman Tangan Selangor (Scheme), perlu menganjurkan bengkel kepada generasi muda. 
3
Perbadanan Pelancongan Malaysia perlu mencari medium terbaik bagi memasarkan hasil sulaman seni tekat. 
4
hasil gubahan seni tekat boleh juga dipamerkan kepada masyarakat. 
5
segelintir masyarakat dan penenun yang masih aktif telah memberi nafas baharu terhadap hasil seni ini. 
6
Penenun menggunakan idea yang kreatif. 
7
Penenun perlu mengilhamkan rekaan yang eksklusif. 
8
Olahan seni ini boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa. 
9
Keunikan seni tekat juga boleh ditonjolkan menerusi rangkaian aksesori atau beg tangan. 


Isi tersirat:-

1
Tenaga pakar untuk mengajar seni tekat tidak ramai.
2
Pengguna lebih memilih corak cetakan mesin berbanding sulaman.
3
Harga corak cetakan mesin lebih murah
4
Golongan remaja menganggap seni tekat ketinggalan zaman.
5
Masyarakat tidak lagi menggunakan seni tekat dalam upacara penting.
6
Kempen penggunaan seni tekat tidak diperluas.
7
Kurang mendapat sambutan ramai

Penutup rumusan:

Kesimpulannya/tuntasnya/konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu/bekerjasama memartabatkan seni tekat agar/supaya seni tekat ini akan kekal sepanjang zaman/ warisan ini kekal sepanjang zaman.

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)    Berikan maksud rangkai kata segelintir masyarakat.                                                    [2 markah]
        Rangkai kata segelintir bermaksud sebahagian/ sebilangan/ sesetengah komuniti/ orang     
        ramai.

(ii)   Dalam petikan, pengarang ada menyatakan bahawa seni tekat semakin dilupakan oleh generasi 
        muda.
        Nyatakan alasan-alasan tersebut.                                                                                  [3 markah]

1
Digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu sahaja.
2
Pakaian yang dihias dengan seni tekat ini merupakan pakaian kebesaran bagi keraba diraja
3
Penggunaannya dalam kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan
asasnya merupakan bahan mewah.
4
Penghasilan seni tekat juga memerlukan waktu yang lama dan memerlukan penjagaan yang rapi.


(iii) Malaysia dikenali dengan kepelbagaian dalam bidang kesenian.
       Mengapakah generasi muda perlu mempertahankan seni warisan bangsa yang terdapat di negara 
       kita?         
                                                                                                                                         [4 markah ]
       Generasi muda perlu mempertahankan seni mempertahankan seni warisan bangsa di negara kita
       kerana:-

1
Supaya generasi muda dapat mewarisi kehalusan seni tekat.
2
Melambangkan identiti sesebuah negara.
3
Mencerminkan Budi Pekerti Masyarakat Malaysia.
4
Menarik minat pelancong luar
5
Mengekalkan kesinambungan







Tiada ulasan: