Ahad, 23 September 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3 (B) PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK (KOTA BELUD)


(b)   Tukar cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)    Pada pendapat kamu, apakah kepentingan pengurusan kewangan dalam kehidupan?” tanya
        Cikgu Sanisah kepada Hayati.
        Cadangan jawapan:-


1
Cikgu Arni menanyakan/ ingin tahu pendapat Hayati tentang kepentingan 
pengurusan kewangan dalam kehidupan.

2
Cikgu Arni menanyai Hayati tentang kepentingan pengurusan kewangan dalam
kehidupan.


      
      
(ii) )“Awak tidak boleh mengambil makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi,” kata
       pemuda itu kepada rakannya.
       Cadangan jawapan:

1
Pemuda itu melarang rakannya mengambil makanan yang mengandungi kolesterol
yang tinggi.

(iii) )“Kamu berhati-hatilah ketika membeli barangan secara dalam talian, “ pesan Puan Siti
       kepada anak gadisnya.
       Cadangan jawapan:-

1
Puan Siti berpesan kepada anak gadisnya supaya berhati-hati ketika membeli
barangan secara dalam talian.


[ 6 markah]

Tiada ulasan: