Selasa, 11 September 2018

SOALAN 4 (A) DAN 4 (B) NOVEL - PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG 2018


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Tirani karya Beb Sabariah
(vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Md Nizar Parman

(a) Huraikan keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum        
      dalam diri pembaca.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat bagi 
      setiap novel tersebut.

[8 markah]

Cadangan jawapan:-
Soalan 4 (a)
(a) Keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum pembaca:
Jendela Menghadap Jalan
Watak utama dalam novel ini ialah Lili.
a. Keistimewaan watak Lili ialah seorang yang penyayang. Lili memenuhi permintaan ibunya agar menghabiskan masa cuti persekolahannya di kampung datuknya untuk membuktikan dia menyayangi ibunya.
b. Lili seorang yang gigih. Lili berusaha mempelajari pelbagai bahasa termasuk bahasa Cina dan bahasa Inggeris sehingga berjaya dan dapat menguasai bahasa itu dengan baik.
c. Lili juga seorang yang bijaksana. Hal ini terbukti apabila Lili bijak menyelesaikan kes keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anaknya Rafik dan Haziq.
d. Seorang yang rajin membaca – Lili rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan.
e. Seorang yang taat akan ibu bapa - Akur cakap orang ibu bapanya walaupun agak keberatan untuk pulang ke kampung datuknya.
f. Seorang yang suka berkawan dan peramah – dalam masa yang singkat sahaja Lili telah menjadi kawan rapat Geetha dan Danel.
g. Seorang yang cepat bersimpati dengan orang lain – Walaupun dikurung oleh Haziq dan Rafiq tetapi Lili cuba membantu mereka.
h. Seorang yang prihatin - meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
i. Seorang yang mudah mesra – Lili mudah mesra dengan Danel dan sama-sama
   berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.
( terima jawapan lain yang sesuai)

Songket Berbenang Emas
Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia.
a. Keistimewaan watak Dahlia seorang yang bertanggungjawab. Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan menjaga adik-adiknya yang masih kecil semasa ibunya dirawat di hospital kerana menghadapi masalah kemurungan.
b. Dahlia seorang yang penyayang. Dahlia juga menyayangi adik-adiknya dan sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya apabila ibunya dimasukkan ke hospital.
c. Dahlia seorang yang tabah. Dahlia tabah mengharungi cabaran hidup dengan
    menguruskan adik-adiknya yang masih kecil, melawat ibu dan ayahnya di  hospital dan tabah menyesuaikan diri di pusat pemindahan banjir selepas rumahnya dihanyutkan air sungai sedangkan dia bakal menghadapi peperiksaan STPM.
d. Seorang yang bijak - Cikgu Hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
e. Seorang yang tidak sombong – melayan Aton yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari.
f. Seorang yang taat akan perintah Allah- berdoa selepas sembahyang Isyak.
g. Seorang yang menghormati tetamu – memberi layanan yang baik kepada tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya.
h. Seorang yang menjaga tatasusila budaya – akur kepada budaya Melayu yang melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua.
i. Seorang yang berani - Dahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.
( terima jawapan lain yang sesuai)
Contoh cadangan jawapan
Soalan 4 (b)
(b) Latar tempat
     Jendela Menghadap Jalan
a. Kedai Runcit Letchumi. Kedai runcit ini terletak di Pekan Sentosa. Di kedai    
    tersebut    bertemu dengan Geetha iaitu anak gadis India yang kali pertama      telah ditemui oleh Lili di  dalam bas ekspres semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
b. Rumah datuk Lili di Kampung Sentosa. Pada suatu hari, Danel bersama bapanya William Ng datang ke rumah datuk Lili untuk memaklumkan kepada datuk bahawa bapanya bercadang untuk berhenti menerima rawatan perubatan tradisional daripada datuk kerana ingin mencuba perubatan moden pula.
c. Dungun - Daerah tempat nenek dan datuk tinggal, daerah asal ibu Lili.
d. Pekan Sejahtera
e. Tempat tinggal Geetha - Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
f. Pekan Sentosa - Tempat tinggal datuk dan nenek Lili
g. Bendang - Tempat Lili bertemu neneknya sewaktu tiba di kampung
h. Masjid - tempat datuk bergotong-royong menaikkan kubah masjid bersama- sama penduduk kampung.
i. Balai raya – Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.
( terima jawapan lain yang sesuai)
Songket Berbenang Emas
a. Sekolah Menengah Perempuan Temenggung Ibrahim Batu Pahat, Johor. Pada suatu petang Azhari datang mencari Dahlia ke Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. Kavita iaitu kawan Dahlia telah meminta Azhari untuk menunggu Dahlia di kantin sekolah.
b. Hospital Batu Pahat. Pada suatu petang, ketika Dahlia ingin melawat ibunya di Hospital Batu Pahat Johor, Dahlia telah terserempak dengan Hj Sulaiman iaitu ketua kampung. Di kawasan hospital yang sama, Hj. Sulaiman memaklumkan kepada Dahlia bahawa ibunya telah ditukarkan ke Hospital Permai, Johor Bahru.
c. Rumah Dahlia di Kampung Parit Haji Rais. Antara peristiwa penting yang berlaku di rumah Dahlia termasuk kunjungan ibu dan saudara mara Azhari untuk melamar Dahlia. Ibu Azhari telah menyerahkan sebentuk cincin kepada Dahlia di rumah itu sebagai satu tanda ikatan pertunangan.
d. Padang bola jaring - Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.
e. Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia.
f. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan
   Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.
g. Bilik Kerjaya - Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam
   mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.

h. Kebun getah - 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh
    getah.

i. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia. Di sini, Dahlia menjaga adik-
adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di
hospital.
j. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini
juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
k. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia - Dahlia cuba menyelamatkan Said
yang lemas di sungai ini.
l. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia
di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di
kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
m. Balai raya Kampung Parit Haji Rais - Beberapa orang penduduk bergotong –
royong semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi
tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.
( terima jawapan lain yang sesuai)

*** Pastikan jawapan anda ditulis menggunakan ayat yang gramatis.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Novel lain?

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih