Ulaskan pernyataan tersebut
Tidak
dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai
sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya kerana jika ada kemahuan
di situ ada jalan. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu
yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi
untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya mengganggap perkara ini sesuatu
yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa
hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah menyesal pada masa
hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan bak kata peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna.” Oleh itu, saya sebagai seorang calon Sijil Pelajaran
Malaysia, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kerana
kejayaan saya amat ditagih oleh kedua-dua ibu bapa saya dan guru-guru yang
berhempas pulas menjajar saya. Persoalannya, apakah modus operandi dan
perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
Langkah pertama akan saya ambil
ialah sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas.
Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar, sudah
tentu sesuatu pembelajaran tersebut akan
cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah
mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan
sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.”
Oleh sebab itu saya akan berusaha untuk menumpukan
perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Bahkan juga saya akan cuba
menjadi pelajar aktif dan terlibat dalam
setiap sesi soal jawab sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran guru dijalankan agar saya faham apa sahaja yang
ingin disampaikan oleh guru. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malasyia mendapati bahawa kebanyakan pelajar
cemerlang dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang
sentiasa mengemukakan soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang
kurang difahami oleh mereka.. Jika saya selalu bertanya dan menumpukan
perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru, sudah
pasti saya memahami topik yang diajar oleh guru kerana malu bertanya sesat jalan.
Sebaliknya, jika saya tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam
kelas, sudah pasti saya tidak akan faham topik yang diajar oleh guru dan saya
akan rugi. Tegasnya, saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang
mengajar di kelas agar saya menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran.
Selain itu, saya akan menguruskan
masa dengan bijak dan baik agar saya dapat belajar dengan konsisten. Oleh sebab
itu, saya akan menyediakan jadual waktu belajar dengan jiwa saya dan saya akan pastikan
saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual
waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan dan
mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dengan
lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Bahkan juga,
dengan menyediakan jadual waktu saya
akan dapat memastikan saya dapat menyeimbangkan waktu saya seperti masa untuk
berehat, masa untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk beriadah untuk menjaga fizikal dan emosi saya sentiasa
stabil. Dengan adanya jadual peperiksaan yang baik, saya dapat mengelakkan stres
dan kemurungan yang akan menyebabkan jiwa saya tidak sempurna. Sekiranya saya dapat
mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan sudah pasti saya akan
sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebaliknya jika saya tidak melakukannya
sudah pasti saya akan gagal mendapat keputusan yang cermerlang. Apabila saya
gagal mendapat keputusan cemerlang pasti saya akan kecewa oleh itu situasi
berkenaan perlu saya elakkan sebelum nasi sudah menjadi bubur dan saya perlu menyediakan payung
sebelum hujan sebelum peperiksaan
menjelma. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri
daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal sebelum peperiksaan
dijalankan. Manakala pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana
mereka terlalu leka membuang masa dan
tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa lalu tidak akan
kembali”, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba
peperiksaan dan ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap
akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya
dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti
kelas tuisyen untuk mendapat ilmu tambahan. Hal kerana di pusat tuisyen,
guru-guru yang membimbing saya terdiri daripada guru-guru berpengalaman. Ada
dalam kalangan mereka merupakan pemeriksa kerta dan mereka arif cara menjawab
soalan yang betul sebagaimana yang dikehendaki skema pemarkahan. Seyogia, saya tidak
akan segan silu bertanya guru di pusat
tuisyen berkaitan topik-topik pelajaran
yang kurang saya fahami semasa belajar di sekolah bak kata peribahasa Melayu “ malas berkayuh
perahu hanyut” , “segan bertanya sesat jalan.” Tambahan pula, jika
terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah mengingati
topik berkenaan dan saya juga boleh mengikuti program tuisyen di sekolah kerana
dengan cara ini membantu saya untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya juga akan menyertai sebarang program
kecemerlangan yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris, teknik menjawab soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya
menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mahupun di pusat tuisyen
sudah pasti saya akan didedahkan dengan pelbagai jenis soalan dan latihan yang
kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam tuisyen
dan program kecemerlangan merupakan salah satu langkah bagi saya untuk berjaya mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.
Di
samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya dan
rakan-rakan berkenaan mempunyai keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan
kerana pepatah
Arab ada mengatakan jika berkawan dengan penjual minyak wangi saya akan
mendapat wangiannya tetapi jika saya berkawan dengan tukang besi kamu akan
mendapat percikan bahangnya . Seyogia, saya perlu bijak memilih
kawan kerana kawan yang baik akan memandu saya ke arah kecemerlangan. Dengan cara
pemilihan kawan juga, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang
bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif. Bahkan juga,
saya akan dapat membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa memikirkan masa
depan saya serta matlamat hidup saya untuk menjadi pelajar berjaya dan berguna
kepada masyarakat dan negara. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang
mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapat serta
ilmu dengan mereka.. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan
saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada
rakan-rakan. Pergaulan dengan
rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan
yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai semangat untuk belajar dengan
lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan diasingkan dari kumpulan
tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam
menyelesaikan sesuatu perbincanga. Saya juga dapat bergantung harap kepada
rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan dapat membantu saya untuk memotivasi diri
ke arah kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, saya akan bergaul dengan
rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam
membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.
Akhir sekali, saya akan mematuhi
segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat latihan setiap
masa di samping berdoa kepada Tuhan agar saya dapat membalas jasa mereka dengan belajar
bersungguh-sungguh. Allah berfirman dalam Al Quran, “Tuhanmu hanya akan menolong dan memberkati hidup anak
yang taat kepada ibu bapa.” Kenyataan ini pasti benar kerana
orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman dalam menghadapi kehidupan
yang penuh dengan ranjau dan duri. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan
asuhan ibu saya kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu.
Misalnya, ibu bapa saya selalu menasihatkan saya untuk belajar
bersungguh-sungguh dan membuat latihan dan ulangjaji setiap masa. Mereka juga
telah membelikan saya banyak buku latihan untuk saya sempurnakan semasa membuat ulangkaji
pelajaran. Oleh sebab itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh
kejayaan yang cemerlang dengan menggunakan buku-buku yang telah dibeli oleh
mereka. Saya akan cuba untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan
contohnya mengulangkaji dan membuat latihan sebanyak mungkin semenjak saya
berada di tingkatan empat lagi dengan menggunakan buku-buku yang dibeli oleh
ayah dan ibu saya. Hal ini kerana apabila saya membuat latihan dengan banyak
terutama soalan-soalan mirip peperiksaan atau soalan sebenar SPM, soalan-soalan
yang saya usahakan berkenaan mampu membantu saya untuk menjawab soalan SPM
sebenar. Sebagai mana yang kita sedia
maklum, soalan peperiksaan masih dalam format yang sama. Contohnya, soalan
rumusan, soalan pemahaman, soalan tatabahasa dan sebagainya tidak lari daripada
bertanya topik yang sama saya pelajari. Cuma perbezaan soalan berkenaan hanya
pada bentuk soalan sahaja. Sekiranya saya dapat menjawab soalan-soalan pelbagai
berdasarkan latihan-latihan yang terdapat dalam buku soalan sudah pasti saya
mampu menjawab soalan-soalan semasa dalam peperiksaan nanti. Tegasnya, saya
akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat
latihan setiap masa di samping berdoa kepada Tuhan agar saya dapat membalas jasa mereka dengan belajar
bersungguh-sungguh.
Berdasarkan perbincangan di atas,
dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
bukanlah mudah tetapi boleh saya capai dengan membuat persediaan menghadapi
peperiksaan lebih awal. Di samping itu, saya perlulah mengikuti langkah-langkah
yang telah saya aturkan di atas seperti menumpukan perhatian semasa guru
mengajar di dalam kelas, membuat jadual waktu yang sesuai dengan jiwa saya, mengikuti
kelas tuisyen dengan sebaik-baiknya , bergaul dengan rakan-rakan yang baik
akhlaknya, terutama rakan-rakan yang mempunyai matlamat untuk berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan, dan mematuhi nasihat kedua-dua ibu bapa agar saya
sentiasa mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa. Sekiranya,
langkah-langkah berkenaan saya laksanakan, saya pasti saya akan berjaya dalam
peperiksaan kerana usaha tangga kejayaan. Oleh itu, saya akan belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara
api biar sampai jadi arang.
1 ulasan:
lol
Catat Ulasan