Jawab
soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Leftenan
Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(ii) Di
Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii)
Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai
Kasih karya Azmah Nordin
(v) Tirani
karya Beb Sabariah
(vi) Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vii)
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir
Daksina karya Md Nizar Parman
(a) Huraikan keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan
perasaan kagum
dalam diri pembaca.
[7 markah]
(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat bagi
setiap novel tersebut.
[8 markah]
Cadangan
jawapan:-
Soalan 4 (a)
(a)
Keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum pembaca:
Jendela Menghadap Jalan
Watak utama
dalam novel ini ialah Lili.
a. Keistimewaan watak
Lili ialah seorang yang penyayang. Lili memenuhi permintaan ibunya agar
menghabiskan masa cuti persekolahannya di kampung datuknya untuk membuktikan
dia menyayangi ibunya.
b. Lili seorang yang
gigih. Lili berusaha mempelajari pelbagai bahasa termasuk bahasa Cina dan
bahasa Inggeris sehingga berjaya dan dapat menguasai bahasa itu dengan baik.
c. Lili juga seorang
yang bijaksana. Hal ini terbukti apabila Lili bijak menyelesaikan kes keganasan
rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anaknya
Rafik dan Haziq.
d. Seorang yang rajin
membaca – Lili rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan
buah-buahan.
e. Seorang yang taat
akan ibu bapa - Akur cakap orang ibu bapanya walaupun agak keberatan untuk
pulang ke kampung datuknya.
f. Seorang yang suka
berkawan dan peramah – dalam masa yang singkat sahaja Lili telah menjadi kawan
rapat Geetha dan Danel.
g. Seorang yang cepat
bersimpati dengan orang lain – Walaupun dikurung oleh Haziq dan Rafiq tetapi
Lili cuba membantu mereka.
h. Seorang yang
prihatin - meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami
Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
i. Seorang yang mudah
mesra – Lili mudah mesra dengan Danel dan sama-sama
berbincang untuk pembinaan masjid baru di
kampungnya itu.
( terima
jawapan lain yang sesuai)
Songket Berbenang Emas
Watak utama
dalam novel ini ialah Dahlia.
a. Keistimewaan watak Dahlia seorang
yang bertanggungjawab. Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan
menjaga adik-adiknya yang masih kecil semasa ibunya dirawat di hospital kerana
menghadapi masalah kemurungan.
b. Dahlia seorang yang penyayang.
Dahlia juga menyayangi adik-adiknya dan sanggup keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya apabila ibunya dimasukkan ke hospital.
c. Dahlia seorang yang
tabah. Dahlia tabah mengharungi cabaran hidup dengan
menguruskan adik-adiknya yang masih kecil,
melawat ibu dan ayahnya di hospital dan tabah
menyesuaikan diri di pusat pemindahan banjir selepas rumahnya dihanyutkan air sungai
sedangkan dia bakal menghadapi peperiksaan STPM.
d. Seorang yang bijak - Cikgu Hisyam
yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah.
Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
e. Seorang yang tidak sombong –
melayan Aton yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari.
f. Seorang yang taat akan perintah
Allah- berdoa selepas sembahyang Isyak.
g. Seorang yang menghormati tetamu –
memberi layanan yang baik kepada tetamu menghidangkan air walaupun neneknya
tidak suka akan keluarganya.
h. Seorang yang menjaga tatasusila
budaya – akur kepada budaya Melayu yang melarang keras perbuatan membantah
kata-kata orang tua.
i. Seorang yang berani - Dahlia
terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.
( terima jawapan lain yang sesuai)
Contoh cadangan jawapan
Soalan 4 (b)
(b) Latar
tempat
Jendela
Menghadap Jalan
a. Kedai Runcit
Letchumi. Kedai runcit ini terletak di Pekan Sentosa. Di kedai
tersebut bertemu dengan Geetha iaitu anak gadis India
yang kali pertama telah ditemui oleh Lili di dalam bas ekspres semasa dalam perjalanan
pulang ke kampung.
b. Rumah datuk Lili di
Kampung Sentosa. Pada suatu hari, Danel bersama bapanya William Ng datang ke
rumah datuk Lili untuk memaklumkan kepada datuk bahawa bapanya bercadang untuk
berhenti menerima rawatan perubatan tradisional daripada datuk kerana ingin
mencuba perubatan moden pula.
c. Dungun - Daerah
tempat nenek dan datuk tinggal, daerah asal ibu Lili.
d. Pekan Sejahtera
e. Tempat tinggal
Geetha - Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
f. Pekan Sentosa -
Tempat tinggal datuk dan nenek Lili
g. Bendang - Tempat
Lili bertemu neneknya sewaktu tiba di kampung
h. Masjid - tempat
datuk bergotong-royong menaikkan kubah masjid bersama- sama penduduk kampung.
i. Balai raya – Tempat
penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang
kampung oleh orang yang tidak dikenali.
( terima jawapan lain
yang sesuai)
Songket Berbenang Emas
a. Sekolah Menengah
Perempuan Temenggung Ibrahim Batu Pahat, Johor. Pada suatu petang Azhari datang
mencari Dahlia ke Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. Kavita iaitu kawan
Dahlia telah meminta Azhari untuk menunggu Dahlia di kantin sekolah.
b. Hospital Batu Pahat.
Pada suatu petang, ketika Dahlia ingin melawat ibunya di Hospital Batu Pahat
Johor, Dahlia telah terserempak dengan Hj Sulaiman iaitu ketua kampung. Di kawasan
hospital yang sama, Hj. Sulaiman memaklumkan kepada Dahlia bahawa ibunya telah
ditukarkan ke Hospital Permai, Johor Bahru.
c. Rumah Dahlia di
Kampung Parit Haji Rais. Antara peristiwa penting yang berlaku di rumah Dahlia
termasuk kunjungan ibu dan saudara mara Azhari untuk melamar Dahlia. Ibu Azhari
telah menyerahkan sebentuk cincin kepada Dahlia di rumah itu sebagai satu tanda
ikatan pertunangan.
d. Padang bola jaring -
Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.
e. Kantin – Tempat
Azhari menunggu Dahlia.
f. SMK Tun Ismail –
lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan
Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia
Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.
g. Bilik Kerjaya -
Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam
mendapat tahu masalah Dahlia daripada
Kavita.
h. Kebun getah - 20
meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh
getah.
i. Kampung Parit Haji
Rais – Tempat tinggal Dahlia. Di sini, Dahlia menjaga adik-
adiknya, Melati,
Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di
hospital.
j. Hospital Permai,
Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini
juga Azhari bekerja
sementara setelah mendapat segulung ijazah.
k. Sungai –kira-kira 45
meter dari rumah Dahlia - Dahlia cuba menyelamatkan Said
yang lemas di sungai
ini.
l. Kebun kelapa sawit
di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia
di sinilah Embong
memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di
kebun kelapa sawit
inilah ular sawa telah membelit Embong.
m. Balai raya Kampung
Parit Haji Rais - Beberapa orang penduduk bergotong –
royong semasa majlis
sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi
tempat pemindahan
mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.
( terima
jawapan lain yang sesuai)
*** Pastikan jawapan anda ditulis menggunakan ayat yang gramatis.
2 ulasan:
Novel lain?
Terima kasih
Catat Ulasan