Khamis, 13 September 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(B)- PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK(MIRI)


(b) Cerakinkan ayat majmuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal.

i.          Pertandingan pidato itu akan diwakili oleh Jordan atau Jessica?
 Cadangan jawapan:
a)         Pertandingan pidato itu akan diwakili oleh Jordan.
b)       Pertandingan pidato itu akan diwakili oleh Jessica.
                    Ulasan guru: Ayat di atas dihubungkan oleh kata hubung atau. Oleh sebab itu
                    ayat berkenaan boleh dipisahkan kepada dua ayat seperti di atas.

ii.          Kita mestilah berhati-hati semasa memandu kenderaan di jalan raya pada musim hujan.
Cadangan jawapan:
a)       Kita mestilah berhati-hati semasa memandu kenderaan di jalan raya.
b)      Kita mestilah berhati-hati memandu kenderaan pada musim hujan.
Ulasan guru: Ayat di atas dihubungkan dengan menggunakan kata sendi pada. Oleh sebab itu ayat berkenaan boleh dipisahkan seperti ayat di atas.

iii.        Negara Perancis menjuarai Bola Sepak Piala Dunia 2018 kerana memiliki pemain- pemain    
yang hebat.                                                                 
Cadangan jawapan:-
Negara Perancis menjuarai Bola Sepak Piala Dunia 2018.
Negara Perancis memiliki pemain-pemain yang hebat.             
Ulasan guru: Ayat di atas dihubungkan dengan mengunakan kata hubung kerana. Oleh sebab itu ayat berkenaan boleh dipisahkan seperti ayat di atas.                         

[6 markah]

Tiada ulasan: